Sunday 27 June 2021

I jump u jump?

Assalamualaikum bloggers and readers..
Persiapan untuk jump-start kereta..
Tu la kereta ni tak jalan sgt ..
Yo lah pkp kan.. kalau nak bawa dia pun pergi shopping groceries.. kekadang. Mileage pun berapa ja.

Sib baik kereta Lurvy.. so tak lah di ngomel sangat. Selalu dia ingatkan suh start kereta mana2. Ni keta dia..so..

Kereta ni katanya last naik dan bawa beli belah baru ja, 
Tanya baru bila ? dah  tak sure ..hmm.

Ok. Done start..so far ok. Biar injin berjalan 10 minit. Start balik. Hidup.

Apapun pergi ke workshop juga .. check batery punya status.
Dan ok kata mekanik.

Done. Kos: Air batery dan one cup tealive sambil menunggu.. plus rm5 service caj. 
Selesai ...



Friday 25 June 2021

My pizza in the morning

Assalamualaikum bloggers and readers..
Hari ni baru lengan kiri terasa sakit. 
Semalam ok ja. Dos pertama baru.
Kau orang dah di vaksin ke.?

Aku dapat Comirnaty from Pfizer. So far ok ja.
Tak dak side effect. Panadol pun tak makan.

Berpagian Lurvy jogging manakala aku hari ni...prepare breakfast.
Tau aku masak apa..wohahahaha
Pizza..ya pizza..ala yg guna roti gardenia dgn telur.
Then tabur la apa kat atas. Hotdog ke ..cheese ke.


Tiga keping roti dan 2 biji telur dapat satu size personal.

Sat lagi anak2 nak makan masak lagi. 10 minit siap.

Simple dan cepat dan mudah.


Pagi ni aku nak jogging..tapi nak jadi cerita smlm.. Petang..selepas vaksin paginya, ingat nak jogging.
Jumpa jiran..
Tunjuk gaya cucuk dqn bertanya  dah dapat date ke?
Aku ckp..eh sudah pagi tadi.
Eh..ptg nak jogging ke..baik jangan.
Oh..aku diam.
Dia sambung; ada kes kat Sgp ada komplikasi kalau bersenam.

Aku mcm biasa la tak react negatively..dengar ja.

Aku tak setuju dengan berita tu sbb hearsay dan entahlah macam macam teori kat medsos.

Aku briskwalk dan enjoy the evening run.

Pagi ni kerja..oh ya smlm cuti..company bagi cuti hari appoitment cucuk.

So gotto work dan tangan kiri sengal sikit ..aku decided x jogging.. 
Masak pizza ja..yummy.

Wednesday 23 June 2021

Hasil usaha tanpa jemu..

Assalamualaikum bloggers and readers..
Alhamdulillah ketemu lagi..

Euro 2021 masih hangat berlangsung my favourite team is Belgium. Walaupun macam tu ada sedikit soft spot untuk Turki namun gagal melepasi peringkat kumpulan. Next team utk diperhatikan ialah Italy, satu team yang telah bangkit setelah kecewa dalam worldcup 2018. Rasanya boleh pergi jauh.

Dan another team yang mungkin ada peluang untuk jadi johan ialah German. 
England? Hmm macam tu lah ,Agak gempak ceritanya sebab kita agak familiar dengan pemainnya, namun peringkat Eropah ni aku diskaun sikit team ni. The best setakat semi final..

So tak leh lah ulas pilih semua team kan sebab peringkat ni dah tak banyak team lepas. kalau teka semua team dan ulas mesti betul lah satu.. Stop pasal ulasan team. Tunggu dan lihat ja..
Team aku wish (jahatnya..) untuk tak pergi jauh walau depa kuat ialah Portugal, Hahahaha.


So harini masuk ofis. Alhamdulillah ada few meetings and progress baik semuanya.
Dan ramai juga yang berselisih setelah lama tak jumpa. Ya lah datang pun  ofis pun, dok diam2 tempat kerja, Mana boleh jumpa orang.. SOP perlu dijaga.

Teguran ceria yang best, kata aku dah kurus. Katanya nampak sangat..Nampak muda macam bujang dulu sbb kurus.

Hahaha..make my day!! 
Mungkin sebab aku banyak jogging kot. Sapa kat tak dak kesan. Memang berkesan dan awet muda...wohahahhaaa
.
Takde lah.. tak baik menerima pujian sedemikian kan.. Kita patut bersyukur diberi kesihatan yang baik.

Esok appointment dos pertama. Semoga dipermudahkan..
Jumpa lagi

Tuesday 22 June 2021

Tercapai juga bawah 20 minit.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Welcome back. Yup  tried to blog once a week. Trying.. because sometime banyakk idea tapi masa tak de. Kekadang bila tulis tu meraban perginya topik.

