Sunday 31 July 2011

Selamat berpuasa :Jangan Lupa Niat pulak




Dalam kesyahduan menyambut ramadhan dan membuat persediaan menunaikan ibadah puasa esok, termasuk berfikir nak sahur apa; jangan la lupa niat pulak.



Kalau lupa lirik tu memang digalakkan...

Ok ..Selamat Berpuasa semua rakan blogger dan pembaca serta pelawat blog ini.. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelumnya....

Photo : Ameera Yasmin









Inilah Ameera...

Kata- kata favourite dia: "Abah, nak gula-gula boleh takkkkk?

Atau....: Min min tak bagi tumpah puuunnnn.!.

FIFA: Malaysia Rank dibawah Nepal???

Muyskil jugak ye.. Eh esok posa kan...Selamat berpuasa yer.. Tadi melawat blog ke blog tersinngah kat blog yang memaparkan raanking Malaysia. Aku tak counter check pun dgn website FIFA.. Blog mamat tu ..Sila rujuk sini..

Katanya Malaysia rank 146. Turun 5 tangga ...Di bawah Nepal.. uik terra juga Nepal ni kan...

Tapi susunan ranking ni agak confuse...

Photo: Aisya Qistina

Lama tak ambil gambar diaorang ni.. Takut sedar-sedar dah besar dah.. Bila tengok diorang lari sana sini dan kebetulan aku memegang kamera.. Terus memetik punat kamera.. Tak elok boleh padam.. kan dunia digital. Tapi bila amik semua gambar aku sayang nak padam.. Hard disk dan hampir penuh..

ok ok..Edit sikit-sikit jadi la macam ni..ye lah dari ambil gambar bola bola bola..Layan pic anak-anak pulak..kan bezzzzz! Nanti check gambar AmeeraYAsmin lak.. Kalau rajin edit lagik

Saturday 30 July 2011

Makan-makan: Elok post yang ni sebelum Ramadan la kan...

Kalau org Melaka tentu dah biasa dengag kot, ABC Tanjung... biar photo berbicara dulu.. Inilah signature dish kat situ.. ABC Tanjung RM3.50
Yasmin nak try semua... Abg dia punya Coconut Shake Special 3.50
Danish posing dgn Mee Hailam
Along sabar menunggu.."Ke Menunggu"
Yasmin with Nasi Lemak tgh tgh hari buta

Coklat goncang RM3.50 (Choccolate Shake)


Uik Besarnya mulut dia..Aisyah..panasssssss tu







Selesai!
Otak-otak
Ni yang panjang otak dier.:).. esok Dansih puasa tau..Pantas ja dia jawab:TANAK


Sebelum aku nak story pasal Majlis Anugerah siang tadi.. Terfikit nak post pasal makan-makan dulu. Ni kali ke2 pergi tempat ABC Tanjung. Kot lera Tanjung Keling agak nya... Angah la ajak Lurvy pergi lagi sekali.. ABC ni kali kedua rasa biasa la pulak.. apa pun layan picta ni...

Macam mana boleh jadi macam ni?





Ish ish ish.. Nak nyumpah diri sendiri tak patut kan.. saaat genting nak amik gambar pun boleh miss. Bukan miss apa... Boleh 'back-fokus' la plak.... Aduyai.. Gambar lain ok la pulak, Siap offer sorang tu nak amik gambar anak dia. Sbb jauh sangat...Tiba time anak sendiri.. gambar blur..Adus!!! Sorry ye Along...

ni baru ok sikit


KL dah sesak? Salam Ramadan Al-Mubarak

Dengar komen dalam radio, Sogo dan kawasan sekitarnya dah sesak? Sesak orang ramai membuat persiapan hari raya. Erk? Betul ke aku salah dengar.. Betul la kot.

Apapun..
Esok InsyaAllah Ramadan akan muncul lagi..Nak ucapkan semua selamat menunaikan ibadah puasa dan menghayati kehadiran bulan mulia ini..

