Saturday 29 September 2012

Santai...

Salam..


Alangkah santainye berehat hujung minggu..

Broken trust...

Assalamualaikum bloggers,readers..


Trust is to kept, not to betrayed.
Promised to be fulfilled, not to be forgotten.

Is the trap being set????

Thursday 27 September 2012

Promo Hebat !!! 10 Binjai Promo 29 Sept 2012

Assalamualaikum bloggers,readers..

Tentu anda tahu PNB Darby PArk kan.....
Kini...
Untuk peminat bola Especially Chelsea and Arsenal fans serta peminat EPL.. khas untuk anda!!
Yup!!

 RM20.00 nett 

Come over to PNB Darby PArk this Saturday. Go straight to 10 Binjai Restaurant @ ground floor
Enjoy some nice food and an EPL match between  this two great teams.

Fahrin Ahmad ( Arsenal fan,, i just knew it ,,with be joining)


My sons, one supporting Chelsea and another one is Arsenal fan.


Oh ya..
for info pls contact::

FARIZAN FAREES | Head of Marketing
PNB Darby Park Executive Suites | 10 Jalan Binjai | 50450 Kuala Lumpur | Malaysia
Tel: +603-7490 3583 | Fax: +603-7490 3399 | Mobile:019-271 1164
Email: farizan@pnbdarbypark.com
Website: http://www.pnbdarbypark.com

Zinedine Zidane's infamous head-butt on Italian Marco Materazzi in the 2006 World Cup final has been immortalised

Assalamualaikum bloggers,readers.. 

 Remember 2006..??? 
When Materrazi insulted Zidane mum and sister.. 
This what happened. And the rest is history.. 
France loss World Cup FInal. 
Zidane then retired from international football.

The incident now immortalised in France. Zidane headbutts Materazzi.

Maklumat: Permohonan ke Tingkatan Empat MRSM dibuka 1 Oktober

Assalamualaikum bloggers,readers..

Permohonan ke Tingkatan Empat MRSM dibuka 1 Oktober

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2013 akan dibuka secara 'online' mulai 1 Oktober ini selama sembilan hari.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat Mara, permohonan dan keterangan lanjut boleh dibuat dengan melayari laman web, www.mara.gov.my. — Bernama

Wednesday 26 September 2012

Memerhati photographer @ work

Assalamualaikum bloggers,readers..

Photographer @ work:




Hasilnya: 

Amatur (akulah tu!) kat SINI

Pro punya hasil kat SINUN

Tuesday 25 September 2012

Satu Hari di Sunway Lagoon Resort

Assalamualaikum bloggers,readers..

Photo sekitar Sunway Lagoon. Ni kali ke3  kami kesana. Kali ni Family day ofis. Last time pergi ke sana  tahun 2008. Sebelum tu pada 1996...

Sunway Hotel..Agaknya..dari sudut Surf Beach
MTV..sempena opening gimmick
Lotsa balloon
Sapa lagi..Aisya la ni,,,
Kena teman anak2 nak naik benda alah yang terbalik kuang ni..
Rapid river
Praktis "panning".. Danish tengah fighting ( ataupun gayat?)
View dari "Jambatan Gantung:
Ramai "friend" dah upload ke FB , so aku decide nak masukkan ke blog. Ye lah Family Day ofis, tentu banyak photo yang sama kat FB.

Monday 24 September 2012

Photo: Bersama Peminat Chelsea!!

Assalamualaikum bloggers,readers.. Hari kan aku kata ada sifu nak shooting, maka aku pun ikut, rupanya mereka adalah peminat Chelsea yang hardcore... Layannnn..Peminat sukan kan mana ada hal... Aku pulak,,,jadi model jemputan untuk Chelsea (perasan).. tapi tak de dalm picta ni sbb aku yang amik..!!!
Peminat tegar Chelsea

Photo: Sunset, from the window

From the window
Assalamualaikum bloggers,readers..
Another sunset photo today....!


Saturday 22 September 2012

Weekend... yeahhhh!!!

Assalamualaikum bloggers,readers..

 Hari Sabtu beginilah masa lepak2 santai with family sambil layan blogging,,

Erk?? Layan blog? Tengok tu, kata lepak santai tapi layan  blog? Macam mana tu.

OK lah catatan ringkas... ( setelah break 1 jam, kemas porch!)
Lurvy sibuk dah dgn assignment...Tu la student kan,,

Petang nanti ada praktikal photography kat KL. Ada sifu nak datang train kan.. Pasti kena join..
Tak tau apa theme dia... Sukan ke?

Esok ada family day company. Mesti sunburn la kulit anak-anak. Tapi biarlah, sekala sekali (?). Jangan sampai demam sudahhh.

