Sebenarnya tiada datuk atau datuk seri yang terlibat, menurut polis.
Hanyalah penglibatan antara pemandu lori dan pemandu kereta mewah. Kemudian disertai oleh beberapa orang lain..
Ada juga laporan mengatakan ada penglibatan pengawal keselamatan ( bodyguard) datuk tertentu..
Entah lah..
https://youtu.be/ThgZu1Wjs9E
p.s yang aku pasti tada nenek terlibat..
Tambahan...
Petikan dari MStar:
Lelaki dipercayai pemandu lori yang dibelasah |
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam percakapan beberapa saksi berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa di sini, Sabtu lepas.
Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial berikutan memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya tanpa belas kasihan selama beberapa minit.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kejadian kira-kira2.15 petang itu tercetus dipercayai melibatkan mangsa berumur 25 tahun yang sedang memandu lori telah terlanggar sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki empat lelaki.
"Polis telah merakam percakapan beberapa saksi yang berada di tempat kejadian untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.
Katanya mangsa dilaporkan bertikam lidah dengan pemandu kereta berumur 38 tahun sebelum berlaku pergaduhan tanpa menggunakan senjata.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again