Monday 28 August 2017

Tak Sangka . Eh!

KERJA KERJA KERJA

Sudah lama tak update blog yang makin usang ni..

Tambahan pula sejak hari Jumaat lepas demam yang macam tak demam. nak kata panas tak sangat.
Hari Ahad siap boleh berkenduri kendara lagi. Yo lah banyak wedding dimusim sekolah.
Aidil Adha tahun ni beraya di Lembah Klang nampaknya. Tapi tak tahu lah last minute punya plan.

Keja keja keja..
Orang dah bercuti aku masih berkerja sampai hari Rabu. Camno nak travel awal awal.  Tang nak balik kg tak de hal sangat, tapi nak pulang ke tempat mencari rezeki tu yang agak meletihkan.

Tapi apapun perancangan mungkin berubah...

Kita susun baik baik..



HARIMAU MALAYA

Sukan Sea kini rancak berlangsung. Esok final bola. Kita rakyat Malaysia tentulah akan mendoakan kejayaan Harimau Malaya (B23). Itu sudah pasti ..Doa dan harapan dititipkan. Selebih merekalah yang akan berjuang hingga menggapai emas! Dan in Sha Allah kita boleh.
Tiket dah tentunya dah habis saat penulisan ini..

Moga berjaya Malaysia!!!


Tajuk: Sebijik dari Mstar  (Sebab Bogel, Tak Sangka Jadi Macam Ni)

Bukan masalah nak bogel ke atau tidak. Masalah utamanya zaman sekarang ialah menulis dah hebahkan keseantero dunia. Sah sah pula seorang wanita @ gadis yang menulis demikian di media sosial. Kalau menang nak bogel?? Aduyai .. Banyak benda lain boleh dibuat kot dari menulis status sedemikian. Eh aku kecoh ni apasal..A aa ye. Bukan ada kena mengena punn,,,,,
Memang tak de kena mengena,cuma nak nasihat.. Tu pun tak boleh. Dan dah masuk paper lak tu.

Realitinya, banyak mulut mulut yang suka sebut benda benda yang pelik dan mengaibkan, Sama ada diri sendiri atau mangaibkan orang lain, Di restoran mamak (contohnya) ada juga terdengar orang memaki pemimpin itu dan ini. Samada kerajaan atau pembangkang..
Cuma benda tu tak tertulis!!
kalau tulis mungkin kena saman atau kena penjara. Itu kes yang berat la..
Kes update status nak bogel ni pepandailah korang nilaikan..

Sebab awek cun kot. Kalau jantan update status jadi macam ni ke.
Adakah kita sexist. hahahaha

I rest my case..


Sumber dari Mstar dibawah.. klik link

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/08/28/tak-sangka-isu-bogel/




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...