Wednesday 25 December 2019

Mendaki Bukit Kodiang ( Bukit Mok Cun) Kedah

Assalamualaikum bloggers and readers..



Bercuti di Kedah minggu lepas membawa kami ke Bukit Kodiang. Bukit yang agak menarik dan “hikeable” bagi semua golongan pendaki amatur macam kami.
(Err, pembetulan sebenarnya bukan bercuti di Kedah). 

Balik kampong kat Kedah..wohahah...


Tapi kena guna "term" bercuti baru lah ada feel dan kena buat perancangan. So, kalut nak kena buat plan nak makan apa, nak pi mana dan lain-lain. 

Tempat makan yang best yang tak berapa viral yang aku cari.  Nasi Kandaq (Taman) Wira , Nasi Kuning gulai ayam Pekan Air Hitam antara "the hidden germs."

Tempat yang agak popular yang aku try utk kali pertama pula ialah Laksa Gulai Sekoq,
( nanti akan ditulis pasal ni..watch this space (or blog) ok)

Sempat la kemas dan touch up rumah kat kampong a.k.a homestay kami, dan, yeszzaa, memasang aircond untuk bilik ke3.

So guys , good news !! Homestay D’Permatang dah lengkap dengan “aircond” di semua bilik. Dan good news lagi ialah, kadar tetap sama. Best kan..
 So boleh lagi korang reramai ke page D’Permatang Homestay Ayer Hitam Kedah in FB

Utk percutian aku ni aku “block”  seminggu tarikh  homestay. Black-out date lah kan.. di mana aku redirect booking ke homestay lain. 

Dan December adalah bulan yang agak busy bagi homestay kami. Thank you atas sokongan semua.
Wohahahah.. promo sat. Sempat lagi tu !! Actually most are good feedbacks. Dan honestly ada juga bagi feedback for improvement, itu pun setelah aku tanya, apa saja boleh komen, pasal benda kecik pun tulis ja. So boleh kami buat improvement. TQ TQ

Bukit Kodiang.

Untuk aktiviti santai kami ke Bukit Kodiang, dulu ni depa kata nama dia Bukit Hantu, ala, dekat ja dari Homestay kami. 

Kecik2 aku dok dengar mak ayah nak pi makan kenduri la ada sedara dekat Kodiang, dekat2 dekat bukit Hantu. Rupanya ni lah bukitnya, Bukit Kodiang.

Pastu ada nama baru pulak? Bukit Mok Cun. Lah, lekat nama ni pulak.

Sedikit informasi , Bukit ni terletak di laluan Jitra ke Kodiang serta seterusnya ke Pekan  Arau etc. 

Dari Jitra akan melalui pekan Tunjang kemudian sampailah. Terletak di tepi jalan besar sahaja.


Bukit Mok Cun ( Bukit Kodiang)



Laluan

Laluan pendakian "direct" sahaja, Tak dak denai yang bersimpang siur, ala Bukit  pun rendah ja. 
Cuma ada batu yang telah terurai akibat luluhhawa ( perghh lama tak guna perkataan luluhhawa) dan jadi batu kelikir.. bila panjat macam menggelongsor gitu. Jadi, pakailah kasut yang sesuai.

Ada satu part yang curam.. tapi jangan risau ada tangga disitu, fuuh, senang kerja. 

Anyway. apabila selepas section yang ada tangga tu ada lagi level atas. 

Kami setakat ni sahaja lah, tak langsung ke puncak.. Risau sebab bawa anak anak. Safety first..


Tapi view dia memang superb. Tahap kesusahan pendakian ..5.5/10



So kalau nak menikmati sawah dan bukit boleh sahaja stay di homestay D'Permatang Ayer Hitam (Air Hitam) Kedah.  Jumpa di sana..


Thursday 19 December 2019

Jom tuntut ilmu supaya lebih paham..

Starting with a simple "tip" but it might make a difference and a wonderful day for someone, and make you feel good too.



Semalam it just happen that, sememangnya amat sukar untuk memuaskan semua orang, tetapi "life like that", semua orang akan merasakan secebis ketidakadilan dalam diri. Tidak adil kepadanya. Asyik asyik dia sahaja.

Sepatutnya dia berhak lebih lagi. 
Kenapa sedikit?? Aku kurang?
Kenapa dia lebih.?
Kenapa dulu lebih..?

Kehidupan ini memang banyak persoalan, dan jenis-jenis tanda/kata soal pun banyak.

Apa?
Bila?
Kenapa?
Awat?
Guono?
Mana?
...dan kita boleh tanya gunakan semua jenis tanda/kata persoalan ini.

Tetapi yang paling layak nak jawab ialah diri sendiri. Then tanya lah teman rapat, sebab lebih baik jangan pendamkan.nanti makan dalam...


Sesungguhnya, bertanya untuk mendapat ilmu lebih baik dari bertanya untuk mengecam.

Dan nak menjawab kepada org berilmu lebih baik dari memberi jawapan kepada yang ego. Kerana yang ego dan jenis berasa diri pandai akan mendengar untuk menentang, bukan mendengar untuk memahami.

Semalam 18 hb #ASBDIV

Hari ni 19 hb,,perghhh..


P.s Sesungguhnya Allah lebih mengerti percaturan hidup  umatnya.


Tuesday 17 December 2019

Lama tak layan movie..

