Monday 28 December 2015

Uitm Dengkil

Tempoh hari menghantar Angah ke UITM Dengkil.
Tempuh kelangsungan pengajian setelah Semester 1 di Kampus Induk Shah Alam.

Kira first batch yang mendaftar ke sini.. tempat baru bersulam suasana baru

Ok lah Kampus ni..

Sebenarnya nak belajar mana mana pun ok..
Orang dulu menuntut di sekolah pondok saja.
Beralaskan buah kelapa saja untuk tidur.. arghh bernostalgia pulak.

Zaman dah berubah . 
Selari dengan zaman kelesaan pun meningkat 
tapi prinsip menuntu ilmu sama je, nak ye.

Jangan lupa ye nak..
Hormat guru/ ustaz.
Rajin dan selalu bertanya
Menjaga adab menuntut ilmu 
dan.. guna kan kearah manafaat..




gelanggang futsal dan tenis UiTM dengkil
Kolej Dahlia 2 UiTM Dengkil
View dari bilik
Pen holder
Notis / board di tiap meja
Bilik Tidur.. Sebilik dua orang
Setiap unit ada 3 bilik
Ruang belajar berkongsi 6 org
Tempat membasuh dalam bilik air
Metal kabinet 

Ini kebun saya...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Orang bersemangat berkebun kita pun nak.. tapi dalam pasu sajalah.
tapi aku punya tanaman menjurus ke arah edible plant..
Targetnya 70% tu yang boleh dimakan,,macam ulam ulaman dan 30% tuh pokok pokok hiasan mata..

Yang menarik dapt beli kayu label kecik..
boleh juga anak-anak belajar nama - nama pokok .. ye tak


Pokok kesum ditanam dalam cerek electrik yang dah bocor..
Konsep recycle laaa
Lagipun warna dia putih macam ngam saja..
boleh juga buat hiasan dalam rumah.nak masak/makan petik saja.( next step)

Kesum.. (Cinahom)

Pudina yang agak kurus ..tak terbelai sangat
Pudina


p.s Kebun ke ni..haishh.. ini pasu pokok saya yang sebenarnya...oh my tajuk:)

Friday 25 December 2015

Warna warni sambutan Maulud

Semalam menyertai sambutan Maulidurasul peringkat kebangsaan..
Meriah dengan warna warni kontigen..

Wednesday 23 December 2015

My Photo : Mouth Wide Open..alamak luasnya

Teringin nak memaparkan gambar-gambar sebegini.. Baru ja usha usha  Travel Photo of the year. Semua gempaq gempaq.. Ni ha Usha sini << http://www.dailymail.co.uk/travel/travel_news/article-3369089/The-world-lens-Breathtaking-winners-2015-Travel-Photographer-Year-awards.html>>

JAdi aku ingat boleh juga layan gambar yang snap..edit sikit. MAka jadilah photo of the day. (Of this blog je pun).. Bukan photo of the day yang pihak mana mana iktiraf.

Salah satu gambar yang menarik :

Travel photo of the year:
Credit as per "watermak"



Hippo at Taman Safari Indonesia Bogor/Puncak..Membuka mulut dengan luas menunggu pengunjung memberikan makanan dengan mencampak kedalam mulutnya..
senang kan kerja dia..wohahaha
Kredit to me.. habis kredit jangan lupa top up

Monday 21 December 2015

Pasal handphone lagi..

Assalamualaikum bloggers and readers..

 Ada lagi "brawl" ( pergaduhan reramai dekat shopping mall?? Aduyai..
macam mana boleh berlaku sebegini??

Tahun ini dan juga tahun tahun mendatang aku rasa situasi begini akan terus berkumandang di media sosial. Samaada kejadian tu isolated atau terancang tak penting tetapi semua akan disiarkan secara terus ( secepat mungkin) di media sosial.

Persoalannya kenapa senagnya kena tipu. Kenapa pekedai suka menipu? Kenapa? susah sangat ke nak cari customer?? Kenapa hand phone? Sensitif dengan handphone.?.Sensitif dengan bangsa?

Banyak isu..nak diperbincangkan memang tak habis..
Jadi kita sebagai pengguna kena bijak. Perlu sangat-sangat bijak.
Dan penjual perlu jujur, Jangan mencari pendapatan dengan menipu, memeras ugut, mengelirukan sampai menusuk dalam kalbu dan menjolok emosi membuat org amarah.


p.s Bila dah jadi sebegini semua susah..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

About V..

