Thursday 27 February 2014

Kid will always kid






Assalamualaikum bloggers and readers..

Kid will always kid

Gambang resort city Pahang, Malaysia

Nice big pool
Hyena at Safari Park
Face off
Hungry eh Yasmin.. 
Open safari
While waiting
Still waiting for the bus into safari park
Urh... the line seems not moving







Friday 21 February 2014

Mickey sambut tahun baru cina 2014

Assalamualaikum bloggers and readers..

Dapat jemputan jiran lama sempena raya cina baru-baru ni..


Mmmm.. tarian singa tak nampak pun..naga pun entah kemana..

Yang ada tikus saja...i.e Mickey and frens..

Suka la si Aisya....






Wednesday 19 February 2014

Panik: Ujian di petang hari

Aku sampai rumah agak awal..sebelum pukul 6 dah sampai rumah. Lurvy dan anak2 masih belum sampai. Mungkin pergi beli barang ataupun alatulis atau apa apa sajalah..

Terus aku menyirami tanaman di hadapan dan di bucu depan rumah..
Sekejapan sampai Noni dan rombongan, penuh dalam kereta. Berteriaklah Aisya and Yasmin:
"Abah dah balik!"

Terus aku menghalakan semburan paip air yang mengeluarkan semburan halus mengusik Angah..

Danish terus naik ke atas, salin baju dan keluar semula..
" Nak pergi main futsal abah.. "

Ok,,, tapi hari ni balik awal.. mengaji sebelum maghrib ok..

"Alaaa..abah, lepas maghrib la..."

Lepas maghrib nak buat kerja sekolah lagi... nanti tak sempat.. Danish diam, setuju tidak, tak setuju pun tidak. Aku tak perasan reaksi beliau..

" Eh jap2. Dah solat asar ke belum" tanya aku.

Eh belum la...

Ok gi solat dulu ngan Akmal kemudian pergi main. Balik sebelum maghrib.. Arahan standard aku.

Aku pun pergi belakang tengok pokok betik yang baru ditanam..
Emmm,, cepat pulak membesar pokok betik ni. Patut la Najmi cakap cepat je betik ni membesar.

Aku masuk ikut pintu depan. Dua buah basikal dah tak  kelihatan. Satu basikal Akmal. Satu basikal mamanya. Akmal yang bawa. Kemana lagi kalau bukan ke futsal.

Abah , jum la teman Aisya naik basikal...\
Ok la..
Dengan masih berbaju kerja aku pun membawa dan mengawal Aisya, yang baru saja boleh menunggang basikal, dan Yasmin, yang masih lagi memerlukan 4 tayar ke sekeliling taman.

Sampailah ke deretan rumah yang berhampiran gelanggan futsal. Bertegur sapa dengan jiran. Berkenalan dan berborak sekejap sambil Aisya dan Yasmin bersembang juga dengan kawan baru. Cepatnya bebudak dapat kawan.

Borak punya borak, hanyalah dikejutkan oleh seorang budak: "PakCik, Akmal berdarah di dahi. Luka panjang"

Terus aku berkayuh ke gelanggang. Setengah minit saja kot dah nampak bebudak dan remaja berkerumun dalm gelanggang futsal..
 Dalam kepala terngiang2 sambil memikirkan. Jatuh terantuk simen ka. kena tiang gol ke..

Menghampiri aku nampak seorang remaja perempuan yang kemudiannya aku pahami yang merupakan pasukan futsal JPAM, sedang menekap dahi Akmal.
Akmal tersandar di tiang sambil matanya memerhati aku.

Ok, orang masih sedar. Kenal aku.. Darah tertumpah di lantai gelanggang futsal.
Perempuan itu masih menekap kepala akmal. Dekat dengan ubun ubun.

Ok..aku berfikir, darah agak banyak.Sambil menundukkan kepala mengambil alih baju Akmal yang merah, warna asal, kini basah dengan darah.

Aku mengangkat baju tersebut dan apa yang aku nampak agak mengerikan. Kulit kepala tersiat.. koyak ..agak dalam menampakkan lapisan warna putih.

Urgg.. tempurung kepala?? Aku kaget.. Ok bertenang bertenang....Kulit yang menutupi tempurung dekat ubun ubun telah menunjukkan apakah yang ditutupinya selama ini.

Ni ayah dia ke,.. aku tak tau suara sapa. Kami dari JPAM, kami dah panggil ambulan. Nak bawa dia guna ambulan pakcik nak bawa sendiri....

Errr..Akmal pening tak? Aku tanya Akmal. Aku rasa soklan ni aku dah tanya tadi. Entahlah ini kali ke berapa aku tanya. Akmal ok tak. Rasa nak muntah tak??

Tak pening dan tak rasa nak muntah.
 Aku bangun,, dan maklumat ini diserap oleh aku : " Kalau pakai ambulan anak cik terus masuk ke bahagian kecemasan"

Ok  ok. Pakai ambulan. Tapi lama lagi ke.
Setiap saat aku rasa sangat lama....


