Friday 30 September 2011

Tevez oh Tevez....

Tevez oh Tevez,,awat la hang buat perangai tamau main bila coach suruh.. Patutnya kena respect la manager tu.. Waima tak semangat pun...
Tevez.. selalunya bila hang main mesti all-out punya..
Bila team Man City down 0-2 sepatutnya hang masuk. Mana tau leh turn the result,,
Aku folo Man City sbb hang ada,,nak nak Al-Kun Aguero pun join.. Dulu masa M U pun sbb hang ada......
Now tinggal Barca saja kot yang masih utuh dgn Messi dan Mascherano (?, entah macam mana eja)

Tevez...
Kenapakah? Mau retire ka?

Buatlah yang terbaik...



Salam... good morning atau moaning!! Pilih mana satu.....
Pagi Jumaat ...esok pack juga activity.. Mlm ni member ajak main futsal.. Futsal..erm pinggang tatau ok ke tak...

Nampaknya dah ok sikit...Sehari dua ni ok ja... Ahaks... Malam ni leh try menendang apa yang patut... Lama berehat..sejak raya dan sebelum puasa lagi..

So mungkin boleh bermain secara terkawal. Tapi masalah aku kalau dah mula main. Waima main apa pun, terus bersungguh.. Main pun aku tak main-main... Instint nak menang juga...walaupun injured.

Wokeh ..esok gerak ke Melaka..Jumpa anak, 2 minggu tak kesana... Bagi semangat sikit untuk exam... Yang penting persediaan dan study setakat yang mampu.. Doa , the rest terserah,,,,

No more try your best..ITS DO YOUR BEST... result cam mana pun tak per.. because u know u've done ur best!

Wednesday 28 September 2011

Mengapakah...





mengapakah
kau sanggup meragut nyawa...

mengapakah...
kau sanggup merampas saki-baki hidup gadis itu
hanya kerana ... hanya kerana nafsumu bingkas ditolak??
hanya kerana...cintamu tidak bersahut??
Fikir apakah tersarang dibenakmu?
Atau apakah kau terlalu benak untuk berfikir???




Beritanya:
Siswa IPTA dituduh bunuh pelajar
AMPANG: Seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan, dua minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, yang kelihatan bingung dan muram hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja-T coklat dan berkopiah hitam.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Khairi didakwa membunuh Nurul Awathif Mohd Syakir, 19, di rumah No B-119 Apartment Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, dekat sini, antara jam 9 malam pada 4 September 2011 hingga jam 2.15 pagi pada 5 September 2011.
Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum manakala tertuduh diwakili peguam Zamani Dolmat.
Mahkamah menetapkan 8 November ini untuk sebutan semula kes.

Sunday 25 September 2011

Sempat lagi keluar pergi dinner...dengan orang sakit pun ikut juga

Tadi Lurvy datang bawa semua anak, kecuali Angah sebab ada event sekolah.. Riuh rendah wad ni... Sekarang ni Danish dah tidor. Sat gi aku nak kena kejut. Ubat dah sampai..nakk kena suapkan...Sementelah itu aku tatau nak buat apa. Update diary ni lah...

Petang bila nak balik kami pi dinner semua sekali. Dgn Danish yang tangan ada jarum pun join.. Pikir punya pikir, teringat Restoran SABA kat Setiwangsa. Tapi tak pernah pergi dan tatau kat mana. Sampai je simpang Keramat, ada shop lot nama dia Jelatek Square. Instinct "treasure hunt" berbisik.. Kat sini kot. Tapi kereta laju macam biasa gak, dalam hati nak amik simpang kanan.

sound Lurvy: Cer tengok kat kedai2 tu. Entah2 kat sini.
Memang betul kat situ.

Pendekkan cerita.. order dan makan serta tapau untuk angah...Dia punya tapau size macam Quarter ja..tp pesan tadi half punya size.

Kat kounter tanya la..Dia kata memang itu saiz dia..

ooo ok..saya selalu tapau kat Cyberjaya.. ni first time sampai restoran sini.
Dia tanya" Yang mana lagi sedap". Macam manager kot..Melayu.. Tapi sure bukan pelayan sbb tak pakai baju uniform pelayan. Gaya pun bukan..

"Errr yang kat Cyberjaya lagi sedap..."Aku direct saja. Sebab anak2 aku macam tak nak makan la pulak,, selalu kalau nasi arab ni bukan lagi..

Ye lah bang.. kita dah guna semua sama..resepi sama..sukatan sama,, tapi tak leh lawan air tangan chef .. Itu sajalah yang lain...

Entahlah ya, kalau McD ke apa ke,,rasa sama saja kot...
Mungkin McD tiada sentuhan tangan kot,,,semua mechine buat..supply semua tempat..hanya grill je daging burger tu... tu yang rasa sama.. entahlah..
Atau aku dah kenyang..tibai nasi Danish kat ward tadi...mungkin jugak!!1


Err

Lagi 48 jam Danish, baru boleh balik....

Doktor dah melawat tadi...tanya aku lebih kurang..check dada, tgk filem xray..


Ok..saya perlu 48 jam u ntuk observe dia..kalau ok mungkin tak payah tunggu 48 hours..esok mungkin boleh keluar. Rasanya esok aku akan mintak keluar,,,,


Danish dapat toy baru..kononnya toy..





Alat terapi pernafasan..supaya release dan lega paru-paru dia...



