Thursday 30 June 2011

Menunggu...




Entah..
Tak tahu ke mana, menonton gelagat

Maya dan nyata..
Keletah dan ragam

Menghibur jiwa...

dan mengundang lara

Itulah kehidupan manusia

Tuesday 28 June 2011

Treasure Hunt: Permulaan

Maka acara yang dinantikan pun tiba. Rekod penyertaan paling cepat. Quota kategori "family" dalam setengah jam saja dah penuh!!!! Ramai yang kecewa..! Mungkin penyertaan kali ini amat menggalakkan kerana ada acara Family Day kat Tambun.




Persiapan.


Aku bertugas diluar kawasan hari Khamis dan Jumaat. Sehari selepas briefing kena keluar. Jadi persiapan untuk soklan2 yang bukan "route" agak kurang! Apa pun redah jugak lah. Bersedia atau tidak.... redah saja jalan itu!!!!!

Pada pagi sabtu, kami sampai pun antara yang akhir.Semuanya berkobar-kobar. Yang early bird ( ada hadiah) pukul berapa dia org sampai pun tak tau.


Flag -of pukul 9. Masa diberi 5jam. After 30 minit disqualified. Ala jarak sini i.e KL ke Ipoh ja. Memang boleh tapi realitinya 80% kot kena penalty dan ramai yang lebih masa 30 min yang dibenarkan.

Time kami pukul 9.12, so kena sampai destinasi pukul 2.11pm. Itu yang penting. The rest tengok la kat jalan nanti. Dgn 6 anak2 mungkin haru biru. Lurvy dah pack segala biskut dan jajan untuk pujuk dia org supaya tak meragam.............

Picta sebelum nak gerak dan di awal pagi...
Group photo







cheeseeeeeeee...





mentari mula memancar.




kami berikrar...





kumpulan baju merah?





baru nak pasang sticker?



deretan kereta...



bersiap sedia bergerak kepetak mula

Photo: Burung






Shoot kat Petting Zoo @ The Lost World Of Tambun... Semasa minggu berlangsungnya treasure hunt dan Family Day

Photo: Fire Eater



Monday 27 June 2011

Amat-amat teruja.....Tum Tadedum Ta!!!!!!!!


Assalamualaikum.

Cemas, teruja, saspen, debaran dan kejuaraan!!. Itulah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan hari minggu aku dan famili.

Alhamdulillah... Syukur atas kejayaan. Dengan strategi, kabin control (dlm kereta) yang memuaskan dan planning yang dibuat. Akhirnya kami juara!!! Mcm tak percaya! Oklah aku postkan gambar-gambar hari minggu yang best, lagi best dari myvi baru..



Banyak benda nak share... tungguuuuuuuu entry seterusnya..

Saturday 25 June 2011

Maharaja Lawak Final

Salam...all,
Apa kata kita layan semula aksi-aksi peserta Maharaja Lawak Final.
Enjoyyy.
NABIL







JOZAN








SEPAH







JAMBU







Untuk bahagian seterusnya klik SINI

Wednesday 22 June 2011

Photo : Puteri Pacific JB




Bila tengok photo dan baca org story pasal stay kat hotel rasa menarik pulak..


Duh.. aku pun nak story. tapi kurang pandai la pulak nak mengarang pasal hotel ni..


..namun boleh la story sikit sikit.



Yelah pergi pun pasal urusan kerja..mana sempat menikmati suasana hotel tu kan.
First day pukul 8 baru sampai hotel semula. 2nd day pulak , sebelum breakfast dah check out. Luggage tinggal kat conciege saja.




Kemudian, pukul 3.30 dah rush balik hotel. Nak bergerak pergi airport lagi dalm pukul 4. Sbb katanya kat JB jem teruk, sbb banyak pembinaan masih berjalan,, Yo lah bandar still work in progress! Dengan Iskandarnya, Nusajaya nya.. kat tengah nak membangun dengan pesat.