Friday 29 July 2011

Kerana Kau Adalah Harimau

Hujan pagi ini…
Adakah meratapi kegagalan kita semalam?
Tidak sama sekali!
Ia memekarkan harapan yang ada..
Juga menyuburkan semarak,
Perjuangan hari muka.

Jangan berkalau-kalau…
Terus pandang ke hadapan
Kau belum mati untuk meninggalkan belang
Belangmu tetap di jasadmu

Teruskan juang walau hampir rebah
Jika namamu diulang laung
Bangkitlah…..bangkitlah

Wednesday 27 July 2011

Wordless Wednesday

Tadi banyak photo-less .Sekarang ni wordless...

Akhirnya...berjaya mendapatkan...

Sudah dapat. YEss.. Terimakasih kawanku. Yang pernah tidur sekatil...opps sebilik..
Sanggup dia beratur sebelum pukul lapan kat stadium S Alam. Namun disebabkan limit sebanyak 10 keping sekali transaksi, dapat la dia beli sepuluh. Ok lah dari tak ada..

Aku mengharap semangat melawan Malaysia yang berterusan walau getir macam mana pun. Segetir2 aku nak dapat tiket, getir lagi perjuangan Harimau Malaya. All the best ok. Kepada penyokong harap keep on cheering dan jgnlah boo atas kesilapan sikit2 tu. Bear with them. Hanya itu yg terbaik yang ada masa ni... Kalau ada player lebih baik nanti rekomen kat RGobal ok. Now juz hope for the bezzzz!!! Malaysia Boleh!

Tuesday 26 July 2011

Tiket bola sudah habis???

Biar betul? Betullah. Memang dah habis.... Pukul 2 tadi katanya. Tiket yang di jual di Bukit Jalil habis pukul 2 ptg setelah kaunter dibuka pukul 9 pagi.

Aku tak beria sangat nak beli hari ni. Terlalu awal kot. So balik ofis petang tadi singgahlah Stadium Bukit Jalil. Sampai2 je sunyi sepi. Org tak de beratur. Tanya pengawal kata tiket dah habis pukul 2 lagi. Alamak, tu lah tak beria sangat. Org dah serbu kot...

Macam mana ni... Sambil2 melilau kat situ nampak sorang (lelaki/perempuan rahsia). Kerja kat situ katanya.

Aku tanya: Jual tiket ke?
Dia: A'a, dah habis pukul 2 tadi lagi..
Aku: Ye ke? SO esok ada lagi ka?
Dia: Esok bukak pukul 9. Datang la awal
Aku: Esok kerja la. Tak leh kuar lagi kot. Tadi dah keluar hantar kereta servis.
Dia: Nak beli banyak ker?
Aku: Tak lah banyak untuk member. Dia kat Vietnam. Dia cal tadi mintak beli tiket RM50 . Semua empat keping. Tu yang datang ni.Dia dah beli tiket balik Malaysia. Kot dia tak sempat beli sendiri.
Dia: Tiket RM50 semua dah habis. Esok hanya Rm30 sahaja yang akan dijual. Esok datang awal.
Aku: Ok lah. Mungkin kawan lak datang...

Pssss...Tapi dia promise nak tolong.. Terima kasih. Alhamdulillah, untung gak ramah ngan org ni..

Apa pun tunggu esok lah samada berjaya ke tak.....

Mari menuju kejayaann

Baru nak post , dah maghrib,,, sat g ada cerita tiket bola... kena sahut seruan kejayaan dulu..jom solat....

Sat g sambung

Sunday 24 July 2011

Makan-makan : Darabif dan Tutti Frutti

Cerita makan la pulak.Tak mau cerita pasal bola dulu. Nak divert sikit. karang blog ni jadi blog sukan. Ini blog semua adaaaaaa!

So untuk tim Malaysia , satu saja aku nak sebut: Kemenangan diraikan, kekalahan diselidiki. Itulah yang berlaku. So Malaysia kena selidiklah kenapa kalah. Apa pun aku akan cheer kat Bukit Jalil nanti.. Still believe in you!!!



