Friday, 30 November 2012

Harimau Malaya perlu ngauman aku Sabtu ni

Assalamualaikum bloggers and readers..


JOm pergi tengok Harimau Malaya..
Tiket sudah di tangan.
Setelah bertepuk tampar dan bercakar harimau di rumah, kali ni aku nak pergi mengaum di bukit pulak, Bukit Jalil..

Jom pergi beramai-ramai..
Tiket AFF Suzuki 2012

AFF Suzuki Cup : Senarai pemain Malaysia 2010 dan 2012

Assalamualaikum bloggers and readers..

Jom kita tengok fakta tentang Suzuki Cup dan senarai pemain Malaysia pada Edisi 2010 dan 2012




Senarai Pemain Malaysia AFF Suzuki CUP 2010


Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee


Pertahanan: Mahalli Jasuli, Mohd. Razman Roslan, Mohd. Sabre Mat Abu, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Khairul Helmi Johari, Asraruddin Putra Omar, Mohd. Faizal Mohammad


Tengah: Safiq Rahim, Mohd. Amri Yahyah, K. Gurusamy, Amar Rohidan, Khyril Muhymeen, Mohd. Amirul Hadi Zainal, S.Kunanlan, Mohamad Ashari Samsudin


Penyerang:
 Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Izzaq Faris Ramlan, Faizal Abu Bakar



Senarai Pemain Malaysia  AFF Suzuki CUP 2012

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farizal Marlias

Pertahanan: Mahalli Jasuli, Mohd. Azmi Muslim  Mohd. Fadhli Shas, Aidil Zafuan Abdul Razak, Mohd Bunyamin Umar, Muhammad Zubir Mohd Azmi,Mohd. Faizal Mohammad,


Tengah: Safiq Rahim,  Amar Rohidan, S.Kunanlan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Shakir Saari, Azammuddin Mohd Akil, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Ahmad Hazwan Bakri


Penyerang: Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Khryl Muhymeen Zambri, Ahmad Fakri Shaarani.




Yang kuning tu pemain yang bermain/tersenarai pada kedua-dua edisi 2010 dan 2012

Thursday, 29 November 2012

Bagaimana simpanan SSPN membantu menjimatkan cukai ?

Assalamualaikum bloggers and readers..


 Salah satu cara untuk merancang kewangan ialah memahami pengiraan,pelepasan ( relief) dan rebat serta lain-lain berkaitan percukaian di Malaysia. Dengan memahami keadah dan syarat serta pelepasan cukai , ianya boleh membantu kita menjimatkan cukai yang dikenakan ke atas individu.

Salah satu contoh yang perlu dipahami oleh pembayar cukai ialah samada perlu buat taksiran bersama atau pun berasingan, Ini adalah sesuatu yang basic dan perlu diketahui oleh pembayar cukai.
.

Kali ni aku nak kasi tips bagaimana kita boleh menjimat cukai dengan SSPN.

 Bagaimana simpanan dalam SSPN  boleh menjimatkan cukai individu.?

Dalam budget baru2 ni kerajaan telah meningkat pelepasan untuk pembayar cukai apabila membuat deposit untuk anak2 didalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dari RM3,000 kepada RM6,000.

Untuk memudahkan pemahaman kita ambil contoh “pendapatan bercukai “ ( chargeable income tax) tahunan untuk individu A ialah RM70,000.00

Kalau tanpa pelepasan simpanan dalam SSPN , jumlah cukai perlu dibayar ialah :
RM6,650. (Berdasarkan  jadual cukai pendapatan individu).

Jika A membuat simpanan dalam SSPN sebanyak RM6,000.
Chargeable income telah menjadi RM70,000-6,000 = RM64,000.

                Cukai yang dikenakan ialah
                                RM50,000 yang pertama è RM2,850
                                RM14,000 x 19%               =>  RM2,660
                                Jumlah cukai                      =    RM  5510

Penjimatan cukai RM6,650-RM5,510 = RM1,140.

Dengan simpanan sebanyak RM6,000, A dapat menjimatkan RM1,140.
Kadar pulangan ( bersamaan dengan penjimatan )penyimpanan  dalam SSPN ialah :

                                                1,140 / 6,000 = 19%


Menarik bukan?


Oh macam mana pulak dikatakan pulangan sebanyak RM1,140??? Konfius ke..
Sekarang ni anda hanya perlu bayar tax RM1140 kurang kan.
Instead bayar ke LHDN,, anda boleh simpan wang itu kan... kira return la jugak....