Lets talk about V? What V.. Ohh not that V ..and not V, for Vaganza... the word some claim explain the earlier V..

Oh sstraight to the point..V for vape..
Benda ni uniknya sampai nak cari perkataan dalam BM pun tak pasti.. Kabus? Wasap? entah lah.
Vape jelah.
Banyak negeri nak haramkan vape..
Meletup juga benda ni rupanya...ada kes dalam kapal terbang.. mahunya dalam kargo dan ada minyak wangi beralkohol, tak ke merebak..

Bahaya la benda yang megeluarkan kepanasan menggunakan elektrik ni.Bateri tu kalau ada contact saja mesti berfungsi dan mengeluarkan haba dan boleh membakar...

Ramai pulak yang guna..
Mungkin alasan nak kurang kan rokok..
Tapi melekat pulak kat vape.


Aku rasa kalau nak berenti merokok berenti je lah..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Umat Melayu memang tak makan babi,,,
malah jijik mendengar peri-nama haiwan tersebut..

Pantang  kalau ada tempias hasil atau sisa-sisa ke DNA babi..mau di boikot terus!!!

Maknanya bagus lah sebab memang lumrahnya najis dan hukum tak boleh..

Tapi agaknya boleh tak dibuang persepsi Melayu suka rasuah..
Boleh tak??

Sembang kedai kopi sambil memerli ( tanpa bukti ya) dok kata: Melayu ni kuat rasuah waima duit rasuah tauke babi pun terima.. Tu dia... statement yang aku dengar pedas!!
Terpikir juga ada kebenaran kah bangsaku ini..??

Aduyai..

Tahun depan kita perlu maju dan maju .. siapa yang rasuah pun tak tau..yang bagi pun tak tau siapa.. tapi itulah persepsi..

P.s Adalah malang..tapi kalau benar lagi lah malang..oh Lebai Malang



Wednesday 16 December 2015

Analisa: Senangya aku komen pasal bola,,

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kembali Pasal bola sepak atau lebih tepatnya Final Piala Malaysia 2015. Amboi KEdah kalah ja terus senyap sepi. MEang ja bising.. Bukan lagu tu cek ooii.
Memendam kepiluan..hahahaha

 Apabila Kedah layak naik divisyen dan layak ke Piala Malaysia aku menjangkakan Kedah paling  terbaik pun tempat ke-3 Kumpulan .. Sila lihat entry ini...


Tu cerita lama..Hakikatnya Kedah layak ke final dan kalah.. Ni komen aku pasal final malam tu. Biar lambat tapi aku nak coretkan kat sini.

Saingan 50-50.

Secara keseluruhan permainan kedua-dua pasukan amat baik dalam keadaan padang yang becak dan hujan. Namun sebagai home round Selangor ada sedikit kelebihan. Ye lah dok train dan main setiap hari kat situ mesti tau mana berlopak dan sebagai nya.. tapi Kedah kalah bukan sebab padang. Hanya sedikit advantage Selangor..


Liridon, pemain yang patut jadi jeneral tengah padang bagi KEdah banyak menggangu flow di mana beliau banyak hilang bola dan terlalu lambat utk relelase kepada flanker..atau target man Kedah. Acapkali bola dirampas dan terserlah pada gol kedua apabila bola direbut oleh Selangor terus menghukum pasukan Hijau Kuning, untuk jaringan kedua.

Entah mengapa jangkaan  sudut oleh penjaga gol, Firdaus pun agak pelik dan ada ruang yang luas di sebelah kiri. MElihat keadaan tersebut aku terus menjangkakan gol akan terbolos.


Tektikal dan gol awal

Mungkin terlalu ghairah dan ingin mencari gol awal maka gawang kedah bergegar pada minit ke4 .  Dan seperti tak belajar dari kesilapan keadaan yang sama berlaku pada separuh masa kedua. Kalau ada tiga interval mungkin Kedah kena lagi. Wohahaaha.

Semasa BAdrol bermain attacking midfield sepatutnya Liridon kena push ke atas lagi utk ganggu pertahan Selangor yang tinggi lampai tu. Dan Chidi dan Sandro kena main wide untuk tarik defence ke tepi.

Cukup lah analisa aku pasal kekalahan kedah..  Lupa nak ucap.."Tahniah Selangor"

oh ya.. Tan Cheng Hoe tak patut balik sehari sebelum dan hande team. Dia patut balik dan tengok saja...Sbb dia telah tinggal team agak lama dan hanya org yang take over tau form mana pemain dan susun strategi ikut keadaan semasann

p.s
"Team mana yang berdisplin dan  tak lakukan kesilapan akan menang"  Itu komen pakar pakar dalam media massa. Tak yah lah komen cam tu. 

