Wednesday 16 December 2020

Melaka stay hotel mana? The Shore Hotel and Residence

Assalamualaikum bloggers and readers..

Dalam banyak-banyak hotel atau apartment yg disemak dalam  Agoda, kami memilih hotel ini. Sebab kalut tak tau nak pilih yang mana pun ya..sebab harganya ok pun ya. Sebab yang penting sekali aku dah serah kat Lurvy dan gegurls utk pilih ja yang mana mana hotel,  ( balik kerja aku nak tau ja yang mana) ..tapi tahu lah wife den ni, balik tanya dah pilih hotel,,krik krik..

nak aku juga sama2 pilih..last minit punya pasal yang ni lah. Senang!! Hahahaha

The Shore Hotel & Residence. Terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka. Agak strategik ..
bolehlaaa.

Sebenarnya tiada gambaran langsung bagaimana rupa hotel ni sebab kalau pergi Melaka pun jarang overnite kat bandar. Ye lah tak jauh kan dari sini..Lembah Klangg

. Tapi sebab nak cari sebab nak stay..Check in sini lah..

Ehem ehem..kan perintah perjalanan telah ditarik. Dan yang utamanya nak hantar anak ke Uitm, dan..nak bonding with family. Ye lah kalau depa dok rumah memasing macam tak ada kat umah. Dengan handphone ja..dan memerap dalam bilik.

So  nanti aku buat TerjahReview hotel ni dalam posting seterusnya..


La ni sedikit gambaran buat kenangan dulu..

stay tune..









Thursday 10 December 2020

Bertindaklah...

Assalamualaikum bloggers and readers..

MEMBACA..

sebenarnya kita boleh ter "inspired" dgn membaca penulisan atau buku2 ,
dan aku juga berharap akan terus menulis..

So, bagaimana kita boleh berjaya..ya dengan membaca dan belajar dari org yang berjaya..

Nak share sorang ni..,

 ..pemilik perniagaan SPANX..
shhh..aku tak explore Spanx ni brand product apa..something to do with women "thingy" maybe..
women fashion maybe,,,but what Spanx is, is not important.. i ll check after this. Jujurnya aku tak suka detail2 sangat . i.e sapa dia ni, apa dia jual.. 

Aku jenis amik yang penting ja..Simple.

Sebabnya bukan aku nak tulis novel..nak tulis plot panjang-panjang.

Dia kata yang membezakan orang yang mencapai impian dengan orang yang tidak capai, senang ja..iaitu  "action"/ Tindakan!!!

Bukan kerana org tu bijak, banyak duit atau banyak pengalaman.
Semuanya adalah tentang tindakan. Sama ada korang bertindak ( berbuat sesuatu), atau tidak!.Itulah factor utama.

Kalau ada otak yang amat bijak tapi tidak bertindak menggunakan otak utk menjana sesuatu (yang memberi kebaikan), tak bererti jugak.

Kalau ada duit tapi tak digunakan utk generate income atau digunakan kejalan yg baik,rugi saja kan.

Dan bagi aku lagi, faktor yang penting juga ialah attitude,,sikap! Buat (iaitu usaha) dan mempunyai sikap yang tak mudah mengalah..Satu kombinasi yang akan membawa ke next level...Zass..

Kena berani amik risiko!!


Takut gagal???.  Jangan risau..
Ya memang semua orang takut gagal. 
Jangan risau, lagi sekali, anda bukan berseorangan.





Tapi kalau tak buat, konpom tak berjaya!! 
Kalau buat, tak semestinya anda gagal. 
Ha masukkk!!! eh masuk pulak..

Ha pilih la.. nak bertindak atau idak.??

Dan tentunya dalam meniti perjalanan hidup,, dalam mencuba berbuat sesuatu tentu atau tersilap langkah. misstep,..jatuh. terduduk.. tak pe.
yang penting bangun, ubati luka, buang duri2 yang menghalang dan teruskan perjalanan.
Sehingga mencapai destinasi..
Yakinlah rezeki akan sampai kalau kita berusaha.Kalau tak cepat, amik masa sedikit..sabar.

Yep senang cakap kan sabar. 
.habis tu nak suruh tak sabar?? Kalau tak sabar habis segala yg diimpikan. Then kena start balik,,


Oh ya ini dia petikan Sara Blakely..dan usha2 lah insta beliau..

"The difference between people who achieve their dreams and those who don’t is simple… action. It’s not about having a ton of brains, or ton of money or a ton of experience. It’s about ACTION. 💪 Will you or won’t you? @Spanx is celebrating its 20th year in business this month and I’ll tell you… two decades ago I was just a girl with a crappy day job and a crazy idea. I didn’t have a ton of money, experience or knowledge of the industry. But I decided to go for it. I could have easily sat back and continued to say… “one day.” I could have kept dreaming, hoping and wishing. But instead.. I started doing and one day became day one, 20 years ago. 👊 And that’s what made all the difference. So what’s it gonna be? Day one...or one day?"

https://www.instagram.com/sarablakely/

setuju dgn coretan ini?
Boleh komen dibawah..

jumpa lagi..

p.s menonton movie juga boleh memberi inspirasi
 







YEayy..kopi Kedah

Assalamualaikum bloggers and readers..

Yeayy,,
ada kopi baru dari syarikat yg begitu terkenal /e stablish..iaitu Nestle..

Kopi Kedah nama diberi,
Semalam aku pergi usha kat Cold Storage tapi 
tak dijumpa setelah dicari,

Mungkin sukar kutemui..
nanti aku survey lagi...
Atau stock telah habis dibeli..

Sapa pernah rasa??

Saturday 28 November 2020

Adios....

Assalamualaikum bloggers and readers..

Aku sebenarnya tak tahu menulis tentang peristiwa yang berlaku minggu ni.


Diego Armando Maradona..
Aku tak tahu macam mana nak describe. He is gone.!!
Blur kejap aku. .
dan aku bukanlah jenis fan yang fanatic,.
Tetapi sampai la ni aku tak pasti dia mati bila. Hari apa, siang ka malam ka. Sakit jantung ka,, atau denganya pendarahan dalam kepala.
Nanti lah aku free2 aku baca news semula

So no words .. 

Tetapi Astro dok  tayang pasal Maradona. immortal etc..

FB video pun dok tunjuk gol2 dia..

 so aku kena luahkan juga


Aku minat Argentina sebab dia, dan terus minat sampai la. 
Aku minat ManCity pasal pemain Argentina dok main kat situ, Tevez, Zabaletta dan Kun etc. Dan terus minat sampai la....