Menang jangan puji sangat, kalah jangan hentam gila2

Assalamualaikum bloggers and readers..

Aku cuba untuk tak nak tulis tentang Mal vs Laos. Bukan kerana tak gembira tapi bagi aku kalau kalah tak leh bantai kaw kaw sampai terduduk dan kalau menang pulak jangan puji melambung macam dah johan.

Tulisan aku kali ni nak merujuk balik entry aku  (dalam part 2) yang sebelum ni , yang aku kata Malaysia play not bad against Singapore dan score 0-3 tak menggambar the games atau kemampuan sebenar Malaysia. Ok Malaysia maybe patut kalah 0-1 atau kalau nasib baik draw 1-1 atau kosong-kosong. Kalau nasib baik  lah.. Itu aku punya fair assesment.

Keduanya, aku ada kata Farizal akan turun... and spot-on. Apex was too nervous melawan Singapore. 

Dan coach was right on some changes esp Mahali and Zack yang turun 1st eleven.


Ok, aku tak nak puji banyak sbb it is still a long way to go.

Mat Yo play intelligently .

Safee Sali? He tried very hard . Really too hard.  Sampai sepak melelong jauh. Bukan sebab dia tak sharpdah, cuma dia terlalu geram dan sangat2 berazam nak score...sayang sebab banyak peluang..
Should be more composure. 

Seyes.. kalau dia tenang mau 4-5 bijik dia sorang saja. 
Safee , cool ok. 
Kalau gopoh gapah akan miss chances.

Anyway Malaysia tak menang lagi piala. Keep rational folks. Jangan terburu-bur kutuk atau puji. 

Quite bad the result lawan Singapore. Masih lagi ada halangan besar. 

Harap komitmen dan iltizam yang kuat melawan Indon.. Anything can happen... dan satu lagi cuba jangan sia2 peluang. Ok ...
..be calm but komited..


Tuesday, 27 November 2012

Singapura Anjing???

Assalamualaikum bloggers and readers..


Alamak...
Kalau nak "cheer"  pun takkanlah nak gelar team lain macam ni.
Tak berapa baguslah macam ni..
Sedap2 saja panggil Singapore anjing.....
Kalau team dah lauk biarlah peminat disanjungi atas sikap yang terbaeek.
Tapi ni tidak..
 Dah lah main mAin kalah , yang sokong pun ikut sedap ja..
Suka tak kalau org panggil Malaysia Anjing.??



Frust kalah? Semua org frust .








Ini membuatkan org hilang hormat pada Ultras..
Harap tak berlakulah..

Oh ya..
Semalam aku ternonton..ter tu, maknanya tak sengaja tonton TV3.
ada seorang akak tu ,,marah marah sebab rugi kot sebab Malaysia kalah katanya datang 7 org.. beli tiket dah berapa?

Wohahaha....
Tak pasti la pulak , tengok bola nak dihiburkan seperti tengok Lawak ke der?


update: video ni nampak telah dikeluarkan... baguslah tu,,jgn buat lagi ok..
bukan jgn upload lagi,..
 jgn sorak macam ni lagi!!!

Monday, 26 November 2012

Malaysia dibaham Singa? Kata aku : Rileks la bro....

Assalamualaikum bloggers and readers..


Malaysia gagal dalam perlawanan pertama piala AFF Suzuki 2012. Tak ramai yang suka tentang kegagalan. Tak ramai  yang boleh menerima kegagalan.

Yang menerima kegagalan ( yang telah kalah)  lagi dicemuh hinggakan tak boleh panggung kepala.
Yang mengutuk juga ramai kerana mereka menganggap  mengutuk dan mencaci  adalah hak asasi yang perlu dimuliakan jika orang lain kalah.

Kegagalan menjadi peluru yang berdesup menusuk jantung mereka yang kalah. Merobek semangat dan meruntun tangan sehingga boleh membawa rebah ..

Itulah bahana kegagalan. Dalam permainan bola contohnya, pemain seolah berhutang budi dengan mereka.  Malang bagi yang gagal…

Biar tulisan kali ini bercerita tentang kegagalan. Kerana dalam kehidupan tak dapat tidak kita pernah merasai kegagalan.

Tetapi bukan kegagalan Malaysia dalam AFF…..kalau aku rajin aku ulas bab AFF ni

“ Mana mungkin merasa kejayaan jika tidak pernah merasai kegagalan”
Aku mengadaptasi kata-kata “ Tiada kegembiraan jika tiada kesedihan”

Dalam hidup aku pernah gagal, pernah kecundang, pernah kecewa, peernah dikhianati, di beloti  dan pernah berjaya , gembira, johan, pernah jadi no 1 , uno  dan sebagainya.

