Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Friday, 22 March 2024

Catatan Trip Bali Bahagian 1 dan 2

(nota: Part 1 ni dah lama tulis.. mungkin korang dah baca. aku  menulis ni sementara nak tunggu Malaysia lawan Oman..Part 2 kat bawah)

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hujung tahun aku pergi ke Bali buat pertama kalinya. 
Dengan Lurvy.
Anak-anak tak join sebab tak semua bercuti. Ye lah dok kolej dan jerja bagai.

Entah kenapa baru terdetik nak pergi Bali.
Mungkin jaraknya agak dekat dan masa pun suntuk. Last minit plan. 

Tiket beli dalam 2 /3 minggu sebelum berangkat.
Cuba naik Batik Air ( dulunya Malindo). 
Kali kedua kot naik Batik/Malindo ni.

Bali,..erm, dengan tradisi Hindu dan budaya Hindu mungkin antara faktor aku tak berapa nak pi sebelum ni.

Tiket Batik 7.30 pagi ditunda ke 9.30 akhirnya ke pukul 12 tgh hari.

Mula dah. Awal awal lagi dah ada isu dengan flight. Tapi aku ok ja. Kira timing cantik juga.

 Jangan kansel sudah sebab hotel dah ditempah. Walaupun 2 mlm shj dulu. 

Stay di Bali sebenanrya 5 malam tapi aku sengaja tempah 2 mlm dulu. Then kat sana decide mana pulak nak stay . Boleh tukar2 hotel.. Boleh gitu?

Try Batik Business class, Nak buat "ghaso ghaso", kata org. Balik naik Malaysia Airline. Economy,..
 plan nak usha upgrade option ke Bussiness juga. 
Rupanya kena upgrade awal 72 jam sebelum depature. Hahaha. Aku 24 jam baru semak. Tu pun nak check in online. Wohahaha.
Taklah last minit sgt cuma miss peluang nak upgrade.

Tapi kan..aku kalau plan last kalau last minit mesti jadi. Dok kata nak pi nak pi, tak semestinya jadi.

OK, supir aku Pak Yuyun, Pagi sebelum departure dia kata dia tak boleh bawak.
Balik kampung, Ada kenduri arwah ibunya.

 Digantikan oleh Aan. Ok ja sapa pun bagi aku.

First 2 days stay di Eden Hotel. Aku bagi rating 7/10 la overall. Semua ok la just maintenance and such. Ni gambar hotel tu..
Gambar kafe masa breakfast dan bangunan hotel depan pool



Tapi untuk tidur jelah sbb pergi tempat-tempat menarik dari pagi ke petang atau malam. Bestnya supir ni memang dia bawa sampai malam pun memang dah inclusive dalam kos. Member rekemen kat aku cakap hat ni yg paling best supir Yuyun ni.

Kos 6 hari 5 malam utuk supir.
termasuk  minyak, tol dan parking.
Kira 10 jam la kot seharian. 10 am hingga 8 mlm lebih kurang. Atau 9am sampai 6pm. Ikut la traffic macam mana. 

Kalau hujung tahun masa aku pi.. horror jemnya. 
masa 2 /3 km nak sampai hotel kami kat Kuta..perghhh. 

Penangan masa Krismas dan hujung tahun.

Pengalaman...


PART 2

Aku sambung sinilah part 2.

Ada orang kata peghak sebab tengok banyak kuil di Bali. Ye lah terkejut sebab banyak sungguh. Tapi dah memang penduduknya ramai org berugama Hindu. Begitulah...

Aku decide  ke Nusa Penida juga.. alang-alang dah sampai. Nanti cerita pasai Nusa Penida ni.

Supir bernama Aan yang ganti Yuyun tunggu aku kat airport. 
First day lah ni. 
Kemudian aku ajak dia pi beli simcard Indo. Ikut cadangan dia apa yang ok. Rasanya semua sama kot. 
Sebab aku nak call wasap dengan anak-anak dan lain aku amik 26Gb untuk 1 bulan rasanya. ok settle. Tukar sim..ni pun ada cerita..sampai aku kena tukar phone. Tak pepasal kena beli phone baru bila balik Malaysia. Mungkin aku guna Sim Indo ke apa tah.. Signal S22 ultra aku begitu lemah untuk talian digi aku. ..Ok cerita lain kali jugak hat ni. Pendek cerita aku dah membeli S24 Ultra. Kecewa, sbb baru ja 2 tahun dah kena tukar. Tapi dah keperluan pelbagai, kena beli juga yang baru.


Apa lagi ya kat Bali ni nak cerita.. oh ok ok.

Firstly,  best makan Ayam Lunak dekat area Kuta. Siap repeat..

Lepas tu Aan hantar hotel check in dan reha. 
Malam jalan-jalan kat area Kuta dan pi pantai sekejap

Day 2..Yang best juga, kami pi Gunung Batur. 
Ya , aku dan Lurvy more kearah alam rimba gitu berbanding pantai. On the way tu singgah la Kintamani.. tengok ladang kopi dan luwak.
Oh thanks. but no thanks. aku tak try kopi Luwak. Bagi free pun tak akan cuba. Walaupun sedap dan mahal macam mana pun. 

Sebab nya obvious.

Banyak lagi minuman boleh diminum, daripada minum yang hasil binatang tu. Sorry.
Ok it just me. Korang ikut preference memasing.

Kemudian pergi naik swing. Buaian yang nampak macam tinggi tu. 
Boleh dikira highlight lah juga sebab hasil fotonya ok. 

Sebelum tu pepagi sebelum ke Batur, Aan tetiba singgah tempat Barongan. Adus.. tak paham cerita. 
Keras aku kat tempat tu tunggu show habis. Lurvy pun resah ja.

Kemudian singgah tempat kraf perak. Layann..


Day3. Aan datang. Plannya nak bawa kami ke pantai, area Nusa Dua. Ok ja kan. Dia lagi arif tempat dia.
Perghh panasnya kat situ. Dah memang tak berapa suka pantai , kami tak lama situ. Ambil gambar sikit then cari Aan. Dia drop dan ingat kami nak stay lama, nak naik banana boat ka, para glidng ka apa tapi dengan suasana kat situ kami tak duk lama.

Dah satu hal cari Supir..hahaha... dia siap pi minum dengan kawan.. Senang kerja nampak..hahah.
Bila plan i habis awal dia dah mati kutu nak bawa kami kat mana. 
Aku tanya ada tak yang adventure dan lasak macam untuk naik ATV .
Dia kata ada ,,jom kita ke Kuba Adventure.. jauhhh juga.. ke arah Ubud  sana. Pergi lah kami.. Sesampai dah habis slot. Punya lah ramai Mat mat Saleh kat situ. 
Tak naik lah sebab penuh ataupun fully book.
Bincang dengan supir, akhirnya ke Air Terjun Tegunungan. Cantik tempat ni..puashati.

Tapi tak lama, sebab nak kejar sunset Jimbaran. Tapi supir memang best, sempat sampai. Sempat aasar kat surau kat restoran situ.
Dinner dan tunggu sunset situ.. Malam tu balik hotel. Jem giler kat highway tol yang ke airport tu. Hujung tahun punya penangan..jangan pi kalau bukan org lembah klang. Kita kat lembah dah biasa..no hal. Kami pun tak rushing, Berdua ja. Kalau family yang kecik-kecik lagi anak.. better spend time kat hotel. Cari hotel best-best, dari habis masa kat jalan yang jem

Esoknya pi Tanah Lot.. sesuai untuk aku ambil gambar. Biasalah kan minat fotografi. Banyak betul aku amil foto kat Bali ni.. eh sambung lagi .. part 3 kot . Sekarang nak tengok bola Malaysia lawan Oman ..kick off 2am. Now 1.50am. Buat kopi dulu

Bye..





Tuesday, 27 August 2019

My Family travel: HongKong 14-17/8/19

Assalamualaikum bloggers and readers..

Nak mencoretkan perjalanan kami sekeluarga ke Hong Kong jap.

Lagipun lama tak berkecimpung dalam arena penulisan akhir-akhir ni. Macam-macam yang berlaku kat Malaysia dan seantero dunia.

Ok tak nak menyimpang pasal isu lain. Macam isu sandakan, bendera terbalik. Tulisan Jawi etc..
eh ok ok stop!


Kami pergi sekeluarga 9 orang ke Hong Kong. Di tika hiruk pikuk (dalam berita dan akhbar) tentang demostrasi di sana. Saat aku menaip ni pun demo di sana belum reda. Jikalau tiket belum dibeli mungkin perancangan kami ke sana tinggal 25% saja . Mungkin batalkan terus. 

Dalam pada dah confirm tiket tu pun aku, dengan telitinya mengikuti perkembangan di sana. Pelbagai perancangan dan plan B,C aku dok buat kalau2 stranded.

Cuak wooo dengan 7 orang anak nak travel tempat cenggitu. Beratus ribu orang demo. Hari hari!

