Friday 29 April 2016

Orang kata dia pelik, betulkah???

Assalamualaikum bloggers and readers..

Nak cerita sedikit pasal budak pelik..

Tempat aku kalau org tu diam, buat hal dia, approach dia lain sikit orang akan panggil budak pelik.  Asal lain sikit dari orang dipanggil budak pelik.

Dia ni memang la lain sikit.

Contohnya dia naik basikal ke ofis. Dia selalu pi gym dan menari ikut hp dia. Alaaa jenis step training ke mende tah. Jangan tanya aku. Aku tak tau lagu atau apps apa, 
Gen Y punya trend kot.

Tapi memang solo la.. Dia work out sorang sorang. Masa lunch pergi gym..
Sama ngan aku, tapi main squash dan badminton.. Pelik juga kot aku ni. hahaha

Dia mandi dan zupp pi ofis semula. Begitulah routine jikalau aku naik gym. Sbb aku tak lah naik tiap2 hari kan. Kekadang kalau nak syeh tu tiap2 waktu juga aku sampai

kalau aku naik..Mesti jumpa dia..

Tak pernah tegur aku, aku pun tak pernah tegur dia
Dia tak pernah senyum, tapi tak penah kacau orang pun.
 Bagi aku tak lah pelik sangat sbb dia dengan dunia dia.  Alaaa manusia kan memacam.
Kebetulan satu hari tunggu lif sesame. Lif pulak lammmbatttt sangat. Aku pun tegur:

“ Tak lunch ke” Tanya aku
“I bawa bekal” jelas beliau
“Lepas ni lunch eh?” Aku mem busy kan body
“Dah,,,sebelum naik gym tadi”
“u datang kerja naik basikal?” Aku kena tanya soalan ni sebab satu-satu staf yang naik basikal kot .
“ duduk mana ,, berapa minit travel yang naik basikal tu?” Aku Tanya lagi.Aku curious la. Kalau dok Dmansara mai kl mau berapa jam nak naik basikal.

“ Dari keramat.. 9 minit saja. Ada short cut” jawab beliau.
“ Sewa situ, ke dengan famili?” menyibuk lagi aku ni.
“ Rumah sendiri. I ada 3 unit kondo situ. I beli lepas I masuk kerja 2010. I beli RM 200k seunit .Sekarang dah mahal.” Terus dia cerita..

Aku pun dok “compute” dalam otak nak tanya apa lagi.. “Sewakan ke. Berapa sewa?

…dia sambung : “ Tak de kereta boleh la beli rumah 3 bijik. I sewakan satu unit RM2000”

Lif pun sampai destinasi..

Learn something here folks!!!!


P.s Biar pelik jangan jelik

Kembara Eropah : Itenary di Europe setakat ini.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Agak lama tak memblog.

Oh ya , nak share route as per itenari aku. So sapa-sapa yang pernah pergi Europe boleh komen dan beri pendapat. Please..
Memang nampak padat tapi itulah yang optimum. Mungkin ada org yang ada pengalaman boleh advise.

Gambaran route yang akan diambil


Rupanya 12 hari juga jumlah masa..


Ada sedikit kemelut tentang 2 orang yang nak ikut kami. Mula-mula plan nya 2 orang, Aku and Lurvy. Boleh berhoneymoon juga.  Sambil celebrate anniversary.

So kalau depa dapat join pun ok, tak dapat pun ada rahmat. Tunggu je lah, 

Apapun aku pecut beli tiket dulu..lagi lama lagi mahal.
Macam Ryan Air. Dapat dekat 50 pound je berbanding la ni dah dekat 100 pound

Tapi.. oleh kerana nak drive punya pasal, kalau ada lagi geng rasa best juga dan secure sikit ..in case tayar pancit ke pa (Tapi mintak simpang la kan..), boleh la tolong menolong.

So ada la member nak ikut tapi sampai la ni tak beli tiket lagi,,dan makin mahal.
Mungkin balik kepada kami berdua nampaknya.

Ok back kepada itenary.. ini adalah route Europe tour.. Sector yang utama tiket aku dah secure.


Flight return, train ke Brussel, flight ke Manchester. Semua dah book. Termasuk sewa kereta dari Brussel selama 5 hari. Tu yang pusing sampai Swiss. 2000 km lebih.

Semoga Allah permudahkan..


p.s Menunggu hari..


Tuesday 12 April 2016

Dear Rayani

Dear Rayani...

When i first heard ur name i feel veru hearterning, what a nice name!!
Tapi kemudiannya nama mu dikaitkan dengan syariah compliance..wow alangkah dramatiknya,, detik hatiku.

Aku mula cuak. Tapi ku pendamkan sahaja. Sebab dalam apa hal pun kita perlu bersangka baik dan memberi peluang. Cuakkan ku ialah, arggh biarku jelaskan disini walaupun aianya lama ku pendam, adakah kamu benar-benar memahami tuntutan sebenar bila mana kamu inginkan sesuatu yang patuh syariah..

Kini jelaslah kamu belum memahami,, ianya sebenarnya bukanlah hanya pakaian, walaupun pakainan cerminan keimanan. Namun ianya lebih luas dan mendalam. Menepati janji adalah satu darinya . Satu dari semua aspek!

Menggunakan *Islam untuk melariskan jualan tiket (* nota: bukanlah secara langsung menjual Islam, tapi ianya gambaran kearah seoalah2 kamu adalah syarikat Islamik) adalah satu USP yang berat

(USP= Unique selling proposition).

Memang unik dan ramai tertarik.. dengan pakaiaan dan doa dan sebagainya.. Tapi adakah setakat itu. Mungkin apabila CEO tidak memahami intipati Islam maka inilah jadinya.. ramai yang terpesona memuji kini malu sendiri..

Dan sepalit juga mengena kepada Islam..



Dear Rayani,,
Aku tidak mahu mengomen kita kecuakkan, kerana kita kena sabar. Tapi akhir kamu digantung dan banyak org kesusahan.

Membayar gaji pilot ketiaka waktunya adalah tuntutan islam.. pilot dan groun staff serta kabin kru. Membuat perancangan teliti juga tuntutan. Tidak memenuhi janji perkhidamatan adalah amat mengewakan Islam..


Berfikir sebelum megatakan patuh itu dan ini wahai Rayani.

Nota: Aku tak pernah membeli tiket, namum aku dapat merasa kesusahan perjalanan dan rancangan perjalanan org yg ingin bersama perkhidmatan yg patuh*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...