Thursday 30 July 2015

Lagi Gambar Serpihan Mungkin Milik MH370 : Beg Pulak dijumpai??

Assalamualaikum bloggers and readers..

Berikut adalah gambar-gambar  serpihan pesawat yang disyaki dari MH370.
Namun, tiada keputusan yang muktamad selagi pakar-pakar membuat analisis.

Aku berharap mereka dapat membuat konklusi secepat mungkin.
Kalau bukan, semoga MH370 segera ditemukan..






Dan celah2 tu ada juga nak interframe kata beg yg dijumpai ditepi pantai adalah dari MH370
Yang ni susah nak tentukan.. Beg banyak terbuang. Kekadang org buang orang pun masuk dalam beg.






Arus lautan yang memungkinkan segalanya




Flaperon yang sama seperti kaplterbang 777


Sumber/ Source : http://www.dailymail.co.uk/

Terkini: Serpihan MH370 dijumpai???

Assalamualaikum bloggers and readers..

Diberitakan dan digambarkan satu serpihan pesawat yang disyaki MH370 dijumpaia terdampar disebuah pulau di Lautan Hindi.






  • Pulau tersebut terletak 6000km dari kawasan pencarian.
  • Terdapat cengkerang/teritip atau hidupan lautan melekat menggambarkan keadaan yang lama di lautan.
  • Pulau tersebut ialah French Indian Ocean island of La Reunion
  • Serpihan mempunyai rujukan BB670 yang merupakan bukan merujuk kepada no pendaftaran tetapi ianya adalah sumber yg berguna untuk mendapatkan identiti serpihan.


Adakah ianya milik MH370??


Wednesday 29 July 2015

Beraya dan Bergaya dengan Beg Tangan Murah

Assalamualaikum bloggers and readers..



Masih dalam mood raya kan… :)

Masih terasa belum lengkap lagi dengan pakaian dan eksesori pilihan anda?
..
Ohh mungkin beg tangan anda!!
Walaupun anda telah membeli dengan mahal namun masih rasa kurang umph..
Di sini ada beberapa tip untuk anda memilih beg tangan anda, dan membuatkan anda menarik..
Dan yang pentingnya, ianya tak  semestinya  mahal....

Ramai yang menyangka bahawa untuk tampil bergaya dan menarik, seseorang itu haruslah memakai pakaian atau akesori yang mahal. Namun, tanggapan itu sama sekali tidak releven dan penampilan seseorang bukanlah diukur berdasarkan harga pakaian atau aksesori yang dipakai oleh si pemakai. Contohnya pemilihan beg tangan yang bersesuaian. Dengan bergaya bersama koleksi beg tangan murah juga mampu menyerlahkan lagi penampilan seseorang wanita itu. Mahu tahu apakah elemen-elemen penting yang perlu diambil kira untuk tampil bergaya dengan beg tangan murah?

1.      Warna beg

Pertama sekali, pilih warna beg tangan yang sesuai. Hitam merupakan warna yang paling selamat dan sesuai digayakan dengan apa juga padanan. Oleh yang demikian, jika anda ingin membeli seutas beg tangan dengan bajet yang rendah, pilih beg tangan yang berwarna hitam atau warna-warna gelap yang lain seperti biru tua atau coklat tua.

2.      Rekaan simple

Elemen kedua pula adalah ‘ringkas’. Sentiasa pilih beg tangan dengan rekaan yang ringkas dan ‘clean’. Jika anda lihat pada jenama-jenama beg tangan antarabangsa yang terkemuka, rata-rata rekaan koleksi beg tangan tersebut direka dengan rekaan yang amat simple. Less is more!

3.      Trendy


Dan buat sedikit research mengenai trend beg tangan terkini yang sedang hangat di pasaran. Dengan itu, anda akan sentiasa mengikuti trend fesyen terkini. 

Tuesday 28 July 2015

Jom ucap tahniah lah kat DS Zahid Hamidi

Assalamualaikum bloggers and readers..

ok ok ok ..bukan blog politik ya..tapi


Sebelum kita pikiaq yang bukan-bukan.. ucap la tahniah kat DS Zahid tu..