Aku kena marah kaw-kaw oleh cikgu bahasa Ingeris, Mat Saleh orang Bristish, Mr Donahoue, kerana Argentina..
Manalah aku tau dia sensitif cam gitu sekali.
Aku buat karangan kejayaan Malaysia ( dlm masa depan) dalam penerokaan angkasa lepas. Karangan fiksyen gitu. 
Kapal angkasa Malaysia berjaya mendarat kat planet next to Argentine spaceship.
Punyalah dia hagin . Dalam banyak2 negara dalam dunia kenapa Argentina.
Manalah aku tau!! Aku minat Argentina.
Mana aku tau dia marah Argentina sebab perang Fakland. Sukan dengan politik mana boleh campuq...adoiii.

Ok habis bab tu..

And aku merasakan Maradona adalah pemain terbaik sepanjang zaman. Dalam senarai yang ada Pele, Zidanne, Cyruf,..dia satu level di atas. G.O.A.T.

Dont cry for him Argentina, but smile because he was a gift for your nation

Dari segi bola dia terbaik, dari sudut lain dia agak bermasalah. Entahlah... tang tu agak mengecewakan.





Sunday 15 November 2020

Demi vape di dada..pergh macam tagline pasukan bola negara sebelah.

Hokeh,, dia gantung vape ke main banyak. Siap color color gitu. Lepas tu "live" satu Malaysia. Wah wah, satu scene yang janggal untuk dilihat. Dengan berbicara pasal S.O.P covid. Ironi nya orang yg terjebak covid sampai satu tahap tercungap2 mencari oksigen. Oksigen ada dimana mana tapi dada rasa tersekat.

"Hat"dia ni sihat orangnya, nampak sihat, harapnya sihat lah. Siap gantung vape banyak. Pelik betul. 
Alasannya bateri vape selalu habis tu yang sampai  4 biji vape kat dada. Ke lima bijik? Mungkin dah tahap gaban yang tak boleh tanpa vape. So kita kena terima lah kot. Nak buat macam org tak leh tanpa vape.

Tu lah manusia ni perangai 1001 macam. Macam budak2, kan.. masa kecik tak boleh tanpa "puting". tak boleh tanpa botol susu . Nyonyot ja 24 jam.
Ada pulak tak boleh tidur tanpa bantal busuk..

So kita kena terima yang ada tak boleh tanpa vape.. 

Entahlah , yg dok pi mula mula hisap tu kenapa??






p.s. aku tak tengok live pasal anugerah tu. Tak ingat, tak tunggu dan tak kisah..

p.s: terkini dia dah mintak maaf

Sunday 8 November 2020

Exclusive Preview X50, sebelum official launch..

Sudah lama menunggu akhirnya sampai juga masa pelancarannya ( soft launch)

Ok ok.. entry ni untuk event yg berlaku pada bulan lepas tapi belum ada kesudahannya lagi. (Sat lagi tau kenapabelum ada kesudahan)

Bila lama nak coretkan topic pasti maka mula lah tengok balik photo2 yang boleh dicari idea.

Masanya sekitar birthday aku last month.. eh apa pulak last month, bulan September. So ada cuti hari Malaysia.

Cuti la kan. So ajak Lurvy pi kedai raket dan pasang tali. Kemudian ajak dia pi singgah showroom Proton. Nak ambil brochure X50. Nak usya-usya color dan design. Macam menarik je dok tengok dalam internet, hype semacam. Dan aku pun tunggu lama nak tengok rupa. Lurvy dok nak cari Iriz. 
Perancangan yang bagus juga Iriz ni, tapi tengok X50 dululah.

Ermm, brocuhre printed memang tak ada, Yang ada pdf je lah.. Ok lah.

Sembang dgn salesman..Tanya itu ini ...aku pun mintak nak  test drive X70 sbb nak feel proton ni. Lama dah keluar X70 tapi tak ada keperluan nak test . kalau tak nak beli takkan nak saja2 test kan.. Alang2 dah pi, try je lah. Walaupun dah hampir pukul 7malam. Salesman layan juga. Kereta test drive x70 dah nak habis minyak. Kami pi isi minyak dulu.

Pendekkan cerita puas hati X70 ni.. Handling. sound system, seat etc etc ok la. Memang dari dulu menunggu X70 ni tapi lambat makanya amik Subaru Forester..hahaha. 6 bulan lepas tu baru x70 launch.

Bincang gitu gini. Done. balik rumah..

Hari Jumaat salesman call bagi invitation utk preview X50, wah,, belum lancar lagi aku diberikan peluang untuk melihat, menjengok dan memegang dll. 
Ok lah boleh la pi..hari Sabtu 19.09.2020..malam..

Perghh,, masa tu ramai yang buat live fb la. Komen review sambil live. Aku mana reti nak live dan cakap cakap ni. Aku on live sekejap suruh Lurvy view, sebab whatsapp video call tak jelas sangat.
Oh ya tiket preview sorang ja. Lurvy tak leh ikut.

So far menarik la masa tu. Harga tetap ta diberitahu..

(Walaupun begitu 17.9.2020 dah kami bayar deposit. Ala, boleh refund, so bayar dulu RM500.
Nanti kalau tak ngam , minta refund.) Ni gambar-gamabr masa tu,, dah basi kan masa ni. Takpa aku pun tak nak beria2 post masa tu. Seganlah,,

Macam la org lain tak leh view. 
Tapi betul la, tak ramai dapat exculive preview..hahaha. Tapi entah, malas nak update blog pasal ni masa tu.

Ni baru lah nak menulis, Sebab, sambil menunggu Mancity versus Liverpool malam ni. Hope dapat result yang memberangsangkan. Vamos City!!

So aku kongsilah gambar-gambar kat sini.. 

 







Saturday 31 October 2020

Putraya Makan kat Mana? Warung Mengopi Ayer8

Assalamualaikum bloggers and readers..


Petang hari Sabtu. Agak malas nak jogging, suasana pun hujan, sofa memanggil manggil untuk aku rebahkan badan. Tapi takkan nak memerap kat rumah ja kan. Ajak Lurvy pergi mengopi lah.

Sesambil meronda Ayer 8. Hendak "menapau" Nasi Royal Kedah, yeahhh , pulun Kedah pulun,..erm lama tak balik kampung. 
Agak lama tak kena Nasi Royal ni. Ada beberapa orang kat rumah satu taste dgn abah..
 Lurvy? Kari kari dia kureng..hahahah.