Dia macam dah ok dok sini..suka pulak..jgn esok tamau balik sudahhhhh

Kena tidur wad jugak malam tadi.....




Sabtu..
Danish appointment with doctor hari ni. Bawak Yasmin sekali yang asyik batuk dan muntah..
Aku pun dah seminggu sakit pinggang. Hari Khamis cuti untuk repair kereta pun tak sempat... kena pergi fisioterapi...
Aku memang terasa nak demam dari Khamis lagi..Mungkin sebab aku dok tahan sakit pinggang . Hari Jumaat memang demam!

Ptg sabtu ada jemputan in-law sebab celebrate birthday anak. Depa plan nak main bowling kat Tropikana.

Semua tu aku kena tukar plan. Suruh Lurvy bawa yang sihat pergi layan.. Dia orang dah teruja untuk bowling outing!!

Aku handle Danish dan Yasmin ...
Klinik paeds punya la ramai org, aku bawa Yasmin dulu untuk check. Selesai....

Jumpa dr Vernon...
"Ok, story to me..what happen"

aku pun cerita la bla bla bla: "Batuk-batuk, banyak kahak bunyinya...terutama waktu malam... berlarutan jugak.."

Doktor sambil memeriksa dada"Oh ooo, this is not good..."
How long this happen... 1 month 3 months or six month

Aku: Tak sure,, Lets put it 4 to 5 month doctor.. or six months , on and off..

Kemudin doc kata kena masukkan dia dalam wad, nak diagnose, xray dan bagai..

Pergi bahagian admission, bilik pulak takdak..Aku pun nak hantar Yasmin balik..
Malam baru call kata ada pesakit keluar tapi bilik tak ready lagi Nantii bilik siap baru dia call. Jam dah tunjuk pukul 8 mlm. Sampai pukul 9 pun tak call.
Huh legalah tak payah bawak Danish malam-malam nak admit...
esok saja lah pergi..
Dekat pukul 10 mlm ada call..
Kena datang jugak, nak ambil darah dan xray..
Esok tak leh buat ke???
Erm..mungkin pagi-pagi doc nak review result so kena datang jugak...
...kena lah tidor kat wad. Masuk bilik dalam pukul 12 malam kot..entah2 lebih,

Datang bukan setakat amik darah saja, siap pasang nak masuk drip kat tangan. Ye lah nak masuk antibiotik bagai... Cuma nurse tu la...lama sangat ( pada pengalaman aku), nak cucuk salur darah tu.. Cucuk , takda darah keluar . cucuk cabut cucuk cabut,..
berkali-kali cucuk baru ok... Meraung sakan la Danish...

Tu tak pa lagi..

Hari ni Ahad....
Lepas breakfast, kawan baeek punya layan cereal. Datang nurse nak ambil darah lagi...
Uik nurse amik lagi..
Nurse:"Nak wat alergy test "

Aku dah agak dah, mesti semalam diaorg miss satu tiub atau amik tak cukup..
Aku:"Semalam tak cukup ker?"
Nurse: "tak cukup"

Patutnya bila nak alat nak masuk drip tu,,mencurah2 darah boleh di"collect"..
Danish dah fobia..kali ni nekad tak kasi chance punya, tak kasi org cucuk..

4 nurse + aku kena pegang dia. Tau lah kan dgn meronta dan menendang, memang problem..
Macam kena rasuk pulak dia.. Fobia semalam yang nurse cucuk berkali masih menghantui....
Bila dah org meraung macam tu lagilah susah...


Memang payah tapi kena la buat juga...

Friday 23 September 2011

Loghat aku, kita kongsi.....

Perkataan hari ini ialah "koi-koi", ertinya beransur-ansur, dalam erti kata hendak beredar dahulu.
Ayat:Dalam perbualan telefon-"Woi, hampa dok tang mana? La... dok on the way on the way, kami dah koi- koi nak balik dah ni, kami nak pi open house tang Changlun pulak"

Yang biru tu bukan bahasa kedah !!!

Thursday 22 September 2011

Bonceng punya pasal...jawapan Ustaz...

Belum habis lagi isu Zizan dan pembonceng.. A'a dalam dialog wayang tu dimana aku pun ada komen sikit. Demi mengesah cerita dan isu,,apakah dan bagaimana ianya terangkat keperingkat nasional sebegini, aku pun melayari beberapa sumber.

Jadi dirumuskan bahawa dalam ketidaktahuan atau jahil, seseorang itu boleh mendatangkan fitnah. Walaupun tak bermaksud demikian. Sebab jahil pun kena jaga.....
Jadi rasanyalah dialog yang kontrovesi, wpun tak bermaksud mempersendakan, wajar diteliti dan dihalusi supaya tiada kekeliruan dan fitnah. Boleh tak di beeeppp saja..

Begitu lah kot.. Kalau dah tak berapa elok kena buat sesuatu.. Kawan aku kena tengok balik lah...Walapun aku paham dia tak berniat menghina dan sudah melepasi beberapa peringkat tapisan... Semua tak perasan....

Tetapi bak kata satu ungkapan " If anything will go wrong it will go wrong...." itulah kot yang berlaku. Walaupun dah ada beberapa org tapis,,, terlepas juga...