Sukar untuk org menceritakan tentang kegagalan. Dan bagaimanakah untuk mengukur kegagalan atau kejayaan. Dan bagaimankan untuk menerima kegagalan dan bangkit semula...

Anak lelaki aku baru2 ini tidak mencapai target dalam UPSRnya. Dalam erti kata lain dia gagal dalam ujian permulaan akademik beliau.
Bagaimana aku menghadapinya…
Aku menerima dengan tenang kerana aku yakin belum sampai masanya lagi dia berjaya.. Setelah gagal dia mempunyai hala tuju keatas ( atau berjaya sahaja). Namun kena ada caranya..

Dia telah memperolehi satu pengajaran yang aku harap akan diingati sampai bila2. 
Walau bila aku telah tiada.
Tiada kejayaan jika tanpa usaha yang mencukupi.
Usaha yang kita rasa mencukupi itu sebenarnya tidak cukup..
Tiada jaya jika tiada usaha…

Aku menerima dan boleh belajar menerima.
Aku sbg ayah akan terus memberi semangat dan meyakinkan beliau yang kita tak selamanya akan terus gagal.
Kami telah berusaha namun ,mungkin tidak cukup.
Mungkin tidak kena caranya…
Mungkin belum lagi waktunya..
Namun usaha tetap terusssssssssssssssss..

Hidup adalah untuk belajar dan mempelajari..
                Memahami dan difahami
                                Memberi dan menerima…
                               
p.s  Dari Allah kita telah lama menerima segala nikmat, ingat kah kita untuk memberi????

_________________________________________________________________________
Bahagian II


Oh ya nak sentuh juga pasal AFF ni…

Waktu makan dengan kawan aku,,, dia ulas pasal bola juga, itu ini. Aku dengar sajalah. Kawan tengah frust . Ye lah pasukan negara tewas. Aku pun tak seronok tapi..

Aku komen macam ni saja..

Malaysia kena baham dek singa?
Kata aku: Rilek la bro.


Rilek la bro…
                We should be getting used to loose to Singapore…
                ( sound sarcastic maybe, but the record speaks…)

 Rilek la bro…
                Coach pre-conditioned that Malaysia not going to be a champion..
                ( But to loose by that margin is a tragedy I tell u)

 Rilek la bro…
                Becoz I thought Malaysia play good game also, just SG defence hard to crack
                ( where is the tactical acument of the coach…)

  Rilek la bro…             
                Next games coach will put Farizal Marlias between goal post.
                ( All the frendlies the coach prepare him, I juz don’t understand why put Fahmi first 11 against       SG)


            Malaysia game is soo predictable, what to expect
(  What are they during all this while, for two years….)

Lastly > Malaysia main not bad lah.. seriusly,
Kalah akibat mistake individu ja… ( to be fair memang ada kesilapan individu dimana2 tapi Singapura pandai ambil peluang). Scoreline is not fair bai aku. Maybe 1-0 adalah adil..

Bagi aku ,,,,As a team, Malaysia is not as bad as the scoreline…

Aku ulas lagi…
Sebagai negara kita patut compare dgn apa Singapore buat ( I hate when I have to compare with SG)
They built the nation first… what is the priority?
Kita mesti set priority dulu… First thing first.
Eliminate rasuah.
Built knowledge capacity….
Unite the nation..
Set clear direction…
Perkasakan human capital.

Then barulah celebrate…

Kita fokus sukan sukan sukan. Tuan rumah sana sini..
Komenwell la.. itu lah..
Memang seronok juara Sukan SEA dan lain..
Jgn salah paham , bukan sukan tak penting tapi ada keutamaan lain.

Tengok team bola yang kita beat dulu…
Dulu bukan main seronok.
Belasah Korea, Jepun dan juga Singapore.
Seronok dulu… dulu terra..

Tapi tak boleh sustain.. La ni jadi lauk..
Lawan SG pun struggle
So jangn risau pasal Indonesia atau lain2..
Depa pun merudum ..badminto ke apa ke..
Selagi mentaliti sama dgn kita, kita kan at par dengan Indonesia dan Myanmar dan Thailand

Perlu risau dgn SG.. setelah Korea dan Jepun dan tinggal kita jauh…

Bersambung…
( so whats next….???)