Oh, ada tempat baru, agaknye lah. Atau dah lama , cuma aku tak pi ke sana agak lama, Nama restoran ni Warung Mengopi.(Gambar depan kedai tak ambil)

Wahh agak menarik konsep kedai ni. Ambient yang menarik untuk kami teroka. Lurvy ok ja, nak teman aku makan rungan-ringan sambil dating. Ye lah awal lagi kot untuk dinner. Sat lagi nak pekena nasi royal lagi.

 So kami terjah!!

Oleh kerana nak santai2 saja dan tak berapa lapar, kami nak order kudap-kudapan ringan. Walaupun teringin nak makan mee bandung johor, kami memilih Cucur Udang (RM6.00) dan tauhu bergedil.(RM4.50)

Itu makanan yg di order,, yang utama nak mengopi, so tempat ni sesuai nak mengopi. Dicadangkan oleh waiteress,, kopi Muar 434 dan kopi Vietnam.(Harga RM 5.40 setiap satu)
Sambil menunggu tgk la pintu2 dan tingkap lama yang dilekat di dinding.



...ketika lagu Shidee berkumandang , kopi


pun sampai. Meminum kopi Vietnam, ternostalgia pulak masa dok ulang beli kopi Vietnam kat HCM city. Mungkin sama sedap kot , entahlah, tapi memang ada rasa kopi vietnam la..

Kopi Muar 434 Lurvy order pun sedap...!!!

Hmm dengan suasana yang sebegitu, sempoi juga restoran ni , hati teruja nak tunggu makanan sampai

..menunggu cucur udang dan bergedil agak lama, mungkin akan dimasak setelah di order kot. Ok lah, perut pun tak lapar jadi boleh lah menunggu.

Ketika melayan lagu Gadis dan Bunga, makanan pun sampai.
Tetapi, ermm tetapi cucur udangnya kurang menarik,. Kuahnya bukan kuah kacang dan biasa2 ja. 
Tang cucur udang yang tebal, tepung tak rangup dan rasa so so.  Bergedil Lurvy ok la. Boleh la.

Cucur udang mengecewakan. Mungkin bukan signature dish depa, so kena bagi benefit of doubt. Sangka baik

= : "Tak pa nanti kita mai order Mee Bandung( RM13+) , mungkin sedap" aku tengok Lurvy kureng teruja dengan cucur ydang aku..hahaha

+: "Entah lah. Tak kot... Tak tentu nak mai lagi" balas Lurvy.

=: "Oklah Yang, kita mai minum kopi je lah next time. Kopi dia ok kan"

+:" Tengoklah."

Nota:  kekadang bila kita lapar, nasi dengan telur dadar pun sedap. Bila kenyang lain reaksi nya kan. So mungkin aku kenyang tadi. ..nak minum ja.

So that's wrap my experience today. Really wish aku order something yang sedap untuk membuat aku tersenyum , namun may be aku tersalah order. 

Ps. Man city lawan malam harap boleh membuatkan aku tersenyum.
Update: Man City menang!! Yezza..

Wednesday 28 October 2020

Selamat bersara Khabib

Kecik-kecik dia dok bergomol dengan beruang
asal dari Dagestan, salah satu wilayah di Rusia.
Dipandang enteng oleh musuh yang angkuh
Kini dia gelar dirinya Eagle,
Meredah gelanggang menjadi juara.


Sifat beliau amat terpuji, 
Berjuang bertarung bukan kerana wang
kerana ingin jadi juara
kerana ingin membanggakan keluarga
Selamat Bersara Khabib.


Thursday 8 October 2020

Cabaran banyak tapi kita boleh hadapi

Assalamualaikum bloggers and readers..

Really?
 Quite long time since i wrote here.. argghh masa begitu cepat berlalu.

Last nite Lurvy had a last laugh..
Borak2 sefamily, bila aku panggil Angah brief mama dia tentang dia pergi interview kat office aku utk programme MTrainee. 

Aku pun bukak sejarah silam zaman bila aku pun join MT dulu.
 Dan aku antara a few bunch of local grads yang dapat. Mostly from US and Uk uni.

Farah kinda hairan, ye ke banyak oversea grad masa abah. Yup abah 3 orang ja local grad. ( dan aku tetap yakin dengan keputusan aku stay dan belajaq kat Msia, itu cerita lain)

Aku pun layan la sembang dengan anak2. Yang kenkawan dapat masuk tempat kerja masa tu banyaklah story dari US. Ye lah sebab study sana.
 Then masuk bab depa dok cerita pasal grup musik, cerita pasal Gun n Roses, Nirvana la etc.

Lurvy mencelah : Abah Lefthanded..! Abah tentuu dok cerita pasal Lefthanded, Search, May. Yantzen
Then dia bantai gelak..

Orang rock group dari US , kita rock Malaysian ja.

Ehhh.... Ok apa Malaysian group. 
In fact yang foreign pun aku layan juga tapi tak lah macam experience kat sana.

Itu lah kenangan bila masuk satu grup reramai join Management Trainee.

__________________......__________________

Covid naik balik. Tapi dalam environment yang boleh kita "contain" kot, harap tak lah kita alpa.

Kesian juga small bisness nak mula naik balik kalau kena lockdown naya kita semua.

FEw days, masalah air berlaku lagi. Kalau it happens again and again, memang ada masalah dalam pengurusan. Tu saja nak habaq.
Kalau sekali dua ok lah kan. Mana ada perfect. Kita kan manusia. Tapi kalau berulang kali, nampak sangat incompetence dan timbul trust issue, whether depa boleh buat kerja ka dak.

Walaupun aku tak terjejas tapi aku tulis bukan sebab aku ja.. aku tulis sbb sebab masalh ni tak patut berterusan. Sian budak sekolah, peniaga yang keputusan bekalan air. Alah, benda tu pun takkan tak tau. Cari la jalan penyelesaian yg unggul dan sepenuhnya. Bukan jadi solution macam ahli bomba terima laporan, ada terbakar terus bertindak. Itu memang tak plan sebab musibah. Ni kena ada plan kontigency dan sebagainya.

Cakap pasal bomba, teringat pulak keterbelaan arwah adib. Apa cerita la ni. Senyap la pulak. Kes durian raub, tanak haram///adus covid2 juga. Keadilan kena ditunaikan, betol tak?

Banyak cabaran masa kini, dan cabaran akan sentiasa ada. dimasa hadapan tak tahu macam mana. Kita mampu dan boleh menghadapinya.
"Ta Tahzan"..Allah kan ada.

Namun kita tak boleh tidak melakukan apa2 , Salah jikalau kita dok diam dan  dengan berharap semua masalah selesai dengan sendiri. Kena usaha. Ikut SOP dan sebagainya..
Baru lah kita menang!!!