Bukan apa..kalau benda tak elok walau tak sengaja kena buat sesuatu lah..
Nasib baik org tegur, sebelum filem tu diulang tayang berkali2 bila raya masa2 depan.. Susah jugak tu nak tanggung.. Makna ramai org sayang....

Salah satunya aku petik dari blog ini mengatakan...

-Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

"Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada video kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog ini (pulakdah.blogspot)

Dipetik:

Jawab Ust Azhar Idrus:. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.



Nak ulas panjang pun tak pandai . Eloklah tengok sedutan jawapan Ustaz ....












Moga sama2 ambil iktibar.... (sama lah ingatan juga untuk diri aku)


P.s Idham, harap kau dapat infor ni jugak... ok bro...do something ok..

Wednesday 21 September 2011

Pendapat aku tadi..adakah aku sakastik????

Setelah meyaksikan perlawanan Malaysia VS Japan...aku memuji ke"efisien"an pengadil perlawanan..... Mutu pengadilan yang amat-amat baik ( setakat yang aku tengok 2nd half)......
Dan bagi Malaysia banyak yang perlu dipelajari, dan yang patut belajar paling banyak mungkin coach...kerana pemain dah pandai main kot.. cara passing,nak open game dan segala mak nenek punya tektikal nampaknya coach kena tengok video tu dan belajar supaya boleh mengajar anak2 buah...

Ni komen aku setelah depa kata ok la result macam tu...

Bro A: ok kot..entahlah..bila keadaan " kalah adalah terjangka...bila seri adalah menang dan kalau menang adalah miracle",, 2 biji mungkin ok.

Bro B: Ok kot jugak ..bila keadaan" kita bertepuk tangan kelegaan hanya kerana tangan-tangan si Khairul Fahmi menyelamat keadaan dan bukan bertepuk kerana cubaan cantik pemain kita"

Sakastik kah aku??? atau aku mengharap/menjangka Malaysia mampu buat lebih baik dari itu..entahlah...

Terpanggil pulak nak mempertahankan Ahmad Idham...

Bukan.., bukan sebab dia kawan aku atau pernah berkawan dengan aku... walaupun pernah tidur serumah..

Bukan.. bukan... sebab aku rasa banyak tersalah paham kot...

Dan aku pun tak tengok lagi cerita tu...hahaha soryy ye..mana pulak nak angkat satu family tengok.... 9 org wooooo..tiket bukannya murah..eh berapa rege tiket sekarang yer..???? Aku pun tak hengat last sekali aku tengok wayang..... Kekadang suruh anak-anak je pergi tengok..Baik aku pergi kedai buku...yezzaaaa

Aishhh... aku tak tengok lagi movie tapi nak komen...ok ok..

Yang aku paham sebutan Zizan tu jd kontroversi...
Sebelum aku tengok, aku rasa Zizan tu terkejut dan tak sempat cakap/ucap habis..
Betul tak??? ..Tak betul? KAlau tak betul maknanya Zizan sengajalah ucap macam tu..dan memang aku kondem la kawan aku tu..
Tapi aku rasa tak sengaja...dalam scrip tu lah..tengah2 nak mengucap..terperanjat (kot)..So kalaulah betul maknanya kita tak leh la anggap ayat Zizan tu sebagai satu ayat...Anggap lah dua ayat berasingan... Bersangka baik ok..Jangan main hentam sahaja..

Aku nak tanya, pernah tak kita dengar Phrasa macam ni" Ya Allah, teruknya dia...."
ataupun ayat2 yang serupa.

Sebenarnya aku nak tulis pun takut org salah paham penerangan aku..
Tapi kalau ambik contoh aku kat atas... ada empat perkataan kann.. Kalau ada org pick up tiga perkataan pertama dan wujudkan satu kontroversi...masak aku serta mereka yang bertutur macam tu... Takkanlah dia kata Allah teruk??? takkan..

Nauzubillah.!!!!.
Sure kena panggil dgn Jakim... Ataupun tak de akidah kot ( takkan harap Jakim Sahaja)

Jadi baguslah kita peka dgn perkataan org lain.. MArilah sama-sama kita peka dengan pertuturan kita juga..baru best..lagi best!!!

p.s Idham ... kalau aku ada masa free,, aku tengok filem hang ok, James.....wakakaka...

p.s2. sapa dah tengok, tolong bagi input ya.. kot kefahaman aku salah...aku stand to be corrected ( aku bersedia mengubah pendapat aku...sbb kita hanya manusia biasa)

P.s3..aku tak beli lagi.... my next toy kot...

Yang biru tu aku update latest..dan untuk yang terkini terkini sila klik <sini>

Tuesday 20 September 2011

Bingai dan sakit pinggang

Kes Bingai.

Memang bingai kot...ha kan dah kena bingai sekali..eh dua kali.

1.Bingai kerana tak membenarkan 3 orang anak murid ambil periksa,, dikurung dalam kelas. Sebab nak jaga prestasi supaya tidak merosot memandangkan 3 org murid tu agak lemah. Ini sebab KPI ke ape ni...??? Eh bukankah semua pelajar patut dan layak memduduki peperiksaan???

2. Bingai no 2 ialah sbb pihak sekolah tertangkap dengan tindakan mereka. Kan dah kena masuk kes polis dan sehingga kini katanya pihak ibubapa tarik balik laporan dengan syarat g.besar dikenakan tindakan....Ish ish kalau nak wat kerja tu meh aku ajar... Ajak la pergi mkan KFC ke Mc donald ke.. Ini idak..Diletakkan (dikurung?) dalam kelas........ Atau bagi saja soalan yang dibuat khas....(tapi, jangan lah diikut ye idea aku ni)
p.s Sorry guna ayat bingai...tapi memang bingai kot...