Family Day 2011 @ Lost world tambun

P.s Tetiba aku "Like" Dashboard blogger yang baru ni,..Senang nak upload dan select gambar.. Dan senang nak enlarge, tak macam dulu.. Tu la, dulu benci, bila dah kenal baru suka...

Laju giler...


Assalamualaikum bloggers,readers..

Salam pagi Sabtu....

                                                    Kalau kat luar mesti beku nih...

Friday 21 September 2012

Terkini: Ribuan berarak ke kedutaan Amerika

Assalamualaikum bloggers,readers..


Langsung..

Sekarang ni tengah berlaku demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika.
Jalan Tun Razak di tutup.
Crowd dalam belasan ribu agaknya...estimate aku 8 hingga 12 ribu... ...agaknya.



Gambar pelbagai sumber FB kenkawan



Credit: Zamil.. Fendi . Aya. Bad... korang upload FB... Thnks

Berita: Bernama mengaku....

Assalamualaikum bloggers,readers..


Petikan Headline:
 More news: Bernama admits PM photo doctored.

Thursday 20 September 2012

Banyak kena praktis sebenarnya

Assalamualaikum bloggers,readers..

Bagi sesiapa yang minat photography, tahukah anda setiap gambar yang elok, atau "menjadi" dan dimuat turunkan kedalam blog ke website ke, sebenarnya berpuluh-puluh lagi tak "jadi".
Menjadi atau tidak pula pun terpulang kepada penilaian masing2. Gambar yang ok bagi setengah org tu , mungkin masih lagi teruk bagi mereka yang pro.

Dan ada shot yang memang tak menjadi langsung.semua out! Ada juga....
Gambar hiasan


Sebabnya gambar tu gegar atau composition nya tak menarik . Atau exposure kurang(  atau lebih).
Pendek kata macam-macam lah sebabnya gambar tu tak menjadi. Oleh itu kalau boleh bawalah tripod. esp kalau gambar waktu malam.

Walaubagaimanapunyang penting praktis, cari style mana yang anda suka. And kalau boleh stick kepada style tu. Jgn Gangnam style sudaahhhh..

 Dan praktis praktis praktis.. Keep on shooting. Dan biarlah org nak kutuk ke komen ke.. yg penting anda puas hati dgn karya anda ( setakat ni lah) Nanti sure boleh improve lagi..

Alamak tak letak title..!!!

Assalamualaikum bloggers,readers..
Aisya namanya...dia ni memang suka bergambar dan amik gambar..

Kalau dia nak amik gambar aku memang kasi je..gaya pun ada juga..


Ni pulak gambar ikan dia snap..lighting kurang ,,gelap pula,tapi ok juga..


peace....

Banyak yang DIY...

Dalaman..Simple and putih







Luaran... landskap buat sendiri..tu yang tak siap siap...


Tak pe lah pelan pelan cangkul...:)

Wednesday 19 September 2012

Adam dan Hawa

Sampai bila kita nak macam ni...?
"Sampai Matiiiii"


Butir bicara cerita aku tak pasti.. Sedar-sedar dah sampai Australia,,,
Yang aku pasti dan aku dengar skrip dua baris kat atas tu saja...Dah macam nak boleh hafal iklan promo dia..aduyaiii

Bukan apa iklan bukan main banyak..Slot 30 minit. Iklan 15 minit kot. Tinggal lah cerita hanya 15 minit shj. Lurvy memang dok layan cerita ni , dah sampai episod 14 dah..
Bukan apa, aku malas layan sebab iklanlah. (Baik tengok bola lagi best sbb tak ada iklan 45 minit.. Best woooo., mana nak dapat direct 45 minit tanpa gangguan)

Dulu buku bertajuk "Adam dan Hawa " (ADH) aku hadiahi dia beberapa tahun dulu. Dan buku tu pun dah hilang.Mungkin sbb ceritera dalam buku tu membuat Lurvy mengikuti siri ADH ni.

p.s
Biaq pi la..Baik aku layan blog..wohahahahah. Nanti nanti aku suruh dia cerita...

eh best ke cerita ni???


Tuesday 18 September 2012

Antarabangsa: Krisis Senkaku/ Diaoyu Antara Jepun Dan China

Assalamualaikum bloggers,readers.. fuh..ruangan antarabangsa tuh...

Semua nak bergasak..!!

Kilang Canon dtutup
Kedutaan diserang
Kereta Jepun kena tibai..
Kilang Toyota Honda pun ada yang kena sabotaj..

Apa lagi mai la buka kilang kat Malaysia semula.... ahaks



Sad because .....