 Aku check berita tiap2 hari kot. Dengan facebook Generale Konsulate Malaysia di HK pun aku follow.

Di pendekkan cerita hari Isnin airport tutup. Ramai sangat pen"demo" berkumpul di airport. Aduhh.. flight kami hari Rabu. 
Aduhhh..macam mana ni....?? Adakah flight akan kansel juga?

Ada dua hari lagi, Tengok perkembangan macam mana. Kalau apa2 MAS akan notify tentang pembatalan . Aku dah prepare untuk tukar tarikh atau  untuk claim refund, Apa lagi yang boleh dibuat. Tu yang mungkin boleh refund. 

Yang dah bayar macam Airbnb dan ticket Disney, kira burn la kot. Ayoyo...

Nak buat macam mana . Kita hanya merancang Allah menentukan. Apa pun mesti ada rahmatNya, disebalik apa yang berlaku.

Hari Selasa, airport dibuka dan sikit-sikit return to normal.

Hari Rabu flight pagi...check email dan phone tak ada apa mesej atau notifikasi dari MAS tentang perubahan penerbangan

So far so good. 
Flight pun selamat mendarat di Hong Kong Inter. Airport (HKIA)..

Now, aku lah yang memikul tanggungkawab keselamatan my family. Ye lah, otak berputar-putar dok main kan scenario what if kami stranded, what if kami caught in middle of protest etc etc.

Dan aku memikirkan exit plan. Nak ke Shenzen atau ke Macau, in case perlu keluar dari Hk segera!!

Perghh, macam macam dok dalam fikiran. Macam mana nak dapatkan transport secepat mungkin kalau ke exit the country dengan segera... Entahlah, pasrah je lah. Aku dok bayangkan macam mana lah pegawai kedutaan Malaysia  yang terperangkap dalam perang i.e kat Iraq dulu tu. 

Eh tak pe lah, depa pegawai kerajaan , mesti gomen utamakan.

Yang macam kami ni pepandailah cari jalan. Tak sempatnya nak jaga semua rakyat Malaysia kat HK ni.

Apapun...Anak anak happy je sampai HK. Tau nak enjoy ja..hahaha

Sebenarnya 3 orang yang paling kecik tak tau pun kami akan ke HK. Saja nak buat surprise kat diorang. Tapi bapanya yang cuak, surprise surprise jugak, kot sangkut @HK kang cari pasal.


Knowing me, aku ambil calculated risk, bukan main redah je pergi jugak. Bukan pergi war zone pun kan.

Back to surprise punya thingy...punya lah seronok anak2 yang 3 orang tu bila dapat tau kami ke HongKong.

Tapi ada juga sorang yang masih prefer  nak ke Legoland, sbb nya dari awal kami dok cerita nak ke Legoland , sampai ke airport pun kata kat dia nak ke JB naik flight.


AIRPORT YANG TENANG

Sampai di HKIA, suasana normal dan tenang. Imigresen macam biasa. Pemeriksaan keselamatantak lah mengambil masa yang lama. Biasa ja.

Nampak polis agak ramai, ataupun memang macam tu keadaannya. Mana pernah aku ke HK!

Anak-anak suka ja depa. Tang berita dunia tak tau pun apa yang berlaku.

Done semua proses dan collect bag semua, berjalan ke luar ke bus stop. Yess, aku plan dari awal naik bus No E21. Memang akan sampai dekat dengan Airbnb kami. Kalau MTR agak jauh dan kena tukar 2 kali.

Teksi pulak, perghh tentunya mahal. Dan barang diingat, 2 teksi sedan tak mencukupi. KAlau 4 satu kereta baru 8 org. Dah kena amik lagi satu teksi. 

Perghh. Dah beratus RM lagi kena tambah. KIta ada option yang lebih baik ...LAst check dengan member yang pergi dekat RM200 naik taksi

Pemilik Airbnb dah advise naik bas sahaja. Dan walawei!!! memang efisien la public transport kat HK ni.Bus no 21E..

Dalam perjalanan ke bus stop hanya ada sorang dok protest. Tu pun dia buka video/youtube tentang demo sebelum ni dan menunjukkan police brutallity sambil ada slogan "Stand For HongKong".


Aku tinjau apakah dalam video tu then aku move on.

Arghh b ukan hal aku nak tengok2 vidoe dan dok sebelah orang demo. Kena cekup dengan aku-aku sekali sekali kena. Demo kat KL pun aku tak pernah pergi. Ni yang kat HK. Apa ke hal nya aku nak sibuk.


ITENARI Di HONGKONG.

Disneyland
Evenue of Star
Kowloon.
Islamic Center
Victoria Park/Peak
Causesway Bay


Itu sahaja, but not in order. Yang penting nak bawa anak2 ke Disneyland.

Bukan senang semua nak berkumpul sekali. Nak nak dah masuk college. Dah praktikal etc, Tarikh ni je nampaknya semua ada. Yang penting travel ramai-ramai. Pasni boleh aku dan Lurvy travel together pulak. Barulah anak2 tak bising. Wohahahah


DAY 1
Touch down.
Bergerak ke homestay ( Airbnb).
Naik bus HKD14.00 each.

Oh ya . NAk travel dengan senang nya kat HK ialah tentunya dengan public transport. Dan mode of payment yang mudah ialah dengan Octopus card. Aku dah survey kaedah lain spt Tourist Pass, namun yang berbaloi ialah dengan menggunakan Octopus card.

Beli kat airport tu je. Opps pembetulan, pinjam kat airport kad. Ambik option Loan Octopus card.

Takyah lah beli kat dan konon nak wat survenir. Tak cantik mana pun. Loan je, then pulangkan. Ambik balik deposit.

Untuk loan anda perlu bayar HKD150 di mana HKD50 untuk deposit dan HKD 100 untuk top up nilai.

Worry not, yang HKD50 tu akan dapat balik bila pulangkan kad.

Sampai sahaja...HKD 150 per pax you all akan spend. Amik card, now you can travel!

Tapi HKD100 tu tak banyak mana. contohnya dari Airbnb kami di King Edward Station  ke Disneyland ialah HKD22 one way. Return fare another HKD22, plus pi makan naik MTR ke sana sini kejap je habis dan kena top up. Kami 3 kali top up card dalam masa 3 hari.


HONGKONG SELAMAT KE.

Ketika aku menulis travelog ni, kalau lah sekarang ni aku nak beli tiket untuk ke HK, memang aku tak akan pi lah.

Memang merisaukan denan apa yang terjadi.

"Hang tak kena tangkap dengan polis HK ke"
"Eh, ok ke kat sana"
"Kami nak pi bulan sepuluh nanti, selamat ke"

Antara pertanyaan kenkawan.

Ermm memang aku tak galakkan nak pi sekarang.

Public transport terganggu, airport dikerumuni ratusan ribu penunjuk perasaan, Cuak wehhh
Masa kami pergi memang tenang tapi nampaknya ada lonjakan besar-besaran dalam kempen untuk memprotes!
Somebody akan dapat untung dari kemelut ini.

Persoalannya adakah tuan besar, kerajaan China Beijing akan berdiam diri melihat wilayahnya mula nak keluar. Hmm anda tahulah jawapanya ..



ok nanti sambung.. kat bawah ni ialah budget kos ke HK 4H3M. Sendiri susun programme dan sendiri bayar. Wohahahha.. mana ada org bayarkan dok..

Nanti sambung cerita..chow dulu,  Sorry kalau banyak typo.. tak review dan edit lagi sbb catatan belum habis




Budget ni patut dok last sekali..
                                                       RM
Flight ticket MAS                          2383.23   1st purchased 4 pax
                                                        3308.00    2nd purchased 5 pax ( total tix RM5,690.00)

 Disneyland Izan/Yasmi                 504.00
                Noni                               292.00
              Along                               276.00
            Akmal                                276.00
            Angah                                 276.00
        Aisya &Danish &Najmi         828.00

Total Disneyland ticket yg  make a bulk of the expenses selain dari ticket flight

Airbnb                                             891.49
Airbnb  2nd payment                       891.49
3nights

Total so far                                     9926.00       




            Tukar Ke HKD     RM3000
                                         RM1300
                                        RM2000
                               Total  RM 6300.00

Grand Total RM 16,226.

Menjadikan jumlah per pax ialah  RM1800. 
Dari jumlah ada lagi duit hongkong tak dibelanjakan dalam RM2000.

So actuall cost per head ialah RM14226 / 9 = RM1580.00

Rate 53.10 per HKD100

Thursday, 3 January 2019

Aku dapat 10,000.. yahuuuu

Assalamualaikum bloggers and readers..


Menyambung lagi catatan cuti-cuti Malaysia di Pulau Pinang. Yang mana sebelum ni telah bercerita tentang hotel yang didiami.




Oh ya..berkenaan hotel ni,  yang aku rate so-so je. Bukan lah nak ngomel sangat pasal hotel, just,... macam basic punya request aku tak dipenuhi kot.