... Flight pukul 6.40..so semua dalam keadaan tergesa2.

oh ya! pada first day, seperti biasa aku sesampai je, sebelum bilik tunggang langgang aku sempat snap photo dulu.

Sebelum tu ada front office staff nama dia fendi,, nak say thnk you kat dia sbb upgrade bilik kami...




Foto tambahan,, entry tak sempat nak letak watermark....






Monday 20 June 2011

Tak ada electric!!!


Flight and transfer ke hotel berjalan lancar semalam. Landing kat Senai 3.45. Departure 3.10 kot. Dalam 30 min saja. Ingatkan cecah la 45 min..

Checked in Puteri Pacific. Tetiba diberitahu Hotel akan shutdown electrik pukul 12.00 hingga 7 pagi.. Huyoo... dlm banyak2 hari malam tadi pulak kena shutdown untuk maintenaince..

Dah la kipas tak ada. Nasib baik cuaca tak panas sangat.

Saturday 18 June 2011

TEst drive Myvi baru


Assalamualaikum..
Lagi best! Yep lagi best! Live to its tagline...
Pagi lagi dah pergi test drive Myvi baru..
Jumpa member satu office, Bob.

Oleh kerana jumpa salesman yg aku beli myvi dulu, dia offerlah test drive, kenalah layan customer kan...

Design dia ok..nampak comel jugak. Nak kata mcm viva pulak. Sebb dia rendah dan depan dia slope . Tak mcm myvi lama yang agak straight.

Dalam dia (interior) dari segi saiz sama saja dgn previous generation. Drive dia mantap. Power stereng best betul. Cuma bagi aku yang downside dia.. kereta ni agak ringan. Mungkin sbb power dia atau memang sbb dia ringan kot. Saleman kata ringan ok sbb save minyak...........
So pergi lah .. Cuba try test sendiri. Lagi best ke tak...
Oh ya lagi satu.. colour purple yg diwar-warkan tu tak ada lagi kat show room.. Bulan 8 baru ada. Sbb dia??? entah apa salesman tu strory kat aku,... Sbb cat tak ade dari jepun? Itu yang aku paham.Sebab tsunami kot..Entahlah ..Aku pun tak pasti!


Friday 17 June 2011

Yuna pakai serban?


Alamak.. sekali tengok macam pakai serban da…
Hermm.. aku memang minat Yuna ni. Cool muzik dia . Tapi tudung dia kali ni tak berapa sesuai la bagi aku. Lilit lilit ( Nampak mcm lilitan). Atau aku saja rasa pelik…
Mungkin amik masa untuk diterima kot.. biasa la benda baru. Mcm muzik dia juga.
Eh, nak kata baru pun tak baru sagat style ni.. kalau belah Afrika utu macam dah jadi pakaian tradisional kan?
Aku dah ingat dalam nat geo documentary ada juga wanita afrika pakai cam ni.. bila Yuna pakai Nampak vogue pulak…..Entahlah..

lagi satu..jd duta canon.???..oh tidak. kenapa bukan nikon.

Thursday 16 June 2011

Huh..dah hampir nak siap.....Terima kasih semua.


Alhamdulliah Hari tu dah dapat kan….. Dah selepas tu ada lagi masyuukkkkk. Terima kasih bebanyak kepada semua. Tak sangka dgn blog ni pun ada kawan-kawan sudi menghulur bantuan.
So di sini aku nak umumkan bahawa talian telah pun ditutup. Aku sudah sampaikan derma kepada surau kg aku. Macam aku janji aku nak doublekan duit yang aku terima, hasil entry aku dulu. Dan aku memang doublekan. Actually more than double. So tak yah lah khuatir sedekah anda tak sampai.
Talian derma dah tutup bukan apa, sebab aku tak nak monitor . Kot kot la terlepas masuk lagi. Aku pulak tak perasan ..susah kan. Jadi yang aku doublekan atau masukkan lebih untuk elak sedekah korang tak sampai. Bukan sbb aku saja-saja nak doublekan. Memang la ikhlas tapi aku takut tertakperasan duit yg masyuukkk.