Saturday, 24 November 2012

Mari pecahkan kod rahsia

Assalamualaikum bloggers and readers..
Kalau tak ada apa2 nak dibuat ..mari break code ni...
Agaknya sapa boleh ya???
Urm..mungkin terus menjadi rahsia



Beritanya baca sini

EGS: 24 November 2012

Assalamualaikum bloggers and readers..

Tengah memikir nak bawak anak-anak pergi mana pagi minggu ni...


(Atau nak kena cuti panjang ni.....)

Friday, 23 November 2012

Photo: Tree at Nite

Assalamualaikum bloggers and readers..

Form my photo collections...


*Added to My Gallery

Thursday, 22 November 2012

EGS: 22 November 2012

Assalamualaikum bloggers and readers..

Teman isteri makan kat kopitiam..awal benor la pulak
sampai tukang masak tak de lagi... tapi dah bukak. ( kalau goreng cekodok pun dah leh makan)


p.s.. tapi tak order pun kopi ... teh o ais limau gak jadi pilihan ( Ade ke teh-o-ais-limau tiam)

Aku dulu pun main hujan jugak






Assalamualaikum bloggers and readers..
keletah anak2...

mula-mula nak main kat luar porch..
pastu tadah tadah air sikit-sikit.
pastu terus main hujan....

nasib baik hujan dah lama... 
pandai je sikit sikit..

main tarik tali ngan abah
last last 
biarlah depa nak merasa main  hujan..

tapi.... aipp!!! tak leh selalu tau!!!

Wednesday, 21 November 2012

Photo: Sultan Abdul Samad Building

Assalamualaikum bloggers and readers..


Sultan Abdul Samad Building, Kuala Lumpur


This photo is added to my Gallery

Photo : BW

Assalamualaikum bloggers and readers..


POKok kelapa

pokok seribu guna
tak guna juga

kalau tak pandai guna

dalam parit ia merana




p.s. Harimau selalunya garang
tak guna jugak kalau asyik "mandom" je




Tuesday, 20 November 2012

Alamak!!! Durian....

Assalamualaikum bloggers and readers..



“Peace-
 You will give yourself a peace if you perform every act of your life as if it your last”

Peace unto all of you..
Peace for GAZA , 
Peace for Rohingya..
Peace for all




Huh line macam intro la pulak.. Aku ternampak satu qoute yang menarik tadi tu yang nak share..

Anyway…
Semasa aku balik dari tournament yang aku sertai hujung minggu baru-baru ni, aku melalui jalan belakang.. Nak elak tol lah kan. Hujung minggu mana ada jam so boleh lah leisurely drive sambil tersenyum kegembiraan apabila target tercapai. Setelah sekian lama tak naik podium..kali ni boleh la naik walaupun bukan champion, dan tahap permainan pun meningkat..


Sampai satu simpang..nampak lori..berhenti. Argh..tak kisah lah aku mau balik cepat.

Sepanjang dua hari ni ada pertandingan. Weekend bersama tersayang tinggal beberapa jam lagi nak malam..

Tadi ,dalam perjalanan aku call Lurvy:

“Yang, get ready , nak asar ni , siap2 , solat and abg sampai kita keluar, makan luar, celebrate abg menang’’’
“Awal lagi ni”
“ Erm,,, ye lah tapi tokteh- tokteh, dengan nak siap anak2 lagi mau pukul 5 boleh keluar. Sampai Chitta Mall dekat pukul 5.30. Nak tunggu order Elok lah makan awal skettt”  Perintah aku sambil Otak aku dok planning .. Perintah ke,,,?

Tetiba aku paling tengok lori tadi, rupanya berbakul durian baru turun daa,,,,

Alamak DURIANNN!!! 

Kereta aku dah terlepas la pulak..

Dalam duduk plan nak keluar tu, aku terus pusing balik kat round-about..


Terus beli durian yang baru turun. Luruh baru ke tak baru tak tau lah. Dia kata buah baru, aku percaya je lah..

Abg IOI bang..? 
            ok. IOI kasi angkat…
Abg Musang king..?
           Ok musang kasi satu…


Aku main ikut ja..
Kopek siap-siap…senang saya nak bukak pangsanya..

Sure Lurvy tanya kenapa nama dia IOI.. jawapan aku senang ja. “Abang pun tatau….. Yang abang tau rasanya sedap..”



Durian MUSANG KING

Durian IOI atau 101

P.s Hanya 3 biji sahaja cukup untuk sekeluarga…

“ Yang, kita keluar lepas maghrib je lah, dah kenyang ni nak dinner awal pun best” Sudahnya pukul 7.30 baru gerak..heheheh

 Durian oh durian....