KimK pun tau cakap cam tu.

Baik komen sapa score banyak dia menang..

p.s.s
Komen senang kan..cuba hang main!  .erkkk



Thursday 10 December 2015

Dan, tahun depan itu sudah jadi tahun ni

Assalamualaikum bloggers and readers..


Tetiba teringat tentang entry aku dulu, pasal sorang pakcik dari Pahang yang berjalan pusing satu Malaya kerana bernazar jika Pahang menang Piala Malaysia 2014..

Aku memang jumpa dia masa dari berjalan segmen Arau ke Alor Star atau Jitra. Katanya bila malam dia akan berhenti kat mana mana masjid. Aku , Ayah dan kakak aku sempat la borak-borak . Tak pasti la sudah berapa lama dia berjalan tapi memang habis sunburn muka dia. Aku jumpa dekat kodiang..

Berasa kasihan , kami ajak dia naik kereta nak tumpangkan ke Jitra ka Alor Setar ka..

"Tak boleh" kata dia.

"Kenapa tak boleh. Penat berjalan ni" tanya aku.

" Nanti kena mula balik.

"Eh ya ka. Ni pun kira pusing satu Malaysia juga" pujuk kami.

"Tak boleh . Tak boleh. Kalau sembahyang boleh ke buat separuh kemudian berhenti? "mcm tu kalau tak silap aku pertanyaan dia sambil tidak memharapkan jawapan dari kami.

"Jadi kalau pakcik naik kereta maknanya pakcik tak sempurnakan niat pakcik, nanti kena start balik..tak boleh tak bolehhh" ujar beliau sambil geleng kepala.


Ohhhh....mungkin itu terdetik dalam hati kami bertiga.

Dia pun melangkah pergi meneruskan perjalanan sambil mengilik bendera Pahang dan bendera Malaysia. Ada tertulis banner/kadboard "kembara Wira Pahang" ( kalu tak silap aku, aku akan cari semula gambar yg aku snap).






Sempat aku bergurau..

" Kalau macam tu tahun depan (2015), Piala Malaysia bagi kat Kedahlah pulak ""
"Tak payah Pak cik berjalan lagiiii...."


Dia berdiam sambil meneruskan perjalanan...
Diam itu tandanya setuju kan..

P.s ..dan tahun depan  tu sudah menghampiri..hanya tinggal 2 hari lagi..
Doakan kejayaan Kedah ya semua..










Man City juga layak ke suku akhir UEFA Champion League



Wednesday 9 December 2015

Tahniah...

Assalamualaikum bloggers and readers..


Dengan rendah diri dan rasa kesyukuran aku ingin menukilkan tahniah .......................................


To : my other half  ( never used this word before) or a person I called  Lurvy in this blog,  on her successful presentation of her thesis paper for her Masters requirement. Masters in Technical Education …( argh,,I don’t know the full name of her study..)
I am really proud of her, juggling time with works, house works and seven children, yet manage to complete her study, is no small feat. Moreover, me as her life partner,hehehe.

Why I am saying this ? Because she never complain and had any excuse in doing her duty as a mother and wife amid doing her research and thesis paper. Actually I did my small  part in searching some info in internet (yup 5 % of internet time looking and helping for infor then 95% went to facebook la , blog la and blablalala..hahaha)

 What an eventful year and a blessed year. !!!

 Since I am writing this, also congratulations to my son, Akmal for obtaining 5 As in UPSR. Still long way to go..but I remembered well you came back and telling me u gonna fail English paper or the best you could do  is C.

 I just encouraged you to  try your best in coming papers and yess  …you DID IT…

Alhamdulillah


Oh my racket

Patah jua raket favourite ni..
Nampaknya kena beli baru..
Hujung-hujung tahun ni..
Ermm..sabar je lah..
Main tak seberapa..

Tapi macam teragak dah..
Sebelum main macam dok rasa tali akan terputus..
Rupanya raket yang patah terus..

Tuesday 8 December 2015

Biar jasa jadi kenangan

Assalamualaikum bloggers and readers..


Berita kematian melahirkan pelbagai reaksi..
Lihat siapa yang dijemput Ilahi..
Makin berjasa makin dikenang,,,

Benar kata pujangga, manusia mati meniggalkan nama

Biar jasa jadi kenangan...