Yezsszaa.. Lama dah tak buat . Enjoying the movie with Lurvy..

LAst sekali entah apa tah citer yang kami layan..memasing tak sempat  untuk dating dan  tengok wayang.Tapi hari tu dah beri anak2 tengok dulu movie dan review depa kata best. maka turn kami pula.

Ok la.. Frozen 2 ni. walaupun aku tak pernah tengok Frzn 1 sampai habis. Ye lah kartun kan..manalah larat nak layan.. tapi bila tengok kat cinema, layan jugak cerita ni.


Banyak pulak lagu lagu..macam nak muzikal movie pun ada. Buat panjang cerita ja..hahaha jenis tak sabar..

So.. enjoyable nite.. weekend ari tu with her.
Lurvy, i am frozen in your love.. but not cold but hot. wink wink

Balik umah nak layan Man City lawan Arsenal..erm..tv pulak yang tengok aku. Bila terjaga baru saja habis games..hahahah macam biasa.

Thursday 5 December 2019

Little token. for me today, thank you Klook.

saja nak berkongsi
Hari ni i m getting better. Muscle pain dah makin beransur baik. Lagipun aku agak suka menggolek-golek roller foam sambil santai2 baring.
So kira improve la kan.

Lets share the good news, even how small it is.
Think positive tu memang bagus dan sebarkan positivity. 
Jangan setakat 19 kali shj. Kita kena sentiasa positif barulah aura positive muncul.

Hari ni masuk lagi Klook voucher. 
Ya Klook. yang aku share dulu , nak beli ticket Disney ke apa ke. 
Lama lama makin banyak pulak Klook punya penampilan dalam iklan dan promosi.
Not bad.

And.. voucher keep coming in lagi

Contohnya Hari ni:

Congratulations! Ms Nxxxx Zxxx has already used your promo code on the first Klook's experience. As a token of gratitude, we have prepared a RM 15 promo code to fuel up your next journey!

So sapa sapa lagi yang belum download lagi apps Klook boleh la berbuat demikian. Cuba google , banyak tempat kita boleh guna Klook ni. 

Dan jangan lupa  link ini. sign up je walaupun dia nak bagi free dalam currency lain..nanti share dapat lagi dalam RM


www.klook.com/en-GB/invite/ZXCMQ8?c=MYR



Tuesday 3 December 2019

Urghh,, sharp pain here and there

Still feel the pain at my back. Getting worse. 
I donno whether it resultant of the game injury on the weekend. But it is quite unbearable. Very uncomfortable when walking.

Hang on there..

May be i need to listen what my body is telling me. I have to rest maybe and to see doctor. By today.!!

Urghhh,,, 

Monday 2 December 2019

3 kali kecewa minggu ni..

Assalamualaikum bloggers and readers..


Salam kembali..

Minggu ni banyak yang berlakunya peristiwa pahit dan mengecewakan. Kaki aku pun masih sakit .


Ok, satu-satu!


Yang pertamanya Malaysia tewas dengan Philipina acara bolasepak sukan SEA. Ala bola je kot.

 Tapi memang mengecewakan. Bukan kerana tak boleh menerima kekalahan tapi memang kita tak boleh menang kalau itulah prestasi. Macam mana boleh teruk sangat. Atau mungkin harapan terlalu tinggi

Aku seperti nak suruh LKW letak jawatan. Memang anak buah dia tak perform! Strategy entah apa tah. Seriously. 

Tengok game hari tu  memang kita outplayed by Philipina. Yes, Philipina. Bukannya Thailand.

Ok tak mau tulis bebanyak. Benda dah lepas. Itu yang first, Jumaat malam Sabtu.

Hari sabtu aku main hoki. Salah satu games  yang dekat dihati. Cuma tak dak occasion yang boleh main selalu. Hanya sekali sekala sahaja dapat main. Ok, games yang kami main ni ok la. Tapi tak menepati apa yg target.




 Maybe result dia boleh diperbaiki tapi tempat ke3 pun not bad.

Anyway, aku nak cerita yang aku cramp dahsyat gila.ITu yang peristiwa pahit.

 Semenjak aku bersukan inilah yang paling teruk. Cramp ke harmstring aku pun tak tau. Kalau sikit-sikit aku masih nak main juga tapi kali ni memang sakit sangat. Sampai hampir mengelupur. Siap nak stretcher gitu..cessss.. Hahahahah
Aku cakap ni first time aku kena cramp macam gini.
Member bisik ..Biasala semuanya ada first time.


Orang sentuh pun sait. Biasanya cramp orang akan tolak tapak kaki untuk release muscle, tapi bila kena tolak sikit saja aku tak tahan kesakitan.

Perghh memang azab, tapi tu lah degil, masih nak bersukan. Maju lah sukan untuk negara,, wohahahahahah.
  
Tu yang kedua.


ini yang ketiga..
Malamnya pula ..layan Man City. Ok pendekkan cerita. Man city leading 2 kali. Tapi Newcastle kejar dan resultnya seri 2-2. Ermmm..
kalau nak hilang point u buat macam mana pun tak menjadi.



p.s tadi sempat visit physiotherapist.. Otot keras dan perlu release. Bagi karan sikit dan massage.

 And getting better..biasa la tu kalau bersukan tak injured tak sah.
Padan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...