Cenggini,..

Aku dah plan itu ini walapun simple je percutian ni. Walaupun simple benda basic pun depa ak boleh buat. Kan ..

So aku pun email kat Hilton punya support/care.

Aku cakap:

  •     Satu jam before arrival aku call hotel confirming whether booking aku is good or not. Maksudnya ok la semuanya walaupun dah bayaq semua . kot kot la sesampai kata tak dak bilik. Kan naya. Just be save and prepared.

     
  •     Ok.. hotel ni confirm booking in order. Settle.


  •       Yang keduanya aku habaq pi kat depa aku book 3 rooms. All one family, requesting  rooms semua dekat dekat. Ok dia ambil note.

  •           Ketiga, request for nice view , ye lah chop awai awai lah. Aku, ye lah kalau orang kenai aku, aku habaq yang ke3 bukan priority, kalau ada dan boleh assist, would be great. Kalau takde its ok. You ensure bilik dekat dekat, tu  yang penting.


Simple request. Single booking. One family. Connected room or same floor or sebelah sebelah. Basic kan...??

Sesampainya, perghh tunggu 1 jam utk check in. No prob. Aku bukan in hurry . Nak bercuti kan , elek elek dah la.

"Sorry encik ni bilik encik, satu tingkat 3 satu tingkat 5 satu tingkat 6."

 Tudia.. bersepah.. Macam tak logik..Again me as me, tak nak create scene. Alah.. small matter kot.

“eh tak de dekat dekat ke?. I dah called tadi mention about arrival in 1 hour time and cakap kami semua ni ni satu family. Ni bukan saja tak sebelah sebelah.. Nala punya.. different floor”

 Bahasa kedah penang siam aku keluaq campur Bahasa Omputih. Bahasa peringgi ja tak keluar..

"The best kita boleh pindahkan yang 3rd floor ke 5th floor."

“Itu je the best you can do. Ok lah” aku cakap dalam hati lah. 

Malas la nak bising-bising. Keep cool and enjoy the vacation. Lagipun kecik punya hal lah.

Done.

Anak-anak nak naik keatas , ke bilik aku, kami kena jemput bagai .

 Sebab nak naik level lain kena ada key card ( access card).

Hermmm.  Layan je lah.. Kejap kejap phone dering nak naik atas. 
Nak honeymoon pun susah..wohahahaha.

Kira case close la, bab check in tu. Ala, kita orang org kampung, takde hal bab-bab ni. 

Saje seronok tulis blog, ( actually tak de idea nak tulis apa)

Tetiba..malamnya pukul 8 ke 9 cenggitu ada call dari reservation.

“Good evening sir, I am (@@@@). Sorry to disturb you. We just want to have your feedback on your check in experience. Anythin' you want to share”

Oh.. ok aku pun story macam kat atas tu. Tak nak type lagi nanti korang kena baca lagi benda yang sama.

“Ok I will inform our duty/resident manager and the manager will call you sir about 10 am. “ Manisnya berjanji..

Aku pun bagi no hp dan suruh call pukul 8. Sebb pukul 10.am nak pi Escape. Dan aku tulis ni mula2 nak cerita pasal kenangan kat Escape. Dah melalut panjang bab hotel.


Aku pun sambung cakap kat orang yang call tu
“Dan if anything you could help. I would appreciate..kalau boleh, please change our room dan tempatkan dekat2 sikit.”


Ada ayat kalau boleh. Silap pulak aku tak insist. 

Kalau boleh…

Dan aku terdetik dalam hati mesti kelaut dengan ayat tu lah.

Betul telahan aku. Call pun tarak.. tukar bilik pun tarak..Ermm 

Kalau boleh.. again the key word from me.

Alah small matter lah.. semalam lagi pun , bilik jauh jauh.Tak tukar bilik?.  Tak de hal

What is big then!!??? Yang big matter nya ialah janji nak call. 

Semalam beria-ia call aku tanya experience. Kalau tak call kira case close daa. 

Ni call itu la ini la.. Habuk pun tarak.. Wohahah

Haishh wat malu Malaysia ja..

Aku pun balik KL,, boring-boring bukak website Hilton. Hantar la cerita experience kau kat Carecenter dia.

Oh.. ok aku pun story cam kat atas tu. Tak nak type lagi nanti korang kena baca lagi benda yang sama.

Dan dia orang respon cepat. Dan aku being awarded 10,000.

Bukan RM ye.. 10,000 Hilton point. Yang mana aku pun tak tau nilai dia. Tu ja nak habaq.

Panjang-panjng tu lis,, tu ja nak habaq pi.
Pasal Escape nanti dulu..

Ja mata ..


P.s ,. Nak tengok pic hotel tu kat sini


Monday, 24 December 2018

Cuti Di Pulau Mutiara P.Pinang: DoubleTree Hilton Resort Batu Ferringhi

Assalamualaikum bloggers and readers..


Cuti persekolahan yang kian sempit masanya.
Lurvy jaga periksa SPM sebagai Ketua Pusat SPM amende tah. Exam sampai petang, petanglah dia bertugas. So habis SPM setelah sekolah bercuti banyak hari lah kan..
Yang aku tau dia bertugas untuk SPM.
Jadi rancangannya pun akan padat.
Ada kenduri anak buah at my home town
Angah masih ada exam tak balik pun kenduri.
Hujung minggu lagi satu ke Melaka, resepsi sebelah lelaki..

Jadinya memang molek lah untuk cuti cuti Malaysia, di Pulau Pinang. Aje..
Dan tempat dipilih ialah pantai dan taman tema. Penang sebab “on the way” (otw) dari Kedah.
Pantai, Batu Feringgi dan Taman Tema ialah Escape Adventure Park. Something for everybody!

Hotel. 

Hotel yang dipilih ialah DoubleTree Resort by Hilton, kata kawan sorang ni, dulunya ialah Ferringhi Beach Resort.

“Feringghi tu org Ferringhi ka abah”

Tanya anak merujuk kepada orang Portugis.
Entahlah, abah tak pasti dan tak nak ubah sejarah macam org lain nak buat.. 
Orang Peringgi/Feringghi kat Melaka kan..
“Sapa lak nak ubah sejarah”

Ermm soklan menarik… “History is wriiten by the victor.”

Sapa yang menang pertempuran akan tulis sejarah peperangan mengikut kehendaknya.
Ok cukup.

Macam best je hotel ni dalam internet. Lagipun jenamaan Hilton kan.. Tak leh Conrad Hilton Maldives, mai Hilton sini dulu nak rasa feel.

Overall, so so jer hotel ni. Boleh lah 7/10 overall rating aku.
If depa lebih amik perhatian kepada  customer, mungkin boleh rating 8.3 kot. Well, aku bukan nak buat review .

 Makanan ( breakfast memang best) Staff F&B memang friendly habis.
Sedap dan banyak choice..

[Komen pasal hotel ni, kalaulah depa lebih amik perhatian ( more attentive  atas keperluan guest , ...

BACA: Aku dapat 10,000, yahuuu]

Bilik menarik dan besarrrr..

. Serious… Aku amik bilik lain sikit dari Standard room. Ala... nak yang ada balkoni. Konon nak ngeteh ngan Lurvy kat balkoni. Rupanya bilik anak-anak bapak punya besar. 2 katil super single. Ada sofa lagi bilik depa.

Ok lah depa bertiga kongsi. Tapi kan memang "spacious". Family of 4 pun boleh masuk sebilik..wohahah. 

Selesa kot. So aku big family kena 3 bilik la. Dengan anak bujang semua.. Ruang bilik memang puas hati.Yang penting anak-anak happy,,














Friday, 18 May 2018

Bila masa aku di Vietnam... - Meanwhile, when I was in Vietnam (Photos)

Assalamualaikum bloggers and readers..

Just to share some of the photso when we were in Vietnam...
No idea to write much...

And coincidentally there was a festival,
Flowers form Da Nang brought to Ho Chin Minh City..and there were a lot of tulips also,,
Nice!!!













Thursday, 16 November 2017

Kenangan Kembara 8 Negara Eropah: Catatan Penuh


"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula."




Day 1: Mulanya di sini

   

Bila berjumpa sahabat atau kenkawan, mereka ada bertanya…

“Mananya catatan ke Europe, sikit sahaja "update"nya dalam blog" keluh seorang kawan.

“Bila nak habis menulis dengan lengkap ni.?”

"Eh kan dah masuk dah" jawab ku.

" Tu sikit sikit. eloknya tulis lah catatan penuh"  pinta sorang lagi.


Sudah lama kot.

Aduyai, entah kenapa terhenti catatan. Semua bercampur-baur. Hendak menulis ni kena ada semangat. Semangat yang hilang, tentu boleh dipupuk kembali.

Tetapi kalau yang istimewa hilang.. hmm entah lah kemana nak cari..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

-------------------------------------------------------------

Tadi tu intro..