Monday, 19 November 2012

My thought: Dah orang tak hendak...

Assalamualaikum bloggers and readers..


PErjalanan dalam kereta tadi membolehkan aku mendengar bual bicara Radio24. Kebetulan tetamunya bapak dari Indonesia. Mungkin Duta besarnya atau pegawainya, aku telah terlewat makanya tak sempat dengar pengenalannya.

Dari bual bicara yang bagiku ingin membincangkan soal yang luas namun hakikatnya terkait juga dengan isu Pembantu Rumah. Tak dapat tidak.

Sebelum itu aku tertarik dengan hujah yang dibentangkan oleh beliau:

Katanya : " Sebenarnya orang Malaysia tidak mengerti orang Indonesia, Kuasa ekonomi yang ke17 dunia. Kuasa ekonomi yang terbesar di Asia Tenggara...

... bila disebut orang Indonesia, pesepsi orang Malaysia adalah pembantu rumah atau yang lelakinya pekerja ladang"

Ok.. aku nak jawab kat sini walaupun aku tak perlu jawabkan..

Mungkin benarnya tanggapan beliau tentang tanggapan org Malaysia terhadapa Indonesia. Mungkin ya mungkin tidak. Ada lah kot berandaian begitu.. nak kata tak ada tipu lah...

Tapi ulasan aku ialah kenyataan tersebut adalah persepsi beliau tentang persepsi org Malaysia.

Dengar baik baik " Ianya persepsi tentang persepsi".  Tu la, persepsi yang bahaya tu..

Bagi aku:


  • Orang Indonesia adalah orang Indonesia. Ok.. Apa yang aku kenal:



  • Orang Indonesia ialah bangsa yang sanggup bergadai , bersusah  untuk mencari rezeki, waima dengan cara halal atau pun tanpa izin.



  • Orang Indonesia suka ambil risiko.. Suka berniaga dan sama macam penduduk mana2 negara.

Jadi persepsi beliau tentang persepsi rakyat Malaysia mungkin ada betulnya tapi tak semestinya betul.

Bukan berdasarkan fakta hanya persepsi belaiu..

LAgi satu pasal (pembantu rumah asing)PRA mengapa tiada PRA dari Indo sekarang ni...:
Jawapan beliau ialah agent disana tak nak hantar. Itu saja. Atas faktor-faktor komersial:
Katanya, kalau fee yang banyak mungkin Malaysia jadi pilihan. sekarang ini mereka memilih untuk menghantar berdasarkan ke negara yang menguntungkan mereka . Simple as that. Commercially driven.

Mereka tak hendak..

So jgn lah kita tersorong-sorong..

Makna kata setelah Arab / Singapore/ Hongkong dah tak nak maid lagi baru lah supply tu adaaaaaaa...

Org tak nak kita jgnlah merayu-rayu.. Pikir alternatif lain...

( my thought pennned earlier date that posted)



Sunday, 18 November 2012

EGS:18 November 2012

Assalamualaikum bloggers and readers..

Pagi Ahad yang permai.

 Tgh pikir nak pilih bantal ke nak kayuh basikal.  Masalahnya bantal mmg tempatnya dalam rumah, ..
rasanya begitu berat sekali nak sorong basikal keluar dari rumah..

Friday, 16 November 2012

EGS : 16 November 2012

Assalamualaikum bloggers and readers..

Bestnya kalau ada orang bawakan kereta.. Boleh amik self potrait,
 tapi ada orang nak enter-frame jugakkk..



( tema merah lately...)


EGS: Entry Gedek Style.... ooooo sexy uncle..ooppppssss. Credit to Gedek!


Lari monyet bukan cinta monyet tau

Assalamualaikum bloggers and readers..



 Apa kata wujudkan sukan baru di Olimpik .. Ini ha, tadi terbaca Kosmo yang ada sejenis/satu kategory rekod yang dicipta oleh pemuda Jepun. Dulu aku tengok tv ada juga rekod yang dinamakan lompat katak telah dipecahkan. Tak pasti di mana...


Kalau ada lompat kijang, apa salahnya lagi satu kategori yang dinamakan lari monyet diadakan. Ala tambah lagi satu nama binatang je ..
Apapun pasti dia ni menang,,agaknya.  Manusia ni memang pelik kan.
Aku pun pelik jugak kot buat cadangan ni,,,,ahaks.