So itu saja sebabnya. Unless korang nak derma sila email kat email aku supaya aku segera amik tindakan.



So aku nak update progress surau kat tempat aku..Ni ha fotonya. Erk..kat atas tuh.. Org kampong target solat AidilFitri ni surau baru. Insyaallah sempat siap kot. Kalau tak siap semua pun, kira hampar tikar pun dah selesa. Asalkan bumbung dah naik.

Geng blogger digodam!

Gengbloger kena godam! Dan photo ini diletakkan. Memang menjadi tempat tarikan penggodam jugak rupanya. Atau ada hacker nak test skill.



Oh ya.. pakat-pakat tukar ye password intenet banking anda..Manalah tau hackers dah berjaya masuk ke apa ke... Better beringat!!!



Berita:
KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.
Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.
"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.
"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.
Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.
Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Pengajian Politeknik mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu laporan penuh pembekal perkhidmatan laman webnya.

Wednesday 15 June 2011

OK, pompuan ni nak mencuba ye...... Part III

Photo credit : imxiiaoshenz.blogspot.com

Lagi email from Zaina..

Cenggini..Mola2 dia add aku kat FB. Dari profile pic, dia punya muka ada iras2 rakan sekerja kat tempat aku. Tapi dept lain la.Ye lah kan ramai muka2 baru masuk yang aku tak perasan sangat. So aku accept la.
Any way ni dia punya email latest atau yang ke3… Nanti bila2 aku balas lah next month dia nak mai ..katanya.
Tak ada tempat nak stay…kata dia.
Belasah lah labi… Kata aku. Dulu kata ayah dia ada belikan share and banyak harta.
Stay saja kat hotel Carcossa ka( uik tak boleh.. nanti kot kena rakam..hahah) APA PUN TAK BOLEH :bak kata jambu
Mandarin Hotel ka…kata aku.
Aku balas jugak nak layan..banyak mende aku nak layan.
aku harap dia tak respon pun tak apa,, tapi kalau dia respon aku layannnnn…
( Eh macam Perkasa pulak kan aku ni,, kata perkasa tak setuju demo ,,, kalau puak sana demo puak sini pun nak demo. Nak tunjuk kekuatan sama paling ramai. Bagi logic aku la kan. Perkasa postpone la sehari. Jangan buat hari yang sama, bertembung kan susah. Sibuk polis nak control. Lagi satu kalau buat esoknya bolehlah org atas pagar join dua-dua kali.. Logik aku…..memang tak logic kan)

Eh balik cerita awek fb.. ni ha email dia.Oh, sebelum tu aku dengar cerita yang ada org kena caj maintain fb sampai 1.8 million.Awat aku punya free saja. Geng blogers semua, nak Tanya… FB ni ada bil tak?..karang tetiba sampai bil kat umah aku, pengsan.Kuang-kuang –kuang…

Ok ok ni email dia..layannnn:

Hello baby ..actually i live and work in the UK and my father is from Sabah a state in Malaysia but since i was born i have never been there that is why i have chosen to come over and see how Malaysia looks like, and i don’t no anybody in Malaysia because i have never been there, and i went through your profile and chose a man of your kind that i will be with when ever i'm there ,because i don’t know anybody in Malaysia you are the only one that i no ,and you have to show me around when am there because i will be coming by next month i will stay for 2months i hope you will have enough time for me .i will give you a call so that you will come and pick me at the airport ok...I'll be waiting to read from you thanks hummmkissssssssssssss here is my mobile number +447031832*** ( aku padam last 3 digits) you can call me anytime. I await your call and reply.


Link berkaitan..PArt I

Monday 13 June 2011

Kena kejar hantu..