Maka, catatan dalam blog di teruskan ( dah lama taip , ingat nak buat buku. Apa pun baik aku paparkan sini…)

Ok , teruskan dengan kisah perjalanan kembara ke Eropah.

Bermula di Perancis atau tepatnya kota cinta, Paris. Melihat gambar Eiffel Tower di internet dan media cetak, tak sama seperti melihat didepan di depan mata. Namun perjalananku bukan kerana Eiffel semata.
Eiffel Tower

Perjalanan ku ialah membuka minda, menyemai rasa, melihat alam fana, ya, alam fana begitu indah di mata, terus diri diterpa rasa yang sangat kerdil, rasai betapa kekuasaan yang Maha Esa. Maha Berkuasa menciptakan dunia ini yang sangat indah. Tak terperi indah nya , namun tentu lagi sangat indah syurgaNya.

Dan perjalanan ini juga untuk meraikan cinta yang terpupuk sekian lama, selama 21 tahun membelah arus kehidupan bersama isteri tersayang. Walaupun kami tak pernah sampai ke Eropah bersendirian, namun kami yakin segalanya boleh ditempuh bersama, susah atau senang!
Aku membawa beliau ke bumi  Eropah kerana aku telah berjanji pada diriku akan membawa isteri ke sana. Setelah kami mensyukuri menjadi tetamu Allah mengerjakan haji pada 2013 pada perancangan ini diperkukuhkan.

Seperti juga aku berazam untuk membawa anak anak ke Jepun setelah  aku terpilih  ke sana terlebih dahulu.


Mendarat di bumi Perancis seperti mimpi menjadi nyata. Aku ni pelik sikit, macam ooo macam ni lah tanah tanih kat sini. Macam la beza sangat la kan. Seriously, tak tau la korang, aku pi Sabah ka , Indonesia ka, mesti aku tengok macammana tanah di negara orang..Macam geologist pulak ya..

Tapi Lurvy tetap cool seperti biasa.

Aku dengan minatnya bola serta Zinadine Zidane tentu teruja sangat. Inilah bumi tanahair beliau.

Sampainya pesawat kami awal malam. Rancangannya menghabis usai tengah malam di Charles De Gaulle Airport sehingga awal pagi harinya. Maknanya spend masa untuk lepak di airport la kan, Tak payah book hotel. Kemudian pagi-pagi terus bertolak ke kotaraya Paris. 



Kapalterbang mendarat sampai  di Charles De Gaulle Airport dekat pukul 8 malam waktu tempatan. Aduh awal nya!


Memang la dalam jadual dalam pukul 8.00 mendarat . Memang sharp, tak ada kelewatan pun. Alhamdulillah.

Dalam perancangan aku , aku expect delay sikit, dan susah la nak lepas immigration  dan  pemeriksaan kastam.

 Gedebuk-gedebak katakan touch down pukul 8.00 malam lebih, keluar dari pesawat, kemudian amik beg bagai, pukul 9.00 baru boleh dapatkan beg.

Nak lepas Immigration dan pemeriksaan  kastam katakanlah  pukul 10.00 atau 11.00 baru habis..Kira selesai semua pukul 12.00 malam . ok la tu. Lepas tu cadangnya pergi minum-minum kat cafe kat airport, sambil dating ngan Lurvy.

Jangkaku tentu akan berlaku lama proses pemeriksaan disebabkan isu keselamatan. Kan banyak letup-letup kat Eropah dalam dekat tarikh aku nak pergi



ISIS la, IS la dan sewaktu dengannya,

semua tu aku buatkan cuak la, sebab orang Islam mesti difokuskan untuk pemeriksaan rapi.

Ye lah yang terbarumasa tu, bandar Brussel baru je meletop dibom oleh pengganas mana tah.

Dan beberepa bulan sebelum tu ada tembak menembak di Paris.

Tambahan pula Lurvy bertudung bagai. Mesti check detail punya. Teringat pengalaman kami kat Jepun, Lurvy siap kena bukak kasut dan letakkan dalam mesin pengimbas. 

Orang lain tak kena pun. Tak puas hati Lurvy sampai masuk pesawat.
Wohahaha. 

Ye lah dia being singled out.tentunya sebab dia berhijab, pasti, tak ada sebab lain. Memang hipokrit dunia ni.. Cess.



Kita sebagai orang Malaysia dan beragama Islam ni,  dalam hal security clearance ni, mental kena persiapkan kot-kot banyak pertanyaan itu dan ini.

Rupanya salah telahan aku.!!

Sangkaan ku meleset sama sekali. Prosesnya sangat senang. 
Di Airport Charle De Gaulle  ni. Keluar ja , amik beg..lalu depan kastam . Angkat tangan.. 
Tadaaa!! Takdak sapa peduli pun

Siap.


Sekejap sana sudah sampai main terminal.. Cop passport pun kejap saja.

Aku rasa semua ni lebih kepada betapa “power”nya passport Malaysia, bangga sekejap jadi pemegang passport Malaysia dan “of course” bangga jadi rakyat Malaysia.

Korang bangga tak? Hari Kebangsaan ada kibar bendera? Hari Malaysia?  


( Tahu tak, bahawa passport Malaysia antara top 10 passport paling “powerfull” di dunia..perghh!!!)

Ok ok..aku teruskan cerita kat Airport.

Memang sangat efficient dan pantas. Senang sahaja melepasi imegresen dan kastam pihak berkuasa Perancis ni. Urusan pemeriksaan lapangan terbang dan lain lain segalanya begitu lancar.  Dengan pemeriksaan kastam yang tak sampai 30 saat dan imigresen yang begitu mudah, makanya pukul 9.00.malam sudah ada dalam terminal.

9.00 malam baq hang!!. Aku estimate 12.00 mlm!



----------------------------------------------------------------------------
"I have nothing, nothing, nothing
If I don't have you, you, you, you, you
You see through
Right to the heart of me
You break down my walls
With the strength of your love"- Whitney Houston

-----------------------------------------------------------


Flash-back sikit.


Sebelum tu , sebelum bertolak kami beli makanan dalam tin atau “packed food” agak banyak. Ye lah kan travel dan kembara sambil memandu, duduk BnB, nak masak sendiri, tentu perlukan stok makanan yang banyak, dan menjimatkan. 

Lagi pun susah kot nak cari makanan halal, sementelah tempat yang kami nak pergi, tak pernah sampai.

Manalah tau seluk belok kedai makan yang halalal toyibban

Tapi dek risau beg kena selongkar kat airport, Lurvy keluarkan dan tinggalkan banyak makanan kat rumah. Takut kena banyak soal dan kena rampas ke apa. 

Tu belum ku bawa budu lagi tu. Mahu kena masuk lab, siasat apakah benda cecair yang dibawa agaknya.. 

Imiginasi dan jangkaan aku yang amat ekstrim. 
Wohahaha.

Tapi hakikatnya..Nah,, senang je kat airport Paris sini . memang tak de masalah kastam pun.

Lurvy yang kosongkan separuh makanan dalam  tin masa kat rumah, aku jeling ja.

“Tu la awat tak nak bawak banyak makanan. Tak dak masalah pun kat kastam sini kan” tanya aku, dalam hati la.

Buatnya aku tanya soklan tu sebagai soalan pertama kat Paris. Mahunya aku berhoneymoon sorang-sorang..


Sudahnya pukul 9.30pm dah boleh gerak ke Paris. Plan asal. Seperti perancangan aku nyatakan tadi,  mungkin selesai dalam pukul 11.00 malam atau pukul 12.00mlam. Itu  paling awal. 

Kemudian lepak airport till first train katakan 5.00 am ke . Amik train ke Paris. 
Sebab apa boleh buat camtu, Sebab mata tu masih lagi tak ejas waktu Malaysia.  Pukul 12.00 malam kat Paris  baru pukul 5 petang waktu Malaysia

Tapi “bapak” aaaaa..., pukul 9 malam dah settle semua , nak kena  melilau dan nak tunggu first train  pepagi. Lambat lagi wehh..

Tak boleh!  tak boleh.! Kena tempat lepak kalau cam ni.


     Farouk di Charles de Gaulle

Sudah! Nak kemana sekarang ni..?? Malam masih muda

Terlalu awal .. Apapun cari tempat solat dululah.
Bertanya kan orang kat mana Mussolla, kebetulan berjumpa Muslim French bernama Farouk yang ramah. Cakap pun macam ayam dengan itik. 
Maklumlah orang Perancis mana mahunya membanggakan bahasa lain terutamanya English.
Mereka lebih senang mendengar pertanyaan dalam bahasa Malaysia dari bahasa Inggeris!

Setelah boleh berkomunikasi lebih kurang, pandai pandailah guna Bahasa isyarat, terus dibawanya kami sampai depan surau. (Lagipun depa ni paham ja English, Cuma tak mau guna bahasa asing)

Surau ni kalau nak senang cari, tanya lah kat mana kaunter kereta sewa di Airport CDG ni. Berdekatan degan kaunter-kaunter situ akan nampak sign surau.

