Friday 23 September 2016

Aper oi oi..??!!! Ingat orang tak ade nama ke???


"Oi ke sini jap engkau"
"Oi pekak ke"
" Oi! Kau lah. Jep"

Panggil lah Jep. Aku kan ader nama!

tu cerita kawan aku

"Kuang ajar kan kalau di panggil Oi.."  kawan aku ,Jep, tak puas hati ada org bahasakan dan panggil dia oi,,,
Tu luahan dia kat aku.Hampir kepada bIaDAp perbuatan itu katanya. Sib baik tak gaduh...sabaq sabaq Jepp

SoO aku pun tak tau lah nak tulis ke dak,,

Biadap tak kalau aku memblog pasal orang yang biadap???

Tapi aku nak bagitau juga la isi hatiku

Kalau orang yang hidup kita kena hormat. Makanya orang yang telah meninggal lagilah kita perlu hormati.

Itulah hakikat berkongsi budaya, memahami dan dipahami.
Bukan disini sahaja malah di mana-mana di dunia ini.

JAdinya biadap tak kalau aku nak menegur orang yang biadap?

Atau terdapat  sesuatu cabang( area) atau bidang dimana kita dibolehkan tak beradab? Contohnya politik ..?
Adakah selagi ketidakberadaban itu menguntungkan politik sendiri., dibolehkan?
 Tak ada kan... semua mesti beradap. Dalam apa keadaan pun mesti beradap


Apapun, kena diingat bahawa adab adalah nilai atau "value" seseorang. Ianya ditanam (embedded)  dalam jati diri sejak lahir.. Melalui pemikiran, sudutpandang dan didikan.hnggalah tua bangka!!

Jadi , sebagai natijahnyah,, jadilah orang yang beradap dan "refrain"lah dari menyatakan sesuatu yang kurang ajar..

So till next topic.. ADIOS!!

Tuesday 20 September 2016

Oh my... Nasi Goreng Sparks Uproar!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Lets roar guys..cool ok..
Its in an news and i am quite perplex..

Rio Ferdinand enjoyed nasi goreng in Singapore.... he tweeted it!
Supposed to be simple dimple..
He enjoyed ..he tweeted. less than 140 characters.. Yes it is no issue!!

but  somebody in the neighbor picked it  up and claim nasi goreng is theirs.

sound familiar eh..

Now it a food fight!!

Come on... Lets enjoy "our" food.

p.s If you wanna fight ..keep on fighting ..Leave nasi goreng to Malaysia then.

Refer to this report guys!!



Source as per link below.


http://www.thestar.com.my/news/regional/2016/09/20/rio-ferdinand-tweet-sparks-southeast-asian-food-fight/

Monday 5 September 2016

Kembara Eropah: Catatan Perjalanan serta Photo..( sambungan)

Assalamualaikum bloggers and readers.. ( Nota: Tulisan dalam posting akan di kemaskini dari masa ke semasa )

Catatan perjalanan Europe..1 dan 2

Walaupun agak lama tergendala aku cuba titipkan kat sini pengalaman dan explorasi aku kat bumi Eropah . Road tour atau backpack atau road trip aku pun tak pasti apa jenis perjalanan aku. Mungkin Hybrid ( campur aduk segala).
Mana idak ny, aku travel dengan train , sewa kereta dan amik flight tambang murah juga. Semua merasa. Cuma basikal Sahaja tak naik walaupun kat Amsterdam banyak sungguh basikal.

Tapi banyaknya aku travel dengan kereta. Kereta sewa.

Tak ramai yang berani  memandu kat Europe ( Pembetulan: Sebenarnya Ramai yang travel dgn memandu sendiri). Mungkin atas sebab tak biasa , tak tahu jalan atau sebab keselamatan. Cara pemanduan di sana stereng di sebelah kiri juga agak mengelirukan, namun sebenarnya ianya boleh diatasi dalam 1 atau 2 jam pertama. Bak kata orang “ The important thing in survival is adaptation” . 

In sha Allah  sekejap sahaja boleh kita adaptasikan pemanduan “left hand drive ni”


Yang berangan nak drive
Yang sebenarnya dipandu..