Elok la raikan kenaikan pangkatkan.


cuma nak ingatkan, ni semua politik dan survival politician la kot..



Kita kena ingat zaman Tun dulu pun ramai TPM dipecat dan sebagainya
 So ni baru sorang
..

Jangan panik dan jangan mudah lupa...

Tak mau kutuk kutuk. Berdoa lah untuk Malaysia..



Sekian bye!


P.s Macam menyonsang arus ke pemikiran aku nni???

Akhirnya aku complain ::Celcom oh celcom

Assalamualaikum bloggers and readers..

Izinkan aku untuk mengadu..
Dan aku ingin terbukakan email aduan aku..tengok macam mana depa nak respon. Bukan tak boleh hidup tanpa telefon atupun line Celcom..
Tapi depa buat aku pening..

Dah la plan nak kasi phone kat anak yang nak masuk U. Last last guna je phone Lurvy dulu. Bukan tak leh beli tapi sbb di bundled kan makanya lagi sonang, kunun nya..

Kalau kita diam ramai pulak yang akan terkena..

Tak tanya tak boleh la..
Nak bising2 pasal rm100 lebih pun  tak syok la,,
Tapi dijanjikan lain tak dibuat tu yg tak puas hati..

Kalau depa nak rembat duit setakat RM100 plus tu tak de hal jugak, Mungkin bukan rezeki aku.
Tapi benda2 macam pengguna tak leh diam kot..

Ni dia email aku ke Celcom serta SKMM..

saja nak kongsi sini... abaikan grammar ke menda.. yang penting aduan aku..



"Dear Ms ....,,

As you are aware, we have spoken on the above matter.

To recap:

I was an Digi user ( and still a user, due to celcom inaction), and had registered to transfer my line from DIGI to Celcom at Perbadanan Putrajaya road show and have chosen for a data package of  3gb for RM48.00  (or rm38.00, I cant recall exactly and I am  confused with the whole event).

For me, the above details ( of how much monthly amount and how many GB) , doesn’t matter anymore to me:

What matters  now is that, Celcom have collected RM 167.50 for to the device of Sony Experia that was supposed to be  bundled with the package, on 27/5/2015 thru my wife, who is using my phone and line.

1.       Since 27/5/2015 , we haven’t received the device as promised. My wife also didn’t  receive the " sim card" as she  was mentioned that  she should be able to use current sim.

2.   Till now i don’t know the what happen to my money.
3.       I did called Celcom few  time only to be transferred to i_dont-know-who-whom-not_sure_how-to-solve
4.       I did reported to celcom at Jalan Ampang after my attempt through phone were  not successful and was given your name as AM, (on 7 July 2015). The customer outlet executive (S. K) attended me and wrote the email to you but strictly mentioned to me that the email cannot  be cc-ed to me. She even suggested that she will mentioned that I will complain to SKMM if celcom didn’t call by end of day. I agreed to her idea.     
5.  I never knew the exactly the  content of her email as it was not cc-ed to me.
6.       I then called your number.

7.       Again, attempted to call your no. only not answer and sometime when to voicemail.
8.       On 24/7/2015 received a call from you (phewww) only to be given another person perceived to be responsible. I have asked you to personally  convey to the person on the issue,  to call me and to resolved the issue
9.       And now I keep waiting again, without any progress.

Now what I wanna do:

a.I will report this matter to SKMM, via this email.

b. I still hope Celcom can solve this “mystery” since it took more than 2 months.
c. If not able to solve pls return my money as soon as possible


Thank you..

My contact no is 019-2xxxxxxxxxx
The number supposed to be converted from Digi  to Celcom 016-311xxxx


P.s The receipt and supporting document were sent to you earlier by S.K..

Friday 24 July 2015

Friday: Photo Collection

Assalamualaikum bloggers and readers..
Pulau Dayang Bunting, Langkawi Malaysia
(Island of Pregnant Maiden)

Thursday 23 July 2015

Membeli rumah baru yang ke ...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Setelah gagal membeli rumah lelong tempohari.. aku belum berkesempatan masuk mana mana lelongan lagi. Sebab?
Sebab kena survey lokasi, study market price, kena clear objective; apa kita plan untuk rumah tu.