Tuesday 15 September 2020

Happy birthday to me..

Assalamualaikum bloggers and readers..


Hari ni agak sibuk. Semalam pergi ofis tapi bos nasihatkan jumpa doktor sebab aku macam selsema dan batuk2 sikit. Selalunya akan bertambah ok kalau makin tengah hari. Mungkin semalamnya, sebelum tu, minum ais agak banyak. Suhu ok ja, tapi batuk mula menggatal ditekak..

Dengan musim covid ni aku pun meninggalkan ofis dan jumpa doktor yang tapi ragu2 nasihat aku duduk rumah serta  memberikan cuti sakit ...Balik umah sambung keja..

Apapun hari ni dah ok. Ada kursus dan mensyuarat, sambil kursus, keluar jap untuk meeting online. Meeting berlanjutan over the lunch. Kat resort agak bising, so habiskan meeting dulu ditempat yang tenang tenang dan kurang gangguan dan kemudiannya jamah sedikit makanan.

Petang bertalu2 ofis mate wish happy birthday to me.  Aku pun isytihar cuti satu Malaysa esok.Wohahaha.
Sempena hari Malaysia.  

Aku tak pernah declare my bday dlm facebook etc, so wishes,, stop from my ofis mate. Thank you all. and more importantly from my family..

Pepagi Lurvy bawa hadiah, entah bila dibeli pun tak tahu.
Balik umah si anak2 bagi hadiah cekelat la, Forero la, .. Malam Pepsi pun ada. Adus,,, semua manis manis.
Semanis kurma dan semanis orangnya.  ceh.
 Had a simple outing and dinner. done that!!

Cumanya aku ingin luahkan rasa syukur dengan suasana aku kini. Segalanya kurniaan Allah. Dengan keluarga yang sihat. Rezeki yang dianugerahiNya, Seadanya. 

Sebab, sekeliling kita ada yang kurang bernasib. Namun begitu aku juga rasa kagum dengan kecekalan pemuda2 yang berjalan di lampu-lampu isyarat menjual nasi lemak dan asam boi. Sesungguhnya tanpa usaha tentu tiada hasil. Usaha itu penting kerana jika malas tentulah tidak mendapat apa2.

Ketika itu juga aku lihat seorang lelaki berjalan kaki di atas jalan tar tanpa kasut dan selipar. Huih tak panas kah, Atau baru kehilangan kasut. Tengok gaya macam org  normal, siuman. Tapi adakan tidak mampu membeli kasut. Pelik juga..

Bila difikirkan tak mustahil dia tidak mampu, dan simpanannya utk keperluan lain. Dalam termangu kereta belakang bunyikan hon menyegerakan aku bergerak.

Tinggallah pemuda yang mencari hasil mangga asam boi dan juga yang berkaki ayam dipersimpangan itu..


Berbalik kepada selipar. Aku teringat selipar aku di Mekah. Ye teringat design ya, dan bentuknya. Dan yang aku tinggalkan dan wakafkan di hotel penginapan semasa haji. Aku tak pernah kehilangan selipar, walau ramai orang kita terdengar hilang atau tersalah letak. Selipar ku yang kubawa adalah selipar dirumah telah aku pakai sebelumnya, tidaklah aku beli khas untuk ke Mekah. Namun selipar terpakai itulah boleh sampai ke Mekah dan bukan kasut Nike atau Adidas atau jenama yang seumpamanya.

Kekadang bila aku berjalan ke masjidil haram bersama Lurvy, melintas hiruk pikuk kenderaan besar terutama bas, ya, Hotel aku agak jauh juga, aku melihat seliparku sambil berfikir, dalam banyak2 selipar, yang ini kubawa ke Mekah. dan setia hingga selesai urusan haji. Moga ianya menjadi saksi tentang hadirnya aku di sana, di Tanah suci, betapa aku melangkah di sana. Betapa panasnya kota Mekah sehingga terasa lembut tapak selipar seakan hampir cair. Jadilah saksiku..

Dan itu hanya cerita selipar, dan ada orang yang tiada selipar, sedar atau tidak.
 " Nikmat yang manakah kau dustakan...."


Pasal birthday,,
Ermm, sejak semalam aku,.. bila nak sampai birthday hari ni, teringat dan rindu arwah mak. Entah kenapa.. rindu agak lain macam kepada orang yang melahirkan aku.  Tetap merinduimu emak dan sentiasa mendoakan mu di sana.

Thursday 14 May 2020

21 Ramadhan 1441 H ( 14 Mei 2020)

Assalamualaikum bloggers and readers..
Welcome back..

Semua terus dalam keadaan sihat hendaknya.

Sudah 21 Ramadhan hari ni. Ramadhan ini, dan seperti Ramadhan sebelum-sebelum ini, tentulah membawa seribu pengertian.

Dan tahun ini amat unik dalam erti kata yang positif. Seingat aku, hanya beberapa kali menjadi imam  untuk terawih. Sikit sangat! Itupun kalau ada event kecil-kecilan majlis berbuka puasa. Lepas tu terawih reramai.

Sebelum ni terawih kat masjid/surau, taklah "take-over" imam besar masjid. Cuak der

Yang uniknya tahun ni direct jadi imam tiap-tiap malam. Selang seli dengan anak utk terawih dan witir. Membuka perspektif baru tentang apa yang berlaku yang mempunyai banyak hikmah.

Keep on istiqamah guys. May Allah bless us always.




Thursday 23 April 2020

Ingatlah jangan bongkak dan takbur: Humanity being brought to lowest level by tiny little virus

Mungkin kita tak sedar,, Nature atau alam semulajadi ni ada caranya untuk mengubati diri. 

Ketika ini kalau korang semua perasan, langit nampak lebih biru. Udara lebih segar.

Dan yang masuk dalam news, ada penyu yang tak pernah mendarat di kawasan pantai peranginan di Koh Phanga ( tempat aku nak pi tuh, dalam perancangan), tetiba datang mendarat dan bertelur.

Burung-burung makin banyak mengunjungi pantai-pantai di Peru.

Bayangkan betapa singkatnya nature mengimbangi ketidakseimbangan yang dimusnahkan oleh manusia.

Ikan di sungai tak lagi dapat dipancing sewenang-wenang, contohnya. Entah berapa banyak species membiak dan bertelur tanpa gangguan.  Mungkin selepas ini akan ada hasil melimpah ruah. Hanya dengan manusia duduk di rumah!!


Blessing in disguise.

Sebenarnya ini adalah perancangan Allah. Di sebalik kejadian ada Rahmat-Nya. Manusia hanya mampu merancang setakat yang terfikir oleh akal yang dijadikan Allah.