Pembantu pilot...aka navigator...
yang dok perati gps dan map



Namun berhati-hati dan focus lah selalu. Kalau ralit mungkin menyebabkan tersalah masuk lorong dan boleh mengundang bahaya.

Mulanya disini.

Bagi aku di mana anda bermula tidak begitu penting . Yang penting anda bermula di satu tempat dan berakhir dengan selamat.

Aku buat research bermula 2 bulan sebelum bertolak. Oh ya..angan2 nak travel dah bertahun.
Plan 2 bulan..wohahahaha.

Research aku kebanyakkannya dengan kaedah baca blog blog travel sambil berangan2  (berangan lagi) untuk tulis trvelloque seperti mereka.

Yang kedua survey peta, ya aku survey peta berdasar google map. Amik point A ke point B, contohnya dari Brusell ke Amsterdam, berapa jauh dan amik masa berapa lama untuk memandu ke sana. Biasanya aku target sampai pukul 6 ptg. Just untuk tidor dan melepaskan lelah semata.
Tetapi hakikatnya,  kebanyakkannya kami sampai ke BNB yang dituju dalam pukul 10.00 malam. Planning error  dikesan hari pertama  memandu lagi iaitu kena plan sampai awal dari jangkaan . Pertamanya kita tak tau trafik sana. Kedua, kita tak pasti simpang akan terlepas atau tak. Ketiga, mungkin public transport yang kita ambil akan delay.

So kena plan sampai awal lagi supaya ada ruang masa kat situ. Anyway sampai pukul 10 pm tak lah terlalu lewat , Cuma mungkin kita akan mengganggu host yang asalnya kita maklumkan sampai pukul 8 pm.


Jadi, jadilah rakyat Malaysia yang  prihatin., dengan menelefon dan memaklumkan kepada host anda bahawa kelewatan akan dijangkakan.


Dan...sebelum tu..Random Photo :




BUDGET
 Macam mana nak budget ya??

Mulakan dengan budget keseluruhan anda..katakan RM8,000 . Sharp/ Genap. Tak leh kurang atau lebih waima satu sen.. Amboi melampau kan.

Jadi, mula-mula pecahkan kepada bahagian yang besar besarrr dulu, dan perbelanjaan yang pasti.

   A)     Penginapan.

Yang ni pasti ! Nak tak nak mesti incurred kos ni. Walaupun anda pergi satu tempat dan stay 5 / 6 hari atau anda on-the-move. Macam mana pun malam mesti kena cari tempat penginapan. So bagi aku yang ni nombor 1. Tidur mesti mau cukup dan agak selesa. Makanan boleh dibawa dari Malaysia. Katil anda tak mungkin. So plan kos ni dulu.

Setelah tu baru lah makanan, pengangkutan. Tiket masuk tempat-tempat tertentu yang menarik dan lain-lain termasuk survenir . Dan yang penting, anda tidak akan boleh pergi, lawat dan masuk semua tempat. Semua kita ada kekangan. Tak boleh amik semua dan kena letgo sesetengah perkara. Ingatkan dalam diri supaya balik nanti jangan dok tertanya-tanya kenapa kita tak naik tu, tak pi sana, tak stay lama sikit. Sebabnya mudah kita manusia ada limitasi, tu ja. Jadi make do dengan apa yang sempat dan boleh.
Kekadang apa yang kita rancang dengan teliti pun tak tercapai sebb factor cuaca. Kena ingat bahawa Allah tu Maha Merancang. So kita tak akan ralat walau apa yang berlaku.

Contohnya, masa di Swirzerland kami naik ke Jungfrau, Top Of Europe. Antara kemuncak pengembaraan. Siap pepagi lagi bertolak, amik early morning tiket,  tiket early morning ni murah, macam special rate gitu.
 Dan, biasanya kat sini Malaysia atau khususnya kalau nak Kinabalu ( atau Kundasang) elok pepagian.. sebab, kalau dah lewat awan akan naik menutupi puncak Kinabalu. Dan akan menutupi permandangan.