Yang ni sorang memang penakut. Bahana banyak sangat cerita hantu kat tv. Nak naik tingkat atas kat rumah pun takut. Siang sama mlm lagi lah takut. Padan muka kat USS singapore dia kena kejar dgn hantu amende tah..



Punya la panik masa nak bergambar sampai hantu tu perasan, apa lagi dia usik la si Akmal tu dan kejar betul2. Kelam kabut akmal lari.................





Ni masa nak amik gambar...: ( dah lari keliling dah)

Photo Collections: Branches ( collage)

Buat sedikit modifikasi ke atas photo yang asal. Setelah meninjau collages yang lain.. ok Tak ..Tak ok?? Cuba-cuba dulu,.. ni hasilnya

Saturday 11 June 2011

Terengganu Juara... lagi 3 minit lagi...

Sebelum game, aku nak Kelantan menang malam ni tapi berdasarkan permainan aku mengharapkan Terengganu menang.




Dan aku rasa kalau score Terengganu 2 Kelantan 1 ni kekal dalam masa 7 minit ni, memang Terengganu deserve menjulang Piala FA mlm ni.




Aku nak Kelantan.


Yg deserve Terengganu


Yang muktamad kena tunggu sikit masa lagi.




Pemain terbaik,, bagi aku Joseph Kallang ( Terengganu)


Yang menang mungkin Mamat Manaf atau Marzuki..eh Marzuki tak boleh sbb dah kena kat kuning..


Yang muktamadnya siapa..




update>>>TERKINI....


MUKTAMAD


TAHNIAH PENYUUUUUU!!!

tak menangis penyu mlm ni..


Terengganu Juara Piala FA 2011



Ikut pengulas, Marzuki pemain terbaik?

Kalau dia tak kena kad mungkin boleh tapi bila dah kena kad kuning sepatutnya Park Ji Sung Terengganu lah..>> Joseph Kallang!







Tahniah Terengganu

Photo collection : Semalam di Temasik

Lama dah tak post foto. Dan dah lama tak amik gambar nih.. Hari tu dah lama tak baca buku..

Ok lah ni satu post gambar.. One night in Temasik

Blog yang buat link ke blog aku..

Pagi yang ceria. redup.. mungkin ada sedikit jerebu..

Malam ni ada big game.. Untuk peminat sukan tanahair spt aku ( ehem ehem), kira big game la. Kelantan lwn Terengganu. Yeahhh.. Pulun Gomo melawan pulun Peteh.

Hahaha .. Ada jugak "pulun" tu.. Kalau asal dari Kedah , nak tumpang tui jugak. Tumpang glamor/ promo team pulun. Tapi agak sederhana performance Kedah tahun ni..

1.Ni ha... aku nak ucap thnks kat Rara dari blog lipslikesugar (http://lipslikesugar87.blogspot.com/) .

Pasal apa? Pasai dia link kat bloglist dia. Tu la pasal aku tengok traffic source dari dia banyak masuk sini. Thnks again ...

Update.. and more blog linking or bloglisting aku punya blog kat site diorang

2. From Japan..jeng jeng>>> Provokasi dan Kontrovasi

3. From geneva..dah cerita dah dulu>>> Siri bercakap dgn Kamera


kalau ada lagi pls update aku yeaahhh

Maharaja Lawak Minggu 11 : Full

Jom layan..Maharaja Lawak pilihan aku malam tadi,mungkin yang ni kot. Jozan. Itupun sbb Johan yang sangat-sangat berbakat. Yang lain-lain mungkin ketepuan idea.

Jambu mempersembahkan idea atau character yang agak sama/ monotonous. R2 menarik tapi takde x-factor. Sepah mungkin selesa dan selamba dgn cara mereka. apapun setiap persembahan memang unik dgn karekter dan idea memasing..
zassss:




Untuk Maharaja Lawak sepenuhnya sila klik SINI

Friday 10 June 2011

Pinjaman untuk melabur???? Biar betul..