Aku capai telefon dalam poket : " Yang, akmal injured kat kepala. Datang padang futsal kejap"
Aku tak pasti apa dia jawab.. yang aku pasti Lurvy dapat maklumat aku.

Lurvy sampai. Ambulan tak sampai lagi.
Kemudian dengar bunyi ambulan, aku papah Akmal keluar gelanggang futsal. Mungkin baju aku kena darah, aku tak kisah. Akmal boleh berjalan dan tak pening. Satu petanda yang baik.



Lama juga nak sampai hospital putrajaya....
Sesampai terus masuk Triage dan dilihat oleh pegawai perubatan agaknya.
Check lebih kurang kemudian dibalut dan aku berikan maklumat, nama, ic dan alamat.

Dapat slip, kemudian pergi kaunter...
Daftar dan disuruh tunggu..
Ha ! Tunggu... uish, ingatkan  terus masuk kena jahit ke apa ke.

Aku cuak. Bermacam2 bermain difikiran. Bagaimana kalau ada kecederaan dalaman. Tentu ada kesan kalau lambat dirawat.
 Tunggu namun giliran sampai lewat..

Aku menuju ke Triage da bertanya. Lamabat lagi ke.. Tak nak scan dulu ke.. Tak payah x-ray ke apa.
Cuak la kalau ada kecederaan yang tak kita nampak, sebab yang nampak memang mngerikan.

Tak pe tu,, bukan  life treatening.. ada lagi teruk..\
Huh ..tak teruk ke, sampai cam ni pun tak nak rawat.

Sabarlah...aku pujuk Akmal dan sebenarnya lebih memujuk diriku. kalau minta nak cepat pun org ada procedure juga, Sambil mendoakan Akmal tak cedera dalaman.

Masa menunggu melebihi satu jam sudah!! Huh, kalau ku tahu baik aku terus ke Gleneagle KL.
Tapi kalu bergerak sekarang mau 45 minit baru sampai.
Gedepak gedebuk pun sejam lebih juga baru dr boleh check termasuk masa perjalanan lagi.

Ok tunggu lagi sambil perhati kot ada perubahan fizikal Akmal.

Akhir no dipanggil. Doktor terkejut dengan luka yang besar dan dalam... Dia seolah bersetuju yang rawatan patutnya dengan segera. Hmmm.. Benda dah lepas..sambil aku berharap Akmal akan ok.
Pergi x-ray. Keputusan tiada retak.
Alhamdulillah...

Kemudian baru dijahit.....

Sekarang aku menaip sebingkis kejadian petang tadi yang merupakan ujian kecil dari Allah.. Menguji kesabaran menunggu ,, dengan ramainya org, dengan banyaknya kes denggi bersama anak yang luka di kepala. .. di hospital Putrajaya..

Menaip dan meninjau Akmal yang tidor kepenatan,, dengan kepala yang bebalut, dengan harapan semuanya akan baik-baik sahaja.

"Ya Allah jangan Kau uji diri ini dengan ujian yang tak mampu aku hadapi"






keletihan menunggu...
.

Tuesday 18 February 2014

Kayuhan sempena hari wilayah 2014

Assalamualaikum bloggers and readers..

Maka aku pun mendaftarkan diri untk menyertai konvoi berbasikal sempena hari wilayah. Macam paksa diri untuk bersukan. Kalau tak sertai mesti liat punya nak kayuh.

Ajak najmi join tapi dia tak berapa sihat.. kalau tak boleh juga layan sembang sambil kayuh.

Aku pun pergi mendaftarkan siri pepagi, lepas subuh..





Tshirt dan no plat beskal..layannnn

Pergh   ..ramai juga manusia amik bahagia

Beratur punya beratur sampai saja rupanya barisan untuk team/kumpulan. Hampeh..
Aku register untuk indivodu,, kena lah mula balik. Nak tegur pun, pikir pikir takkan benda tu depa tak terpikir.
Letak je lah signange barisan kumpulan dan sini barisan individu..
barisan betullah!!

Anyway, lepas register dapat baju tshirt dan no.  plat basikal. Ada nombor..aku 0799.. dari lebih kurang 6000 kot. Ada juga 2 coupon makanan, satu untuk bteakfast satu untuk lunch.

Ok lah..org makin ramai.. huishh semua dtg macam nak race ke hapa..siap dgn jersey team bagai.. aku belasah tshirt saja.. ala nama pun kayuhan sanyai..lagipun baju utk cyclist macam tak serap peluh saja. And ketat plak tu..sendat.