Kat IOI mall ada Darabif outlet , combine dgn Tutti Frutti. Kira macam dua beradik kot , macam Pizza dgn KFC, entahlah. Kalau tak silap Tutti ni dimiliki oleh NAZA group.




Darabif punya set...




The cup..oh ya 100grm =RM0.53. Be reminded kalau satu cup kecik penuh tu mau Rm17-RM20. SElf service, sure amik tak hengat





Tutti Frutti. Frozen Yogurt





Darabif. Ermm agaknya DARA BEEf kot...


Sekian adanya entry kali ini...

P.s. Makan ni bukan nak meraikan kekalahan Malaysia, Ni sebelum game semalam..
Malam hilang semua yang sedap, pahit sajalah untuk ditelan, Oh Negaraku....










Saturday 23 July 2011

Tidak seperti yang dijangka... Malaysia perlu bangkit.

Malaysia down but not out.. terima kasih kepada pertukaran taktik oleh R.gobal. Coach pls stick to winning formula... FaizalFaroqi? should be playing after settle down kot. Not time to experiment the player ok coach...

Namun Malaysia hampir menempah tragedi setelah Safiq dibuang padang. Bukan kerana kita kehilangan play-maker, ( bagi aku Safiq tak berapa boleh command midfield lately), tapi kerana kekurangan pemain. Malaysia diberi peluang berlawan secara bermaruah apabila pemain Sg pun seolah-olah nak fight 10 against 10.

Thnks to Kunalan..

He deserved the pat on the back. Best Malaysian player mlm tadi. Dan Safiee, killer instinc banyak memberi harapan. Nampaknya Malaysia tend to play better tanpa Safiq? Aku setuju...

Malaysia should stop them at 4. Tapi semangat juang untuk menyamakan keadaan mengundang sedikit kepayahan di BJalil, apabila terbolos lagi satu.

Malaysia boleh? Oh , susah nak cakap tapi aku masih berharap. Jum ke Bukit Jalil beramai-ramai... Depa boleh sore 5 bijik.. Takkan kita tak boleh. Malaysia Boleh!

Coretan Sabtu...Malaysia menentang Singapura

Apa yang difikirkan ye, petang-petang begini. Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu sepak mula perlawanan antara jiran ini.

Bagaimana agak drama atas padang nanti. Sememang aku agak risau dengan keampuhan skuad bimbingan Rajagobal kali ini.Aku tak menjangka satu perlawanan yang mudah. Seperti aku lihat skuad ini semasa menentang Liverpool, agak merisaukan dimana tiada konsistensi dan kesilapan yang amat menghukumkan dari pertahanan kita.

Profail pemain Singapura walaupun negara Asia Tenggara tetapi ramai awang import yang bermain dan Malaysia perlu banyak main possession football untuk melepasi tembok Temasik.

Jadi aku menjangka seri dan kalau menang adalah satu bonus. Mungkin aku terlalu konsevatif tetapi aku berharap aku silap dan pemain bertindak dengan cemerlang..

Jangkaan aku? 1-1...

Malaysia Vs Chelsea - sambungan







Sebelum sampai, dalam perjalanan ada kawan call tanya nak tiket tak. Aku bilang aku sudah ada... Terus aku sms kawan lain tanyakan nak tike ke tak..

Tapi jawapannya: " U never walk alone...aku penyokong Liverpool daaa"
Loh, tgk je lah team Malaysia . Bukan Chelsea lwn Taipei pun...Hahahah.

Anyway, setelah settle tempat duduk kat gate biru.. kat atas la jugak. Mulalah aku mengambil gambar dari kejauhan. Dalam hati tak boleh jadi ni, kena pergi tempat VIP jugak.














Terus aku smms : "Bro, kalau ada pass tu lagi aku nak pi kat hang.. "
Balasan aku terima : "Aku aku tunggu kat main gate. Main entrance "

Aku pun bergegas ke sana sebelum sepak mula separuh masa kedua. Memang strategik tempat tu belakang bangku simpanan lagi..

Sambil meninjau-ninjau rupanya dekat saja dgn pentas penyampaian hadiah pulak. Huh, mesti best!Woha.. boleh ambik gambar dekat ni...