Ok. Kali ini pasal financial pulak.



Aku di tanya pasal pinjaman untuk melabur.



Kan sekarang ni banyak bank offer pinjaman utk pelaburan. Kalau pergi bank saja, kalau tak ramai pelanggan, siap dgn cashier2 sendiri buat sales. Hebat betul KPI bank sekarang yer.



Kepada anda yang tertanya2 samada patut ke tidak meminjam, aku ada jawapan.



Jawapan aku senang dan direct, aku tanya balik dgn soklan:



"Nak menabung ke nak meminjam?"



Org tanya aku, aku tanya balik. Boleh ke macam tu?



Ok guys... kalau nak menabung atau melabur, kena cara menabung atau melabur. Bak kata org biar sedikit2 lama-lama jadi bukit.Kedua, kalau nak meminjam kena cara meminjam. Perlu diingat pinjaman atau loan ada dua jenis. Good loan and bad loan. Pinjaman yang baik dan pinjaman yang jahat.
Oh , yang jahat tu bukan pinjaman kat along. Itu tinggi taraf lagi dari jahat. So, jgn terpikir pun pasal nak pinjam kat along. Kecuali along tu abg atau kakak korang.



Disini aku tak nak tulis pasal along. dah banyak Harian Metro dok gali kes along ni. Entah bila nak selesai aku pun tak tau.



Sekarang ni macam-macam jenis pinjaman. Ada pinjaman rumah, kereta, pinjaman pergi haji/umrah(?). Pinjaman kahwin ada ke tidak? Pinjaman peribadi pun ada. Pendek kata bermacam jenis pinjaman ,,semua ada..



Biasanya pinjaman dibuat untuk meningkat produktiviti, mengembangkan perniagaan, menambah ruang kilang dan sewaktu dgn nya. Ni dikira good loan. Ada value added kat sini.



Kenapa? Sbb kos loan/ debt (kd) ni lebih rendah dari kos modal (ke). Sapa belajar finance tau la . Selalunya kd lebih rendah. Nanti kalau ada kesempatan aku tulis pasal ni. Tapi loan/debt ni macam double edge sword. Kalau kena hit memang kena double whammy!



Ok folks,, aku melalut jauh. Balik kepada persoalan pokok. Meminjam untuk melabur. Patut ke tidak?



Kan dua benda berlainan tu. Mana mungkin pinjaman = melabur.



So fokus dan fokus. Tu yang penting



Nak melabur buat cara nak melabur.



"Ala, pasal tak leh disiplin la aku nak buat pinjaman"



Pulak dah! Dalam pelaburan, apa pun jenis pelaburan. Waima saham amanah atau property atau yg lebih berisiko, disiplin penting. Fokus penting. Knowledge juga penting.




Nak mendapat pulangan kena disiplin. Tak boleh tidak.



Kalau ansuran bulanan boleh dibayar ikut time, kenapa tak boleh buat saving/ pelaburan bulan-bulan.



Point disini ialah:



1.Bandingkan jumlah ansuran yang perlu dibayar.



2. Kalau anda boleh bayar ansuran tersebut, maknanya ada boleh menabung sebanyak itu setiap bulan.



3. Kalau anda boleh berdisiplin untuk membayar hutang, maknanya anda boleh berdisiplin untuk menyimpan jumlah yang sama. INGAT! Kelewatan anda membayar ansuran menyebabkan anda didenda dan mungkin TANPA anda sedari ianya mengurangkan return anda pada masa depan. Silap2 merugikan anda.



4. Kesimpulannya, daripada anda menggunakan duit untuk membayar "Pinjaman untuk pelaburan anda", lebih baiklah anda gunakan jumlah yang sama untuk melabur/menabung.




5. Anda boleh berdisiplin dari apa yang anda rasakan, percayalah. Dan jgn jadikan alasan tersebut untuk membuat hutang. Hanya pihak bank yang menggunakan gimik tersebut. Dan anda jgn terpedaya..