Bayang kanlah..Today, Humanity being brought down to earth ( lowest level) by a tiny species(virus).

Dulu, bukan main Ketua-ketua negara  ( presiden dan perdana menteri ) buat meeting (summit) on global warming, macam mana nak selamat dunia, nak elak pencemaran . Banyak toksik dari kilang .

Meeting nak elak kehabisan minyak ( depleted oil reserve).

Tak jumpa solusi.

Hari ni, kilang tutup, kereta tak jalan, Kapalterbang  parking kat bay kat airport. 
Solusi dipaksakan keatas kita semua.
Buat. Tak ikut mati. tak ikut , kena jangkitan, masuk wad , masuk icu.

Baru takut. BAru nak ikut bagai. ( oh memang ada juga yang degil, tapi sikit).
Yang pastinya yang besar-besar ikut. Kilang ikut. Pengangkutan ikut.
Mau nya tak ikut. Kena sita kilang dan denda,, tak ke naya.

Manusia ni kalau ada penguatkusaan baru takut. Hilang nyawa ( virus sebabnya) . Hilang harta/duit akibat denda memang tak boleh. Nak tak nak kena ikut.
Tapi itu adalah kaedah.

Yang sebabnya jadi macam ni( kerosakan) adalah kerana tangan2 manusia sendiri. Banyak dah kerosakan dibuat.

Allah nak pulihkan.. 
sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. 

...dan caranya adalah cara yang tak tersangka oleh manusia

Wednesday 8 April 2020

Majukah kita??

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ada ruang dan masa untuk menulis lagi..

The future is now..

Bayangkan dulu dok pikir bila lah nak sampai tahun 2020 ni.
Dengan imiginasi bahawa kita dah maju, dan teknlogi canggih. Bila sampai, macam ni je??

Hmmm, secara relatifnya, dulu pun dah hebat. Tak percaya? Dari tak de kereta tetiba Henry Ford cipta kereta. Uishh maju gila baq hang..


Kemudian Tv. telefon, satelit, manusia pergi bulan, umangai..tak maju lagi cenggitu. Kira hebat la kan.

Jadi setiap fasa atau rantaian waktu manusia menciptakan sesuatu dan bila sampai zamna tersebut memang itulah yang hebat.

Dan seterusnya, seterusnya....dengan telefon pintar, eletric car dan satelit etc etc.

Jadi secara relatif manusia akan merasakan kemajuan pada fasa kehidupannya. Cuma loncatan capaian kemajuan agak berbeza ,

Daan mungkin terhenti akibat perang dan penyakit..Nauzubillah

wallahualam..

Friday 3 April 2020

Peka dan perihatin dengan kesulitan orang dan jangan cemburu kemewahan org lain



Hari ni  dan semalam:

1.Refund booking homestay in full amount kepada mereka yang booking.Tanpa mereka minta. Bukan kehendak sesiapa sebab tak dapat datang. Bukan saja saja depa  tak  check in. Jadi adalah eloknya, semua dipulangkan. Homestay tu pun bukan tujuan profit oriented semata.Tujuan sebenarnya nak memudahkan urusan orang, menjimatkan kos travelling orang dan menyahut Islamic Hosptality konsep.Win win konsep.

Jadi mereka tentu ada keperluan dari segi kewangan di saat genting ini.

2. Postpone sewaan ke bulan depan . Ada penyewa bayar semampunya sahaja. No problem. 

In sya Allah, kami sentiasa memahami. Lurvy pun ok ja rumah dia. Sebab boleh cover maintenance charges dan lain-lain caj sudah. Yang penting ketika ini ada insan yang memerlukan cash melebihi keperluan kita.

Biar ditulis untuk menjadi dorongan orang lain. Bukan saja-saja tulis, sebab aku bukan gila glamer.
Aku menulis bukan kerana nama.

Kita perlu menolong. 
Tiada pilihan lain. 
Bayangkan ada yang tiada sumber kewangan ketika gawat sebegini. Nak perlu mencari rezeki pun tak boleh.
 Nak harap moratorium? Pinjaman pun tak ada.
Nak keluar EPF. pun tak ada

Nak keluar ambil upah potong rumput. Tak boleh.

Nak pergi memancing cari lauk sendiri. Tak boleh

Nak keluar jual nasi lemak, kuih . Tak boleh.

Ketidakbolehan mereka ( dan kita ) keluar  kerana MCO ini, adalah untuk manfaat semua orang. Supaya tiada jangkitan yang merebak.

Jadi macam mana nak hidup kalau tiada sumber rezeki. Atau rezeki tertangguh.
Tiada duit, atau ada sikit tapi nak kena bayar itu ini.

Jangan sampai jiran kita kebulur. Jangan biarkan saudara kita menderita. 

Jangan sampai sahabat kita tak cukup makan. Kita cuba lah  peka dalam wassap grup keluarga kita, dalam fb kenkawan. 

Tanya kabar saudara kita yang kita tahu sebelum ni pun cukup sesak dari segi kewangan, apatah lagi saat mencabar ini.

 Jangan dok tunjuk bab makan sedap2 sangat. Ada org yang hanya mampu tengok sahaja. Jadi berpada lah.


Oh ya, digress sikit.  ..

ada org mintak maaf sehingga menangis. Sapa terasa dengan nukilan dia atau live fb atau insta dia, maafkan lah. Tak dak sesiapa nak buat salah.

Aku pun tau juga cerita ayam “itik” ni. Kalau ada fakta yang benar aku akan tulis my view, so far semua masih kelabu asap lagi.

Aku kena pastikan all fact baru nak ulas atau tulis..

Dan malangnya ketika itu, mungkin isu ni org dah tak minat , sebab semua mungkin dah buat konklusi memasing..

But what the heck. I would better say nothing if I got nothing good to say..(as for now)

p.s. Cuma sekarang I would like to say one word....EXACTLY!!!

Thursday 2 April 2020

Apa korang buat masa PKP?


Ceritaku , sebab aku pergi kerja demi untuk Malaysia:

Aku memandu macam biasa. Nak kena tahan dengan dia ni  atau tak ni.

Hari tu aku lalu lorong sebelah kiri, tengok macam kosong saja laluan tu. Cuma ada sebuah kereta ja yang ikut situ. Berdesup dia ikut situ .

 Aku pun follow. Sebab situ kosong.  Aku ni kinda not following the crowd.

Contohnya, Macam kat pondok tol. Aku hairan kekadang satu lorong tu 5 bijik kereta dok queue .Ni ejaan Q yang betol, punya lah pelik kan Bahasa Enggeris ni. E U E u dok ulang buat apa..Cess.. Baik BM senang..wohahahah

Ok kat mana aku.?