Dan aku pun menunggu hingga habis penyampain hadiah... memang dekat dgn player. Cuma tak salam sebab , entah aku pun tak beria nak hulur tangan..






..dan inilah hasilnya... ada ralat juga sebab ada gegar la...sbb masih guna 70-200mm..sapa suruh tak tukar... haishhh,,,




Fernando Toress




Drogba!

Friday 22 July 2011

Percubaan Drogba dan Gol ke tak gol?

Tendangan di ambil oleh Drogba ( tak de dalam gambar). Tak pasti samada dia jaauh ke sbb aku fokus kat gol. Atau dia mungkin "larut"... Bola pun mungkin terlindung
Setelah melantun sana sini dan cuba diterjah oleh Malouda.. penjaga gol berjaya menyelamatkan keadaan... tapi gol? Aku tak pasti sbb susah nak kata..harap tak gol lah tapi penjga garisan lebih arif

Malaysia Vs Chelsea - semua di sini





Kami Sokong "Tanah Tumpahnya Darahku"







Oh belum pun habis aku nukilkan pasal perlawanan Malaysia menentang Liverpool, aku pergi pulak tengok Chelsea vs Harimau Muda + Harimau Tua dua tiga orang. Dengan izin, pun intended. Memang ada beberapa pemain senior dipanggil untuk membantu. Jadi pasukan Pilihan Malaysia yang sebenarnya. Aku kagum dengan barisan pelapis ini. Terutamanya penjaga gol yang begitu cemerlang. Dan yang senior pun cemerlang juga.








Ok, hari ini memang padat dan aku ambil cuti untuk meyelesaikan beberapa perkara terutama berjumpa lawyer, ke sekolah anak dan mengambil kad pengenalan. Jadi oleh kerana menumpukan kepada benda-benda ini sampai telefon pun tertinggal hinggalah ke petang. Dengan keadaan memaksa dan nak juga memeriksa kamera serta buat route planning ke stadium, akhirnya pada pukul 6.20 baru bergerak ke Bukit Jalil.








Teman sekolah yang sekian lama tak berjumpa hinggalah sebelum perlawanan menentang Liverpool sekali lagi bergandingan untuk menyokong Malaysia. Lawaknya dia tak pandai baju kuning dari rumah takut jiran tau dia nak tengok bola. Jadi salinlah dia baju dalam kereta kat parking. Hahahaha








Mencari parking yang mengharukan. Dari Kesas merangkak ke kawasan stadium hanya berdepan dengan satu, satu laluan ke parking ditutup. Akhirnya dengan penuh kesabaran bertanyakan pegawai bertugas dan diberitahu perlu meletak kereta di MSN.
Aku memberitahu kawan aku yang juga memandu tadi.” Depa ni main sebut saja suruh pi MSN, aku rasa memang penuh juga ni.
Kawan: Tu hang tengok tu kat parking C banyak lagi parking awat tak boleh masuk. Kat MSN mesti boleh . Tu tu banyak lagi parking tu. Jom kesana lah pulak.
Jum tak jum memang kena bergerak juga.
Benarlah telahan aku, dia suruh kedepan kata kat MSN ada parking sekadar melepas kan diri dia dari keluhan pemandu sahaja. Menuju keluar kea rah MSN hanya berdepan dengan deretan kenderaan yang bersesak.
Kenapakan semasa Liverpool semua berjalan lancar sahaja. Ramainya peminat Chelsea. Pendekkan cerita terpaksa parking dikawasan TPM belakang petronas Lebuhraya Sg BEsi-KL. Done that.

Tiket Gate Biru. Kat tengah. Masuk-masuk saja dapat tempat dekat sisi gol Malaysia. Ok lah dari view yang tinggi pulak. Boleh Nampak dua-dua gol.Ahaks.....

semasa penyampaian hadiah..fresh from my lens
dalam kereta mencari parking...

Akan bersambung..
1.Aku dapat VIP tix..alhamdulillah.
2. Gambar-gambar lagi... from VIP seat.

