Showing posts with label Awana Kijal. Show all posts
Showing posts with label Awana Kijal. Show all posts

Monday, 24 November 2014

Awana Kijal

MY bad....

I always want to edit the pic,, then tulis dan karang baik baik sebelum posting. Idea yang bagus tapi selalunya kita ketiadaan masa ( dibaca: tak pandai peruntukkan masa untuk blogging). Menjadikan apa saja idea atau posting hanyut dibadai masa. Posting yang relevan ketika itu mungkin berlalu begitu  akibat nak edit dan karang baik-baik, kononnya.

Kemudian konon nak buat review pasal hotel la, foodie outlet la,, bla bla, Herm,,, akhirnya terbengkalai juga.

(Following entry update on 8/12/2014)

Kami mengunjungi Terengganu Oktober lepas sebelum berpatah balik ke Gambang.. kira cuti2 Malaysia Pantai Timur.

....Sambil nak menikmati hotel ni.. Resort World Kijal Sebelum ni namanya Awana Kijal..

entry ni nak bercerita  pasal hotel ni lah ye...


Hotel ni agak lama,, rasanya 10 tahun usianya.. Aku dok baca review Agoda pun ada yang komen pasal rundown etc. Tapi lokasinya yang menarik membuatkan aku membooking juga melalui Agoda. Pertama kali guna Agoda.. Murah ke? Entah tapi yang pastinya ada promo yang lebih menarik masa aku pergi.. Better than Agoda




Belakang Aisya tu bilik air,, dan didding yang petak2 tu boleh slide bukak.. terus sebelah bath tub.. hahahaha..
Kalau berdua saja tak pe lah,,, ni satu family


Kesan nampakan usia yang lama tu jelas la dari pintu dan sinki dan lantai tapi ok lah.. well maintain.



Bilik agak spacious.. boleh la.. dua abilik conecting 'tuk keluarga kami yang besar


View form a room.. refreshing dan cantik.. dgn hembusan bayu laut Cina Selatan

Permandangan pool.. abaikan manusia kat tepi pool tu.... nak test slow shutter sebenarnya. bagi air terjun tu nampak smooth


Pada masa ni juga ada promo baekk punya
arghhhh.. tak de rezeki untuk dapat deal ni.!
RAte masa tu kat Agoda 250 x dua bilik kali malam dah Rm1000..eshh

Plus extra breakfast lagi...ermmmmm.


Macam cantik je gambar ni..masukinterframe juga lah

Giant Chess


Resort World Kijal amat sesuai untuk family vacation. Cuma kena berhati2 sangat musim air laut bergelora. Jangan la mandi laut ,, Layan kolam saja lah.
Kalau nak menghabiskan masa ada banyak permainan spt pingpong carrom dan pool. Pendek kata hanya duduk di dalam hotel boleh menikmati memacam aktiviti






Kamak2 boleh ditinggal dalam tempat permain ini

Malam hari,...
aku nak test photografi..lama dah tak melayan kamera .. takat nak snap tu selalu lah.. tapi nak main manual setting..low light semua ni lama juga tak layan..


Pantai pada waktu malam..



Esoknya ke  pantai Kemasik ..awal pagi after subuh .. tapi nak ajak teman tu kesian pulak anak ,, so lewatkan sikt. Untuk apa lagi,, untuk snap gambar la.



(Post draf.. to be edited..yeahhhhhhhhhhhh
Cerita masuk kemudian.)...ok dah edit.!

Thursday, 23 October 2014

Awana : Berenang time hujan

Resort World Kijal..maaf no free Wifi.
Paper pun tak dihantar ke bilik.
Itu antara negative review yang terbaca dan aku pun setuju yang ianya amat negative.

Kalau nak tahu internet ada dikenakan bayaran dan rate ialah RM25.00 /24jam.

Apapun selain dari itu tempat ni agak menarik. Tempatnya menarik. Macam agak terpencil gitu.
Cantik dan santai..hinggakan aku ada banyak masa untuk type blog ni. Datang kesini memang rilek dalam  hotel ni je lah.

Kalau yg minat main golf boleh layan golf
. Aku layan anak anak mandi kolam. Masa ni laut amat berbahaya dan bergelora sekali. Musim hujsn dan angin kuat. Ini pun tunggu dia org mandi kolam dlm kehujanan. Kat sini boleh mandi kolam walaupun hujan. Mungkin kot mana pun basah kot. Kalau kilat tu lain la kot.

Sekejapan  memang kilat pun.. dah kena naik..
Tp aku yg menunggu pun basah kuyup.

Ni gambar utk kenangan..
Check info dari kawan ttg pelajaran

Masuk saja bilik teruja la juga anak-anak ni. Ye lah untuk time dia org pun nak bercuti. Sebenarnya banya local destination yang belum kita explore yang setanding dan lebih baik dari tempat luar.




