Wednesday, 19 February 2014

Panik: Ujian di petang hari

Aku sampai rumah agak awal..sebelum pukul 6 dah sampai rumah. Lurvy dan anak2 masih belum sampai. Mungkin pergi beli barang ataupun alatulis atau apa apa sajalah..

Terus aku menyirami tanaman di hadapan dan di bucu depan rumah..
Sekejapan sampai Noni dan rombongan, penuh dalam kereta. Berteriaklah Aisya and Yasmin:
"Abah dah balik!"

Terus aku menghalakan semburan paip air yang mengeluarkan semburan halus mengusik Angah..

Danish terus naik ke atas, salin baju dan keluar semula..
" Nak pergi main futsal abah.. "

Ok,,, tapi hari ni balik awal.. mengaji sebelum maghrib ok..

"Alaaa..abah, lepas maghrib la..."

Lepas maghrib nak buat kerja sekolah lagi... nanti tak sempat.. Danish diam, setuju tidak, tak setuju pun tidak. Aku tak perasan reaksi beliau..

" Eh jap2. Dah solat asar ke belum" tanya aku.

Eh belum la...

Ok gi solat dulu ngan Akmal kemudian pergi main. Balik sebelum maghrib.. Arahan standard aku.

Aku pun pergi belakang tengok pokok betik yang baru ditanam..
Emmm,, cepat pulak membesar pokok betik ni. Patut la Najmi cakap cepat je betik ni membesar.

Aku masuk ikut pintu depan. Dua buah basikal dah tak  kelihatan. Satu basikal Akmal. Satu basikal mamanya. Akmal yang bawa. Kemana lagi kalau bukan ke futsal.

Abah , jum la teman Aisya naik basikal...\
Ok la..
Dengan masih berbaju kerja aku pun membawa dan mengawal Aisya, yang baru saja boleh menunggang basikal, dan Yasmin, yang masih lagi memerlukan 4 tayar ke sekeliling taman.

Sampailah ke deretan rumah yang berhampiran gelanggan futsal. Bertegur sapa dengan jiran. Berkenalan dan berborak sekejap sambil Aisya dan Yasmin bersembang juga dengan kawan baru. Cepatnya bebudak dapat kawan.

Borak punya borak, hanyalah dikejutkan oleh seorang budak: "PakCik, Akmal berdarah di dahi. Luka panjang"

Terus aku berkayuh ke gelanggang. Setengah minit saja kot dah nampak bebudak dan remaja berkerumun dalm gelanggang futsal..
 Dalam kepala terngiang2 sambil memikirkan. Jatuh terantuk simen ka. kena tiang gol ke..

Menghampiri aku nampak seorang remaja perempuan yang kemudiannya aku pahami yang merupakan pasukan futsal JPAM, sedang menekap dahi Akmal.
Akmal tersandar di tiang sambil matanya memerhati aku.

Ok, orang masih sedar. Kenal aku.. Darah tertumpah di lantai gelanggang futsal.
Perempuan itu masih menekap kepala akmal. Dekat dengan ubun ubun.

Ok..aku berfikir, darah agak banyak.Sambil menundukkan kepala mengambil alih baju Akmal yang merah, warna asal, kini basah dengan darah.

Aku mengangkat baju tersebut dan apa yang aku nampak agak mengerikan. Kulit kepala tersiat.. koyak ..agak dalam menampakkan lapisan warna putih.

Urgg.. tempurung kepala?? Aku kaget.. Ok bertenang bertenang....Kulit yang menutupi tempurung dekat ubun ubun telah menunjukkan apakah yang ditutupinya selama ini.

Ni ayah dia ke,.. aku tak tau suara sapa. Kami dari JPAM, kami dah panggil ambulan. Nak bawa dia guna ambulan pakcik nak bawa sendiri....

Errr..Akmal pening tak? Aku tanya Akmal. Aku rasa soklan ni aku dah tanya tadi. Entahlah ini kali ke berapa aku tanya. Akmal ok tak. Rasa nak muntah tak??

Tak pening dan tak rasa nak muntah.
 Aku bangun,, dan maklumat ini diserap oleh aku : " Kalau pakai ambulan anak cik terus masuk ke bahagian kecemasan"

Ok  ok. Pakai ambulan. Tapi lama lagi ke.
Setiap saat aku rasa sangat lama....


Aku capai telefon dalam poket : " Yang, akmal injured kat kepala. Datang padang futsal kejap"
Aku tak pasti apa dia jawab.. yang aku pasti Lurvy dapat maklumat aku.

Lurvy sampai. Ambulan tak sampai lagi.
Kemudian dengar bunyi ambulan, aku papah Akmal keluar gelanggang futsal. Mungkin baju aku kena darah, aku tak kisah. Akmal boleh berjalan dan tak pening. Satu petanda yang baik.



Lama juga nak sampai hospital putrajaya....
Sesampai terus masuk Triage dan dilihat oleh pegawai perubatan agaknya.
Check lebih kurang kemudian dibalut dan aku berikan maklumat, nama, ic dan alamat.

Dapat slip, kemudian pergi kaunter...
Daftar dan disuruh tunggu..
Ha ! Tunggu... uish, ingatkan  terus masuk kena jahit ke apa ke.

Aku cuak. Bermacam2 bermain difikiran. Bagaimana kalau ada kecederaan dalaman. Tentu ada kesan kalau lambat dirawat.
 Tunggu namun giliran sampai lewat..

Aku menuju ke Triage da bertanya. Lamabat lagi ke.. Tak nak scan dulu ke.. Tak payah x-ray ke apa.
Cuak la kalau ada kecederaan yang tak kita nampak, sebab yang nampak memang mngerikan.

Tak pe tu,, bukan  life treatening.. ada lagi teruk..\
Huh ..tak teruk ke, sampai cam ni pun tak nak rawat.

Sabarlah...aku pujuk Akmal dan sebenarnya lebih memujuk diriku. kalau minta nak cepat pun org ada procedure juga, Sambil mendoakan Akmal tak cedera dalaman.

Masa menunggu melebihi satu jam sudah!! Huh, kalau ku tahu baik aku terus ke Gleneagle KL.
Tapi kalu bergerak sekarang mau 45 minit baru sampai.
Gedepak gedebuk pun sejam lebih juga baru dr boleh check termasuk masa perjalanan lagi.

Ok tunggu lagi sambil perhati kot ada perubahan fizikal Akmal.

Akhir no dipanggil. Doktor terkejut dengan luka yang besar dan dalam... Dia seolah bersetuju yang rawatan patutnya dengan segera. Hmmm.. Benda dah lepas..sambil aku berharap Akmal akan ok.
Pergi x-ray. Keputusan tiada retak.
Alhamdulillah...

Kemudian baru dijahit.....

Sekarang aku menaip sebingkis kejadian petang tadi yang merupakan ujian kecil dari Allah.. Menguji kesabaran menunggu ,, dengan ramainya org, dengan banyaknya kes denggi bersama anak yang luka di kepala. .. di hospital Putrajaya..

Menaip dan meninjau Akmal yang tidor kepenatan,, dengan kepala yang bebalut, dengan harapan semuanya akan baik-baik sahaja.

"Ya Allah jangan Kau uji diri ini dengan ujian yang tak mampu aku hadapi"






keletihan menunggu...
.

1 comment:

  1. suspennya..alhamdulillah syukur anak selamat

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...