Ok settel!

Oleh kerana terlalu awal makan kami kena buat plan B,, kena buat rancangan untuk ke hotel berdekatan . Sebab masih awal kan. Jenuh la nak tunggu kat Airport sampai first train..Kebetulan ada student Malaysia menyambut kedua ibubapanya kat airport , maka dia cadangkan F1 Hotel..



So rajin2 la mulut bertanya bagaimana caranya nak ke situ.

 Rupanya memang banyak sangat hotel  disitu, cuma aku  tak google awal sebab tak masuk dalam perancangan.

Memang banyak hotel berdekatan dengan airport tu yang nak access pun senang. Ada shuttle bus berkod warna untuk pergi area tertentu sekeliling airport tu.

 Yang bagusnya, shuttle bas ni free.


F1 pun F1 lah


Okay..! bolehlah try Hotel F1 ni. Dari duduk kat airport. Hotel ni  jenis budget hotel. Kos semalam dalam Euro39.00 sahaja. Agak selesa.

Terus checkin..  Bilik sangat ok..Hotel ni toilet nya terletak dekat luar, first time menginap hotel cenggini, macam hostel la pulak, tapi yang bestnya ketika kami sampai,  satu floor tu kami saja yang menginap.Hahaha .
So tak dak masalah lah..

Oh ya, nak ke hotel berdekatan dengan airport ada shuttle bus  yang ber"kod"kan  warna. Bas  ke Hotel F1 ni ialah bas berwarna kelabu  dan tempat berhenti pulak ialah hentian ke 7. Dan bas inilah juga yang perlu di ambil untuk ke Airport semula... Dari airport kemudian ambil train ke Paris. Dalam 30 minit sampai Paris.

Masa kat hotel tu susah juga nak tidor.. Yelah mata masih waktu Malaysia, Dalam flight pun tidor-jaga tidor-jaga. Pukul 4 lebih dah subuh pulak.. Tidur tidur ayam je lah..

  Day 2:  Ke Paris

Checking out from Hotel F1

Berpagian-pagian lagi bergerak dari Hotel F1. Sebelum tu dah tengok jadual shuttle bus. Dalam pukul 6.15 kami dah keluar.

Bagi kunci ja, settle. Tak payah sign sign apa. Sebenarnya bukan serah pun kunci, hanya drop je dalam kotak kat kaunter.

Pantas!!
Nama pun Hotel F1 kan…

Boleh check out anytime tapi jangan terlebih time ya. Sebab bilik akan auto-lock  kalau lebih masa untuk check-out. Makna kata kalau kita berada diluar bilik kita akan terkunci dan kalau nak masuk bilik kena buat bayaran tambahan.
        
[Nak meneroka sesuatu tempat mesti perlukan peta. Itu yang pasti. 
Apatah lagi sim card belum ditukar kepada sim local. So tak la boleh guna applikasi map ke apa kan.
Dapatkan map di kaunter tiket untuk mememudahkan perjalanan.]

Yang paling teruja ialah bila bertanya tentang map kepada wanita di kaunter semasa membeli  tiket, rupanya dia juga saudara seagama seorang Islam. Pakaiannya seperti wanita France la kan. Mana ada ber"Neelofa" bagai.

Tu yang tak terjangka.   Dan beliau dah beberapa kali datang ke Malaysia.

 Yang indahnya,setiap orang yang aku hampiri untuk tanyakan soalan di Paris setakat ni,mereka dulu yang beri Salam kepada kami. Masya Allah...

Mungkin mereka terpandang Lurvy bertudung. Tu tandanya kita seorang Muslim pada pandangan pertama orang lain.


Tiket harian atau mingguan?


Untuk bergerak menggunakan train di Paris , ada dua jenis tiket iaitu mingguan atau harian. Dan tiket mingguan bermula hari tertentu, kalau tak silap, hari Isnin. Maknanya kalau beli tiket mingguan hari Ahad, tiket tu akan expired tgh malamnya. Rugi.
Kena beli pada permulaan minggu, i.e Hari Isnin. Baru berbaloi, boleh guna tujuh hari.
Dan aku dan Lurvy hanya akan berada di Paris dua hari je pun makanya kami amik tiket harian . Tiket Daily Unlimited travel di Paris berharga EUR7.00.
Harga tiket keretapi dari airport pulak EUR10.00 per trip.


            Check-in in Paris

Hotel Di Paris yang dipilih ialah Mercure ParisTerminus Nord.


Hanya satu  kriteria saja masa aku buat perancangan untuk di Paris,  iaitu tempat penginapan perlu mudah untuk ke sana sini dan dekat dengan terminal keretapi untuk keretapi laju (train Thaly’s) ke Belgium.
Aku hanya mula mengambil kereta di Brussel, Belgium. Sebab nak juga merasa naik train kat Europe dak. Tak la memandu je,,



(Nota/Tips: Tiket kereta api laju atau keretapi express, lagi awal dibeli, lagi murah harga tiketnya. Dari semurah-murah EUR20.00 hinggalah semhal-mahal EUR120.00. (beza dalam Rm100 hinggalah Rm400 kalau ditukarkan ke RM) untuk tiket dan kelas yang sama, bergantung kepada masa tiket dibeli. Log-in lah ke internet untuk beli. Print tiket dan bawa masa nak naik. Aku dapat beli harga satu tiket EUR40.00 . Tak lah paling rendah tapi murah la juga. Kalau beli lambat silap silap kena EUR120.00)


Sampai di hotel awal pagi. Kami tinggalkan beg dulu dan terus amik train ke tempat-tempat menarik. Beg yang di tinggalkan akan diberikan tag. Jangan hilangkan taq tersebut. Kalau  tak,  susah nak dapatkan beg yang disimpan. Itulah yang dipesan oleh “pakcik” beg tersebut. Gila aih kalau hilang, serba mak nenek  ada kat dalam titu. Takkan first day, nak hilang dah. Susah tu bukan macam mana, nak convince itu barang kita. dah la kami tak tahu bahasa Perancis, tak kan naya.

Nak bergerak di Paris kami kena  plan dan tengok route betul-betul supaya kami boleh ambil jalan yang dekat dan dalam masa yang paling cepat.  Sebabnya boleh sampai ke satu tempat boleh naik banyak train. Inter-connection tu yang penting. Semuanya ada dalam peta dan hanya perlu ikut ja. Rancang dan bergerak ikut rancangan.Penat memang penat. Nak tanya orang Perancis ni macam macam hal jugak , tak berapa friendly kat Paris ni. Atau pun mereka tengah rushing

 Cuma risau tiket keretapi terjatuh atau tercicir sebab “kecik cinonet” ja tiketnya. Serius kecik. Jimat kertas kot.


AWAS: Berhati hati dengan Penyeluk saku di atas train . Siap ada notis yang berbunyi  lebih kurang  berbunyi :

“ Pickpocket operates on this train”

 Ok Ok . Banyak peringatan pasal penyeluk saku di Paris ni. Dan ramai orang Malaysia terkena.
Dan dalam dok beringat tu, nyaris aku menjadi  mangsa.

Memang yang paling risau bila wallet dicuri atau lebih susah lagi jika passport hilang. Aku bila berjalan kat luar negara akan buat benda ni berkenaan pasport:

TIP KESELAMATAN PASPORT
  •  Semasa transit atau dalam perjalanan. Jangan tinggalkan passport dalam beg. Bawa kemana sahaja bersama anda.
  •  Simpan dalam poket hadapan. Selalulah periksa.
  •  Sebelum bertolak memulakan percutian atau perjalanan ke luar negara, scan passport dan email kepada diri anda sendiri. Gunakan gmail atau yahoo mail. 
  • Ini memudahkan anda access kepada salinan passport jika keadaan memerlukan. Senanglah anda nak tunjuk kepada kedutaan Malaysia jika ada salinan tersebut. Cepatlah sikit untuk dapatkan passport sementara kalau kehilangan. Daripada pengalaman orang yang telah hilang passport, pengesahan dan nombor passport anda adalah perlu untuk mempercepatkan penggantian di kedutaan Malaysia.
  • Apapun, jangan hilangkan passport anda!!  Itu yang penting.


[Baca: Pasangan Honeymoon menderita paspot hilang ]

Again...dalam dok beringat tu nyaris aku menjadi  mangsa..

Nyaris diseluk saku.

Kembali kepada cerita pencopet ni, ketika turun dari keretapi dan menuju ke Eiffel Tower, selalunya aku akan simpan dompet di poket hadapan. Dan sememangnya dalam train aku simpan dompet  di poket hadapan. Tetapi dengan terbiasanya letak kat poket belakang, apabila aku ambil tiket dari dalam dompet semasa 'exit' dari stesen dan simpan kembali, secara automatisnya aku simpan dompet dalam poket belakang. Dah memang terbiasa. 
First mistake!!