Selamat menyimpan untuk masa depan anda..!!!.cewahhhhhh!!!



Dan jgn lupa tambahkan ilmu pelaburan....!!!




Ini pendapat aku, setakat yang aku belajar dan aku perlu check balik aku punya infor/research/nota....


Kalau ada tambahan dgn ilustrasinya sekali, aku cuba explain lagi....



Asal iklan saja kuat, asal iklan saja kuat!




Hairan. Samada aku saja atau tv aku atau Astro aku.



Asal iklan saja, tetiba tv jadi kuat. Bila masa rancangan berlansung atau drama, agak perlahan.



Kalau nak suruh org dengar iklan pun takkan la volume pada masa iklan tu kuat. Kekadang bingit.. oh mengapakah!



Bagi aku kalau masa movie tu aku/kami boleh dengar, Maknanya iklan pun boleh dengar la kan.




Atau org kat stesyen Tv kurang dengar masa iklan, tu yang dikuatkan.. ermm..


Entahlah!!!

OK, pompuan ni nak mencuba ye...... (Bah. II)

Lanjutan dari “entry” aku yang lepas pasal perempuan ni…. ( Nak tau baca kat SINI)

…ni ha balasan Zaina ke email aku. Zaina kot nama dia. Tak penting dan aku tak nak amik tau.

Aku nak tau modus operandi macam mana kaedah depa ni menipu sampai beratus ribu berpindah tangan.

Kali ni dia siap berhoney-honey lagi. Meloya aihhh. Kat bawah ni email dia sepenuhnya. Kalau tak silap aku ni yang ke3 lah.. sebelum ni ada dia bagi no phone sekali dalam email dia. Mungkin aku dah terdelete.
Email ni kalau Lurvy baca memang mengamuk nih. Yang dia dok pi honey2 ni pasai apa. Kalau dah nak menipu tu nak wat aku teruja ka… Hahahah.. Zaina oh Zaina!

So korang ingat aku nak balas mcm mana.. tolong la bagi point . Aku nak mengayat mungkin boleh tapi tak ada mood tambahan pula terbayang dibelakang semua adalah Pak Hitam dari ceruk mana tah…Aduyaiiiiiiii . Tak selera den…

” I love u so much” konon. Pirahhhhhh!!

Oh ya ni email dia :

Honey and only sweetheart , how are you doing today love? baby....it was so wonderful to read your email knowing that you care so much about me....I LOVE YOU SO MUCH honey ....thank you so much for coming into my life......i have never been this happy before.....you are such a wonderful caring lover that i want to be with....Baby...mmmm. .I want to surprise you my love.....I want to send you a very nice gift as an appreciation for our relationship...to show you how much I love you and how happy you make me.....you are about to receive a wonderful package from me.. dear. .i felt like flying down to Malaysia because every time I read your email....lovely tears stroll down my eyes..........I LOVE YOU SO MUCH BABY”

Isu maid lagi.......

Salam to all .....

Aku terkedu lagi bila ada kes kematian pembantu rumah asing kat Malaysia. Memang ramai org mati pun kat mana-mana tapi kalau sebab yang tak sepatutnya sepatutnya kena elakkan.

Berbagai teori wujud pasal kematian. Aku tak mau jump to conclusion as yet tapi agak menyedihkan.

Aku dah lama retirekan maid aku walaupun aku memerlukan, sementelah lagi family yang ramai...

Harap kalau ada foul-play dalm kes ini, pihak kerajaan ambillah tindakan yang sewajarnya.

Cuma aku hairan kenapa tidak dibenarkan rakyat kita ambil maid dari China> Pernah ada cadangan tapi bingkas ditolak oleh seorang menteri (wanita), kalau tak silap aku. Hujahnya kerana takut suami berskandal dgn maid dari China. ( Baca: Suami Cina dgn maid PRC_ People Republik Of China).

