Monday 26 November 2018

Tahniah....

Assalamualaikum bloggers and readers..



So much thing to write, yet all came and gone..with the wind..


Seriously,, 
Bukan tak mahu menulis tetapi kejap rasa topik ni lagi penting tapi muncul pula topic baru..

The things that had past :

  1.       Hari anugerah cemerlang Aisya . Not even posted in FB

  2.       Malaysia beat Myanmar..yeaaaa.  Nyaris nak ke stadium tapi ada night weeding kat Putrajaya malam tu. Layan lurvy ke wedding lah. Pastu tgk live, Stadium astro,, wohahaha

 3.       ICERD apa bala tah. Menatang apa aku tak maklum, so aku tak mo komen benda aku tatau.

 4.       Waytha Moorty buat hal, ya ya..10 tahun dulu. 
    But I am affected to it,because tuduhan to my beloved country… atas tuduhan yang not substantiated.!! Contohnya satu tuduhan, beribu kuil dimusnahkan..opps dan satu lagi , yang hindu kena paksa masuk Islam blab la bla. Not want to comment but I am really hurt by the accusations, more over no apologize till now. Ok lets move on. Kita tolak ansur,,katanya ..atau kononnya. Ok enuff on that. Panjang jugak jadinya..

 5.  Oh ya.. Oden kat Family mart.. Lurvy kata Udon,, eh memang udon makanan jepun pun,, aku pun konfius oden ke udon. Along bagi tau: “Oden la mama.” Hmmm ..okay okay,, not bad at all. It seemed I like it. Sebenarnya ianya oden yang being improvised by Family Mart. Hahaha kuah tomyam campur fish cake and crab cake etc.. yummy.

 6. What a beautiful Sipadan Island. Tempted to dive.. Arghh kang Lurvy bising.. Hobby baru la pulak. So pi honeymoon je lah ke sana nanti Insya Allah. Pastu baru dapat lessen dive..wohahaha.

 7.       Oh Ya Aisya operate mata.. minor oppss,


Ok tudia all in one posting. 

So yang nak ditulis panjang panjang sikit, pasal sukan lah kan. Memang kaki sukan kononnya aku ni. 

Malaysia akan lawan Thailand di Bukit Jalil 1 Disember2018. 

Tahniah Harimau Malaya melepasi peringkat kumpulan dan jangkaan aku Malaysia boleh kejutkan Thailand dengan agregat 3-1. My instint lah.. so kita tunggu ,,dan bestnya AirAsia mungkin akan sediakan tiket yang murah ke Bangkok. 

Tony dah reply baikkk punya dalam Tweeter dia. Mungkin ada flight chatered dan knowing Airasia mungkin depa bundle dengan hotel sekaligus. Win win la kan.

So Ultras Malaya, boleh la reramai ke Kota Bangkok 5 Disember nanti. Dan raikan Malaysia masuk final AFF Suzuki cup 2018.
Ok habis bab AFF. Doakan Malaysia menang. Jumpa di Bukit jalil ya . Buat masa terdekat tak  ke Bangkok kot.

Semalam, throw back, aku main hoki untuk divisyen. Perghh kembali memegang stick.. Salah satu permainan aku masa kolej. Lurvy paham sangat kalau Malaysia lawan mesti aku layan . Semalam main di Stadium Tun Razak.. menarik menarik.

Lepas tu balik rumah tengahari, pergi dua wedding. Macam nak cramp kaki tapi tahan je lah. 

Cuma nak inform yang A-Park dekat Puchong tu menariklah venue wedding.. First time sampai situ dan wow!! Lokasinya memang cun..


Friday 16 November 2018

Deposit melalui ATM boleh letak rujukan ke?

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sambil- sambil tunggu acara penyampaian hadiah aku layari laman berita.

Dan berita ni menarik perhatian aku.

1. Sikap mulia pemilik akuan nak pulangkan wang yang bukan miliknya.
2. Sifat seorang anak titipkan wang untuk mak nya.

ULASAN:
Memang detail juga pemilik akaun yang check transaction satu persatu. Satu sikap yang bagus jika kita menjalankan perniagaan sendiri.

Dan, murninya hati anak mengirimkan wang untuk emaknya.

Point ke3..ialah bila alasan bank yang tak boleh semak siapa yang tersilap masukkan ke dalam account peniaga tersebut.

 Persoalan:

Katanya transaksi itu melalui ATM.
Kalau masuk melalui atm boleh letak reference "untuk mak " ke???

Baca berita ni utk paham apa cerita aku

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2018/11/16/salah-pindah-wang

Wednesday 7 November 2018

Masuk OT aku hari ni. Aisya dibedah..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Alhamdulillah..Aisya baru selesai pembedahan kecil.

Kecil-kecil pun kena bius satu badan..aku pun masuk temankan dia semasa nak tidurkan dia.
First time masuk OT...
Selesai aku pi makan..sementara tunggu..

Sekejap saja selesai..

Dia masih pening2 dan mual...


Friday 2 November 2018

Indonesia dan musibah: Takziah untuk mereka

Assalamualaikum bloggers and readers..


Hatiku pilu memikirkan bagaimana jiran kita, Indonesia ditimpa musibah bergilir ganti. Walaupun kekadang sikap segelintir rakyatnya menyalahkan Malaysia dalam banyak hal, sehingga berantakan ( membakar bendera dan sbg nya)  di Kedutaan Malaysia di Jakarta membuat kan aku kaget, aku tetap simpati dan berasakan apa yang mereka rasa.

Pilu bila Palu dipalu oleh gempa dan tsunami, nanum ketika itu aku fikirkan tiada perlu catatan dicoretkan. Bayak berita di media sosial bergilir masuk dalam wasap dan facebook.

 Namun terhempasnya pesawat Lion membuat aku terdetik untuk menulis.

Sebab, aku ni agak fobia menaiki kapalterbang. Kalau ada pilihan aku cuba elak. 

dan aku ikuti setiap tragedi pesawat terhempas. Antara documentari aku minati ialah Air Crash Investigation..

Kejadian ini mungkin disebabkan Pitot tube yang mengalami kerosakan. Sejenis devise yang menyukat kelajuan udara ( air and liquid elocity. Apabila alat ini gagal berfungsi, pilot hilang punca dalam mengendali pesawat. Dan kemungkinan pilot meningkatkan kelajuan sehingga enjin stalled (hilang kuasa), atau pun jika pesawat terlalu perlahan, graviti akan menarik dan pesawat menjunam.

Pernah berlaku kepada France Air dari amerika latin ( Brazail kalau tak salah) yang jatuh ke laut. Akibat Pitot tube dilitupi ais beku dek suhu yg melampau.. hingga bacaan jadi "weng".

Salam takziah kepada semua mangsa , gempa, tsunami dan tragedi Lion Air. 
Moga roh mereka diampuni dan dirahmati Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...