The yutiub:



Berita:
TOKYO - Seorang lelaki berusia 30 tahun, Kenichi Ito menjadi manusia paling pantas di dunia berlari dengan menggunakan dua kaki dan tangannya. Dia mencatatkan masa 17.47 saat semasa berlari dengan menggunakan kaki dan tangannya itu sejauh 100 meter di sini semalam.

Ito belajar berlari dengan menggunakan semua kaki dan tangannya itu sejak berumur sembilan tahun. Dia meniru larian spesies monyet dari Afrika, *Erythrocebus patas* untuk melakukan perbuatan tersebut. Rekod baharunya itu disahkan oleh pihak pengurusan *Guinness World Records*. - Agensi

Masakan kampung ....

Assalamualaikum bloggers and readers..


Sambal petai
 Dah lama tak balik kampung, dan nak makan masakan kakak.. Ye lah kakak yang pengganti bonda kan.. So taste mesti sama kan...

Alhamdulillah kunjungan kali mereka kali ini membawa rebung yang baru dikutip dan juga petai..


Wah favourite lah. Teringat masakan mak....

Mula-mula aku ajak outing makan kat luar  .

 Tapi ,..

"Aih, Zan kita masak kat umah je lah.. Ni ha, abang hang pi amik rebung ni kat belakang rumah"

" Ada ke pokok buluh belakang rumah kak" 
(Tu la adik yang pi rumah golek-golek kat ruang tamu ja..)

"Ada la belakang sana nun..., tak perasan ka"

"Ok lah cun. Masak awai sikit no".

" Nanti malam kita pi makan nasi arab"

Maka bergumbira kami sekeluarga makan hasil fresh dari Aloq Stag..nak habag pi.

Thanks kakak...




Gulai rebung

Sambal petai

Air asam

Daging bakar.. Fresh from oven

Kira pagi minggu tu lunch awal.. Dalam pukul 11.30.. Err Brunch la kot... lagi pun nak keluar jenjalan.
But i still miss my mum lah...

Elak bencana kebakaran..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kita dalam kehidupan ini, perlu jangka apa yang tak terjangka... atau pun "expect the unexpected".
Terharu juga dengar berita 4 sekeluarga mati akibat lemas asap dalam kebakaran di Taiping. Alfatihah untuk keluarga mereka...

Kebanyakan mangsa adalah akibat asap,, sesak nafas akibat asap dan toksik yang dibawa asap.

Bila berada dalam rumah 2 tingkat risiko utk terperangkap dalam kebakaran adalah tinggi..


So inilah tips yang boleh diterima pakai, ada yang aku sedang praktis

Alat pengegera asap

  • Pasang penggera asap. Yang portable punya.. Aku ada satu tapi alhamdulillah benda tu dok senyap lagi.. Sekaali sekala kena perasap juga untuk pastikan ianya berfungsi... Perasap maksud letak asap supaya sensornya boleh dipastikan hidup ke tak. Bukan perasap bomoh ye.
  • Grill - pastikan boleh di buka dari dalam. Jangan kunci kalau selalu misplace kunci. Cuba reka cipta selak yang susah dibuka dari luar.
  • Maklumat- Pastikan anak2 "aware" cara dan kaedah dalam saat cemas. Contohnya suruh diorang merangkak kalau banyak asap dsbg. Nak kena peringat balik sekali sekala. Aku pun dah due dah ni
  • jangan on laptop dan tab atau smart phone sambil menggunakan atas katil sebelum tidor..
  • Selain itu berdoa dan tawakkal supaya di jauhi bala bencana..


KAlau kawan2 ada tips lagi molek juga dikongsi





Thursday, 15 November 2012

EGS: 15 November 2012

Assalamualaikum bloggers and readers..
  Hari ni.. 1 muharram...pergi memburu dan mengail ikan serta mengutip sayuran dan buahan di lembah "gergasi" @ bandar kinrara.


EGS= Entry Gedek Stlye..

Wednesday, 14 November 2012

Makan makan - Saba Restoran Cyber Jaya dan Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sebelum type entry ni .. Aku ambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH..


Alhamdulillah .. Parent selamat sampai ke rumah masa week end baru-baru ni. Bersama kakak dan anak2 dia..

Lama tak jumpa. Lama tak balik kampung jumpa ayah ni lepas rindu la jugak... hehehe.

