Monday 17 October 2022

Semoga kita semua dilindungi

"Saya tak tinggal awak, Yang (Sayang)."

itu raungan si suami di kala kereta terbakar di kemalangan maut di Johor.
Dan api terus marak maembakar kereta dan isinya.

Pilu. 

Dan tiada apa yang dapat dilakukan

Hanya melihat dengan sebak dan syahdu. Badan hampir kaku melihat kebakaran. Tiada upaya untuk bergerak.
Hanya mulut mampu menjerit.
Dan air mata yang mengalir.

Sedih kan.

Semoga roh arwah si isteri di rahmati Allah dan si suami terus tabah.


Nauzubillah. Doa agar kita dilindungi dari mara bahaya yang nampak atau tak nampak.

Jauhi lah kemalangan samaada ddari kealpaan kita atau bukan salah kita tetapi kegopohan orang lain.

Semoga kita terlindung dari tragedi dan dijauhi dari ujian yang tak mampu kita hadapi.

Kita pastinya merasa kehilangan dan pernah kehilangan.
Itulah kitaran hidup, Pasti nya mati dan meninggalkan dunia yang fana.

Kehilangan menyebabkan kita tersadar.
Kehilangan yang mengesankan diri.
Meninggalkan memori yang tak pudar.
Terus kekal  di hati  sanubari.

Jadi.
Hargailah apa yang ada.
Kecapilah kebahgiaan seada nya.
Jangan pernah terlalu kecewa.
Kerana ada natijah dan hikmahnya.
Disana abadi dan tentulah kita nak bahagia,
Hidup hanya sementara.
Bersyukur dan berusaha ke arah yng terbaik

Friday 14 October 2022

Tiada dua

Assalamualaikum bloggers and readers..

Maka terbubarlah la parlimen. seusai pengumuman oleh YAB Perdana Menteri.

Jalan terus. Game on lah kan. 

Takmo komen pasal politik sbb kat media social lain danh banyak post, dah lama isu dan kebaikan (atau kelemahan) dibangkit oleh kawan dan lawan. Memasinng boleh nilai.

Mohon bezakan antara fitnah dan kebenaran.
Jangan sambungkan fitnah di arena maya. Tak baik tau  dan natijahnya berat


Dan  nanti, buatlah pilihan yang terbaik bagi masing2 dan pilihan ditangan anda.
Tak pasti tanya. 
Jgn berdasar emosi. 

Dan sekarang ni memasing dah decided dah kot. Takkan benda berlaku bertahun dan semua dah tau, dengan hanya propa last minit boleh tukar pilihan.

Tapi choice is us. Nak beli stokin pun banyak faktor dan kriteria. Panjang la, jenis kain, sejuk kan panas ka nipis ka tebal ka, Harga lagi. Brand lagi.

so yang ni untuk masa depan kita dan generasai serta legasi yang kita tinggalkan.

 pikiaq memolek. Semua dah besaq panjang. Bimbinglah yang Undi18 untuk buat penilaian yang betul

Semoga yang terbaik untuk Malaysia, kerana inilah satu-satunya negara kita. Tiada dua!

Thursday 6 October 2022

Coretan tipis dan pendek

Assalamualaikum bloggers and readers..
Pelbagai peristiwa berlaku, terutamanya ( Notably):

1. Mancity menang menentang M.U...komen aku:
..yeahhh.
Satu derby yang aku tunggu.
Haaland is the beast.
Harap "form" Man City continue.

2. Pi legoland and Jb hari tu .. enjoy ngan anak2 dan family.
Kalau free nak masuk posting sini nanti.
sedar tak sedar..hermm sedar la. Anak2 dan besar. Namun ada yang masih ajak pi Legoland. So sebelum depa dah tak minat berjalan dengan kita as parent ni. Baik kita luangkan masa bersama anak2.
Seriously, time flies fast. 

3. Siapkan 2 assignment.
lah , macam masa student dulu rasanya pulak. Buat assignment, bind dan submit. Kalut semacam la pulak. Terkenang masa uni dulu.

4. JDT menang liga Msia.
Tahniah JDT . Memang deserve menang dengan barisan pemain2  Malaysia ditambah import berkualiti.
Quite a tall order untuk team lain kejar. Hope semuanya memberi kebaikan kepada team nasional kita juga. Dan meningkat kualiti liga.
-ikhlas- penyokong Kedah-

5.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...