Logik ke hujah tu...

Terkadang aku terdengar ada maid yang tak dibenarkan solat atau berpuasa oleh majikan bukan Islam. Tersirap jugak la darah...

Jadi untuk elak perkara yang bertentangan budaya ni, elok saja cadangan tu disemak kembali. Pasal skandal tu pandai-pandai lah jaga suami yerrrrrrr.......

Mungkin cadangan Global Ikhwan pun elok juga..
Arghhh...cadangan suruh isteri buat baik pun ada yang tentang.. Oh!

Modus operadi penipuan melalui laman sosial




Salam..ingat lagi entry aku pasal pompuan nak try aku..( try tipu)..? Ada lagi email dia balas kat aku..aku pun malas nak layan sangat ..tak sepenuh hati nak mengcungkil taktik dia,,, macam buang masa ja...



Tapi bila-bila senang aku balas email kau ye wahai Zaina...




Ok lah kat bawah ni cara-cara licik mereka untuk nak kelepet org. Biasanya boleh jadi macam bila mangsa rasa teruja/tamak dan nak merahsiakan dari saudara atau kawan2.




So..kalau too good to be true maknanya diaorang tu nak tipu lah..







Bagaimana mereka menipu mangsa - Mangsa berkongsi cerita mengenainya yang kerugian sebanyak RM122,400




....SEPERTI yang diceritakan oleh Aishah (bukan nama sebenar), 34, pensyarah dari Kuala Lumpur kepada Mingguan mStar.






Dua minggu sebelum 21 Mac 2011:
Mengenali warga Libya, Dr Musa, seorang duda menerusi laman sosial. Dr Musa mempunyai seorang anak perempuan. Saya hanya berhubung menerusi panggilan telefon dan emel. Wajahnya hanya dilihat berdasarkan gambar yang dikirim.


Seminggu sebelum 21 Mac 2011:
Dr Musa yang mula menaruh perasaan terhadap saya memberitahu untuk berhijrah ke Arab Saudi kerana pergolakan yang berlaku di Libya. Dia berhasrat untuk datang ke Kuala Lumpur menemui saya terlebih dahulu. Bagaimanapun, saya mengatakan pertemuan hanya sekadar kenalan kerana saya sudah berkahwin.



21 Mac 2011 - Malam:
Saya menunggu ketibaan Dr Musa dan anaknya di KLIA. Bagaimanapun, Dr Musa tidak muncul di balai ketibaan selepas penerbangan tiba pada pukul 10.30 malam.
Satu jam kemudian, saya terima panggilan daripada Siti yang mendakwa dirinya adalah Pegawai Imigresen. Katanya, Dr Musa telah ditahan kerana membawa masuk sejumlah wang yang besar tanpa diisytiharkan.
Bayaran ‘Permit Masuk’ sebanyak RM20,000 harus dibayar bagi membebaskan Dr Musa. Saya panik.



22 Mac 2011 - Pagi:
Saya masih boleh berhubung dengan Dr Musa sepanjang dia ditahan di KLIA (kononnya). Menerusi perbualan telefon, saya dapat mendengar tangisan anak Dr Musa. Sayu rasanya daripada naluri saya sebagai ibu. Saya akhirnya membayar RM10,000 menerusi pindahan wang di bank. Dr Musa dikatakan memberikan baki RM10,000 lagi kepada Siti.
Saya bertanya kenapa dia tidak menggunakan wang di dalam bagasi itu untuk membebaskannya. Dr Musa memberi alasan tidak mahu Pegawai Imigresen mengetahui jumlah wang yang sebenar kerana bimbang akan diminta rasuah. Menurut Dr Musa, setiap bagasi mengandungi wang tunai berjumlah AS$5 juta.


