Thursday 23 July 2015

Membeli rumah baru yang ke ...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Setelah gagal membeli rumah lelong tempohari.. aku belum berkesempatan masuk mana mana lelongan lagi. Sebab?
Sebab kena survey lokasi, study market price, kena clear objective; apa kita plan untuk rumah tu.

Kita juga kena prepare budget utk baiki lagi..
Kekadang nak kena settlekan bil-bil utiliti dan cukai2 berkaitan..

Mungkin juga aku tak masuk sbb concentrate rumah baru yang di beli.
Rancangannya nak invest,setakat ni la kan..

Hari tu bulan 3 baru pergi tengok site dan alhamdulillah progress dah banyak..


Mungkin pemaju start dengan row yang depan makanya tengok2 bumbung dah siap.

March 2015
Kalau macam ni perkembangan nampaknya tak lama akan siap :).

Oh ya kali ni kitaorg decide beli rumah tepi/korner lot. Memang tu impian Lurvy nak rumah tepi. Alhamdulillah dimurah kan rezeki olehNya dapat juga lot ni walaupun jualan lot mcm ni cepat ja sold out.
 Entah macam mana pemaju dah letak tick merah kata sold tapi check2 ada kesilapan. Makanya cargas kitaorg agree. La la tu juga sign utk beli.. ( Urus S&P tu kemudian ya, amik masa sikit)

Sign permulaan ni macam acceptance to purchase macam tu. Lepas tu baru lawyer siapkan S&P.


So far bab beli rumah ni dipermudahkan...

Loan pun  approve, siap bargain rate lagi.
Yess korang boleh tawar menawar utk dapat rate yang  rendah. Kalau kurang 0.5% pun dah kira banyak untuk long run.

Untuk rumah ni aku akan try capture dari sudut yang sama setiap kali singgah jengok..

Yang ni pula pada bulan May.



May 2015

 Ada perbezaan sikit saja . besi scaffholding dah dibukak
 Mungkin tengah siapkan bahagian dalam


June 2015

Yang ni latest..
Bahagian base pagar dah siap. cuma besi belum dipasangkan..





ni gambar ruang2 lain







No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...