Good nite semua... dah mengantuk, esok kerja.

Monday 18 July 2011

Kontang ko Sordin...???



Balik dari selatan tanah air hari tu, aku singgah R&R Seremban hala ke KL. Aku selalunya malas nak singgah tapi dengan penat dan nak menyegarkan badan pergi lah ke Stesyen Petronas. Memang suasana sibuk sangat kat situ tak tahu lah , samada memang ramai nk isi minyak atau nak “bershopping” kat kedai mesra.

Memang ada org bershopping kat situ. Shopping makanan la.

Kemudian aku dengar laungan “Karipap karipap”. Oh, memang dia sentiasa ada situ agaknya. Kalau para pembaca selalu berulang alik laluan tu dan tersinggah di stesyen petronas mungkin selalu nampak dia.
Memang sedap karipap dia. Erm, bagi aku lah, bukan first time aku beli, ni kali kedua. Dan masih rasa sedap. Entah-entah aku kelaparan kot.

Ramai org queue. Dia tanyalah nak berapa kat customer…mcm orderlah gitu

Pelanggan jawab: “2 kentang”
Peniaga: ‘OK,Dua kontang. Terima kasih.. Encik.’

Pelanggan B: ‘4 kentang 3 sardin’
Peniaga: (Senyum) ’ Baik cik ,, Ni empat Kontang tigo Sordin’

Aku dalam hati..Memang piau negoghi sembilan pok cik ni.Semua order di “translate” nye)
Sampai kat aku dia Tanya: Ncik, nak berapo?

Aku: OMPEK KONTANG LIMO SORDIN… (translate siap-siap)
Peniaga terus saja bungkus..sonyummm ja…

Tak ado nyo di ulangnyo laiii..
(aku belasah, betul tak betul nahu dia aku tak tau,,.sebenarnya aku nak beli berapa KONTANG berapa SORDIN aku tak pasti..aku main sebut ja)

Alahai...

Kalah la pulak..
Dah elok-elok nak meningkat
Nvm Argies..Try again ok
Argentina lose to Uruguay....

Sunday 17 July 2011

Ditutupi kain merah... oh semua jadi merah













Tak pernah aku terbabit.Aku terjebak sekali. Entah mana datang. Sedang aku menikmati suasana kat depan.. Tetiba datang kain merah menutupi di atas aku. Ini bukan mimpi macam semlam.. Mungkin bendera, mungkinkah bendera.. semua jadi merah...








Aku kagum dgn mereka, tapi belum boleh convert jadi fan. Tetap akan sokong harimau Malaya shj.







Tak pernah aku menghadapi peminat yang begitu passionate macam ni..




Uniknya kita kat sini. Bila tgk bola belah sana score pun bertempik. Malaysia score pun bertempik. Inilah yang dikatakan tak rugi tgk bola bagi peminat Liverpool semalam.Mana2 menang pun depa suka.




Aku:suka tengok tengok bola dan amik gambar.. Banyak lagi yang akan menyusul. Kecewa sbb kena 3-6. Aku harap dan rasa fair score sepatutnya 3-4.





Hari ini gerak ke Melaka. memenuhi tuntutan anak yang kepingin nak jumpa dan Lurvy yang rindukan anak.



There goes my happening weekend, memang best!

Bola-bola :Gembira dalam kecewa








aku sedih..banyak sangat Malaysia kena.

Tak larat nak tulis panjang-panjang. Aku nak buat kesimpulan sahaja...

1. Pertahanan buat kesilapan budak sekolah.
2. Superb goal kepunyaan Shafiq
3. Passionate Liverpool fan
4. Last 20 minutes adalah yang terbaik untuk permainan Malaysia dan juga paling teruk bagi pertahanan

Saturday 16 July 2011

Kena tukar la gelaran YB ni....

Pepagi ni banyak benda nak dibuat. Tapi bila teringat2, baik tulis blog dulu..

