Sunday 30 April 2017

Ipoh makan di mana? Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.

Walaupun pernah bermastautin di Ipoh selama 5 tahun aku tak pasti mana tempat yang jadi tumpuan kecuali yang tersohor yang dah viral seperti Nasi Vangge atau nasi ganja.
Selalu Lurvy tanya atau ajak makan kat tempat yang best di Ipoh, aku pun tak pasti. 
Kekadang Mee rebus atau mana je sempat

Nak ajak Vangge bukannya dia suka mamaks ni.. Tapi pasti dia temankan aku punya.  Wohahah.. 

Pasal nasi Vangge,?  Itu cerita esok.. 

Tadi setelah bertanya owner homestay,  kata dia cuba ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. 

Dengar nasi lemak ni,  terus soal;  Buka ke memalam ni? 

Ye lah ingat jual nasi lemak.. 

Rupanya semua ada..
Lihat gambar makanan kami order ni.



nasi goreng kampung ayam kampung

Manggo juice

Chicken chop

fish n chip


sirloin steak
Sudah.  Mana  nasi lemaknya. ??

Ada cuma tak de gambar.  Order pun sbb Lurvy punya nasi goreng yang di order tak sampai



Maka aku pun order nasi lemaknya. Sbb nama restoran nasi lemak kan..
Lagipun pasti cepat disediakan.

Nasi lemaknya sedap, nasi yang tak lembut atau keras.. Sedang sedang saja.  Sambalnya ok.  Yang bestnya ayam kampung.well cooked and juicy dan liat liat menyelerakan.. . Superb! 

Harga pulak agak subjectif, secara am melebihi 2 atau 3 ringgit dari yg kami expect.  
Overall dari segi harga, okla, value for money.. 


Cuma malang sikit bagi Lurvy,  bila order diambil,  pelayan lupa tulis agaknya  Nasi Goreng Ikan Rebus.  Pesanannya tak kunjung sampai.

Bila tanya kata mereka kata tak di order. Nak kata lupa, ditulis.

Maybe next time pelayan tu kena repeat order..  Basic tu..  

Nak nak bila keluarga 8 org punya order.




Niat nak tonton Malaysia lawan Japan tak kesampaian.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Tadi bawa family pi Stadium Sultan Azlan Shah..
Ya..  Pi stadium hoki.
Tengok hoki kejohanan Piala Sultan Azlan Shah.
Dalam banyak banyak tempat kat Ipoh stadium juga masuk dalam agenda.

Siangnya pergi makan kenduri wedding..  Malam pergi makan di Restoran Nasi Lemak Ayam kampung berdekatan Jalan Yang Kalsom..
 Lepas tu pergi Stadium.. Tengok hoki.. Layan Australia vs Nee Zealand.
Perlawanan Malaysia menentang Jepun dibawa ke pukul 10.00 kerana perlawanan yang awal ditunda sebab kilat dan hujan lebat.

Jadinya kami tak jadi tengok sampai habis, sebab janji nak pergi meraikan pengantin dan familinya.








Selepas kenduri ptgnya sempat bawa anak singgah melawat sekolahku.. 

Thursday 27 April 2017

Sembang anak dan abah

Assalamualaikum bloggers and readers..

Bersua kembali..




Danish hari semalam, terjah masuk bilik.

"Nak tanya la abah " sambil meniarap selamba atas katil.

"Nak tanya apa"

" Kan abah kan , kita kan nabi adam, dah pandai buat rumah semua tapi tadi cikgu kata ada orang neolitik yang tak de rumah, duduk dalam gua, mcam mana tu abah" terus bertubi-tubi dia tanya
"
Bukankah manusia dan asal dari nabi Adam dan dah pandai semua tu" tambah Danish

Ok. Jap ea..aku kalau jawab terus susah dia nak paham. Tenang jap.
Hahaha. Sebenarnya tak tersangka soklan cenggini maghrib maghrib ni.

" Ok macam ni. Danish kita dari nabi Adam kan. Abah mama kakak abang dan adik semua dari Nabi Adam, Betul kan"

" Manusia Neolitik ke apa apa tik lagi tu dari monyet asalnya kan, cikgu cakap kan"

"Kita dari monyet ke abah " Termangu  dia.

Kita dari Nabi Adam.
Yang percaya manusia dari monyet tu maknanya mereka tu asalnya tok nenek depa adalah monyet.
Biarkan mereka Danish. Bayangkan kalau monyet berevolusi jadi manusia, kenapa ada monyet monyet dan kera dan gorilla lagi. Patutnya semua dah bertukar,.
Entah2 ada monyet dulu dah jadi Doreamon, tapi tak de pulak. Semua monyet sama saja dari dulu. Sebut A pun tak pandai Danish

Jadi biarkan mereka dengan teori mereka. Sebab mereka tak percaya Tuhan yang jadikan kita.

Kita tak.
Kita dari nabi Adam.

"Ok dah. Sekarang Danish kena bertukar tau."

Hah, bertukar??Panik Danish

Bertukar jadi orang yang tak bijak kepada bijak.
Orang yang malas solat kepada yang rajin.

Ok dah .. g mandi.

Monday 3 April 2017

Dari besi buruk jadi pegola..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Alhamdulillah,,

Projek yang lama terbengkali akhirnya siap
Terbengkalai bukan apa, tukang besi yang bersetuju laksanakan projek tersebut amat sibuk.

Selalunya pegola dibuat dari kayu kan.. Namun kali ini pegola diilhamkan dari lebihan besi yang renovate rumah.

Entah macam mana kontractor salah order ke aper tah..banyak juga besi lebihannya.
Dari pada berkarat atau dibuang/recycle..baik lah recycle jadi pegola..

Banyak juga kerja situkangbesi sebab banyak yang dah berkarat namun dengan ketelitian beliau  maka akhir hasilnya amat cantik.




Besi buruk terpaksa digilap

Proses mengecat dan jemur
Karat yang salanya sebegini

Siap dipasang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...