Pendek kata gajet gajet gajet






Layan tv dulu..tak boleh mandi lagi
Laju je ke kolam


View from the room
View dia memang Superb..Deluxe room memang selesa dan mengadap swimming pool plus pantai


Nice setting
Resort World genting for kids..Thumbs up
Smile
Di malam hari
Hotel lobby
Day 2..mandi dalam hujan
Hujan! Air vs Air.. Atas bawah


Awan Mendung sebelum hujan

Thursday, 28 February 2013

Disebalik keindahan Turkey..

Assalamualaikum bloggers and readers..




Disebalik keindahan Turkey, hatiku terus mengenang keadaan dirumah. Entah mengapa aku begitu sayu, Lurvy entah  perasan ke tak. Tapi manakan tahu hati seorang isteri, mungkin terdetik yang ada ketikanya . Tiap apa yang aku fikirkan atau aku lakukan setakat ini, memang aku paham yang dia ada terdetik dalam benak hatinya. Samada ada benda nak surprise dia atau benda yang tak baik.. Cuma dia tak tanya. Aku tau yang dia tau..ermmm

 Ada ketikanya , aku tak begitu ceria meneroka kota Istanbul sebab teringat anak anak. Aku kaburi dengan kesibukan mengambil gambar.





Sementelah pula fotografi adalah minatku sekian lama. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini aku membeli DSLR. Erm telah kuceritakan dahulu.

Sedih dan sayu kerana tidak membawa anak2ku bersama. Mungkin kerana waktu persekolahan, mungkin kerana budget, mungkin kerana kami akan terus mengerjakan umrah. Entahlah.
Tetapi keputusan untuk tidak membawa mereka adalah tepat,  Cuma hati seorang ayah yang sensitif agaknya. Lagipun Istanbul adalah tempat yang mengasyikkan.. Cuma sangat sejuk.. Jenuh juga kalau nak pack baju sejuk..

Lagipun motto aku dengan keluarga adalah” one for all, all for one”. Kalau nak pergi bercuti kena sesesama. “Together-gether”. Kalau bercutilah.
 So ini exception, pengecualian la kot sebab nak ke Tanah suci terus..

Kekadang terkenang mereka. Harapan ku ketika mengerjakan umrah nanti akan terlerailah rindu sekejap. Dan kalau ada rezeki akan bembawa mereka kesini( Turki). Aku berharap. Sebab Turkey satu tempat yang kaya dengan sejarah Islam dan tinggi budayanya.

Oh ya.Jangan berhenti berharap. Sebab aku pernah berada disatu tempat bersendirian, tanpa Lurvy dan anak-anak. Dan aku berazam akan membawa mereka suatu hari dan akhirnya aku kembali melawat  ke Jepun atau khususnya ke Disneyland bersama anak-anak.

Harapan adalah doa…. Dan kena berusah untuk mencapainya.

Saturday, 23 February 2013

Turkey: Dari Bursa ke Istanbul

Assalamualaikum bloggers and readers..

Dah..tadi dah sentuh pasal politik sikit... wohaha..
Sambung perjalanan soerang hamba ( yang berdosa) di tanah Turkey.
Keesokan harinya check out pepagi dari hotel.. erm, hanya semalaman sahaja.
Tak sempat bermalasan pada waktu paginya..
Selepas Subuh, terus kemas bag dan apa yang patut.. hantar lobby terus.
Sebelum bertolak..

Bersama ahli rombongan sebelum bertolak


Kedinginan menyapa lagi, hanya angin sejuk menerjah ke pipi.
Betapa hebatnya Allah, jika kita mengingatiNya.
Seantero negara sejuk ,, tanpa pendingin..



Ladang zaitun kelihatan sepanjang perjalanan


Dalam perjalanan sekali lagi . meyeberangi Lautan Marmara...
Dengan rehat yang cukup, kami menikmati keindahan di luar sambil menikmati kicauan burung camar yang setia menunggu habuan dari penumpang...


Menaiki feri..gambar sebahagian dalam bas ,,sebahagian permandangan luar. Lori besi pun naik juga..gulp!




Sesekali masuk ke ruang bertutup untuk menghilangkan kedinginan.


Cuba2 nak berbual dengan local..macam cakap ayam dan itik.


Sambil menikmati teh Turki...
Rasanya?
Macam teh sini jugak..
Mungkin aku order teh biasa kot..
Bukan Turkish Tea, manalah kami tau..
Tapi sejuk-sejuk layan teh panas,, betapa nikmat sedap nya..







Sampai ke seberang








Wednesday, 20 February 2013

Baia Hotel Bursa, Turki













oh.sebelum terlupa...nak email few pics to kenalan dari Turki

...salam dan bye.. Take care.

p.s. bukan gadis di atas ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...