Kita juga kena prepare budget utk baiki lagi..
Kekadang nak kena settlekan bil-bil utiliti dan cukai2 berkaitan..

Mungkin juga aku tak masuk sbb concentrate rumah baru yang di beli.
Rancangannya nak invest,setakat ni la kan..

Hari tu bulan 3 baru pergi tengok site dan alhamdulillah progress dah banyak..


Mungkin pemaju start dengan row yang depan makanya tengok2 bumbung dah siap.

March 2015
Kalau macam ni perkembangan nampaknya tak lama akan siap :).

Oh ya kali ni kitaorg decide beli rumah tepi/korner lot. Memang tu impian Lurvy nak rumah tepi. Alhamdulillah dimurah kan rezeki olehNya dapat juga lot ni walaupun jualan lot mcm ni cepat ja sold out.
 Entah macam mana pemaju dah letak tick merah kata sold tapi check2 ada kesilapan. Makanya cargas kitaorg agree. La la tu juga sign utk beli.. ( Urus S&P tu kemudian ya, amik masa sikit)

Sign permulaan ni macam acceptance to purchase macam tu. Lepas tu baru lawyer siapkan S&P.


So far bab beli rumah ni dipermudahkan...

Loan pun  approve, siap bargain rate lagi.
Yess korang boleh tawar menawar utk dapat rate yang  rendah. Kalau kurang 0.5% pun dah kira banyak untuk long run.

Untuk rumah ni aku akan try capture dari sudut yang sama setiap kali singgah jengok..

Yang ni pula pada bulan May.



May 2015

 Ada perbezaan sikit saja . besi scaffholding dah dibukak
 Mungkin tengah siapkan bahagian dalam


June 2015

Yang ni latest..
Bahagian base pagar dah siap. cuma besi belum dipasangkan..





ni gambar ruang2 lain







I AM Photographer : My photo collection

Assalamualaikum bloggers and readers..


copyright reserved
tenang dan syahdu Ramadhan


Taken at night .

 Accompanied by Danish with his bicycle

Wednesday 22 July 2015

Kisah jalan jem dan inilah sebabnya...

Assalamualaikum bloggers and readers..

SELAMAT HARI RAYA semua..

I dont think i should post this. I wouldnt. i shouldn't.
But...

ha ada but tu.. ni part yang best.

Aku malasan nak komen pasal orang. Sebenar-benarnya dan coretan yg terilham ialah pasal geng potong tepi sebelah kiri kat haiway..  bukan haiwan ya tapi haiway..

Jgn katakan aku samakan merekan dengan haiwan,, nanti AA marah.
Sapalah pulak AA ni..adoii.. Ala si "Davi" tu la.

Aku mola mola memang marah sangat depa yang dok potong ikut laluan kecemasan sampaikan aku block juga laluan depa ni. Dengan cara aku dok atas line. NAk kiri pun tak nak ikut laluan biasa pun tak. Supaya depa tak boleh potong kiri sahaja.
Namun depa ni bukan paham aka tak reti bahasa..
So aku pun ikut la nasihat Lurvy, biar je depa tu. Buat aku aku nak tension kat depa.

Sebenarnya depa ni boleh riaknya menceritakan yang mereka hanya amik masa 7 jam dari Penang berbanding org macam aku ni amik 10 jam. Sebab depa potong kiri, ikut laluan kecemasan!! Boleh laaa

Depa tak tau sepatutnya semua org boleh buat 7-8 jam shj kalau bukan kerena mereka yang pentingkan diri sendiri!!
So 3 jam masa aku tu    sapa nak ganti..??
Masa org2 yg teraniaya yang lain sapa nak ganti??

Dengan anak yang keletihan...
Dengan cemas takut minyak habis.
Dengan anak kecil yang kelaparan..
Dengan mereka yang ada baby nak tukar lampin
Dengan keperluan untuk ke tandas bagai..

Jangan korang yang potong kiri ni mati eksiden sudah.. eh jangan gelak tau.. Dalam beratus atau beribu org yanh hempa potong tu, entah2 ada yang berdoa agar mati eksiden la korang..
seyes! Jgn perkecilkan the power of doa.

Aku tak marah. Aku  tak mau marah..sbb bukan kerja aku nak marah korang. Marah pun bukan dengar.