Ohh. kan.. kekadang orang main follow sahaja apa kat depan . Padahal tool booth sebelah tu kosong sahaja.  Kita kena lah alert dan perati. Jangan main follow sahaja.

Macam la kedai makan. Kalau ada org lain ramai Q, kita pun abaikan kedai lain.

Kalau ada wanita bertudung makan di restoran, kita pun anggap halal. Masuk juga.

Kalau ada wanita Indon bertudung serve, pun kita ingat kedai tu halal dan toyyib. Jangan ko...maybe dia di hire oleh kedai yang halalnya diragui..

Ada gantung ayat Quran. Pun assume halal.
 Padahal mungkin non-muslim take over kedai India Muslim tapi tak turunkan semua perhiasan. Sebabnya..jelas kan.
Perangai orang kita.

Tak boleh macam tu!! Kena pastikan dulu..

Kat mana aku ( lagi sekali).

Ok, masa roadblock, aku disebabkan aku lah kan. Mana mau ingat normal konvensyen.

Dah tak dak notis apa, aku pun lalu lah lorong yang kosong, dari Q dengan berpuluh kereta lain.

Sampai je, polis tahan. Alah nak risau apa , semua surat kebenaran dari ofis ada.

“Encik bertugas hospital mana” Abam polis tanya.

Ada rupa doctor ke aku ni. Gaya mungkin ada.. Woahahahaha. Rupa idak le.

“ Err , tak. Saya dari ofis nak balik”

“ Encik, ni laluan frontliners sahaja, Patutnya encik ikut sana, tapi tak pelah”

“Ok terima kasih. Jaga diri encik” jawab aku.

Aku nak je peringat dia pakai dan salin mask tu selalu. Basuh tangan selalu dan jarakkan dengan pemandu, tapi dah aku bukan doktor, aku pun berlalu je lah. lagi pun hero hero kita ni pasti lagi arif.
Untung juga dapat lalu dengan cepat.

Ok, balik kepada ayat di atas sekali..( aku copy sat..)

Aku memandu macam biasa. Nak kena tahan atau tak ni.?

Kereta dihadapan lepas dibiarkan pergi tanpa soal jawab.

Polis tu angkat tangan. Aku berenti.

Dia suruh buka tingkap. Aku bagi tanda isyarat sekejap. 

Tunjuk topeng muka kat sebelah . Nak pakai.

Aku capai topeng N95. Sarung ke muka. Dan buka tingkap.

“Encik, ada eksiden ke kat belakang”
Lah tanya tu pulak.. aku ingat ni Abam polis yang sama kot yg tahan aku ikut laluan salah semalam.

“ Ya ada. Kat sebaris Starbuck, Petronas sebelah kanan tu”

“Teruk ke, Kereta Vios kan” Polis ni dah macam ada info ni. 

Dia tanya lagi., mungkin nak mulakan soklan lain. Atau saja nak bermesra dengan awam ni.

Polis dan masyarakat berpisah tiada>

“ Vios kot, kelabu. Saya kereta-kereta ni saya bukan kenal sangat..”

Ok ok. Boleh Jalan.
Terima kasih.

Aku nak je peringat dia suruh pakai dan salin mask tu selalu . Basuh tangan selalu dan jarakkan dengan pemandu, tapi dah aku bukan doktor, aku pun berlalu je lah.
Ya aku copy yang di atas juga.. Suka ati lah. Aku punya blog

Eh, thanks ya korang membaca sambil tergolek gelantang kat rumah.!! Sedar-sedarlah dah malam kan. 

Apa yang dihabiskan sepanjang PKP ni..ermm. Habis membaca blog ni?Hahaha..

. bagus,

Habis baca buku ..bagus.
Habis baca AlQuran lagi bagus.

Jangan dok habiskan semua makanan udah lah ye..

Choww…

Wednesday 1 April 2020

Corona virus tak salah....

Assalamualaikum bloggers and readers. Panjang sikit catatan aku kali ini. Sebelum korang baca, aku nak bagi  tau aku ni bukan virologist, doctor ka apa. Bahasa atau term aku gunakan mungkin silap tapi aku tulis sebagai layman dan apa yang aku paham.

 


Corona Virus tak salah. Ianya tak pernah menyerang manusia. Dia bukannya harimau atau buaya atau gajah yang mengamuk. Ianya bukanlah sejenis haiwan yang memakan manusia. Tidak!
Tidak sama sekali!

Dan dia tak pernah berdendam dengan manusia. Ia tak menggangu sesiapa pun. Ia hanya ingin hidup. Survival of species!

Dan dia ialah makhluk yang memerlukan perumah. Namun dia tak terbang cari perumah. Bila dia melekat atau terlekat pada sesuatu objek , dia kan masuk berlindung dalam perumah tersebut. Kalau ia melekat kepada objek yang bukan sel hidup, ia kan mati. Simple kitaran hidup dia. Kalau dia melekat dalam sel hidup, dia merasa lega ( mungkin happy giler,dan duduklah dia disitu dan membiaklah… atau sel selnya  membuat replikasi.

Dan  tempat di mana dia menumpang berteduh ada juga sistem pertahanan untuk halang dia berteduh di situ. Sel perumah tersebut tak akan berikan pendatang asing datang dan berkembang biak di situ secara senang lenang. Nanti  sel asal akan ada kekangan sumber dan  mungkin menyebabkan perumah tersebut menderita, seterusnya mati (dan sel-sel asal akan mati.)

 Jadi, sistem imun perumah dan antibodi akan bergaduh ataupun berperang  dengan virus yang baru datang tersebut (Corona) . Ia adalah normal dalam kehidupan. Masing-masing diciptakan Allah dengan peranan memasing. Sistem pertahanan badan akan bertahan.

Mana ada virus dapat "passport" dan kebenaran untuk masuk perumah.( Jangan baca seperti pembaris ya)

Bila melekat dia masuk. Itu adalah lumrah semulajadi ( dibaca lumrah ciptaan Allah). Sel dan antibodi dan system imunisasi akan mencetuskan mekanisma untuk menentang habis-habisan pencerobohan dari virus tersebut.

Virus pula ada sistem dan senjata memasing. Malangnya bagi sel perumah ( iaitu tubuh badan manusia), makhluk yang datang ni adalah sejenis “novel” virus . Batallion pertahanan badan tak pernah jumpa musuh sebegini sebelum ni. Buat rujukan dan manual lama-lama pun tak jumpa kaedah untuk menentang virus Corona ni. 
Tak jumpa kelemahan virus ni, jadi macam mana nak  hapuskan. 