Apapun ia mengingatkan kita situasi yang pasti.
tak dapat tidak, ianya pasti.
Kita accident, sakit jantung, jatuh bangunan tak semestinya akan mati.

Tapi mati itu pasti...

Kta kawan aku " orang tua tunggu nak mati, orang muda bila bila boleh mati"

p.s "Biar jasa jadi kenangan" motto pasukan bolasepak Kedah, moga jadi juara ya!!



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Siapa pulak tetinggal kapal terbang ni.
Benda lain boleh la lupa nak tuntut tapi kapal terbang??
3 pesawat dok parking dengan caj parking tak bayar kat klia.

Kenapa tak tuntut nih?
caj parking lebih mahal dari harga peasawat ka???
atau parking tiket tercicir
atau kunci cari tak jumpa??


p.s. semalam MAB iklankan untuk pemilik tuntut semula 3 kapal terbang yang sekian lama di parking di KLIA. Bukan selalu kita terjumpa iklan macam ni :)


Monday 7 December 2015

Bandung trip Last entry: My best shot

Assalamualaikum bloggers and readers..


Last entry about Bandung trip…
Okay.. setelah 7 tahun aku bertekad untuk tidak ke Indonesia, aku pergi ke sana…
Entry ni rather  long sebab nak tulis pepanjang and move on to cerita lain pulak…

Ringgit tinggi dari Rupiah.???

Aku cuba tengok dari perspective yang berbeza jikalau travel atu lawati sesuatu tempat. Bila di sana aku tak pasti RM lagi power dari rupiah atau sebaliknya..
Mungkin kita beranggapan barang di sana murah. Mungkin benar juga.. Tetapi mungkin murah kerana upahnya murah dan bukan keran Rm yang kukuh melebihi Rp..
Contohnya: Bayaran masuk tandas rata-rata Rp2,000 atau kos parking atenden dalam jumlah yang sama. PErlu diingat bayaran tersebut hanyalah token untuk mereka jaga kereta masuk keluar dari parking lot..
Berbalik kepada tandas,,yep aku bercakap pasal tandas kat sini. Adakah Rp2,000 tu seperti mana rm2 kepada org Indonesia.. Atau Rp 2000 sama dengan 20 sen. Aku bercakap dari nilai servis berbanding bayaran dalam perspective kehidupan Indonesia..

Takkan bayaran servis penggunaan tandas sanggup di “nilai”kan Rm2.. atau adakah sebenarnya bernilai RMo.20?? Kalau Rp2,000 boleh dibayar utk servis penggunaan tandas maknanya mungkin hanya 2osen nilainya bagi warga Indonesia.

Ok berbalik kepada Rm against Rp…jika Rp 2,000 dikata hanya bernilai 0.20 ( dlm nilai sini) bermakna duit sebenarnya yang perlu kita bayar ialah Rp2,000 = Rm0.64 di Indonesia. Nampaknya dari senang affordability duit Rm Nampak rendah di sini.

Contoh seterusnya:

Harga makanan rata-rata dalam RM35,000 ke 50,000.. secara puratanya. Aku cuba mengandaikan itulah harga makanan average untuk warga sana.. dan rasanye mereka tak terbeban dengan harga tersebut, mungkin.. tetapi jika ditukar kapada RM harganya dalam RM9 hingga Rm16
( kadar tukaran Rp1j = Rm325).

Untuk senangnya mungkin begini, jikalau indonesi buang banyak “kosong kosong” dalam matawag mereka mungkin kadar ( seperti contoh diatas) menjadi begini Rp1 =RM3.25???)
Apapun kadar perbandingan yang terbaik ialah melalui McDonald economy ( sila google apa maksudnya). Tetapi aku tak teringin nak makan Mcdonald sebab :
1.       Kat Malaysia pun banyak  Mc Donald
2.        Anak anak dah ban McDonald..yeeea.
Jadi , anda  fikirkanlah tentang nilai RM yang tersirat sebenarnya. Jangan seronok sangat jadi jutawan rupiah ya…



Ok cerita lain:

Highlight of the visit ialah Taman Safari Indonesia Cirasua dekat Bogor and Puncak.. Setelah mood pepagi yang tercalar dek diselongkarnya beg. SUkar juga nak kembalikan mood ceria..
Nak nak habis masa sejam nak settle masalah yang bukan aku buat. Jadi, lari lah sikit perancangan.
Kesannya, sampai agak lewat , dah tengah hari baru masuk ke Safari. Sekarang musim hujan sebelah pm maka selepas pukul 12.00 tu mulalah hujan. Nak bagi binatang makan pun dalam hujan .. tak best sangat nak buka tingkap kenderaan.

