Assalamualaikum bloggers and readers..
Sambung lagiii...
Ada empat tempat yang
dibawa kalau kita amik long tail boat untuk island hopping. Ini yang package whole day lah.
Ada juga boleh naik bot ke pulau-pulau tertentu dan
tambang berbeza . Aku tak tau sangat. Ada terbaca dalam 100 bath. Tapi tak
pasti sangat. Kalau korang ada plan boleh saja survey kat depan hotel area Ao Nang.
(Dan trip ni tak termasuk Phi Phi Island ya..> agak jauh dari Ao Nang. Rasanya boat ke Phi Phi lagi canggih kot)
Di Tup Island |
Permadangan di Tup Island . Pulau Tup. Koh Tup |
Bot ( Long Tail boat) yang kami naik memula pergi Tup Island seperti entry aku yang
lepas. >>>DISINI
Pulau ni unik ...ada beting pasir yg menyambung dua pulau . Kalau
air surut memang jadi jalan berpasir la. Kalau air pasang pun boleh lalu, hanya
separas lutut.
Airnya jernih sangat.
Since aku tak dapt infor yg jelas dan nak berkomunikasi dengan boatman pun susah ,
kami stay agak lama juga kat pulau ni.
Nanti aku cadangkan masa untuk sesatu pulau. Takut overstay.
Nanti aku cadangkan masa untuk sesatu pulau. Takut overstay.
Biasanya kat sini adalah pit stop yang pertama, Jadi bot banyak
berhenti sini. Bersusun susun.
Mungkin masa sesuai sini ialah 30 minit to 45 minit.
Selepas tu bergerak ke satu pulau namanya Chicken Island.
Dari namanya pun tau , kita boleh agak yang bentuknya ialah macam ayam. Google pun leh nampak bentuk ke”ayam”an nya. Memang unik la kan..
Dari namanya pun tau , kita boleh agak yang bentuknya ialah macam ayam. Google pun leh nampak bentuk ke”ayam”an nya. Memang unik la kan..
Disini tak ada yang menarik sangat, Tak yah snokerlling pun tak
pa. Pusing tengok ja.
Oleh kerana di katakan/diberitahu ini tempat snorkelling, kami pun
dushhh terjun dari bot untuk snorkelling.
Pada pendapat aku, elok lagi view snorkelling kat sabah. Pulau Manukan atau Pulau Sapi lagi syok snorkelling.
Sbbnya, kat chicken Island ni
snokerling hanya nampak Tiger Fish saja.. Ikan lain tarak. Dan bukan di tepi pantai,. JAdi tak nampaklah batu-batu karang
Ikan Nemo? Entah lah . Tak dak pun. Kat Sabah lagi elok dan best
lagi lah utk snorkelling.
Next stop Poda Island..Cantik sangat pulau ni. Dengan berlatar
belakangkan satu batuan yang tirus meninggi ...dari laut nampak cool sangat.
Ikan Harimau pun banyak..Harimau Malaya saja tak dak.. Boleh snorkell kat sini dan elok lah
lunch juga sini. Don’t woory makanan
disediakan. Simple tapi sodap. Mungkin sebab lapar lepas berenang dan bercandaan di tepi pantai.
Mungkin spend masa kat sini 2jam ker.. layan jer anak-anak..
Kami kat sini spend banyak masa..
boatman? Dia ikut saja. Dia tak cakap yang ada tempat best , lagi satunya ialah Pranang cave dan Pranang Beach. Salah satu pantai tercantik di Asia.
boatman? Dia ikut saja. Dia tak cakap yang ada tempat best , lagi satunya ialah Pranang cave dan Pranang Beach. Salah satu pantai tercantik di Asia.
Masa kami bermandian di pantai baotman siap-siap potongkan buah buahan dan letak dalam
aisbox…
Setelah kepenatan naik bot ada buah yang sejuk dingin memang best
best.
Tapi semua dah penat.
Selepas tu menuju pranang.. ia nya bukan pulau . sebahagian dari
tanah besar tapi kita akan datang/masuk melalui dari laut.
Oleh kerana penat dan nak balik terus ke Malaysia maka kami suruh
botman pusing-pusing kawasan tu dan amik gambar dari atas bot. Kalau turun lagi
mahu sejam lebih berpantaian.
Semua letih tapi kalau offer anak2 ,, mau depa berenang lagi.
Lepas tu terus balik pantai.
Salin baju. Dimana bilik persalinannya kejap ada air kejap tak
ada. Sabar jelah.
Selesai je transfer ke hotel. Gitu gini dah pukul 430 sampai hotel,
Part ni yg trill sbb nak sampai border sebelum imigeresen tutup
i.e pukul 11 waktu thailand, pukul 12 waktu kita.
Dulu dengarnya sempadan tutup
pukul 6 ptg tapi dilanjutkan ke pukul 12.00 mlm waktu Malaysia.
bestnya bercuti dengan family :")
ReplyDeletebestnya.. nak jugak snorkell
ReplyDeletecantik betul tempat ni
ReplyDelete