Jadinya kami pun bergerak awal. Tapi apakan daya mendung seharian dan kehujanan. Habis berkabus dan siap salji tuturn lagi maka permandangan pun terhad. So let it be. Dapat juga main salji kejap..

Makanya rancang tetap kena rancang.. kos perbelanjaan akan menentukan tempoh percutian/perjalanan anda .

b) Makanan.

Anda boleh tapau dari Malaysia. Atau makan local food. Kita tak banyak pilihan bab ni sbb samada makan Brahim food, maggi dan sewaktu dengan nya atau makan kebab dan kebab , dan kebab. Macam-macam jenis kebab boleh dapat kat  Paris atau Dortmond contohnya , malahan ada juga dihidangkan bersama nasi. Jadi jangan risau bab makan. Budget kan Euro 20.00 sehari. Ni pun kira lebih dah ni.. Kebabnya ..mak aii besau besau!!




Bagi kami ada pilihan lain iaitu bawa beras !! Wuhooo
Disebabkan banyak  duduk kat BnB maka kelebihan adanya alat memasak kami manfaatkan sepenuhnya.
Bayangkan makan nasi (beras cap Rambutan) panas-panas berlauk sadin dalam kesejukan gerimis hujan berlatarkan pergunungan Alps di Switzerland.. Perghh , nikmat.

c) Tambang ( Bayaran tiket attraction.)..dan juga untuk shopping
Walaupun memandu dan boleh kemana mana ceruk , ada tempat yang kena naik train juga. Takkan nak drive sampai ke Puncak Alps bagai, contohnya. So kena beli tiket train atau pengangkutan yang sesuai ke sana.  Pilihlah satu atau dua tempat yang mesti anda kunjungi dan budget ikut kesesuaian. Apapun budget ni sangat sangat subjectif.. Shopping lagi la subjectif….grrr.


Ok sambung balik..

Kami pergi naik Oman Air..
Oman Air? Aku pun tak terfikir nak naik Oman Air. Cari dan cari tiket yang ada tawaran baik punya makanya tersampailah ke Oman Air punya web. Dapat harga pergi-balik(return), multicity ..di ulangi multicity dengan harga RM2600 seorang.
Tiket multicity tu apa dia pulak. ? Multi-city tu bermakna pergi destinasi lain dan pulang melalui destinasi lain. So dengan multicity tak perlu bertolak dari bandar yang sama.

Tiket kami hala pergi destinasi yang di tuju ialah Paris (CDG) dan balik melalui London (Heathrow) . Dengan harga satu pembelian.  Kalau beli satu hala untuk pergi dan kemudian satu hala balik kemungkinan, malah selalunya, tiketnya sangat mahal.
Oman Air pun pun Oman Air lah…
Yang penting tujuannya sama. Destinasi A ke destinasi B. Selebihnya tawakkal.
Tetapi sebenarnya not bad. Cuma bukan direct flight. Ok what..boleh jejak kat Oman.. ( err Airport Oman je lah pun)

Transit di Muscat



Ada peristiwa yang tak sanggup dilihat berlaku dalam penerbangan ni. Benda ni wujud zaman sekarang ja kot..  Dengan ada In-flight Enrtertainment. Musik,, ear phone dan lain-lain lagi ada juga isunya.

Aku rasa Malaysian kot, Malaysian Chinese ( or Chinese Malaysian) yang tak puas hati , Jerit jerit , marah marah dalam bahasa Enggeris, Puncanya sebab flight yang kami naik tak ada WIFI. Betullll, sebab tak ada wifi.

Lama juga stewardess tu nak explain dan pujuk. Dan stewardess  ramai orang Indonesia.
Zaman globalisasi  katakan..Airline Negara Arab. Pilot dari Asia Timur ( macam Korea kot dengar nama dia). Pramugari dari Indonesia. Penerbangan menuju Eropah. Yang kami pula, dua Melayu sesat kat situ juga..
Aduyai berbalik kepada isu tadi  .  Mungkin dijanjikan WIFI kot dalam penerbangan sebab ada juga option WIFI tu kat panel .
Tapi sungguh-sungguh marah tu tak boleh blah!!!