Perjalanan ke Taman Safari yang mulanya biasa saja, mula mengasyikkan melalui kawasan Puncak di mana keadaan tanah tinggi bak Cameron Highland. Sempat berhenti untuk amik gambar. Menarik utk dijadikan memori sekeluarga.

Sebenarnya bila dicadangkan Taman Safaris sebagai salah satu tempat aku fikirkan, ye ke? Taman Safari? Zoo?
Tapi sebenarnya ianya jauh lebih menarik dari taman2 binatang yang pernah aku pergi. Tak payahlah sebut tempat dimana . Dengan konsep yang terbuka di mana pengunjung boleh memberikan makanan kepada haiwan dari dalam kenderaan, amat mengujakan melihat anak-anak gembira bercampur ketakutan bila cermin tingkap diserbu oleh binantang.
Dan ada beberapa pertunjukkan yang menarik juga spt koboi show , dolphin , sea lion dan juga petunjukkan burung.

Sebenanrnya susunan itenari sengaja dibuat begitu iaitu last day bertolak dari Bandung ke JKt sbb Taman Safari tu half way juga ke JKt Cuma jalannya melencong sedikit, ye lah sbb melalui bukit dan banjaran Jawa Barat. Tapi trafiknya sangat sangat sesak..!!! Aku jangkakan 1jam 45 minit bila ikut applikasi map, tapi mencecah 4 jama agaknya..perghh..MAcet!

Bayaran Masuk Taman Safari Rp 300,000 seorang ( Rm 98.00). Erm kalau 9 orang ..mau seribu di situ..tapi yang penting semua happy.


Antara Trans Studio dan Tangkuban Perahu? Atau..

Hari ketiga ( rewind balik sikit) Aku ada rancangan nak ke Tangkuban Perahu tapi option tu masih terbuka. Juga ingin pergi Kawah Putih.. Hehe apalagi nak amik gambar landscape la.. So diskuss dengan supir katanya ke T.Perahu Rp300.000 , yang mana aku dah tau. Dia siap cadang pergi Kawah Puith sbb kadar T. PErahu amat mahal dan sepatutnya itu anugerah Allah , dan tak perlu caj mahal utk org nikmati.. Erm logic juga..
Dan anak anak tak berapa minat kalau pergi, bau sulfur dan kemudian balik.. hmmm. MAcam mana ni?
Kalau korang pergi Trans Studio nak? Nakkkk.. No worry sebab supir superb maka pepagi kami bertolak ke Kawah Putih dia arrange transport amik 5 org anak ke Trans. So memasing pergi tempat lain lain. Hanya 2 org yang kenik ikut kami ke Kawah Putih.

Bila pulak nak ke Tangkuban?? Next visit In Sha Allah.. Takkan return trip nak shopping saja? At least ada tempat yang boleh pergi lagi..yezaa!!

Ok this wrap up my entry ke Bandung.. Just nak share itenary..  kekalau nak guna sbg guide:

Day 1
Touchdown JkT
Terus ke Bandung..
Lunch ( at Dcost etc)
Shopping at BIP
Check in
Shopping at Jalan Riau. FOS
Dinner ( local food)




Day 2
Pasar Baru
Lunch
Jalan Dago
Toko Tiga
Rest @ hotel ( solat etc. Selalu nya time asar balik hotel)
Rumah Mode
Dinner at Stone Café

Day 3
Tangkuban/Kawah Putih/ Trans Studio
Late Lunch
Return to hotel (solat/rest)
More Shopping at FOS /mall
Dinner.

Day 4.
Check out
Puncak/ Safari ( whole day)
Gerak ke JKT.
Check in JKT.

Day 5.
Check out.
Tanah Abang.
To airport.

Demikian catatan perjalanan melihat bumi ciptaan Allah.. Alhamdulllah anak2 pun enjoy dan selamat ke tanah air..( Flight inbound to kl hujan lebat…queu selama 20 minit lebih sebelum dapat landing)



P.s Supir pesan jangan ada hati tetinggal di Bandung. Aku cakap ada.. tapi Lurvy kutip balik!! wohahah.

And My best shots are:

@Rumah Mode


Dinner di Stone Cafe

On the way menuju Kawah Putih

Singgah survey chalet atau rumah penginapan ..