Sakit pinggang.

Sejak hari ahad aku sakit pinggang.. tak pernah2 sakit pinggang dah kena tangkap muscle pinggang ni. Dah sakit kan..wat selamba je lah. Member aku cakap macam robot berjalan. Aku pun dah tak reti nak melangkah macam mana supaya tak nampak obvious.
Tadi pergi jumpa fisio... Jumpa doctor dulu..Berita baik katanya muscle saja yang effect, bukan slip-disc ke aper. Ada muscle spasm je area pinggang.

Sebelum tu aku tanya member ofis kalau sakit nak wat caner?? Ye lah sebelum aku jumpa doc. Dia tanya aku balik.. Ni sebab aktiviti kelamin ke.??.wohaaaaa..bukan dia sorang ingat pasal project jer..ada lagi yang tanya aku... hampeh..

oppp sat sat. Aku tak terpikir pun pasal tu. tapi so far ok ja.tak pernah pulak sakit pinggang. bukan sbb itu ok. Sbb angkat barang... ok, jgn kona kona.

Kena terapi electrowave bagai, ditambah satu jab, ok la sikit...
Hopefully akan cepat sembuh.. adeh deh...

p.s Khamis kena folo-up...i folooooo,,, wakawakaka

Monday 19 September 2011

Oh wanita...aku makin risau apabila kemaluan pompuan makin kecil...

Arghhh...aku kecewa. Aku cuba untuk menulis sehinggakan aku sendiri akan berkali-kali mengulangi untuk membaca tulisan aku sendiri. Aku kagum dengan ketrampilan dan kesyahduan tulisan orag lain. Sangat-sangat terkesima.. Mengapa??
Aku cuba mencari jawapannya. Mungkin mereka menulis dari hati dan penuh dengan minat. Begitu "passionate" sekali.. Mereka menulis bukan kerana nama, walaupun pada akhirnya nama mereka akan ditulis kembali oleh orang lain.

Terkini aku tengah "struggle" untuk membaca Anna Krenina ( Leo Tolstoy). Penulis ini dikatakan antara penulis terhebat.. Buku yang perolehi adalah Volume II.

Aku dapat masa Sale oleh Dawama. Yep Dawama, syarikat percetakan yang diberi kontrak oleh DBP. Oh aku membeli dah bertahun sbb ianya merupakan antara karya terbaik beliau. Aku rembat dulu Volume II walaupun volume I entah di mana akan ku cari.

Akhirnya tiada pun ku jumpa..Volume I dalam bahas Malaysia. Aku hampir putus asa dan seorang sahabat mengirimkan aku PDF format untuk bahasa Ingerris. Dan aku masih membacanya...Aku lupakan untuk mencari volume I... aku tumpukan untuk meneliti penulisan beliau yang diterjemahkan kedalam bahsa Inggeris

Mungkin ada rahmat kerana mungkin bahasa Inggeris lebih banyak vocab dalam menggambarkan suasana. Mungkin bahasa Rusia lebih berkesan, tetapi aku pula yang tidak paham.

Berbalik kepada persoalan aku. Aku mungkin tidak menulis seperti org lain. Aku juga tidak mahu menulis sekadar untuk menarik perhatian, tapi tidak berkesan. Ingin juga aku membuat kontroversi seperti,, entah lah, Mat Sabu??? Atau..entah lah tak boleh terfikir aku tentang kontroversi ini...cuma aku ada satu topik yang mungkin mencetuskan kontroversi...


Wokeh,kembali kepada topik aku, Bagi akulah,, .. Kemaluan Perempuan Makin Kecil!!!! Dan kemaluan lelaki besar tu lah jugak kot...

Itulah padangan aku..bila aku terbaca dan melungsuri pelbagai media...

Jap2 sebelum buat andaian atau kesimpulan, terutamanya wanita yer.. perempuan nanti dulu.. betina pun nanti dulu lah.. MAaf kepada wanita-wanita.. entry ni bukan untuk anda...

Kemaluan perempuan makin kecil?? Ermmm.. Logik aku lah. Dulu banyak tempat perempuan malu nak tunjukkan.. Yang paling dahsyat muka pun tak mau tunjuk.. MAlu beb!! Atau sebenarnya tuntutan budaya atau agama.. Dan aku tanak celoteh ttg agama...aku tak layak..

Kemudian entah apa ledakannya.ledakkan liberal...pendekkan cerita lah kot... sikit-sikit dah tatau malu.. Mula-mula pakai bra saja...kemudian bikini 2 pis 1 pis bagai... Makin kecil la kemaluan tu ..ye dak...

Eh aku pulak menyibuk??? Nanti aku tulis kenapa..

Pompuan kata ikut suka lah yer..Ikut suka? erm tak leh kata apa...

lately...dah kat publik, pakai skit pendek dan tak pakai spender...so kemaluan nya dah bukan kawasan ari-ari tu kot..Tu dah boleh terdedah.. Yang kemaluannya makin kecik . nun terselindung masa "Cross leg". Yang lain tak perlu malu.. ( rujuk ratu columbia ke sapa tah... ada entry pupolar pasal ni kat blog2)

Contoh lagi..Lady gaga... Bra tak pakai..Nipple sahaja yang ditutup..Dengan apa ye masking tape kot...Alahai kecilnya kemaluan dia(mereka)...Itu saja yang malunya..