Dan ketika berjalan ada segerombolan peyamun/pencopet ni buat bising kat belakang. Mungkin nak alihkan tumpan aku. Oh ya , mereka ni bergerak dalam satu pasukan . Mereka berkerjasama. Apa yang penting? Kerjasama…ceh!!

Tetiba suasana kecoh. Ketika tu sekilas macam ada tangan nak sambar dompet aku.Ketika itu aku toleh kebelakang tengok apa yang kecoh tu. Kemudian ada lelaki yang duduk di café di kaki lima memegang tangan seorang remaja sambil marah sebab dialah yang nak seluk poket aku..Pheww,, near miss.

Aku terpempan sekejap. Nasib baik ada Parisian yang tolong. Kalau tak aku telah jadi mangsa. Itu dalam dok beringat tu!!!

Dan sebenarnya banyak kes kehilangan duit atau dompet  terutama di kawasan Eiffel Tower! 
Tolong ambil peringatan.

Kawasan Eiffel Tower ni memang cantik dan menjadi tumpuan ramai orang. Entah kenapa menara besi ni ramai orang nak lawat, termasuklah aku. Unik kot.

            Syurga beli belah?

Sebelum ke Eiffel Tower kami konon-konon nak pi area orang selalu shopping. Salah satu tempat ialah La Fayyete. Sesampainya, semua galeri di situ ditutup. Alamak?

Rupanya hari Ahad merupakah hari “off” di Paris. Aku kecewalah, boleh pulak tutup masa weekend. Kalau kat Malaysia hari minggulah gedung-gedung kakan dibuka seluas-luasnya.

Siap orang disitu kata “ Our Sunday is like your Friday in Malaysia”

Haishh , bila pulak negaraku meraikan cuti hari Jumaat sebegitu. Hanya segelintir negeri yang bercuti hari Jumaat, tapi mat saleh anggap kita yang off hari Jumaat. Alangkah indahnya kalau betul begitu. Senang nak bawa anak anak ke masjid. Ini tak, Lurvy yang terpaksa hantar dan amik dari masjid. Aku kat ofis yang jauh dari rumah dan tentunya bekerja pada hari Jumaat.

Paris, sebenarnya syurga beli belah untuk kaum wanita. Mungkin betul  atu tidak aku pun tak pasti. Yang aku pasti kalau ada duit, kat mana-mana pun syurga beli-belah. Dengan barangan berjenama yang dikatakan murah di siniberbanding Malaysia. Agaknyalah, sebab aku manalah beli belah barang mewah. Tak reti la barang branded ni.

Murah ke mahal ke adalah subjektif juga. Aku tengok macam mahal semuanya. Bagi Lurvy di situ tempat nak beli-beli, bagi aku pulak di sini lah tempat aku cepat-cepat nak belah.

"Abang tak nak beli apa-apa, sebab abang dah ada semua"
" Ada semua?"
" Yep . Bila abang ada Yang, abang ada segalanya"

"cehh.." rengus Lurvy.

Apapun dapat jugak satu handbag, dan semestinya bukan Hermez..hahaha.

Makanan di Paris 

...Kebab dan kebab dan kebab. itulah makanan kami kalau kami beli makanan luar tapinya memang sodapp..
Ye lah cuaca kan sejuk. Dan best nya kebab kat sana besar-besar, boleh kongsi berdua, tu pun susah nak habiskan. Mungkin sebab penat sama, ke hulu ke hilir. Makan pun terasa portion kebab tu banyak je.

Ataupun sebab berhoney moon. Wink wink

Harga pulak dalam Euro 6.90 atau EUR9.00 camtu. Boleh la kan..

Okay, aku  tahu penulisan aku masih "stuck" kat Paris kan.. hahahahaha..


Ok esok ke Belgium..Phew!!

Aku belanja photo photo kat Paris ok...


           

Day 3: Train Ke Belgium


“Ok Yang, Esok Train pukul 11.00 pagi.  Kita dah nak keluar dari Paris esok.
 Kita nak try ke tak?” aku  tanya.

“Entah lah bang. Sempat ke” Lurvy macam blur blur.

Malam tu kami plan.

 Samada nak buat "operasi kilat" atau tidak esoknya.

Aku bukak map laluan keretapi. Kemudian sambung rujuk internet guna wifi hotel.


  • Train ke Haussman St Lazarre amik masa 7 minit. Stesen terdekat dengan Galery La Fayatte

  • Galery La Fayette  bukak pukul 10.00 am.

  • Beli barang 30 minit. jangan compare compare lagi, Grab dan bayar je!!

  • Patah balik 7 minit. 

  • Sampai hotel , amik bag terus ke steen keretapi untuk bertolak pukul 11.00 am.

So dari pukul 10.00, start masuk  kedai, beli dan sampai balik ke hotel ada lebih kurang 40 minit.  Ada 20 minit ja nak kejar masa keretapi. Fuhh!!

“Sempat ke idak ni?"
" Hanya beberapa minit train nak bertolak masa kita sampai tau.” Aku nak tengok Lurvy sanggup berkejaran tak.

“Boleh cuba.”

Macam tu lah. Baru adventure.

Itu keputusan muktamad! CUBA..

Rancangan di atas adalah misi untuk membeli kiriman orang.
 Bukan misi Saving Private Ryan ya. 

Hanya misi membeli sebuah beg tangan, yang mana kedai di La Fayyete ditutup semalam. Kalau barangan untuk kami mungkin malas nak pergi, tapi dah harapan orang kan, orang dah kirim. Kena tunaikan jugak.. Takkan tak leh cuba,

Sampai kedai awal-awal lagi . Sebelum pukul 9.30.

Hujan pulak tu, Suhu sejuk.

Tunggu depan pintu. Kalau fikir-fikir memang pelik, dan pengawal tu dua-tiga kali  tinjau apahal la dua orang ni dok tunggu depan pintu awal sangat ni.

 Tepat 10.00 am kedai buka. Meluru kami masuk ke butik tersebut.
Aku tengok galeri gambar dalam WhatsApp, model sama, dan  terus order kat salegirl.

Salesgirl tu kata yang dalam gambar tu last season punya design . Ada beza sikit dengan stok yang dia ambik.

 Alamak,  stock last season pulak. 
Sekarang sudah sold out.
Ada design baru lebih kurang sama .
 Apa la designer Prada ni. Ubah sikit sikit ja pun. 

“Ok boleh.” Aku ok je sebab tak nak buang masa. 
Untung kalau lelaki shopping ni. Nak cepat je.

Namun lebih mahal dari budget orang kirim tapi camner nak contact nak tanya saat kritical begini. Kami mengejar masa!!

Bawa ke kaunter. Hulur kredit card. Masa nak bayar salesgirl tu pulak kata ni saiz large. 

Yang dia tunjuk tadi medium saiz. Macam macam la.

Pulak!!
Rege dalam EUR2,100.. ooo mak ai. Mahal gila barangan nya. Dekat RM9,000. Hand bag je!! Sebenarnya budget yang diberi mandat setakat EUR1300 je.. ni hampir dua kali ganda. Sangat tinggi bezanya. 

Terus kensel..meluru pergi kedai alternative, mencari brand dan design lain, Pilihan kedua mengikut gambar yang dikirim.

Terus tapau! Dari Prada tukar kepada LV. Pantasnya kami (aku) shopping..

Lari ke stesen , cepat cepat naik train.  Balik ke hotel

SEMPAT KE NAIK TRAIN KE BRUSSELL?

Sampai je station keretapi dari Haussmann St Lazar kami terus berlari ke hotel dalam kehujanan, hujan yang gerimis pagi, tetapi tentunya ,   sambil membawa beg tanya LV.. ( Emm macam Lurvy bunyi nya)

Perghhh memang adventure. 
Sampai hotel terus capai beg patah balik ke setesen Paris De Nord. Nasib baik hotel berdekatan dengan stesen.

 Sampai stesen ngam-ngam pukul 10.54 pagi tapi nak jadikan cerita,train ke Brussel pulak delays…
Aduh.. kami punyalah penat berkejar. Kalau tau delay tak payah berlarian di kota Paris dipagi hari dalam hujan gerimis. Dilwale betul lah.

Bila delay train dari Paris, maka masa untuk sampai di Brussel agak lewat. Terus ke kaunter sewaan kereta Europcar. Nak tunggu ambil kereta boleh tahan lamanya. Ye lah. Ada satu grup kat depan dok diskas lama-lama. Nak sewa sewa je lah. Setelah ambil kereta aku terus bergerak ke arah Belanda.


Masa di Belgium agak terhad makanya pusing pusing dalam kereta saja. Dah tak sempat menyinggah mana mana. Snap gambar dalam kereta ja.

... set GPS Mercedes terus ke Amsterdam..

                       Damn? Dam Rock dimana?