Assalamualaikum bloggers,readers..

Blog2shout is very sad on the event that took place recently and condemn the film "Innocent of Muslim " which depicted our beloved Prophet (S.A.W)a womanizer, fool and homosexual, as
reprehensible and disgusting.

Dear Muslimin, Muslimat, brothers and sister, please rise,show our unity and silencing the stupid film-maker by showing our love to our Prophet Muhammad (S.A.W) and please extinguish any hatred and anger.

Tiada kena mengena antara satu dgn lain!

Assalamualaikum bloggers,readers..

Patience is bitter but its fruits is sweet!!!
.
.
.
.
.
.
.
.


amaran: Gambar tiada kena mengena dengan wording kat atas.


P.s Yang mana tinggal kesan ye???

Friday 14 September 2012

Sapa nak discount voucher LEGOLAND. (just follow and comment)

Assalamualaikum bloggers,readers..

Kalau ada sesiapa nak lah. Ni sumbangan dari kenkawan. Mungkin boleh dapat lagi kat KFC. Kalau nak kat sini. Bagi pls comment dgn nyatakan link blog anda and follow this blog...

1. Kanak2 (3-11 thn)masuk free dengan tiket dewasa.
Penjimatan RM110.00. Maknanya beli tiket dewasa shj.. anak masuk free ( satu voucher)



2.
1 Voucher discount 35% sehingga 4 tiket dewasa.
Maknanya discount sehingga RM49 satu tiket .
Boleh guna hingga 4 tiket sekaligus.
Jadi total penjimatan RM49 x4 = RM196.
Kalau nak leave a comment dgn cara Tinggal Link blog anda and follow. Yang dah follow pun boleh.
Kalau ramai..randomly selected..

(Voucher sumbangan kawan-kawan.thnks )


Aku plan nak beli Annual Pass . So boleh kasik member blogger...


Ni harga asal..
Ticket (Regular price)
1-Day Ticket Adult (12-59) RM 140
1-Day Ticket Child (3-11) RM 110
1-Day Ticket Senior (60+) RM 110

Apa ada hari esok....??? 15 September 2012


Assalamualaikum bloggers,readers..

Legoland dibuka esok.

Bagi aku yang ramai kanak2 Ribena ni teruja la jugak nak bawak anak-anak pergi sana. Faktor tarikan yang utamanya ialah ianya dalam Msia. Tak payahlah membeli tiket flight dan buat/renew passport bagai...

Bukan kanak2 Ribena saja ,bapa2 dan ibu2 Ribena juga tak sabar2 kot. HAhHAha..

Almaklum mungkin yang nak celebrate setelah tension anak amik UPSR. Tension ke?

Berbalik kepada taman tema dalam negara,...
Ye lah yang mahalnya tiket dan penginapan kot,kalau kat luar negara. Kosnya lebih mahal dari entrance ticket kot. So kalau dah ada dalam negeri baik pergi saja...
Cuma sekarang ni mungkin agak panas sbb pokok belum matang lagi..

Sesiapa yang nak pergi dalam tempoh terdekat ni pastikan bawak topi untuk anak-anak tau.

Seronok2 berhibur balik rumah deman pulak nanti..

Tapi yang pentingnya tarikh pembukaannya tu..Ahahaha. Significant juga bagi aku walau sekadar tarikh pembukaan taman tema sahaja,

Tapi ianya mungkin bukan "official opening ceremony" kot.Mungkin
Macam Universal Studio Singapore (USS) hari tu. Dah lama buka. Tapi yang pembukaan yang officialnya pada 28 Mei 2011 kot. Kalau tak silapla. Hari yang aku pergi pulak tuh ...

Nak tau harga tiket ?? nindia...

TicketReg. price
1-Day Ticket Adult (12-59)RM 140
1-Day Ticket Child (3-11)RM 110
1-Day Ticket Senior (60+)RM 110

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu halnya juga dengan si suami yang akan layu apabila ‘disusukan’.”

Assalamualaikum bloggers,readers..

Ni ha... aku dapat email dari sahabat yang dok supply infor "nok-nok" haghi.

Cerita pasal pengorbanan blogger lagi ha..

Tapi aku nak highlight kan point lain...boleh?

Dipetik:

"Khabarnya ramai tersentuh dengan paparan muka depan terbitan sulung Sinar Harian Edisi Isnin, 10 September lalu.

Isteri saya, ketika mengulas kisah pasangan Abil - Fauziah menyifatkan kesetiaan Abil menjaga isterinya itu, “hanya satu dalam sejuta!”