Patutnya penguatkuasa..atau pun didikan korang..
Penguatkuasa pun mahu cuti kan..
Takkan nak kerja semua musim raya. Kena ganti2 juga.. So selagi tak terdidik, ssampai bila pun lagu tu lah..

Nak kata tak terdidik? Tgk guna kereta gempak bagai.. Jenama tak payah cerita la.

Anak-anak aku selalu tanya kenapa depa bawa kereta dan potong laluan cemas.
Aku jawab : Ada org nak terberanak dalam kereta tu kot.
Aku jawab juga: Depa tak tahan nak pi toilet kot.

 atau sesekala: Depa ni tak paham bahasa kot..

Macam mana dapat lesen?
Tu abah tak tau..

Dalam blog ni aku nak bagitahu la:
Kalau hempa semua nak buat perangai macam tu..

1. Be gentleman.. ikut laluan cemas tu sampai sudah.
2. Jangan dok masuk ke laluan biasa semula.
3. Korang dok celah masuk masuk menyebabkan org kena brek.
4. Diikuti dgn org belakang brek juga hinggalah 5 km belakang terberhenti
5. Korang remain la line tu..dah cemas sangat kan..
6. Ikut je lalauan kecemasan samapi ke KL. Jumpa polis kasi bayar saman. Kemudian ikut balik laluan kecemasan tu.
7. Kalau stay line sama kurang la sikit menyusahkan org!
8. ni idak nampak lampu lp lap sikit, mencecet nak masuk ke kanan semula.. Cehh,, apa barang.

Tu sahaja nasihat aku...

Selamat hari raya..


Aku serta satu photo grab  ...

Tak ada kena mengena dengan catatan atas ya..




Sbb semenjak dua menjak ni bila kita nak mula mengeluarkan isi hati tanpa beralas macam ni la jd nya..
Aku pun tak paham...mungkin.. makin menjadi2 pulak.

Ada satu tu marah adik beradik.. marah kat alam maya.. ??
Satu alam boleh tau..

Eh aku tak maulah tulis pasal org!!!



Wednesday 15 July 2015

Dapur oh dapur : Plaster syiling

Assalamualaikum bloggers and readers..
My story of the dapur..
Konon mau buat dapur impian untuk Lurvy
In action



.tp la hai lmbatnya mau siap.
Sabar jelah kan.
Nak nak bulan puasa ni.. kekadang berdebu ya amat.. kerja secoet cuma.
Tapi debunya tersangat laaa..

Akhirnya dah siap!!

Tapi ni sebelum siap..masa plaster syiling and sebagai nya

Monday 13 July 2015

Bersabarlah dalam mencari kebenaran

Assalamualaikum bloggers and readers..

Aku mulakan dengan memanjatkan doa..

Supaya jiwa-jiwa yang amarah diberikan ketenangan oleh Allah SWT. 
Tuhan yang Maha Mengetahui. Tiada terselindung samada hak atau bathil.

Supaya jiwa-jiwa yang gopoh kembali berfikir tentang tindakan , baik atau buruknya.
Supaya kata-kata atau fakta2 yang dusta tidak tersebar terlalu pantas , atau lebih baik terhenti terus.
Amiin Ya Rabbal A lamin..

Siapa yang nak tengok kita berantakan?
Siapa yang suka kacau bilau? Mungkin inilah pesanan sebelum ianya diikat menjelang Ramadhan.
Wahai 1 Malaysia, 2Malaysia waima 3Malaysia hingga jutaanMalaysia…bersabarlah dan berpesanlah dengan kesabaran…
Kalau nak ikutkan hati hancur Malaysia yang satu ni.

Ada dua versi. 
Tgk siapa yang cerita. Tengok sapa yg post dlm website .. 
Sapa yg salah telah diisytihar oleh siapa yg post/komen.
 Cekap betul buat andaian…

Aku tak tahu siapa yang salah..

Cuma nak kata gaduh tu tak molek. Yang moleknya harmony.

Berantakan dibulan mulia ni lagi la tak elok. Akhlak nak kena jaga..
Yang menipu tak elok.. Yang mencuri pun tak elok.
Yang eloknya jujur.
Yang eloknya bermualat secara jujur.