Akhir sekali...yang makin kecilnya, bukan kemaluan org Malaysia kot... Org putih dan kaum-kaum yang sewaktu dengannya.

Perempuan atau wanita Malaysia ok... Tapi trend ketat, sempit dan bonjolan sana sini makin meledak..
Atau aku saja yang peraan...wakakaka.

Kenapa aku yang sibuk.. Takut la kemaluan wanita kat sini pun akan kecil...Dahla org kata nafus wanita 9 bahagian.cuma malu ja yang meyebabkannya under control..

Takut sesetengah puak yang nafsu 1 bahagian ni yang naik syeh..kerana puak yang malu 9 bahagian dah jadi 1 bahagian...

Eh apala aku tulis ni.......layan saja lah..

Bukan kontrovesi sekadar menulis apa yang terfikir......

Friday 16 September 2011

Huh.... tempat aku ada pulau...???

Semalam tengok iklan.. Ada new development di kawasan yang sewaktu dgn rumah aku.. D'Island... kalau bahasa kebangsaan D'Pulau kot...


Punya lah gempaq ... buat atas lombong...hanya satu jalan masuk..sebab tu panggil D'Pulau..


Aku pun pergi tinjau tadi..setelah balik dari Putra Perdana...




Komen aku...



Design dia cantik. Moden dan kontemporari, sesuai dengan namanya. Kalau d'Kampung tu tak sesuai lah kot design macam ni.. Tema resort berhadapan dengan tasik. Yep, sudah tak dipanggil lombong..sekarang ni semua dah bukan lombong, semua lombong di Puchong jadi tasik.. Pembangunan yang lengkap, siapp dengan club-house dan jeti ke dalam 'tasik'. Serta dirancang kawasan komercial didalm guarded komuniti...


Sempat juga aku amik gambar dalam rumah pertunjukkan.. a.k.a "Show-house". Superlink dan semi-d..



Aku nak highlight yang semi-d luasnya 40 x 80..dan ada lif dalam rumah.. Sebabnya mungkin nak menyerlahkan kemewahan dan kerana setinggi 3 tingkat. Harga 1m dan 2 million keatas.... Wohaa..
Kalau tak silap superlink size 22x80 @ 1.45 million dan semi-d 2.4million..oh ni price from*..macam air asia tau...



Dan mungkin disebabkan tanah yg ditebus dan bekas lombong ianya ada leasehold..tamat 2108...


Yang tak bestnya...saleswoman/gurl macam hape je...Tak pandai nak explain.. Hermm kalau tak aku dah sign cek kosong bg dia...
memang x sesuai la jadi sales.... memang dia dapat kosong markah dari aku



Ahaks.. Cek memang kosong...kosong duit kat bank..mana leh laku...wakakakakaka.

Satu lagi masa aku nak keluar aku nampak dia pergi panggil guard suruh jaga lif tu....


memang ramai nak mencuba naik...dia takut over capacity kot..ye lah bukan heavy duty punya lif..lif dalam rumah...


Photo-photonya seperti kat bawah..banyak juga aku snap..hanya guna kemera fon ja.. Malas nak galas nikon aku..mungkin juga tak dibenarkan punn

1F


































Balkoni 3F






semi-d from suprlink....































































Menuju semi-d...






ruang tamu semi-d








Dalam lif.. tiga tingkat saja









lif moving up..








Superlink dari semi-d
















3F








view dari bilik air 3rdfloor








ground floor..dekat pintu masuk













Kalau nak pergi open house.......

Salam...
Tadi pepagi dah melawat/ meraikan rumah tetamu seseorang. Awal pagi jemputan nya. Ye lah Hari Jumaat kan,, dan Hari Malaysia hari ni.. Yeahhh.... Malaysia kita..bukan lagi tanah Melayu tau,,,,,,
Merdeka kita..oh merdeka ke?? Kena jajah k e tak ni..
Tak selesai lagi kot isu ni... Sat lagi Nippon pulak kata bukan depa nak jajah Malaysia..dan nak berkawan saja .friend friend gitu... nak add friend...ala...tolong defend dari US/ British...

Tapi kena lah buat kerja sikit,..tolong bina landasan..baru kawan...Friend .. I like...
Ok ok divert la pulak !!! So soryy..... Aku confius .... Saja buat confius??? Entahlah..

Macam ni lah..kalau nak pi rumah terbuka,,, dari pemerhatian aku tetamu kena paham kot basic punya unwritten rules....

1. Pergi kalau kena jemput... wohaa,,.Basic rule.. jgn main terjah saja..Hahah ..ni tak ada org terjah saja kot.. Tapi aku ada satu kawan, nama rahsia,, masa student dulu.. zaman nakal.. pokai... macam mana tah plan pergi rumah kenduri..masa tu masa keluar town ke apa tahhh.. Memang sengaja pergi lunch rumah org kenduri...zaman jahiliah kann...ahahahahaha. Memang lawak cerita dia..

2. Kalau tengok org dah melangut nak cari tempat duduk dan kalau kita dan selesai offer la tempat kita. Sembang sambil berdiri pun boleh.. Jangan hold tuan rumah lama2 sangat.