Mujur dia tidak bertanya sama ada saya sendiri, andai ditakdirkan dengan nasib seperti itu, mahu jadi yang satu (seperti Abil) atau yang baki 999,999.

Jujurnya, saya tidak mampu jawab soalan seperti itu. Apa pun, minta dijauhkan ALLAH daripada sebarang dugaan yang ada kemungkinan kita tidak mampu menanggungnya.

Abil sememangnya seorang suami yang sangat istimewa.Malah, mahu dikatakan Abil sebagai satu dalam sejuta itu pun barang kali masih tidak cukup tepat. Jika dinisbahkan dengan 28 juta rakyat Malaysia, apa mungkin ada 28 lagi suami yang sesetia dan setabah Abil? Sedangkan bilangan isteri yang ditimpa musibah pada masa ini kita tahu bukan sedikit bilangannya.

Yang mungkin semakin ramai adalah lelaki yang jadikan isteri sebagai punching bag termasuk isteri yang mengandung sebagaimana heboh baru-baru ini.

Dalam pada itu, saya teringat akan satu laporan muka depan surat khabar tidak lama dahulu bahawa seorang wanita berusia 65 tahun yang punya 23 anak kononnya berkata: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti harimau yang pantang dicabar, itu bukan bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu halnya juga dengan si suami yang akan layu apabila ‘disusukan’.”

Memang. Memang tidak ada cacat celanya ayat itu. Isu seks sememangnya amat penting bagi suami isteri, terutama yang masih muda. Dalam usia 43, Abil masih boleh dianggap muda. Begitu juga saya yang baru 41.

Saya sendiri tidaklah berani hendak menafikan bahawa ayat yang saya petik itu sememangnya adalah ayat yang dituturkan oleh makcik itu untuk menceritakan kerukunan rumah tangganya yang sudah berusia 50 tahun.

Namun daripada ayat itu, mudah untuk kita tafsirkan bahawa kunci besar kebahagiaan rumah tangga dia dengan suaminya yang berusia 70 tahun adalah pada seks.

Namun apabila kita rujuk pada ujian yang dihadapi Abil, seks bukan lagi penting. Apa yang mengikat hatinya untuk kekal pada Fauziah ialah kasih sayang tulus ikhlas, yang dimantapkan dengan kenangan lama mereka ketika si isteri masih sihat.

Dan apa yang paling penting untuk kita sama-sama renungi ialah kata-kata Abil sendiri: “Perempuan berkahwin supaya ada seseorang untuk menjaga dia, saya hanya menjalankan apa yang jadi amanah saya.”

Dalam Islam, hubungan cinta dalam perkahwinan melalui dua peringkat iaitu peringkat yang pertama, ‘mawaddah’ dan peringkat yang kedua, ‘rahmah’.

‘Mawaddah’ adalah perasaan kasih sayang dalam hati suami isteri yang lahir selepas ijab kabul untuk menjalani hubungan dan perkongsian hidup yang sah secara lahir dan batin.

Ada pun ‘rahmah’ pula membawa maksud kasih sayang sejati, yang lahir secara ikhlas dari lubuk hati yang tidak lagi melibatkan rangsangan ataupun kehendak seksual antara satu sama lain. Dan ini biasanya dikaitkan dengan pasangan sudah lewat usia namun masih meniti perkongsian hidup bahagia.

Dan inilah juga yang kita lihat ada pada diri Abil meskipun dia belum lagi mencapai usia ‘persaraan’ mengikut kamus seksual rumah tangga.

Mengikut ulama, dari segi perbandingan, ‘rahmah’ darjatnya lebih tinggi daripada ‘mawaddah’ kerana tanpa bersulam seks, keikhlasan dan ketulusan kasih sayang adalah lebih jelas.

Jika mahu dinilai, pengorbanan Abil terhadap isterinya adalah melangkaui tahap itu lagi meskipun ada berita kurang enak bahawa selain ujian penyakit dideritai isterinya, Abil turut jadi mangsa individu yang entah apa sebabnya, berasa sakit hati dan meragui pengorbanannya pada Fauziah.

Semoga dia terus tabah menghadapi ujian dalaman dan luaran."

Thursday 13 September 2012

Jap jap...Aku tak paham


Assalamualaikum bloggers,readers..Aku memang tak paham.....
Monarki dari negara yang pernah menjajah kita..

kenapakah..

I just dont understand why there are so much hooha about their visit..

Atau hanya aku...????

Photo: Tokyo Disneyland : Part 2

The photos in this series were taken around mid day. There was a Parade at the Tokyo Disneyland..
And there were some photos that  taken in late afternoon next posting maybe ..cheers!!!...


Click images for bigger view..






































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...