Sekejap tadi anak2 masak mee segera Samyang kot. Pedas ya amat. 
Aku rasa sesudu. Bukan tak pernah rasa tapi Lurvy offer,. jamah la sikit.
Duh, hakikatnya sedap lagi mee segera Malaysia. Apa apa brand lah.
Yang dok layan keluaran Korea dan menderita pedas tu kenapa. Tak paham lah.

Tapi tu lah dunia. Banyak faktor membuatkan orang memilih pilihan mereka. Ada sebb ikut2 orang. Ada sebab nak lain dari lain dan bermacam2 lagilah  faktor kenapa mereka memilih. Yang pentingnya pilihan tu yg terbaik.


Oh ya . Morning run tadi aku pun macam tak percaya. Larian biasa yang aku selalu rekod guna app sejauh 3km. Memang aku lari santai2 tetapi kekadang teringin nak tengok pace kat jam kan. Itulah bila ada gadget, kita nak monitor juga kan progress.
Sebelum ni tak kisah la pulak. Bukan tak kisah je, lari pun tak minat. Kalau lari pun rentas desa, road run atau warm up keliling oadang sebelum train hoki samada untuk sekolah atau untuk uni. 
Lain tu memang jaranglah dan tak minat lari.

Tetiba PKP 2 aku bosan dan mula jogging seriously. Dan mula set target dari segi kurangkan berat. Sebab pernah sampai 74.9kg. Melampau la kan. Aku nekad dan sekarang 69.4kg. Boleh la kan. Untuk orang yang tak minat jogging ni.

Dan bila ko dah ada app itu ini mula la tegnok pace la kan. So aku biasa lari 3 km . First sampai 28 minit. penant nya tak terkata.
Kemudian 25 minit
kemudian 24..23 minit
Best 20 minit lebih untuk 3km

Tetiba pagi tadi aku try , km pertama 6 minit 29 saat.
Oh maybe boleh dapat bawah 20 minit utk 3 km. So aku lari lah laju sikit..

Sampai 3km check phone 18 minit 48 saat. like ..betul ke ni.
Bagi aku lah , masa ni improve gila. bawah 20 minit. in fact bawah 19 minit..yuhuuuu

hahahah.. next slowly increase the range etc..and improve masa

chow..



 

Saturday 5 June 2021

KISAH BOLA DAN IMPORT

Assalamualaikum bloggers and readers..

Aku tak mau komen kat fb pasal bola, tetapi mungkin aku akan speak my mind kat Fb juga. Anyway to keep this blog alive, aku akan menulis dan terus menulis di sini.

side note: Reducing my weight for about 5kg. And still keeping fit amid the lockdown. Juast try to getting lighter and lighter. Takde la makan je kan.
Kekadang lucu juga, sikap alpa kita..mula2 huru hara, kemudian jadi biasa.
Macam mana covid nak dihapus binasa.

Kecoh dulu nak buat ingatan tarikh lockdown pertama. pastu buat buat lawak macam mana kita lawan. nak habaq anak cucu. 
Tak lawan macam mana pun.. Duduk rumah je. kan lawak la kan?

Hmm lawak  la tu.
La ni:
Duduk rumah pun tak boleh.
Ikut SOP pun tak boleh.Susah sangat ka

MAcam kawan aku habaq, kita ni rasa nak menang terus enjoy. Game belum habis. dah last last kena tibai.

Sama la perang covid ni. Belum pun menang, semua ingat takdak apa2.
macam tak kisah dah. Dulu kalau Putra Heigt ada covid kat LRT, contohnya. 
Bukan kata LRT station aku takut nak pi, sampai satu shah alam org elak.

La ni tak dak sapa heran..kalau tak lockdown, semua loqlaq!
Dalam loqdown pun ada juga adventure konon boleh pi sana sini.
Hermm.. belum menang dah enjoy.

Balik kepada bola, aku tunggu siot Msia lawan UAE. Jarang aku layan sampai dinihari tapi team kita kan. 
Kena dua kosong minit 80 aku habaq anak. Dah, memang main teruk, takdak chance nak score ni. Takyah tengok la!!

Memang tahap permainan teruk setakat yang aku ingat, yang mana aku tengok live la
Aku malas kecam. Tak perlu kata apa2 setakat menyakitkan hati bila pikir permainan malam tu. 
Bukan aku terer sangat nak kritik, tapi entahlah.

Oh ya dengar result esoknya 0 -4. Walawei..teruknya..

hari ni ada jawapan menerpa aku..
team lawan UAE hari tu mengimport pemain Malaysia, guna pemain naturalisasi Malaysia untuk mencukupkan team meraka. Dan guna coach dari Malaysia.
 So team manakah yg lawan UAE.. pikir2 kan..
so hati ku kurang kecewa...

kerana selalunya team Harimau Malaysia memang garang walaupun level berbeza, semangat tetap waja.
Peminat tetap puas hati dan ceria. Namun yang UAE hari tu..erm.. team dari ??? dot dot dot








sampai ke Shah Ala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...