3. Oh yang ni penting gak..kalau sudah tu. Tinjau2 la plastik sampah. Kalau tuan rumah ikat kat khemah ke, kat sudut-sudut mana ka..Tolong angkat pinggan polistrin tu buang... Tuan rumah tak akan recycle, tak basuh pinggan tu..serta cawan. Buang lah yer.. Jangan biar bertimbun kat meja...

Lain lah kalau open house kat kedai mamak yang ada org serve atau kat hotel 4 5 bintang...

Ok Selamat Mengunjungi rumah terbuka.. Hari ni esok dan lusa,,,,,,raya sakan noooooo

Ramai ke nak dibebaskan????

Kredit perlu diberikan kepada yang layak.. Tiada lagi ISA!!!.. ok full stop. Terima dulu yang ditawarkan.. Benda yang baik, jgn kondem dulu.

Bukankah semua nak ISA dihapuskan???

Apa kata PERKASA??? Sebenarnya PERKASA tak relevan pun. Malas aku nak komen kata-kata dia/depa. Tengok tajuk saja tadi.Nanti-nanti free aku baca lah apa komen, tu pun kalau ada hati nak baca.

So setakat ini nampaknya menariklah dengan undang2 yang dikatakan menindas tu ditarik balik..

Persoalan aku yang tatau undang-undang ni,, adakah tawanan eh tahanan ISA (kalau ada )dah dibebaskan atau akan dibebaskan dan bila....Ramai ka yang diISA kan..
Kita tunggu lah dulu.. ...

Merdeka lah ye!!!!

Thursday 15 September 2011

Jamuan Hari Raya.....kemain lagi

Kemain lagi..pagi pagi lagi dah siap awal.. siap dgn baju Melayu dan sampin lagi.

Selalu liat saja nak bangun, hari ni aku turun bawah tengok-tengok dah siap...

Mentang-mentang la ada jamuan hari raya kat tadika. Siap dah beli makanan nak bawak . Dalam beg tu penuh dgn apa pun tak tau.. Lurvy yang uruskan.....

Aku terus memegang kamera dan mengetik gambar..
Segera dia datang check ok tak..Aku puji terus happy..

"Tapi abah.. Butang tak pakai pun..."

oo perasan saja baju dia tak butang.. mengantuk lagi tuhhhh



Ok dah butangkan baju..pose lagi..Danish.. tengok sini!








Ni haa abah...ade hadiah...






Tetiba dia keluarkan kan hadiah... "Abah, mama dengan Angah kasi hadiah"





Aku pun buka satu ...Oh ada buku!! Yess thnks my dear... Really need one good book..Lama dah tak beli buku..hehehehe...




Ni Angah punya pilihan...


Nama ni is quite a new author for me...yo lah tak kenal la kot. lets see her story whether as good as others..wahai Camila Lackberg ...

Wednesday 14 September 2011

Permandangan kampung -I-



Dua tiga hari ni ada member nak mintak gambar untuk dia pilih untuk satu artikel dan kebetulan tengah pilih dan cari gambar nak print, especially gambar raya tahun ni,,tu lah kan gambar raya pun tak print lagik...

Maka belek la harddisk , jumpalah gambar raya sebelum2 ni, especially ada gambar mak aku sekali dengan family. Masa tu mak tengah sakit, macam tak alert saja dgn keadaan sekeliling. Mak macam confious bila ramai-ramai bersedia nak ambil gambar.


Tapi bukan nak post gambar family. Saja membelek2 sambil2 teringat suasana masa
tu....

Anyway aku saja jer nak post gambar kampung halaman... atau yang sebenarnya permandangan sawah seberang taliaair berhadapan rumah parent aku..




Tempat jatuh lagi dikenang,,ni kan pula tempat berkubang...siap kena kejar lagi

Sifat "Terpuji" Org Malaysia........

Salam..
Tadi aku terima email dari seorang sahabat..entry atau komentarnya sama pulak dgn posting aku sebelum ni...iaitu entry pada 6/9/2011 (KLIK SINI)

so aku nak share lah.. (oh tu tajuk asal emailnya)


TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah
£50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.
Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.


Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. - Agensi


Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.



Ulasan :


Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yg dijumpai masa Tsunami lepas..


Di London, pesalah yg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah utk didakwa..


Tapi di Malaysia.. arrr hmmm urmmm.. tgklah gambar kt bawah ni sendiri..



Ini kes lori bawak beras eksiden, ramai yg dtg 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya.. Ramai yg mengaut keuntungan mkn beras percuma stok sebulan.




Hahh atas ni pulak kes jip eksiden bawak duit syiling berterabur atas jalan raya.. Lagi ramai dtg 'bantu' kutip duit dari membantu mangsa..


Tapi yang peliknya kat bawah ni...





PASAL APA TAK DA SAPA NAK KUTIP??

Sedangkan keenam² gambar di atas HARAM..


Keh keh keh.. Malaysiaku tercinta..





Note: Aku tak pasti asal email ni..kebetulan sama ngan posting aku, aku dedikasi kepada penulis yang misteri

Tuesday 13 September 2011

Aku tabik spring kat Datuk Bandar ni....