Pusing lembah Klang la.apa lagi... Dari S Alam sampai ke Putrajaya singgah Cyberjaya.
Sampaikan dalam 2 waktu solat kami berjaya 3 masjid. Tu lah kalau ayah datang...
Ayah memang suka round-round melawat kawasan masjid..

Pastu singgah makan kat Saba, nak makan nasi Arab.







Menunggu order...

Aih..photo tak ikut susunan.. (camna hang makan dulu)

3 generasi

Juga 3 generasi

Menunggu meja kosong .. Mahu nye tak.. semua sekali 3 meja

Angah n Kakak

Dah yang ni sampai dulu..ini ja yang kena snap!

meja hujung sebelah kiri aku tak habis-habis lagi ker. NAk sambung meja ni




Danish sana sini duduk dia

Hilang ..jap g datang semula


Family outing...with my parent and my sis.




Ok lah cerita sikit pasal meja yang kat hujung kmai ni

... Masa kami sampai ada satu meja kosong.
Duduk jap ..booking yang satu yang kosong  sebab 2 meja dah habis makan dah. Kejap lagi boleh dapt tiga meja .. semua  meja tu sebaris.

 Then bila meja tengah tu tengok kami menunggu diaorang bangun la kan.. ok lah dah makan kan.. kasi can org lain pulak..Thnks to them..

Meja hujung tu pun dah habis makan.. tetapi masih lagi borak-borak. Ok lah memang hak dia nak borak dan amik masa enjoy environment situ. Lagi pun hak dia... 

Then agak lama juga dia org stay , Ok kami  takkan nak kacau kot,  tapi suasana kami yang ramai sepatutnya membolehkan mereka-yang-duduk kat-situ yang -sudah-makan memahamilah. 
Bagi lah meja kat org lain pulak
Boleh kot bagi laluan. Tak nak bangun tak pe , kami tunggu lagi.

After 40 minit kot.. dua orang lelaki kat situ pun bangun,
Fuh lega, ingat dah boleh amik meja tu.

Laaaa.. dua org minah Arab tak bangun-bangun lagi??? Asyik layan sembang dan kais-kasi henfon lagi??

Then another 5-10 minit ..lelaki yang bangun tadi datng ketuk cermin dari luar , buat bahasa isyarat ajak blah.. La aku ingatkan dua org ni tak tunggu prempuan2 tu, rupanya tunggu kat luar..

-Masih tak mau bergerak, aku pun suruh kakak aku duduk kerusi yang kosong
.
-Pinggan depa pun dah clear, waiter dah angkat....

-Lelaki yang datang sama depa pun ajak bangun ( itu lah yang aku paham), 

erk ..Masih tak bangun bangun..???

Kemudian pomppuan yg tua sikit tu bangun , tapi yang sorang lagi masih duduk? Anak dia ( yang kemudiannya aku tau itu adalah anak) masih tak berganjak.. 

Aku tengok pun dah naik boring..

Last2 aku pi dan cakap elok elok dalam bahasa penjajah.. yang aku perlukan meja.. appreciate dia boleh make way ..bla bla.... 

Still insist dia nak tunggu mum dia yang dok basuh tangan...adoiiii...

Kira kesabaran memang mau tinggi ooooo...


P.s Kalau aku lah, kalau  tengok org menunggu kita yang sudah habis makan ni, cepat cepat aku bagi laluan..
Kalau aku, kalau org?

p.s2 Sebenarnya nak cerita pasal outing dah tercerita pasal org yg tak perihatin pulak...hermm,,,,,sabaq je lah..









Perihal "Maid"

Assalamualaikum bloggers and readers..

 Lebih RM12,000? Sila rujuk SINI

 Begitulah jumlah kos atau ongkosnya untuk mendapatkan pembantu rumah daerah Malang , Indonesia. Ahh dari mana- mana daerah di Indonesia lah senang.. Bukan dari Malang saja..


Malang tak Malang sama sahaja..(ada kan tempat nama Malang kan)

 

Mahalkah? Ala bukan Rm30,000 pun ,,kata mereka. Kalau nak bayarlah!!!..
 Atau terlalu mahal kah hingga perkara ini tak pernah selesai sekian lama.. Sebenarnya harga atau gaji adalah sesuatu yang subjectif. Ada yang merasakan gaji tak pernah cukup.

Ada yang nak lebih, kerja tak seberapa. Ada yang “underpaid” atau kononnya underpaid. Ada yang mengambil kesempatan akibat keterbegantungan kita. Ada yang sesaja menyusahkan. Ok, coretan aku berkisar tentang pengalaman meggajikan pembantu rumah.

