Monday 30 January 2017

Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan

Assalamualaikum bloggers and readers..

Alhamdulillah..
Berkesempatan bercuti di Kota Bharu. Dan bestnya boleh complete set anak2. Maksudnya semua free time ni dan semuanya bercuti.. Ye lah bukan senang sekarang ni nak plan cuti together-gether.

Sebenarnya belum pernah bercuti ke sana sekeluarga..ada pun pergi urusan kerja.
Di kala bercuti kali ni , hotel ini yg menjadi pilihan .
Rancangan awalnya ingin menginap 2 malam tapi next day fully book.  Terpakasa ubah plan.. Next day kena gerak ke Kuala Terengganu. Tu la plan lagi last minit!! 
Tapi memang kena plan last minit sebab nak kena confirm cuti anak tu dan anak ni. Bila dah confirm semua boleh cuti baru start call hotel.. 

Ye la peak season, sempena cuti tahun baru cina maa. Tak ada pilihan lain makanya kami stay satu mlm..next time nak stay lama  sikit , dan book awal awal.

Memang terbaik la hotel Perdana..  Layanan sangat istimewa..




Yasmin berposing ..

Hoteel Islamik ..Disediakan kemudahan solat iaitu kain pelikat , kopiah , sejadah dan telekung dan minyak attar serta tasbih








Personalised treatment..memang superb..




Saturday 28 January 2017

Kota Bharu Kelantan makan di mana? Sedapnya makan di Restoran Ikan Bakar KST

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sebut sahaja Kelantan memang terbayang makanan yang sedap sedap dan unik.
Namun aku mencari yang authentik Kelate.
Contohnya nasi dingin, nasi kerabu atau pun nasi berlauk.

Sesampainya di hotel , check in dan terus keluar untuk dinner. Tempat yg dituju KTS Restoran. Ini antara restoran yang dicadangkan untuk dicuba.

Restoran agak popular di KB, berdasarkan ramainya pengunjung, tapi oleh kerana kami agak awal maka bertuahlah sebab masih ada meja.
Senanglah nak makan malam seramai 10 orang. Kalau lambat mungkin susah nak ruang seramai itu.

Makanannya sedap. Ulaman, huh..banyaknya..meriah.
Kami order ikan siakap tiga rasa, 2 ikan selar bakar, 2 ekor sotong goreng tepung, tomyam x2, telur dadar x4, kailan x2..

Memang sedap dan anak2 suka. Ayah pun suka.

Tak mengecewakan...dan anda mesti cuba!
Sotong goreng tepung close up"

Danish suka pulak makan ulam n budu

Tuesday 24 January 2017

Nukilan: Inspirasi

Assalamualaikum bloggers and readers..



Lihat lah ke dalam hatiku ..
dan bisikkanlah selamat tinggal kepada musim semalam
bayu mendingin namum kehangatan mu masih terasa
Bulan menangisi  dalam pujukan angin senja..


Pinta pada awangan dalam kesyahduan
Hadirlah mimpi indah untuk kita berdua
Gelap malam melitupi duka dan mendamaikan hati gulana
Namun ada sirna menanti di hujung sana
Kerna mentari belum berhenti bersinar

Hapuslah alunan derita dalam jiwa
Pernahkan  Dia menjanjikan dusta??
Pasti ada hikmah di hari muka,..
 Ingat dan yakinlah..
Sesungguhnya Dia Maha Merencana

Friday 20 January 2017

Video Pergaduhan di Kondo Bukit Antarabangsa -Kejadian Sebenarnya:

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sebenarnya tiada datuk atau datuk seri yang terlibat, menurut polis.
Hanyalah penglibatan antara pemandu lori dan pemandu kereta mewah. Kemudian disertai oleh beberapa orang lain..

Ada juga laporan mengatakan ada penglibatan pengawal keselamatan ( bodyguard) datuk tertentu..

Entah lah..

https://youtu.be/ThgZu1Wjs9E

p.s yang aku pasti tada nenek terlibat..






Tambahan...