Jumpa atau tak jumpa kelemahan, sistem pertahanan badan tak akan duduk diam-diam .  Lawan tetap lawan. Saya ulanggg!


Kerana apa?

Kerana itu lah tugasannya. Ia diciptakan oleh Allah sebagai antibodi manusia dan akan melawan segala virus. Lawan.!!!

Tembak lah mengguna enzim dan apa saja senjata yang ada. Ada yang menang, bagi sesetengah perumah, ada yang kalah. 

Adat berperang tanpa senjata ampuh. Mungkin tembak kena dengan apa yang ada, mungkin tembak tak kena.

Bila perumah kalah dan mudarat dan seterusnya mati, sel dan virus pun hilang tempat berteduh. Virus sebenarnya tak nak perumah musnah, sebab dia sendiri akan mati. 

Dia hanya ingin menumpang teduh sebab virus memerlukan protein dari perumah. Tiada perumah tiadalah virus, jadi kemandirian virus tu tiada.

Ada tempat atau haiwan di mana virus ni boleh hidup tanpa mengganggu atau memudaratkan perumah iaitu dalam sel di dalam tubuh kelawar ( setakat ini andaian para cendikiawan adalah kelawar). 

Mungkin tak semua kelawar. Ada kelawar yang  tak jadi perumah, mungkin. Manalah aku tau semua..wohahahaha

Dan sejak diciptakan virus ini berada dan boleh bergumbira dalam dalam kelawar. 

Happily ever after.

Virus ni tak kacau kelawar, tak ganggu system imunisasi kelawar  dan juga  tak kacau sesiapa antara manusia. 

Berpindah randah antara kelawar ke kelawar dan semuanya tenang. Kelawar sihat ja. Kenapa? Memang dicipta begitu !! Kelawar boleh menerima virus Corona.

Mungkin tak semua kelawar ada membawa virus ni, jangan la korang dok buat misi untuk hapuskan kelawar pulak.

Namun makhluk kelawar antara binatang yang boleh  hidup secara simbiosis dengan virus corona. Ecosistem depa mungkin memerlukan satu sama. Tak dak sapa dok kacau. Sejak berkurun lamanya.

Tiba-tiba…

Pada suatu masa dalam bulan Disember 2019, manusia memakan kelawar. Opps.. jenis manusia makan kelawar ni bukanlah  merupakan perkara baru.

Tapi sebenarnya larangan makan kelawar sejak  dari dulu lagi. Ada jenis-jenis yang Allah larang makan, sebab yang halal banyakkkk lagi.  Tahulah kan, jenis yang tak dengar cakap atau….

Depa makan dan makan. Ada yang dimasak ,ada yang mentah binatang-bnatang yang terlarang ni Contohnya ular. Ada yang potong dan ambil darah sahaja, teguk, dibilas dengan minuman, entah2 arak. Contohnya,,,aku agak saja sebab dok tengok documentary dan cerita-cerita kat tv.

Nampak gaya macam tak sedap tapi dengan control machonya buat juga ( minum juga darah ular) sebab exotic konon. Ok itu contoh. Ular.

Kelawar ni, aku tak tau macam mana depa makan. Goreng kot,ke masak lemak..asam pedas
 aku tak mau tahulah!!

Yang aku tahu depa ni manusia yang jenis makan kelawar . Siapa “depa” ni?? Ermm satu dunia dah tahu.

Depa-depa ni adalah manusia yang jenis  lecturer aku kata:

”Depa ni semua yang terbang depa makan kecuali kapalterbang dan helicopter”
“Depa ni semua yang ada kaki depa makan kecuali meja dan kerusi ."

( dan juga manusia kot,; manusia ni aku tambah. Tak tahu lah kalau boleh, manusia pun depa nak try). Na’uzubillah!

Tetapi kenapa baru muncul virus ni.??


Teori 2 sen aku:

Bila kelawar-kelawar  ni  dimakan. Dah habis banyak  pun kelawar depa makan dari dulu . Tangkap lagi dan lagi dan tetiba tertangkap kelawar yang ada virus ni.

 Atau pun memang dok tangkap yang ada virus ni. Cuma sebelum ni cara masaknya betul dan mungkin menyebabkan  virus mati. Tapi nak jadi sebab, ada satu hari,  dalam bulan Disember, tragedy Disember, ada virus Corona ni masih hidup dan masuk ketubuh manusia. Dan seperti coretan aku di atas, virus ni nak terus hidup , maka ber”replikasi”lah dalam tuan “depa” ni. Depa yang berada di Wuhan…

Dan bermulalah penghijrahan virus corona ni dari kelawar ke dalam perumah yang baru…aitu manusia dari US sampailah ke Uganda, dari Italy hinggalah ke India. Singapura ke Spain ,, senang cerita, seantero dunia.
Apa yang berlaku hari ni dan masih berlaku adalah disebabkan manusia itu sendiri dan bukanlah salah virus ini. Dia tak akan menyerang, dia tidak akan melompat keluar dari tubuh orang lain dengan sendirinya seperti “alien”  yang muka ganas giler dan masuk ke dalam orang lain.
Bukan begitu…

Ianya terjadi oleh kerana silap manusia, sesetengah manusia,  ..manusia yang rakus bernafsu nak makan apa sahaja,
maka seluruh dunia terkena tempiasnya.
Dan harga yang perlu dibayar adalah sangat tinggi.

Sedarlah sesungguhnya banyak kemusnahan di dunia ini adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Dan kemusnahan akan terus berlaku.



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
"Ayat dari Surah Ar-Rahman"


Oleh itu, layakkah kita nak salahkan mahkluk lain ???


Friday 21 February 2020

Jangan sesuka menghina orang..

Jangan hina orang dan jangan ambil kesempatan dalam kesusahan dan penderitaan orang. Jangn dengki atas kejayaan orang sebaliknya berusahalah sedaya mungkin.
Gagal? Perkara biasa, 
Mana ada hidup berjaya senantiasa.
Kegagalam memangkinkan kebangkitan jika kita mahu berubah dan berfikiran positif.

Sedang saja kalau kita tak berjaya jangan lah sebabkan orang lain tak berjaya juga.
jangan sokong membawa rebah.
Kerana rebahnya dia mungkin menimpa kita. Kerana rebahnya dia mungkin ditimpa tangga dan tangga tu juga kelekuk kena kita. 