Semalam ke bermimpi, aku jadi wakil rakyat. Aku menang pilihanraya. Aku tak pasti parlimen ke apa, dun mana pun aku tak tau. Tapi gempar saja kemenangan aku. Aku telah jadi giant killer. Aku telah kalahkan Anwar Ibrahim... Hahaha lawakkan??Pasal apa Anwar Ibrahim aku pun tak tau. Tapi sebelah belakang Anwar ada Muhyidin. PAkai baju sama dengan Anwar. Baju Kesatria. Satria baja hitam ke... Oh Musykil- musykil

Masa diumumkan kemenangan pemberita guna Yang Berhormat. Aku cakap, jangan panggil yang berhormat.

Dia tanya : Kenapa YB?
Aku: Panggil saya YT?
Dia: Apa tu? Yang terpilih..bukan maksud dia yang satu-satu pilihan tu. Bukan.. "ter" tu yang tak sangaja...
Dia: oohhhh jadi YB ni.. eh YT ni,, tak sengaja dipilih ke?

Ye..dan ramai lagi yang ter tersangka akan menang pun..

Toink! aku terjaga..

So aku dapat idea, walaupun aku belum buat research. Tukarlah gelaran YB kepada gelaran lain. Aku tak pasti dari mana asal usul YB , YAB ni. Negara lain ada pakai ker... Ade ke kat Thailand.

Kalau anugerah Tan Sri , Tun, Datuk tu lain kategori yer.. Sbb kat England ada "knighthood" yang membawa gelaran Sir.

Ini ahli parlimen ni.....atau pun Ahli Dewan Undangan Negeri. Mana mai YB ni???

Sbb aku aku cakap mcm ni.. kekkadang depa ni tatau apa pun ..tak amik berat pun. Entahlah. Macam jadi calon dan menang pun depa sendiri naik heran.. Lepas tu sesetengah tak ingat dunia pulak..

Memang la layak dapat gelaran Yang Tak Sengaja Dipilih.. YTSD En Sadiq Sigaraga. Kan sedap tu.

Wokeh, aku nak kemas rumah. Nanti Home Minister balik,nanti YSTB* kena sound pulak..
Home Minister aku keja dgn Education Ministry.. Huh, Tiap2 hari Sabtu ada saja projek kat sekolah.. Nak kena pilih Menteri baru nih...

*(YSTB= Yang Suka Tulis BloG)

Friday 15 July 2011

Team luar lawan Malaysia, siapakah yang anda sokong???

Tak tau nak cerita apa...oh sebenarnya bnyk tapi tak pasti nak menukilkan macam mana. So yg paling senang aku nak cerita pasal bola lah..
Bola lagik? biar betul.. Betul lah..

Bukan apa. Dulu aku persoalkan kenapalah mereka-mereka menyokong pasukan kelab terkemuka dunia apabila kelab2 tersebut menentang negara sendiri. Aku bukan anti kelab2 tersebut tetapi aku pelik pabila boleh memberi semangat dan teriakan yang meremangkan suasana kepadaa lawan Malaysia.

Itu dulu, kini aku dah paham .

Aku paham yang aku masih tetap tak mengerti. Hahahah.. Serious aku masih tak mengerti dan malangnya hanya aku tak mahu mengerti kenapa ramai yang menyokong pasukan lawan Malaysia. Semasa MU berkunjung ke sini aku ke stadium juga . Aku dikelilingi oleh "penyokong Malaysia berbaju MU" yang bertepuk sorak setiap kali percubaan MU ke arah gol Malaysia.

Huish depa ni nak tengok gol Malaysia kena bolos ke?

[Logik tak rakyat Malaysia menyokong lawan menentang Malaysia]
Mestilah logikkan kerana aku sorang saja fikir tak logik.....

Tengok Liverpool training...




ada tukar duit kecik tak?






FAn zone




















Di awalnya..















Fan















Hubby dia minat Liverpool...wife MU... hari ni terpaksa akur pakai baju Liverpool















Gambar latihan team Liverpool. Ramainya peminat,seronok tengok gelagat. Aku menyibuk nak tengok suasana. Photo secara rawak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...