Petikan dari MStar:

Lelaki dipercayai pemandu lori yang dibelasah


KUALA LUMPUR: Polis telah merakam percakapan beberapa saksi berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa di sini, Sabtu lepas. 

Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial berikutan memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya tanpa belas kasihan selama beberapa minit.    

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kejadian kira-kira2.15 petang itu tercetus dipercayai melibatkan mangsa berumur 25 tahun yang sedang memandu lori telah terlanggar sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki empat lelaki.  

"Polis telah merakam percakapan beberapa saksi yang berada di tempat kejadian untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.   
Katanya mangsa dilaporkan bertikam lidah dengan pemandu kereta berumur 38 tahun sebelum berlaku pergaduhan tanpa menggunakan senjata

Tuesday 17 January 2017

Bangi Makan di Mana? Restoran D ' Marvelous Bangi

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari tu makan di restoran D Marvelous di Bangi..

Ok la juga restoran ni. "Setup" dan susun atur yang agak simple.. Makanan pun sedap..Cumanya menu agak terhad.

Ada Mee Udang
Nasi goreng ayam
dan Ikan bakar.

Tu je kot..kalau  tak silap..

Kalau nak bawa anak anak kecil mungkin kurang sesuai sebab ye lah anak anak kekadang nak sup la.Tomyam ke atau lain-lain yang sekurang2nya lebuh dari 3 atau 4 menu yang aku sebutkan.

Kalau berdua memang sesuai kalau nak try ikan bakar ala Portugis kot yang dalam aluminium foil..dan berkuah ala asam pedas. Air asam dan sambal kicap  best!!

Oh ya .. Mee udang juga sedap!!









Monday 16 January 2017

Hari yang murung.. Buat sesuatu!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari yang murung.
Semua tak menjadi semalam. Sebagai peminat yang tak berapa tegar ni, dari awal pra-musim aku agak skeptical dengan Pep Guadiola seabagai Pengurus City. Bukan tak yakin tapi reputasi yang tinggi kekadang ego terlalu tinggi dan ini membahayakan pasukan.

Namun apabila menag dan menang hingga 5 perlawanan berturut-turut aku rasa aku silap.. Tambahan pula menang lagi hingga10 perlawanan dalam semua kejohanan. Wow memang gempaq.

Namun panas tak ke petang. Hujan juga akhirnya di mana biasalah bola mesti ada menang dan semestinya kena kalah sesekali, Namun ni dah berkali kali kalah. Kemuncaknya malam tadi dbelasah oleh Everton 4-0 !!
4-0 ??
Memang ‘shamble” defensively hingga ke penjaga gol. Worst City keeper so far . Credit kepada Everton because they know how to score but 2 shots at goals resulted in 2 goals is not the way to guard the goal.

Awat hang amik Bravo..hmmm

Do sumthing!!! Before its too late City.


Sunday 15 January 2017

Langkahan ceria bersama keluarga..

Hari ni ada kempen kibaran bendera Wilayah Persekutuan dan langkah ceria.. 

kami pun join la..sambil enjoy suasana pagi..

Tuesday 10 January 2017

Puskas Award: Tahniah Faiz Subri!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Tahniah Mohd Faiz Subri..
Tahniah anak Malaysia, pemain Penang, orghang Kedah..




Edited:

Aku tak mau layan pasal bahasa Enggeris yang ada sesetengah netizen kecam sbb bagi aku belasah sajalah , nak broken ka apa ka. Bila lagi nak cakap kalau takut2 nak cakap. Habis bab bahasa.

Yang paling utama ialah hang dah harumkan nama Malaysia, dalam acara bolasepak dan bukan acara pidato.


Yang best ada juga bergurau pasal Nasril Nourdin ( penjaga gol) juga berjasa sbb tak selamatkan sepakan Faiz..Hahaha
Betol juga...thats funny!

Kalau nak listkan ramai lagi..

Bojan Hodak yang turunkan dia kesebelasan utama
Pemain lain yang beri peluang dia amik.
 Machester United yang tak amik dia jadi pemain MU.
Penang yang pilih dia.
Kedah yang jumoa bakat dia.
Pemain Pahang yang bagi "fault"

Uishh,, ramai lagilah yangboleh nak di beri kan kredit..