Okay. Amsterdam bandaraya besar kan. Target nak sampai Amsterdam dalam pukul 5 pm.. Asal nak visit tempt tempat lain, Tapi disebabkan kelewatan tak ada plan B. Tempat apakah lagi nak dilawati di Amsterdam, selain dari Red Light District??

Soalannya what next. Dah kena tanya orangla pulak. Di cadangkan pergi la ke “Dam Rock.” Kami pun terus bertolak kesana. Parking dekat dalam mall kemudian turun berjalan-jalan sekejap. Amik foto dan beli souvenir, selesai Amsterdam.
Kami perlu bergerak cepat kerana risaukan sampai ke BnB lewat malam.
Bertolak dari Amsterdam seperti biasa dan seperti terduga melewati beberapa kincir angin dan jalanraya di Belanda ni banyak yang meerentasi banyak jambatan. Negeri di bawah paras lautlah kan..

           

Mencari kunci BNB


Dalam kembara honeymoon ni kami banyak tinggal di BnB.
Di Paris..(aip!  cerita Paris lagi?) BnB yang kami tempah telah dibatalkan  oleh pemiliknya  pada saat-saat akhir. Gelabah biawak juga mencari hotel.  Nasib baik dapat buat tempahan sebelum penerbangan dan menariknya AirBnB  pulangkan wang tempahan dengan bayaran tambahan lagi sebab host telah timbulkan masalah kepada kami. Yeahhhaa!

Jadi pengalaman penginapan AirBnB aku yang pertama adalah di German. Tak tau macam mana keadaannya. Selesa kah atau sebaliknya. Selamat atau tidak? Semua pertanyaan menerpa di kalbu.
Sementelah pula mengikut system GPS kereta, kami dijangkakan sampai agak lewat iaitu pukul 10.30 malam.



(TIPS:Oleh itu dicadangkan agar ada masa senggang 2 jam untuk anda mengatasi kelawatan tersebut. Contohnya kalau rancang  sampai pukul 8.00 malam ubahsuai supaya rancangan anda ke pukul 6.00 petang. Ini adalah untuk memberi peruntukan masa kepada perkara perkara luar jangkaan seperti jalan sesak atau kurang familiarnya kita dengan tempat-tenpat tersebut. Ataupun nak ambil gambar tempat-tempat yang tak dirancang awalnya. Jadi tak lah terkocoh kocoh)



                        Comel dan menarik


Kami sampai di Bnb ni dah pukul 10.30 malam. Memandu dalam keadaan jalan yang tak kita biasa dan malam pulak tu menyebabkanmasa yang diambil agak panjang. Sementelah memandu disebelah kanan. Lurvy pun tak berapa berani  lelapkan mata sebab nak tolong aku navigate jalan. Dia nak berehat pun suspen ja risaukan "pilot" mengantuk. Takut kami  terlepas simpang susah nanti.
AirBnB kami ni memang comel dan menarik.



Day 4: Merentasi Dortmund ke Frankfurt dan terus ke Kempten

Pinggiran Sungai Rhines


Seperti biasa bangun pagi-pagi lagi. Sebab awal bangat. Waktu hampir musim "summer" ni mentari naik awal dan terbenam agak lewat ..dalam pukul 8pm lebih baru gelap .

Dan kini mata aku  pun masih ikut waktu Malaysia.

Musim ni waktu subuh masuk awal. Sekejapan dah nak cerah. Elok la, mata pun dah segar bugar . Aku pun keluar dari  BnB penginapan kami dan berjalan-jalan ambil angin  pagi di sekitar tebing sungai Rhines. Ada “barge” berlalu menuju kearah pendalaman. Mungkin datangnya dari arah laut atau dari Belanda. Entahlah aku pun tak pasti. Dan tak perlu aku mencari jawapan.
Juga kelihatan beberapa orang mengayuh basikal di jalan selari dengan sungai. Sunggu tenang dan mendamaikan. Ya aku kena tenangkan diri dan relaks sebab nak memandu agak jauh hari ini.

            Kejadian lucu semasa mengisi minyak


Pertama kali mengisi minyak di tempat orang memang melucukan. Ye lah kan kali pertamakan.

“Everytime is first time” ish... apakah statement ni. Bagi yang paham paham la.

Setelah mengambil kereta sewa di Brusell di mana minyaknya telah siap-siap disi penuh.
Setelah melewati 2 negara, menempuh jalaraya ke Amsterdam, Belanda dan kini di Hunxe German, tentu lah minyak hampir habis.
Lagipun jumlah jarak yang telah ku pandu ialah 480km.

Kini masa untuk isian semula. Eh! macam top-up la pulak.
Tiba lah ketika untuk aku mengisi minyak, karang kereta mati tengah jalan dekat German ni sapa nak tolong pula.

Sampai stesen minyak aku pun park dekat pam 5.
Ada kereta sebelah aku yang dekat nak habis isi minyak di pam 6.
Aku pun masuk ke kaunter nak bayar.
 Dengan yakinnya aku cakap .
“Pump number 5. Full please“sambil sediakan kad kredit dan tunai.
Aku cukup bersedia nakmembuat bayaran , tak kisah lah cash ke card credit. Tunggu cashier tu bagitau je. Atau tunggu minta dia ambil card aku dan swipe je. Tak  boleh salah.



Aku beritahu pam no 5.
Dia kata tak, pam 6.

 “ No no , pump number five!. Not six”
Aku keliru. Takkan nombor 5 atau 6 pun boleh terbalik kat German ni.

“Not six?”
“No”
“Tanken..pay” macam tu kot bunyi cashier tu.
“ Yup tanken number 5” aku main belasah . Dia “tanken”, aku pun “tanken” juga.
Ingat aku tak reti ke Bahasa German. Hahaha.

Aku cakap “Full tank . Pam number FIVE please”. Ni cakap omputih.
Bahasa German setakat tanken je aku. Maksudnya aku belum pasti..
Sambil hulur duit. Ye lah nak cepat kan. Nak kejar masa lagi.

“ Come….” Dia bagi isyarat aku ikut dia keluar.
Eh macamla aku tak rerti guna pam. Tapi aku ikut je lah.
Dia pegang pam petrol tu sambil unjurkan ke arah tangki minyak.
“ Tanken first, pay !”  Sambil segera masuk. Tatau la dia nada marah atau  nada lucu.

Oo mak ai..
Isi dulu rupanya kemudian baru bayar! Wohahahaha

Yang aku nak pergi bayar tadi, dia ingat aku nak bayar untuk pam no 6 di mana seorang pelanggan tu habis pam dah.
 Itu yang dok pam 5, pam 6. Tanken five  tanken six. Dok bertekak 5 , 6 , 5 ,6  aku dengan cashier tu tadi.
Masalahnya bahasa ayam dan itik. Aku cakap omputih dia cakap German!! Baik kau cakap Melayu saja.

Apa pun,isi minyak dengan jayanya . Penuh!
Kemudian masuk bayar.
 Selesai satu bab. Belajar perkara baru. Lepas ni tau dah cara nak isi minyak




Dortmund! Makan bola, tidor bola, semua bola..

Di Stadium pasukan Borussia Dortmund

Lokasi pertama kami di German ialah Iduna Signal Park. Sedap nama tempat ni kan. Tapi jangan tersilap, ianya bukan taman atau “park” seperti lazimnya. Ia adalah sebuah stadium bolasepak bagi satu pasukan yang agak terkenal di rantau ini. Pasukan tersebut ialah Borussia Dortmond. Pasukan yang kedua terbaik di German dalam dua tiga musim kebelakangan ini. 

Mereka merupakan pencabar Bayern Munich dan juga mnerima saingan yang kuat dari Wolfburg atau Schalke 04.
Aku seperti biasa akan menyokong pasukan yang seperti ini. Maksudnya aku tak sokokng pasukan yang sudah gah seperti Bayern atau di England, Manchester United. Aku sentiasa mencari pasukan yang akan bersaing dengan pasukan yang kuat ( dibaca: terkuat dalam liga) dan melihat sejauh mana majunya perkembangan mereka.

Mulanya bila aku cadang nak ke Stadium Iduna Signal Park, Lurvy macam, nak ke stadium?
“La, kenapa nak pi stadium ni?”
Tapi aku buat dek ja. Aku yang buat itenari supaya tempat ni masuk dalam program.
“Lagipun abang yang bawa kereta  Follow me anywhere I go ok

Sampai di stadium ni awal lagi. Jam belum mencecah pukul 9.30 pagi. Embun pun belum kering lah kata orang.

Namun sudah ada beberapa bas dan kenderaan awam parkir di pinggiran pintu masuk Utama. Rupanya mereka menunggu untuk masuk ke kedai cenderahati.
Setelah mengambil gambar berdekatan, kami pun menunggu sekejap dan tak lama kemudian kedai cenderahati pun dibuka.