Uish... aku tak mau komen dan aku tak dok sokong  belah mana..
Lagi teruk jika aku terpaksa pilih nak sokong bangsa mana.
 Kalau aku pilih bangsa, bangsa tu pulak  yang tersilap. Malu jadinya.

Baik aku pilih pihak yang benar.. Sehingga kebenaran  muncul , aku menunggu dan menunggu..


p.s Tinggal 4 Ramadhan lagi termasuk hari ni,.. huhuhuh.. Cepatnyaa masa berlalu. Nak beli apapun boleh tunggu. Ramadhan tak tunggu!

Monday 6 July 2015

Tak balik raya tahun ni...

Assalamualaikum..

Cerita 1.

Tahun ni tak balik kampung la aku.
Aku terpaksa batalkan rancangan..
PEpagi raya peri solat kat masjid..tinjau tinjau rumah jiran dalam perjalanan.. Tumpang cari pahala menengok keadaan sekitar.
MAlam nya pun begitu juga.. Ronda2 kawasan kejiranan. Yang sudah tentu sunyi. Mungkin ada satu dua lampu liplap kat laman, mungkin depa bertugasa atau pun yang dengar nasihat pakar kewangan tu..

Aku tak balik kg kalau aku dengar nasihar pakar bijak tu ,, tapi aku aku tak mau dengar. Aidilfitri adalah silaturrahim.
Raya adalah keraiaan.
Raya adalah kemenangan.
Raya adalah kegembiraan
Raya adalah untuk keluarga...
Wang bukan segala..

Nasihat manusia tu agak bijak dari org yang agak bijak rasanya tapi ada belenggu yg dia tak leh rungkai.
Awat la panggil dia wahai RTM.

TErima kasih atas nasihat.



Cerita 2.

Aku tak terbangun pagi tu nak tengok Argentina lwn Chile. Aku cuba nak berhenti sokong Argentina tp tak boleh. Aku follow result saja Copa Amerika ni yg mana MEssi and Co kalah lagi.

Taktau ramai tak yg follow , nak nak Ramadhan ni kan..
Waima isteri pun ghoyak, nasi bagun tengok live tu .. Bangun tahajud je lah bang.. Deep.

Apa pun kena tulis juga bab Argentina ni.. huh memang tak penting. Lupakan ..Bye.

p.s Tapi aku kecewa Argentina kalah final,,lagi.
JUga team Malaysia, hoki, hermmm.


Benda di atas adalah pasal ketentuan juga. Apapun kita boleh berubah dan berusaha (khas utk team Hockey Malaysia)

tu intro cerita 2 ni...

Yang aku nak tulis ni pasal rezeki dan ketentuan. Memang pandangan kita dan pemberian Allah tak sama. Allah maha adil dan Maha mengetahui..
Ada org dimata kasar kita yang, ni tak mungkin mendapat ganjaran yang sebegini berbanding yang begitu tekun dan gigih, Tetiba tup tup org ltu yg dapat. Itu pandangan kita namun perancangan Allah lebih teliti dan terbaik....

Ada perkara yang kita rasa kita tahu tapi sebenarnya tidak..







Friday 3 July 2015

Masih teruja???

Assalamualaikum bloggers and readers..

Melebihi sebulan tak post entry..
Ada org rindu nak baca ke tak? Wohahah. Apapun selamat menjalankan ibadat piasa sepanjang Ramadhan al Karim. Kembalikan keterujaan first day Ramadhan. Anggaplah tiap2 hari dibulan Ramadhan ni adalah seperti hari pertama. Betapa terujanya kita..
So masih ada berbaki 15 hari. Audit diri sekejap. Ataupun bahasa kedah atau sabah nya, muhasabah diri.
Review semula, samada dok belah jihad ka dok belah hawa nafsu. Tepuk dada tanya iman naaaa. Sendiri mau ingat.

Waima apa pun keadaaannya. Berjujurlah dengan diri. Berita baiknya kita masih ada separuh perjalanan Ramadan tahun ini, entah boleh habis Ramadhan pun kita tak tahu. Apatah lagi Ramadhan tahun depan .
Jadi manfaatkanlah....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...