Yang utama nya ialah ....U all Yang mengundi beliau..


Tahniah.. Memang wonder GoaAAALLL. Tak mungkin jumpa lagi gempaq macam ni

Saturday 7 January 2017

Putrajaya Makan Di Mana?- Nasi Kak Wok Ayer 8

Assalamualaikum bloggers and readers..

Jika berkunjung di Putrajaya, terdapat satu Restoran Masakan Kelantan yang baru dibuka di Ayer 8.

 Oh ya Ayer  8 sudah mula dikenali dengan banyak restoran-restoran yang menarik dan unik. Dengan permandangan dan lokasi yang menarik, tempat ini telah menjadi tumpuan pengunjung tempatan serta pelancong.

Pagi hari Sabtu , aku dan Lurvy mula mencari tempat yang baru dibuka untuk dicuba. Sementelah ada urusan berdekatan situ maka kami pun meronda kawasan komersial yang baru. Dalam hati kalau terjumpa restoran ini kami ( dibaca aku) akan cuba.


Dan sememangnya tepat jangkaan Lurvy yang kedai ini terletak di kawasan deretan kedai yang baru beroperasi  bersebelahan Tom Yam Kong .

Alamat restoran Nasi KaK Wok ni ialah:

 No 24 Jalan P8 G1 Presint 8
62250 Putrajaya

Restoran ni agak comel, ataupun tepatnya sederhana saiznya. Susun atur yang simple dan ala ala gerai sikit "set up" nya. Makan disediakan secara layan diri dan terus bayar di kaunter setelah ambil makanan.


Ok teruskan kepada Nasi Kak Wok. Makanannya agak sedap. Hidangan nya ringkas sekali. Nasi, ayam goreng yang kecik kecik , sambal chili serta kuah kari.

Rasanya yang pedas yang membangkitkan selera. Kunci utama masakan ini ialah sambal. Memang pedas namun bak kata Alleycat
" Walau pedas hingga mengalir air mata, masih  mahu dimakan jua"

Ayam yang digoreng agak masin sedikit, mungkin aku kot yang kurang makan masin.
Lagi sedap kalau ayam digoreng secara berkala dan tak dibiarkan sejuk. Namun mungkin factor masa, ayam terpaksa digoreng siap-siap dalam kuantiti yang banyak untuk memenuhi pelanggan.

Kuah nya memang sedap, trademark kauh kari kelantan yang cair. Tetap win juga walau cair pun!!

Susun atur kedai agak menarik, boleh la memuatkan satu bas serentak, dan tahap kebersihan nya baik.

Oh ya makanan dihidang atas kertas dan bukannya pinggan. Senang krew nak kemas.
Yang menariknya air sirap adalah percuma!!

Harga satu set RM 5.50, portion tak lah begitu mewah. Mungkin nasi yang ngam-ngam menyebabkan rasa nak tambah dan kesedapan tu makin timbul. Ye lah kan kalau sedap macam mana pun kalau dah banyak mesti rasa tak sedap.. Hmmmm..

Tapi sebenarnya saiz hidangan nya just nice ////


Aku bagi rating 7.5/10..

Kesimpulannya: Disarankan cuba!!!





Dihidangkan begini

saiz hidangan: Nampak mcam saiz nasi lemak untuk breakfast pun ada


Rest untuk dua org. Kuih 70 sen satu


ayam yg telah digoreng

Kuah

Thursday 5 January 2017

Sek. Men. Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah NS

Assalamualaikum bloggers and readers..


Tiba masa untuk menghantar anak ke asrama.. Sek Men Sains Kuala Pilah ( STJ atau SMSTJ).

Terletak di Jalan Gentam, Taman Fatimah Kuala Pilah.

Selepas tu langsung ke gemenceh dan terus ke Segamat. Jauh Nogori Sembilan aku redah sampai sempadan Pahang dan ke JDT juga..

Dah anak-anak ada sebelah sana..kena lah layan especially Lurvy yang dah mula teringat-ingat kat anak..


. Ala laki kot..pepandai la nak survive..
.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...