Salam..
Apa pun aku nak tabik spring dulu kat Datuk Bandar Shah Alam yang baru ni.
Memang, kalau duduk kat atas pancaroba dan dugaannya amat tinggi. Setinggi Gunung Tahan. Kalau silap2 tak leh tahan beb. Namun menlintang lalu membujur patah…Dia dia tetap dengan pendiriannya.

Oh ya ..nama dia???, aku petik dari the Star, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, memang layak dihormati.

Harapan ku, cewah, semoga dia tabah menghadapi dugaanlah dalam menjalankan tanggungjawab beliau.

Dan aku nak boooo sikit kepada Ahli Majlis ( councilor) yang beberapa kerat tu. Eh tak berapa kerat la, dekat separuh. Mungkin nil ah kerja depa sebelum ni. Nak jadi ahli majlis ka contractor??. Cuba pikir betul2…

Cer ita dia macam ni:
Ahli Majlis yang aku nak panggil apa pun aku taktau, tak nak panggil apa2 ..lu pikaq lah sendiri. Tak baik kata kat org kan.. Cerita dia macam ni, depa (sebahagian ahli majlis)ni dok lapaq kontrak. Mintak direct dekat kat Datuk Bandar (DB). Supaya tak payah masuk tender kot… main direct sahaja , ...

DB yang baru ni kata tak boleh. Mana boleh main kasi direct. Mesti masuk tender.

Dah tak diberi mereka ni pi boikot mesyuarat majlis.haish..tatau malu betul.
Tapi malangnya masih cukup quorum, dan mesyuarat tak perlu ditangguhkan. Baru padan muka!!!

Kudos to DB yang baru.. Lu deserve to be pat on the back… Hahaha.. Keep it up.
Tak caya cerita ni??… tak percaya pi beli Star. Baca bahagian StarMetro muka surat 3.

Kalaulah diletakkan nama siapa mereka kan syok…… Baru ada akai!!!

Monday 12 September 2011

Laporan trafik radio yang membingungkan... tak payah la panjang-panjang.

Tadi balik keje ada eksiden. Macam ganas jugak accident tu. Lori trailer dgn kereta. Tadi alhamdulillah bertentangan dengan arah aku. Dengarnya sampai ke Silk highway. Yang tempat berlaku tu dekat dengan Mint Hotel ( nama dulu), Besraya menghala ke KL.

Berbalik kepada kesesakan jalan, aku pun naik semak perut juga hari-hari jem. Eh bukan.. aku naik semak perut bila dengar laporan trafik!

Kepada radio2radio stesen semua, lain kali buat lapuran cenggini:

" Kesesakan di kuala lumpur dan lembah klang adalah seperti hari-hari sebelum ini, sesak seperti yang anda maklum"

Ringkas dan menjawab persoalan

kalau nak tambah pun:

(....kecuali di jalan ampang yang "amat lancar")

dah! lima saat siap. Dari dok ulang, sesak dijalan kuching menuju jalan parlimen, jalan ampang dipersimpangan itu ini..jalan kedah menuju jalan johor.. (eh ada ka?)

Atau pun macam tadi radio mana tah, umumkan jam sbb accident tadi.. macam tu lah.

Yang biasa-biasa tu tak payah la umumkan...ok.. baik siarkan iklan, dapat juga untung.. opps iklan lagi sakit telinga.

p.s masa tu mungkin dj nak pergi toilet kot...

Saturday 10 September 2011

Telco ni pun satu lah.......sampai kena bawa ke kabinet..


Telco pun satu hal la... Dulu masa awal-awal boleh absorb cost . Yang 5% dulu boleh absorb. Kemudian kerajaan naikkan 6% , boleh absorb lagi.. Tup-tup, dah nak pass kepada consumer/pengguna.

Memang la hak telcos untuk pass kat pengguna, sbb semua pun pass kat pengguna. Tax tu saja kemudian dipass kan kat kerajaan. Kos pass pengguna, bijak2.

Macam nilah.. dulu bila telco absorb bukan bermakna syarikat tu rugi kot.
Katakan depa jual top-up sepuluh ringgit (RM10.00). Senang kira tax 60sen lah. Jadi pendapatan syarikat RM9.40 ( 10- 0.60). Masa ni untung katakan RM3.00. ok senang kira faktor lain kita abaikan... Ni mola2 sekali. Katakan hanya sorang saja pengguna. Maknanya 60sen sahaja telco bayar kat kerajaan.

Sekarang bila pelanggan ramai jadi masalah pulak.. Telco rasa banayak pulak kena bayar kat kerajaan. Contohnya, contoh lagi..ye lah nak bagi paham. kalau sekarang ada sepuluh juta pelanggan.. Ha kan ramai tu, untung pun banyak kan.. RM3 x 10 juta pelanggan, huh 30 puluh juta,, untung dia. Tetapi yang dok nampak .6 x 10 juta tu lak..rm6 juta kena tax..

Ok ni lah perangai syarikat yang nampak kos saja. Kalau dulu 60 sen tax, untung 3 ringgit,boleh absorb... Tapi untuk 30juta kos 6 juta tak boleh pulak.. Entahlah..ni perkiraan dan analisis aku saja... pikir-pikirkan lah..

P.s , Boleh tak aku pass tax aku kat org lain.. Tak boleh kan..A
Apasal pengeluar, peniaga restoran dan telco ni boleh? Tax kerajaan punya caj, kenapa org dok marah telco pulak... kalau tak ada servis tax lagi baguih kot..wakakakakaka...

