Monday 27 February 2023

Harga Starbuck terpaling murah

Assalamualaikum bloggers and readers..

Nak tau harga starbuck paling murah di mana?
Atau lebih tepat di negara mana??
Jawapannya , jom tengok peta ni.

Credit : as per picture and google. This page dies not own the above photo.





Sebab apa kah ini terjadi. Yang pasti Turkiye Lira memang rendah berbanding matawang kita.

Tetapi adakah itu menyebabkan harganya rendah dlm USD.. ( setelah di tukarkan ke usd). Adakah usd 1.31 sangat mahal dlm lira?
Mungkin juga? Sebab kos upah rendah, harga pun rendah?

RM1.00 lebih kurang TRY4.00..
dan 1USD =/- TRY18.00.

 Di Turkiye harga starbuck dlm TRY [Lira], bila nilai matawang menyusut berbanding dolar,   makanya jadi murahlah, kalau kita convert harga tu ke usd.

Dlm RM pula USD1.31 lebih kurang RM6.00

Wow ..masih murah meh...

Monday 6 February 2023

Bukit Gasing. Alahai salah cari jangan keluar.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Yeah..lama tak hiking. Satu hobi yang mula² nak start (nak daki), memang rasa malas.. tengok step yg curam tu, aduh macam susah ja.
Tapi bila dah mula, dah start berpeluh memang best kan.. 
Jangan overestimate kemampuan kita dah lah. Sebb memang kena habiskan, aktiviti ni kena complete.

Kalau naik nak kena turun..bukan boleh end camtu ja. Macam kena completekan juga lah..kan .






Motivasi juga dan kinda push kita sampai ke kaki bukit.  nak tak nak.

Semalam ke Bukit Gasing.
Ya Allah..best la jugak tempat dia.
Dekat saja kan..

Ter overlook yang dekat. Yang jauh jugak dicari nya..hahah.
Sampai kinabalu dah naik.. bukit persekitaran tak tinjau dulu, ermmm.

Boleh la rutin lepas ni.. sebab teduh dan banyak pokok. Broga panasss.. 
tetiber, 
dah dpt yg baru.
.Broga di remehkan.. Dasar kan..

Ok joke saja..mana² pun ada kelebihan. Statement di atas hanyalah untuk provok saja.

Bukit lain..lain pengalaman. Kita amik yang best sahaja. Panas , trill dia lain.
Pacak, trill dia lain.

So , semuanya best, bukit mana pun.. asal kan kita beriadah. Dan niat utk kesihatan.

First time kat B.Gasing ni terujalah..sebb apalah yg bestnya bukit tengah² city kan.. ingat comel ja.. 

Rupanya banyak trail sampai sesat. Nah kau!
Pusing kat satu tempat tu 2 kali. Ada video nya.

Tu pun dalam tanya orang dari awal lagi. Kan.
Dalam beringat pun sesat. Sesat tak de macam sesat dlm hutan pekat. Sesat cari jalan keluar ke tempat parking.
Bila berulang, jadi jauh dan penat lah.

Macam double lah masa dlm hutan ( kat trek/ denai) tu..
Tapi alhamdulillah..within the range kemampuan dan treknya pun ok.
Like,masa 80 anggaran minit, kami amik total masa 140 minit. 

Which is still low intensity berbanding G.Datuk atau G.Angsi yang naik shj pun 3 jam camtu.

Menarik hiking sini.. tak jauh. Dah ok la..
Might repeat selalu..

Saturday 4 February 2023

Masih di sini ceritanya

Boatman ni ni pun boleh tahan kelakar dia.

Kan.. bila nak sampai Nusakuya ada banyak rumah atas air. Ada yang saiz besar-besar jugak. Ada yang macam kena tinggal atau mungkin musim tertentu sahaja tuan dia datang. Ada yang mcam kelong kot tempat memancing ikan.

Bila sampai rumah/binaan yang uzur dia slow dan bagitahu dah sampai. Anak2 tengok, eh ya ka. Macam percaya tak takkan la resort cenggini. Ya la rumah lama
.macam kena tinggal atas air.. huhu.
Pastu dia speed semula.






