Monday, 12 March 2018

Pasangan Bulan Madu Menderita kerana...

 Bulan madu adalah masa yang dinanti-nantikan pasangan pengantin baru kerana ia ibarat kenangan berharga buat mempelai meraikan ikatan yang termeterai.

Namun, impian menikmati bulan madu indah di salah sebuah destinasi paling romantik bagi pasangan bercinta iaitu Santorini, Greece bertukar 'mimpi ngeri' buat seorang doktor veterinar dan suaminya.
Ungku Syakira Syaza Ungku Ahmad, 28, berdepan detik yang tidak akan dilupakan seumur hidup apabila segala barang berharga termasuk pasport milik suaminya, Mohd Hakeem Mohd Hajar, 28, hilang sekelip mata dikebas penyeluk saku pada 1 Mac lalu.

"Kami tiba di Athens, Greece pada pukul 9 pagi Khamis dan bersiap untuk bersiar-siar di kota itu sekitar pukul 3.30 petang ketika insiden itu berlaku.

"Sebelum kami berdua menyedari barang berharga tersebut hilang, suami ada mengadu dia dilanggar oleh seorang pemuda yang berpura-pura sedang melihat peta tanpa menyedari zip beg galas suami dibuka penyeluk saku," katanya kepada mStar Online pada Sabtu.

image dari Mstar
Ungku Syakira Syaza dan suaminya, Mohd Hakeem mendirikan rumahtangga pada 17 November lalu.

Wanita yang berasal dari Johor Bahru itu memuat naik mengenai insiden tersebut ke laman Twitter pada awal pagi Jumaat selepas pulang bercuti telah menerima pelbagai reaksi netizen.
Setakat ini, posting tersebut sudah menerima sebanyak 2,286 kali retweet (diulang kicau) dan 1,598 like (tanda suka).

Jelas Ungku Syakira Syaza, situasi yang dialami tambah merumitkan apabila suaminya tidak memiliki insurans perjalanan bagi melindungi diri daripada berdepan masalah seperti itu.

"Nak dijadikan cerita, hanya saya yang ada insurans perjalanan. Suami tidak mengambil insurans kerana mungkin dia rasa dia tidak akan kena insiden sebegini.

"Selepas semua yang berlaku, saya menangis setiap malam sepanjang tujuh hari berada di sana. Hilang benda lain tidak mengapa, asalkan jangan pasport," ujarnya.

Ekoran kejadian itu, pasangan tersebut terpaksa membuat laporan polis di balai polis pelancong di Athens keesokan harinya iaitu pada Jumaat (2 Mac) sebelum dinasihatkan untuk memaklumkan mengenai perkara itu kepada pejabat konsulat di negara itu.


Mohd Hakeem bergambar bersama Pegawai Konsulat Malaysia, Prof. Datuk Thomas Antonius di pejabat konsulat Malaysia di Greece.\


Memandangkan hanya pejabat konsulat Malaysia yang beroperasi di Greece, mereka berdua perlu menunggu sijil perjalanan kecemasan daripada Kedutaan Malaysia di Bucharest, Romania yang mengambil masa satu atau dua hari untuk disediakan.

Mimpi ngeri yang dialami pasangan tersebut belum berakhir apabila syarikat penerbangan enggan membenarkan Mohd Hakeem berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Athens sekiranya gagal mengemukakan tiket perjalanan yang membuktikan mereka akan mendarat di Malaysia.
"Kami berdua tinggal di Johor Bahru, jadi saya dan suami beli tiket penerbangan ke Singapura bukannya Kuala Lumpur.

"Kakitangan syarikat terbabit enggan membenarkan suami saya masuk ke kapal terbang selagi tidak menunjukkan tiket mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Bayangkan ketika itu tinggal dua jam lagi sebelum waktu penerbangan kami. Jadi terpaksa jugalah kami beli tiket dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ke KLIA yang bernilai RM600 seorang," kata graduan dari Universiti Putra Malaysia itu. 

Sumber ;www.mstar.com.my

1 comment:

  1. For newest information you have to pay a quick visit web and on web I found this site as a most excellent website for most
    recent updates.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...