Yehaaa... Kita tak pernah kena jajah British???


salam..
Ni entry spontan lagi.. terpanggil menulis apabila ada Professor mengatakan Malaya tak pernah dijajah oleh British. Wallawei! Satu fakta baru. Atau fakta lama yang baru terbit. Kenapakah? Kenapakah?

Aku tak ada masalah samada Malaya pernah dijajah atau tidak. Lantak pi la. Sebab aku tak boleh buat apa pun. Benda dah lepas mana boleh ubah. Tapi fakta tak boleh diubah! Itu pokoknya. Kenapakah fakta ni baru keluar???? Kenapakah?

Apa lagi sejarah kita yang baru nak keluar.?

Aku tak ada masalah dgn pendapat masing-masing. Tapi polemik ni timbul aku bimbang jika hanya kerana seorang ahli politik "petik" tentang pejuang kemerdekaan. Semua jadi huru-hara, lintang pukang jadinya. Semua keluar teory. Semua membetulkan org lain.
Aku tukang dengar dan ulas. Tak pasal2 aku kena ulas.. Sapa yang suruh,,hahaha..Sendiri mau ingat??

Tak ada sapa suruh, tapi kalau mereka yang tak tulis blog, ada orang membebel dalam hati, ada yang gebang dengan kawan dan mestinya buat dek saja, bukan masalah aku lah...

Kalau isu ni, isu Malaysia dan sejarahnya perlu dikaji semula amat malang jika hanya kerana Mat Sabu.Kajilah kerana mencari kebenaran,.

Secara ringkas yang aku paham:

1. Mat Sabu kata Mat Indera ni pejuang.
2. Utusan kata Mat Sabu hina pejuang.
3. Lain2 kata Mat Sabu sokong komunis.
4. Mat Sabu kata dia tak kata pun pasal komunis.
5. Ada sejarah kata Mat Indera ketua komunis.
6. Mat Sabu kata dia tetap kata Mat Indera pejuang kemerdekaan sbb menentang penjajah iaitu British.
7. Yang aku paham, lawan British hero, lawan polis adalah pengkhianat. Yang aku paham komunis tu memang lahanat..
8.Terkini, ada Professor yang kata British tak pernah jajah Malaya ( ataupun Tanah Melayu , erm apa nama negaraku ketika itu, aku tak pasti).

Sebenarnya aku masih tak kisah samada kena jajah ke tak?
Sbb sini juga negaraku telah sampai,, walaupun dalam kekeliruan! Walau tak sempurna, lebih baik dari yang lain2.

Tapi kalau fakta terbit sebab nak betulkan "siapa-pejuang-siapa-pengkhianat" tu amat malanglah sebab aku dah belajar dulu dulu lain cerita....;lambat sangat..penat saja aku beajar yg kita pernah kena jajah. Tolongla wei,, bagi fakta yang sebenar!!! Letih la...

Samada kena jajah ke, tak kena jajah ke, Tanah Melayu telah hilang di dunia. Hanya Melayu tak hilang ( err ataupun masih belum hilang).. namun org yang kata Melayu takkan hilang didunia pun dah hilang ( kuburnya). Wallahhualam...


P.s Apapun....Marilah kita melihat kehadapan untuk Malaysia yang lebih baik. InsyaAllah..

Friday 9 September 2011

Photo: Laut dan pelaut



Blogger dan Convergence of idea: Apakah???

Blogger dan media arus perdana.

Semalam mendengar bual bicara R24 tentang blogging dan perkembangan semasa. Tetamunya ialah saudara Norizan Sharif, dari Institut Perkembangan Minda . Berkisar tentang arus perdana yang mempunyai "gate-keeper" yang menyebabkan sesuatu berita tidak tersampai kepada objectifnya.. Ataupun ada "satu internal barricade "yang ada pada pemberita yang agak takut untuk mengeluar pendapat yang mungkin bertentangan dengan kehendak pemberi upahnya.

Jadi tetamu jemputan ini berhujah tentang perlunya convergence dua aliran ini untuk mencapai titik tengah ataupun "collaborative idea.."

Salah satu sebab mengapa makin ramai blogger ataupun minatnya masyarakat Msia kearah sosial media ialah kerana keterbatasan untuk menerima berita yg "sahih" ataupun dianggap sahih. Yang keduanya kebebasan untuk menyatakan pendapat.

Perlu diingat apa yg ditulis perlulah dari sumber yang sahih dan blogger perlu bertanggungjawab atas tulisan mereka...

Takwim atau kalendar sekolah dan cuti sekolah 2012

Salam...untuk memudahkan perancangan keluarga... oh silap, untuk rancangan percutian.. Ni ha kalendar cuti2 Malaysia untuk sektor persekolahan. Especially untuk yang ada anak sekolah dan cikgu cikgi...Tak kiralah cikgu Math ke, seni ke, PJ ke, Bio ke... hatta cikgumuzik sekalipun..


Mungkin boleh rujuk jugak website MOE sekali..ni pun dari sana jugak.. Selamat merancang keluarga!! wakakakaka!!! Yo lah mana tau nak honeymoon lagi sekalik!! :)



Kumpulan A. Yang berhari minggu hari Jumaat.

Klik untuk besar! Untuk kumpulan B yang cuti hari minggu hari Ahad





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...