Lama juga di dalam tu sambil membelek barangan dari sekecil-kecil pen hingga sebesar-besar bola. Jersey dan tshirt tak usah ceritalah. Memang banyak, jenama Utama, jersi kedua , ketiga dan jersi latihan semua ada.
Bak kata orang, macam macam ada…!
 Sediakan duit sajalah!
Aku membeli sehelai t-shirt training. Untuk buat kenang kenangan.
Melihat stadium dan betapa gahnya peminat kelab membuatkan aku mengkagumi, Borussia Dotrmund, antara pasukan terkuat di German ini.


Bayern Munich ?   Kelab yang ni kena letak tepi  dulu sebab dah kuat sangat.
Aku jenis sokong yang akan memberi cabaran, bukan yang dah favorite macam Bayern atau MU (di England). 

 Tapi Manchester City tetap di hati. Sebabnya Man City dari pasukan yang gitu-gitu dan sekarang dah establish sebagai pasukan yang kuat.
 Yezzaa!!. Eh mai mana cerita Man City pulak ni.

Berbalik kepada kedai cenderahati di stadium Borussia Dortmund. Kedai yang sekecil tu pun kami jadi leka melihat jersi dan barangan berkaitan dengan bolasepak serta kelab tersebut. Kecil-kecil kedai ni pun, dua tingkat jugak.
Dalam tak minat bola tadi, Lurvy aku tengok leka juga membelek.

Setelah selesai menjamu mata di persekitaran stadium kami bertolak ke Bandar Dortmund. Tujuannya mencari frigde magnet kiriman kawan. Sampai di Dortmund nasib baik ada parking kereta di tepi jalan ..
Cepat sikit nak meroda berjalan kaki.

. Dalam termangu nak bergerak arah mana terjumpa seorang wanita berketurunan Cina.
“ Hmm, tentu lah pelancong dari China ni” bisik hati.
Kemudian dia tersenyum dan bertanya  “Are you from Malaysia” Macam tau tau je
“Ya, how about you?”
“Me too” jawab beliau.

Terus aku sembang dalam bahasa kebangsaan, dan dia pun gumbira juga jumpa orang Malaysia. Asal Malaysia je terus geng!!
  Itulah sebenarnya kita, akan cari persamaaan takkala kita lain dari org lain di negara yang sangat lain.

Ok borak lebih kurang, kami pun ke deretan kedai mencari souvenir.

Tak ada kedai cenderahati di kawasan tu. Kedai lain banyak! Mungkin aku salah tempat. Ye lah sebab main redah je.
Tanya orang, semua suruh beli barangan team Brussia Dortmund. Aduh.
Ya. Itulah hakikatnya di Dortmund. Semua pasal bola dan pasukan Borussia Dortmund!
Sangat-sangat passionate!! Jangan sebut kelab Bayern Munich kat sini...itu musuh tradisi tu.!!

Nak tak nak nak beli je magnet warna kuning yang terang tu bertulis Dormund.
Tak dak design fancy . Simple..


Auto-Bahn..yehaaa!!!


Selepas bejalan-jalan di Dortmund, kami terus mengejar masa unutk ke Frankfurt. Satu Bandar yang besar di German.  Di Frankfurt juga terletaknya lapangan terbang terbesar di Eropah, tapi tak pernah di war-warkan. Aku pun tak tahu..tak pasti ang airport terbesar Eropah terletak di Frankfurt..Mungkin sebab tak famous..atau tak menang award.
Sekurang-kurang itulah keluhan warga Franfurt yang aku temui.
 Aku tak pasti juga samada betul atau tidak.

Tapi yang pastinya bila memandu ke Frankfurt aku aku akan memandu melalui Auto-Bahn.
Tentu ramai pernah dengar pasal Auto –Bahn ni. Ianya merupakan satu lebuh raya yang tiada speed-limit. Sebenarnya nak kata tak ada sepenuhnya pun tak juga. Pengalaman aku ada juga kawasan tertetu yang ada had laju nya. Mungkin berdekatan kawasan susur keluar atau sebagainya, tetapi kebanyakkan memang tiada had laju. Mungkin sebab tu la kereta kat sama cc besar-besar. Dan patutlah kereta buatan German ni power power.Sebab memang boleh lenjan punya kat Auto-bahn.

Auto-Banh ni bagi aku orang Kedah memang boleh relate sebab apa namanya begitu, Auto semua orang tau kan .. kereta, automotif atau kenderaan lah kan. Bahn kalau orang Kedah ada jalan kampong tu “bataih ban.” Jadi kenalah dengan nama Auto-Bahn tu . 
Ha Ha ha.

Lama juga la aku merentasi lebuhraya ni dari Dortmund ke Frankfurt.
Memang geram nak lenjan Mercedes ( dibaca: kereta sewaan ) aku tu. Cuma Lurvy asyik dok perati saja speedometer kereta. Hmmm.
 Tak boleh nak laju sikit.

Sebenarnya Lurvy amat perihatin bab u. Sementelah  aku ni kekok lah juga, nak memandu kereta stering sebelah kiri ni.
Kekok-kekok pun, aku  memandu dekat 3000 km juga dengan Mercedes sewaan tu.
 Amik kau, jauh aku belasah. Bila lagi ek..





Insurance kenderaan amat penting!

Memang betullah kata orang alang alang nak mencuba Mercedes ni , baik sewa je. Nak beli kan mampu tengok je kan. 

Better kita sewa.  jangan lupa, ambil insuran yang fully covered. Coverage dia dari calar sikit sikit hingga remuk. Semua kita dah insurankan. Tak payah pening-pening..

Bukan apa , kalau kita ambil limited liability, boleh aja sebab ada juga option tu. Contohnya insuran hanya cover kos membaiki jika kerosakan melebihi EUR5,000 sahaja.  Kalau kerosakan tu kurang dari jumlah tersebut kita kena bayar sendiri.

Contoh jika berlaku kemalangan dan tahu lah kan kereta Merc. Kena sikit,lebih kurang pun, tentu sangat mahal nak bayar kan.

Katakan kerosakan bernilai EUR3,000, untuk dibaiki.  Sebab nak amik insuran murah, hanya nilai melebihi Eu5,000 baru cover. Dalam kes ni, contohnya kita kena bayar 3,000.00 euro, itupun dah berapa ? Lebih kurang RM13,000 . Perghhh..mahal lagi dari sewa.


Nasihatku , ambillah insuran yang cover sepenuhnya. 

Bukan setakat EUR3,000 kalau EU500 pun banyak jugak nak kena bayar kan kan kan. Sebab kalau ditukar ke RM didarap 4 lebih. Siap duit kalau insuran tak cover.

_______________________________________________________________________________

“We live in a wonderful world that is full of beauty, charm, and adventure. There is no end to the adventures we can have if only we seek them with our eyes open.” – Jawaharial Nehru

------------------------------------------------------------------

Permandangan indah dan bersih. Indahnya alam ciptaan tuhan


Menariknya bila memandu sendiri kita akan melalui tempat-tempat yang tak mungkin kaita boleh berhenti kalau kita menaiki kenderaan awam. Permandangan di lebuhraya memang sangat cantik. Kalau banyak masa memang nak berenti banyak tempat dan snap gambar banyak-banyak. Tapi kan, masa amat terhad. Nak kejar timing masa  seperti yang terancang bukannya nya senang. Itupun, aku kalau berhenti memang lama juga dok ambik gambar. Mmmm, tak hengat!


Aku pun tak pasti mula mula, kenapa dalam syok syok drive kat highway, GPS tunjukkan jalan keluar, padahal jarak masih lagi jauh. Rupanya orang yang sewa kereta  sebelum ni set kan GPS tu the shortest distance, bukan nya the fastest route. Patutla masuk kampung la apa la.

Itu aku sedar, bila aku rasa pelik , jalan yang gps bawa kami,banyak kona kona, padahal highway tadi elok je laluan nya..

Hmm lepas betulkan setting barulah cepat sampai ke destinasi.

Apapun masa yang lama diambil amat berbaloi kerana berpeluang melihat permandangan yang indah.



Huntunglah my wife, aku asik dok amik banyak photo.
gambar aku yang tak banyak




Roman Platz? @ Frankfurt


Setelah berjalan berhent berjalan berhenti, mm bila nak sampai Frankfurt ni.?
Akhirnya dari pagi tadi bertolak dari Dortmund, menghampiri pukul 4.30 baru sampai ke bandar Frankfurt. Pada asal rancang nak singgah Stuggart untuk ke muzium Mercedes tapi kami ubah rancangan. Kita tinjau Frankfurt sajalah.

Frankfurt, salah satu kota yang terbesar di German, ok..so whats else..? Nak tuju ke mana di Frankfurt ni.? Sampai saja masuk Frankfurt kami nampak landmark ini. 
Control tower mungkin?



Unik tapi tak pasti bangunan apa. So terus menuju ke sana. Rupanya kawasan restricted, Mungkin pejabat kerajaan kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...