Kawah Putih

Kawah Putih




Puncak

Boyz to man


With daughter

Friday 4 December 2015

Bandung: Beg diselongkar!!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

.. besambung lagi..

Nanti aku kongsikan itenary aku di sana...dalam final entry

Ada peristiwa kejadian di hotel di bandung yang betul-betul mengecewakan aku. Ia membunuh terujaan dengan kejadian tersebut..Kalau orang baran boleh bikin scene kat situ tapi aku pun tatau nak cakap macam.. ok lah sedang teringat aku coretkan terus di sini.. terus ke hari ke4 . last day di bandung. Hotel Serena.

Kejadian pagi after breakfast,  nak check out untuk bertolak ke Puncak- Taman safari.


Sikit pasal hotel tu..
Sebenarnya aku bukan jenis suka komplen.. pintu bilik air rosak pun aku malas nak nak kecoh..asal boleh tidor ..lagi pun pagi keluar balik malam je kot.

So far hotel tu ok dan memuaskan cuma:

Bila serah access card. front desk staff bagitau towel tak cukup 2 helai.

Uik,, aku blur blur. MAcam mana boleh tak cukup? Ye ke?

"Bukan pagi ni pak. yang Hari Isnin"

Hari ni Rabu. Tapi cukup aja tadi.

"YA pagi cukup.Maknanya hari Selasa diletakkan empat. Hari Isnin hanya dua apabaila dikemas."

Argghh konfius aku.. Awat  tak habaq awal2..eh aku tak cakap kedah dengan depa, aku cakap bahasa Sunda


Aku bab bab kain baju otomatik alih ke arah Lurvy.

"Ohh Hari isnin.. Bila kita balik hotel mlm tu tengok yang diletak atas katil hanya dua helai.. Ingat hotel ni peak time ke. tak sempat replace towel ke..Yang diam ja. Biarlah guna dengan anak2" Explain Lurvy.

Oh..Pelik pun ada lucu pun ada. Yang aku tak perasan towel sedikit. Main guna aja.
Abis tu hanya satu ja yang kita guna? Satu lagi buat sejadah kan..

Ya la..

Selesai masalah laki bini..aku alih ke staff. " Kenapa tak cakap hilang? Kenapa hari check out baru bg tau? Kenapa hari Selasa letak cukup pulak?

(Kalau dia bagi tau pun aku tak leh nak buat apa. Memang tak cilok dan tak akan cilok! baik aku cilok tv ke katil peti ais ke..atau dengan hotel2 tu sekali ..hahahah..just kidding)

"Tapi memang tak cukup pak hari Isnin tu" Muka simpati dan muka menyalahkan aku


Ahh sudah!!.. lari masa aku ni. paln nak ke PUncak then terus Jakarta. dengan macet lagi.

SUpir cuba membantu.. NAk selesaikan. Macam buntu ja..

Aku cakap" Kami tak ambil dan tak pernah ajar anak anak ambik barang orang. Tak mungkin! Kami tak tau pun macam mana boleh berlaku. Dengan tebalnya towel tu buat penuh luggage. Ni pulak dua hari dah berlaku sekarang baru cakap..susah la"

Dia diam.. Aku pun tak tau nak simpati ke nak marah.

Naik atas ke  bilik dengan house keeping. suruh ckeck semula.. which tak berfaedah pun. HAri ni memang cukup .Bukan masalah hilang pagi ni. Dua hari lepas.
Buntu lagi!

eh.. macam mana nak selesai ni??
"Ok lah pergi check beg lah..." aku suruh, Sebab dah lambat

Dia dengan segera arah 3 org lagi buka beg yang dah masuk van. Aku tak sentuh pun biar dia buat.
Bersungguh depa cari towel..aduh. aku nak curi towel? Aduyai.

Semua beg di selongkar. Dan memang tak ada lah!!! gila ke apa nak curi.

Ada sorang pakcik dari Malaysia juga tanya Lurvy dan dia pun cerita lah.

Pak cik tu cakap" Saman ja hotel ni . Buat malu ja. Mana boleh tuduh dan check beg kat public"

Aku tak komen dan tanak panjang cerita. MAsa berjalan ni..

So pihak hotel tu mintak maaf dan settle la problem tu dan permulaan yang tak best la pagi tu.

potong stim betullah!!



Famili room. Serena Hotel Bandung


Pemeriksaan beg!! Selongkar semu ya

Aku suruh naik check sampai dalam van..celah2 kerusi..

. check jangan tak check. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...