Sampai Nusakuya register dan check in . Bilik dah siap dan kami terus melihat keadaan. 
Rating 6.5/10. Saiz bilik boleh la. Toilet could improve tapi still ok.

KAt belakang bilik boleh terus terjun laut. Ada balkoni dan pelantar. Ikan ikan pun banyak.. bawa je makanan . Roti ke apa ke..untuk melayan atau menyantuni ikan yang datang.

Akmal terus berenang, Memang itu yang nak kan. Air jernih . 
Ketam pun banyak. Yang kecik2 kecik ja.


Lepas tu terus lunch.. BUffet. Makanan dia simple sahaja tapi masakan sedap la. Maybe lapar kot. KAlau pukul 2pm dah macam 3pm suasana dia kat Sabah ni. 6 am pun dah cerah.

Petang lepak menikmati sepoi2 angin . memerhati bot bot lalu lalang serta sampan-sampan nelayan mencari rezeki.

Angah layan kayak transparent bersama Yasmin.

Lepas Maghrib pergi dinner. Set yang telah di tetapkan. Still agak memuaskan . Expectation aku lebih wow lagi. Ada ketam dan ikan tempatan. Nama pun aku lupa. Tapi kat sini memang aku tak pernah tengok atau beli. Rasa ok lah.

Keseluruhan meal yang dihidang sesuai dengan tekak tetapi maybe boleh dilebihkan menu dan entahlah wow factor kurang la. 

Makanan 6/10.
Sedikit kecewa..sikit ja. Betul..sikit ja

Eh bukan aku jadi terer nak memadai- mandai rate tau, bab-bab ni tak pandai tapi ikut pendapat aku lah dan citarasa aku. Bukanlah chef ka apa.

Suasana resort pulak.
Keseluruhan nya 7/10
Kebersihan 7.5/10
Cantik/intagramable 7/10.
Staff 7.5/10
staff friendly dan ramah serta sangat membantu

Ok lah .. 

Value for money 7/10.

why? tempat ok .. Tahu lah kan keadaan laut dan keindahan semula jadi. Anugerah Allah yang maha kuasa. Memang cantik laut kat sini.

Sepatutnya resort perlu ada wow factor to compensate the surrounding beauty.

Might repeat?
 May be not. Try yang lain lah pulak. Logik la kan. Selalu nya org akan nak merasa resort dan suasana lain. But ada juga orang yang akan repeat kalau betul2 jatuh cinta. Hahahhahah. Not today babe.. not this one. wohahahhaah.

Eh bukan tak best tau. Best. Boleh lah korang nak merasai.


Friday 3 February 2023

Ni betul-betul ni. Tiket percuma March nanti ke Hongkong

Assalamualaikum bloggers and readers..

Cerita trip Semporna belum habis tapi yang ni menarik juga.. be alert atau follow the news untuk berpeluang merebutnya.

Ni bukan main-main betul ni 500.000 tiket ke Hongkong percuma. Tiket kapal terbang. Banyak untuk negara2 Asean.




March nanti..tunggu.. dan cuba research kat platform mana nak dpat.

Kalau dapat return lagi best. Kalau oneway saja offernya ,, kena cari budget lebih lagi.

Apapun kita tunggu..

"HONG KONG (Bloomberg): Hong Kong officials are expected to announce details of a plan to distribute 500,000 air tickets as part of a global publicity campaign to be unveiled on Thursday (Feb 2).

The city’s leader John Lee will oversee the launch of the Hello Hong Kong campaign at a briefing at 2:3pm local time, while finance chief Paul Chan will hold a press conference after the event, according to a government statement. The head of the Airport Authority will also attend the ceremony, the statement said.

The campaign will highlight more than 200 events to be held to underscore the city’s return, according to the South China Morning Post. Most of the half-million free air trickets will be distributed by Cathay Pacific Airways Ltd. and its budget airline HK Express, with some handed out by travel agencies to international tourists, the SCMP said, citing someone it didn’t name."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...