 Terima kasih kerana sudi berkhidmat dengan keluarga kami untuk sekian tempoh. Semuanya ada 4 org maid telah berkhidmat dirumahku. Ye lah kan tak disangka boleh org Indonesia yang tak pernah terfikir untuk berkunjung kerumah ku, atau tak terfikir untuk bertemu, boleh menetap dan bekerja dalam rumah. Secara peribadi aku tak inginkan maid dan tak suka maid dalam rumah.

 Masalahlah.. Lurvy keja kalau MC pun tak selesa. Kalau sakit sikit2 tu Dr nak kasi Mc pun tak naklah. Baik datang ofis.

Yang kedua, aku tak suka maid masak . Tu yang makan memilih . walau dirumah. Maid aku mula-mula kerja 3 tahun.. Then mau balik negara, ok lah kalau dah nak berhenti. Kemudian datang yang baru, Ada yang kerja setahun saja . Mungkin tak sesuai, tak serasi atau tak suka. Terpulanglah… Mana leh paksa. Cuma cakap terus terang dengan kami… Bukannya maid tu hamba ke apa. Boleh diskuss and mutually agree..
Nak berhenti, berhentilah…

 Keluarga aku besar . Anak 7 orang..

 Sebelum anda kata Haaa?? Wahh!!! .., aku nak sahkan yup anak 7 org. 

 Aku survive tanpa maid.. Mungkin “survive” big word…Tapi hakikatnya kami boleh lakukan.. Especially Lurvy boleh cope walaupun penuh jerih perih…. 

 Oh one more thing, my house is not biGGG enuff for another permanent resident.. Ok kena cari rumah yang lebih besar lah.. doa doa kan boleh tercapai …ok ..


 Jadinya.. eh kat mana tadi? Ok jadinya, tak perlu lah risau sangat tentang kepupusan maid dari Indonesia ni. Buat dek saja..jgn gelabah bewak sangat… dan Papa ke MAMA jangan lah panic sampai kata nak kena gulung tikar…
Rujuk SINI 

Tiap2 masalah tu ada peluang.. Apa kata Agen Maid amik training bukak nursery pulak.

Amik pekerja 5- 6 org dah boleh tolong selesaikan masalh 10- 20 keluarga..

Masyukk juga kot kalau bukak nursery Kalau benar2 nak tolong keluarga di Malaysialah.. Kalau nak cari untung dgn maid tak boleh kata apalah.. Jadinya, (jadinya lagi,, apa punya ayat daaa).

 Ayuh Malaysian!! Take it with stride…. We shall overcome.

Apa yang sanggup dibayar oleh pihak Malaysia telah dibuka atas meja rundingan..

 Kalau depa tak nak, lets move on.

 To be fair , Pihak Berwajib Indonesia pun nak jaga kebajikan warganya

 Cumanya jangan issue ni jadi “ransom” pulak sampai kemelutnya terus berlarutan..  Jadilah kita bangsa yang berinnovasi untuk selesaikan masalah… Jangan jadi terlalu bergantung kepada bangsa Indonesia (di baca, pembantu rumah Indonesia).

Alangkah rendahnya kita kalau terpaksa bergantung kepada pembantu rumah Indonesia untuk kesinambungan pembangunan fizikal dan insaniah negara.

 Kalau tak ada WIN-Win solution, lets agree to disagree and hidup mesti terusssss

Come on….. Maid problem is a small problem lah!!!

Tuesday, 13 November 2012

Dah mula dah...

Assalamualaikum bloggers and readers..



Huh ,, punah... dah terbarai dah charger.. punyalah..
baru start cuti sekolah nih...

Kalau lagi sebulan macam mana agaknya


(tapi tetap boleh berfungsi lagi..hebat hebat)

EGS : 13 November 2012





Assalamualaikum bloggers and readers..

pergi melawat projek... tak boleh hampir la pulak..
safety first!


diaorg ni tatau nak cuti ke..?

Good morning

Assalamualaikum bloggers and readers..




home sweet home

Snap nature la konon

Tu lah . nak outing amik photo maleh
Lanscape yang belum sempurna lagi


Selamat bercuti dan makan muruku,
selamat berkunjung rumah member berketurunan India

(auto publish)

Monday, 12 November 2012

EGS: 12 November 2012

Assalamualaikum bloggers and readers..



Semua claim has more...
Cuti-cuti sekolah ni bolehlah teroka 1Selangor....




( Tapi ni kat LCCT...ni pergi ke tempat lain.heheheh).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...