Transit Oman Air 45 minit macam tu ja.. turun saja terus rush naik flight menuju Paris. Cemas. Nak merasa bumi Oman konon. Penerbangan kami dari KL pun delay sikit. Lagi lah "hura-huru" berkejar..


Paris Kami Datang....

Menuju ke Paris tiada incident marah-marah lagi walaupun WIFI tak dak juga. Mungkin penumpang tadi transit nak ke Rom atau Milan.  Aku melayan movie Hindustan. DILWALE.. perghh.. tengok juga aku cerita ni. Cerita ni hancuss.. hanya lokasi yang indah menyelamat plot dan Jalan cerita..uik review pilem pulak dah,
Lepas tu layan “Instanbul Aku Datang’ separuh Jalan..on semula tgk balik. Layan Kungfu Panda 3.. sedar sedar hamper sampai Paris Charles De Gaul Airport. Wah ,, dah international jugak ni..
Kira dah boleh merealisasikan impian ke Paris ,, semakin  hampir. Nampak lah kehijauan kebun anggur atau ladang gandum.. tak pasti. Nampak hijau ja..






perfection?

Assalamualaikum bloggers and readers..

Bagus juga kata-kata hikmat ni...



Saturday 3 September 2016

Takwin/Kalendar Persekolahan 2017 (Malaysia School Calendar 2017)

Kementerian Pendidikan telah menerbit kalendar persekolahan untuk 2017.
Bolehlah merancang persekolahan ..err percutian ..utk tahun depan.

Friday 2 September 2016

Darahku bukan milikku semata



Berpagian keluar mencari baju sekolah. Anak anka membesar ni sekejap je baju dah tak muat.
Ke satu kedai tiada stok..hanya akan ada bila kempen "Back To School" sahaja.


Sampai ke Warta bangi pencarian diteruskan..
tetiba kelihatan ramai jururawat.



Rupanya ada kempen..so join lah,,,,

Semoga bermanafaat bagi mereka yang memerlukan,,

Trending carian tertinggi hari di Google..mngkin

Agak nya ..
...mungkin

..


ialah..


Norashikin ...mungkin kot.

Sumber : Google






Tahniah Sultan Selangor dan rakyat Selangor . tempat aku menuntut dan bermukim seketika dulu!



Thursday 1 September 2016

Beware: ZIKA !

Assalamualaikum bloggers and readers..

Terlepas banyak isu dan perkara yang ingin ditulis..entah kenapa.
Pasal olympik..terutama badminton... argghhh.. tak mahu bicara ttg kegagalan merampas pingat emas. Mungkin kerana terlalu banyak kali kecewa dlm impian emas.
Lupakan Olimpik!!!


Tetapi hasil Olimpik juga lah aku rasa kita, atau tepatnya rantau ini berkongsi dengan dunia sejagat dalam perngjangkitan ZIKA.
Iya lah..kalau semua manusia setiap negara bertumpu kesana.. perghh. Kalau Malaysia dapat emas mungkin ada lagi gerombolan last minit pergi meraikan,

Adakah Singapore sebagai epicentre Zika baru baru ni adalah di sebabkan oleh emas Olimpik oleh Joseph "yang masih bersekolah". Entahlah.. hanya tunggu masa sampai ke Malaysia. Dan hari ni telah disahkan jangkita Zika pertama Malaysia..dari Klang Selangor.


Itulah ketentuan dan aturanNya..
Dulu kecoh pasal ebola. AIDS, dan memacam penyakit berjangkit seperti Lembu gila dan lain-lain,




Kali ini muncul Zika, yep,, kali ini didaerah kita, rantau kita...
Semua ngeri, risauu, bimbang..
kemudian B.A.U ( businness as usual), reda ketakutan , macam normal. Tiada dalam akhbar, sekurang-kurangnya tiadalah pendedahan besara-besaran. Ala, seperti denggi, kemelut yang sekian lama tak terselesai. Datang pulak Zika..

Entahlah..


Info pasal zika:






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...