Kajayaan bukan satu dan itu sahaja, Kejayaan terbuka luas dan semua orang boleh menggapai dan mencapai. Its not the only one. Its abundant! Dan dunia ini luas, bidang pun pelbagai

Yang penting usaha tetap perlu.
masakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyung.

Oh ya , tu intro.

Semalam, 20/2/2020, trending bab kfc. KFC? Apakah yang berlaku?
Rupanya ada sales. 2 set RM20.
Sebelum tu aku pun tak pasti satu set berapa RM.. wohahah punya la tak ambil kisah.

 Tapi janganlah kutuk atau perli dalam fb ke kat mana mana ke. Sebab, masa inilah mungkin seseorang itu mampu untuk beli kepada keluarganya, bukan untuk diri sendiri tau. Family. Nak merasa juga..

ok..peace!


Move on move on!!





Sunday 9 February 2020

Syabas dan Aku. Dan muhasabah

Selasa  pagi.

Aku membuka email peribadi untuk meihat apa-apa notifikasi kot kot ada benda yang penting.

Ada email dari Syabas. Oh bil air dan aku pun semak . 
Rumah aku yang aku pergi hujng-hujung minggu. KEmas-kemas dan merumput. Tanah ada la sekangkang kera. Bakal disewakan in Sya Allah.

Bila buka bil tu jumlahnya RM81 lebih. 
Uih kenapa tinggi ni. Ada paip yang tak bertutup.?

Selalunya memang rutin kami akan tutup paip kat luar setekah kunci semua pagar.
Aku pun telefon Syabas atau Air Selangor kalau tak silap.

Aku: "Boleh semak tak bil rumah saya kenapa tinggi, selalunya tak sampai RM10."
(Setelah bagi detail account no etc etc)

Operator: "Ok encik, kami akan buat semakan dan akan ambil masa seminggu untuk kami maklumkan"

Fair lah, Kena bagi depa buat kerja dan check apa yang patut.

Petang tu aku telefon sahabat yang duduk berdekatan untuk pergi tutup 'stop-cork" dekat meter tu kalau tak tutup. Sambil tu tengok meter kalau kalau berjalan ( logiknya patut berhentilah sebab tangki pun mungkin penuh dah dan tiada orng di rumah tersebut).

Selepas dia habis kerja dia pun singgah. 

Selasa petang

Kawan: " Bro, meter bergerak la. Korang tak tutup air ke"
Aku:" Rasanya tutup semua. Tak pe tak pe kau tolong tutup stop-cork kat meter"
Kawan: " Dah tutup tapi air berjalan lagi, meter bergerak juga.

Ahh sudah!

"Ok k . Kau panjat pagar jap dan tutup pili (stop-cork) air yang naik ke tangki"

"Ok." 
Dia pun panjat dan tutup tetapi..

'Bro, aku dah tutup tapi air masih berjalan.."

Walawei!!. twin problem.

1. Mungkin underground paip pecah
2. Stop cork sebelah meter rosak dan tak boleh ditutup.


"Oklah bro tak pe lah.. dah tak boleh tutup aku call Syabas suruh ganti stop-cork sebab yang aku paham, kalau sebelum meter Syabas punya property, dia orang kena betulkan. 

Tq bro datang rumah aku dan tolong chek...tq.."

Rabu pagi.

Aku: " Hello Syabas, semalam saya report pasal bil dan saya rasa mungkin paip bocor dalam rumah saya, Tak pe yang tu saya akan uruskan, 
Cuma masalahnya bila kami nak tutup stop-cork, tak boleh sebab rosak. Water supply dari Syabas masih masuk"

Operator syabas 2: " Ok saya akan buat laporan masalah stop-cork tak boleh ditutup"

Aku: " Ok thanks, datang tukar segera ya. Dan saya rasa bil tu tak ade isu issue. Cuma minta tukar stop-cork dulu,, Tak nak air masuk"


Jumaat pagi.

Ada panggil dari telefon bimbit, nombor tak dikenali.

Pemanggil: " Selamat pagi, saya dari Syabas, kat depan rumah  tuan"
Aku: "Selamat pagi"
Pemanggil: Saya dah check meter semua normal, dalam keadaan baik so kami rasa tak ade masalah meter dan masalah bacaan bil yang tinggi. Memang meter suma ok"

Orangnya slang India so aku sambung:
" Terima kasih datang, Ya ya saya pun rasa bukan masalah bil. Saya dah maklum semula ke pada Syabas semlam. Ok cik, nanti lagi bila  pihak encik dah tukar stop-cork, tolong tutup ya sebab saya rasa paip dlm tanah bocor kot. Jangan tukar je tau, tutup sekali"

Pemanggil: Ok tuan nanti saya buat laporan.

Aku: "Jap jap , jangan lah lepas tukar nak buat laporan nak tutup paip tu. Just tolong tutup bila ganti stop-cork tu. Saya minta tolong tu je."

Pemanggil: "Saya datang untuk semak meter encik. Nanti dalam masa 24 jap setelah saya buat laporan team lain akan datang tukar"


Aku:" Errr.. ( masih kenot brain) tapi saya dah report kali kedua pasal stop-cork ni. Kenapa datang pasal check billing lagi..

Err, bila nak ganti pula encik. Kalau 24jam maknanya air terus masuk dan bil terus berjalan.

Pemanggil: " Itu kena tunggu dirang tukar la encik. 24 jam ye..

Aku: " Err. 24 jam ? Esok Taipusam..Sabtu..Ada ke team bertugas"

Pemanggil: " saya buat report suruh urgent.."

Aku: "Ok Ok.. urgent ya. Jangan sampai over the weekend.
 Terima kasih, Selamat menyambut Taipusam!!"

Esoknya. Semalam ketika nota ini ditulis.. 

Sabtu, Petang.

Jom Lurvy pi tengok rumah jap. Kot hari tu  dia yang tak tutup paip dalam rumah ke macam mana ke..

Sampai je, 

KRik krik..

Stop-cork belum ditukar.. Sudah lebih 24jam. Aku nak tutup supaya air  tak mengalir pun tak boleh. Meter terus berjalan dan air tetap mengalir ked alam tanah, seperti mengalirnya duit aku...

Aku pun telefon syabas lagi sekali..

Operator: Ok tak pe encik saya akan buat REPORT..

Ahhh sudah!!!!

Report lagi.. Jem otak aku...

Ahad.

Aku tak tahu apa cerita hari ni ..ketika catatan ini ditulis 

Sabar je lah..

Mungkin ada rezeki yang kurang berkat atau ada sedekah yang belum cukup,, atau zakat ada tertunggak  atau...

.....
AstaqfirAllah

kena semak yang tu jugak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...