Lama juga aku tunggu bila nak start..dgn briefing routenya.. dengan taklimat keselamatan..yang keselamatan tu oj la..ni jalan jalan yg nak lalu cerita details mana pwrlu jot..jalan sudah..ikut konvoi kan.. bagi tau secara kasar cukup la kan sbg gambaran..tapi takpa jenis suka pegang mike..layan sajalah. Maka berkayuh lah dari putrajaya ke stadium bukit jalil..pergi balik..50 km kata mereka.
Water station .. Mana station, mana waternya..Ramainya org.. station depan tu..


Kata aku; huish tu dia habaq hang..boleh ka sampai ni..

Aku tak pasti amik masa berapa lama nak sampai sbb tak set timing..tak set masa mungkin pergi balik dalam masa 3 jam setengah kot..

Kesian juga laluan serdang..south city..kereta jem sbb jalan kena tutup..

Bukan sekejap rasanya,, sbb seramai 6000 org dan ada yang laju dan ada yg alowww macam aku ni.. bayangkan jarak antara 1st dan last..mahu 6 atau 7 km.. .kalau tak pun mungkin lebih..

Walaubagaimana pun aku menyempurnakan kayuhan..dan rasa ok la.. tak lah penat sanagt.. mungkin berkayuhan..entah2 sama dengan lari 15 km je kot..ke 5 km jer..entahlah..
Finishing line... yehaa..finished!!

Oh ya lepas habis semua ada cabutan bertuah..macam biasa  ..boleh hadiah!!! Yesss..kat org lain...

Aku tengok je ...org menang experia z la..samsung note la..flat screen la dll berjumlah 200 lebih hadiah..

Friday 7 February 2014

Denggi di mana mana !!!!

Assalamualaikum..

Denggi di mana mana!!!  KEnapa yer... musibah ni takboleh dihapuskan. Beratus ribu bayar kontractor untuk fogging..

Persoalannya:

1) Kenapakah kekadang lepas fogging petang malam tu masih banyak nyamuk
2) kenapakah kebal bebeno nyamuk aedes ni
3) Ubat waima bahan kimia yang digunakan benar2 berkesan atau kontractor harap boleh datang sembur lagi.. ( dalam bersangka baik ni...)

semburan atau fogging adalah short term solution,,

Long term solution nampaknya tak berjalan lancar ni..

Kena jaga betul2 pasal denggi  ni..

Aku dah pernah kena denggi  ni.

You never know what hit u,, pada masa tu tak sangka kata denggi pun..
 Demam sepanas-panasnya..
Lepas tu sejuk sesejuknya..
Ingat demam biasa .. dan nak dipanjangkan umur, pergi check kat klinik cepat2.

Lepas tu masuk hospital...
Rasa memang teruk sangat...walaupun platlet masih terkawal..

Jadi pembaca sekalian.. jagalah persekitaran , bersama sama.. Dan kalau sakit demam 2 3 hari tak baik cepat cepat follow up...

Ok .. take care.


Tuesday 4 February 2014

Melayan keletah anak-anak

Assalamualaikum bloggers and readers.. Anak-anak pun tak mengomel sangat cuti CNY ni tak kemana-mana. Lagipun Mamanya belum sihat sepenuhnya lagi dari demam. Eh, bukan demam mengidam ok. Demam mungkin lama dah tak demam. Kalau tak demam macam mana nak merasai nikmat sihat. Demam atau sakit memalu lubuk hati kita dengan peringatan bahawa betapa lemah
nya kita. Menghadiri kenduri adalah dijangkakan memandangkan cuti yang agak panjang . Bekerja di Kl membolehkan hari Isnin dinobatkan sebagai cuti tambahan dek kerna jatuhnya 1 Feb bersamaan sambutan Tahun Baru Cina. Sepi-sesepinya tahun ini berbanding suasana rumah sebelum ini yang ada jiran yang begitu semangat dengan tahun barunya. Dengan tarian singa dan mercun. Meriahlah. Namum kekadang menjengkelkan kiranya sampai pukul 1 atau 2 pagi.. JDT melawan T-Team, pasai apa ni sampai kena tangguh? Makanya aku pun men"Google" apakah kerananya perlawanan Piala FA ditanggukan. Terkejut aku jumpa berita bahawa Sultan Johor mangkat..!!! Huh biar betul... Rupanya aku terlunsuri berita yang telah lama. Tapi kebetulan pulak tu. Lawan Team yang sama , pasukan T jugak... Ermm..malas nak layan berita ni, apa yang berlaku pun tak tau lah.. Banyak sangat kontroversi.. . . . Malaysia (dan negara Asean ) nak jadi tuan rumah piala Dunia?? Biar betul.. Hermmm.. Lagi satu idea yang..err, entahlah. Baik target Malaysia layak ke piala dunia. LEbih jimat. Stadium tak perlu buat.. Kalau tak layak pun sekurang-kurangnya improve la kot. Oklah Mau tido..esok mau layan bola ManCity lwn Chelsea . . . P.s Pagi tadi sempat merakam keletah anak anak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...