22 Mac 2011 - Tengah hari:
Siti menghubungi saya berhubung dua bagasi milik Dr Musa tidak mempunyai ‘Sijil Anti Pengganas’. Katanya, sijil itu diperlukan bagi melepaskan Dr Musa dengan caj RM16,200 setiap satu. Siti memberitahu dua bagasi itu sudah diserahkan kepada George yang mendakwa dirinya sebagai pegawai di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.



23 Mac 2011:
Aishah memindahkan wang RM16,200 ke dalam satu akaun atas arahan Siti. Bagasi pertama sudah boleh dituntut. Namun kata George, hanya mereka yang berkelayakan saja boleh melakukannya. Dr Musa meminta saya menghubungi saudaranya, Richard yang didakwa pernah berkhidmat di Kedutaan Libya supaya menjadi wakil.



24 Mac 2011:
Bertemu dengan Richard dan Siti buat kali pertama di sebuah hotel di Serdang. Richard seperti warga Afrika manakala Siti bertubuh gempal dan berkulit sawo matang. Richard membawa saya dan Siti ke salah satu bilik di hotel bagi menunjukkan bagasi yang hendak dituntut.
Di bilik hotel, saya menghubungi Dr Musa bagi mendapatkan kod kombinasi untuk membuka bagasi. Perasaan tergamam bercampur panik sebaik saja bagasi dan peti di dalamnya dibuka apabila melihat banyak wang kertas dolar Amerika Syarikat.
Setiap wang kertas tertera dengan cop keselamatan. Menurut Dr Musa, penggunaan cop bagi mengelakkan ia dicuri. Selagi cop itu tidak hilang maka tidak sah untuk digunakan. Richard mengambil beberapa keping wang kertas dan mencuci di bilik air menggunakan satu cecair. Cop pada wang kertas itu hilang selepas dicuci.
Bagaimanapun, terdapat masalah kerana bahan kimia untuk mencuci wang kertas itu beku dan tidak boleh digunakan. Richard akhirnya membawa balik bagasi itu bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Saya biarkan saja kerana tidak berani membawa pulang wang sebanyak itu ke rumah.



26 Mac 2011 - Pagi:
Dr Musa menyarankan saya untuk menebus satu bagasi lagi kerana terdapat cecair kimia disertakan di dalamnya. Saya membayar RM16,200 lagi dan RM20,000 untuk permit masuk mewakili bagasi kedua. Jika tidak, saya perlu membayar AS$84,000 (kira-kira RM240,000) bagi sebotol cecair kimia bersaiz 1 liter.



26 Mac 2011 - Malam:
Saya berjumpa Siti dan Richard sekali lagi di hotel yang sama. Di sebuah bilik, bagasi kedua dibuka mengandungi banyak wang kertas ASD dan satu kotak menyimpan satu botol cecair kimia. Malangnya, botol itu pecah menyebabkan cecairnya rosak. Saya menghubungi George. Katanya, akan cuba mencari jalan penyelesaian.



29 Mac 2011 - Pagi:
George menghubungi saya dan memberitahu pihaknya tidak dapat membantu. Jalan terakhir adalah membeli cecair kimia berkenaan untuk mencuci wang kertas yang berjumlah AS$10 juta. Saya didesak beberapa kali supaya menyelesaikannya dengan segera.
30 Mac 2011:
Siti memberitahu bahawa pihaknya sedang menunggu kelulusan untuk membebaskan Dr Musa. ‘Pegawai atasannya’ berada di luar negara dan hanya pulang pada 1 April. Kemungkinan Dr Musa akan dibebaskan pada hari tersebut. Saya diminta menunggu.




1 April 2011 - Pagi:
Dr Musa masih tidak dapat dibebaskan. Menurut Siti, ini disebabkan oleh konflik antara pegawai atasan yang berkuasa untuk membebaskan Dr Musa dengan pegawai atasan yang meluluskan pengeluaran bagasi. Saya merayu kepada Siti memintanya untuk berbincang dengan pegawai atasan. Siti, menunjukkan reaksi serba salah.




1 April 2011 - Petang:
Saya dihubungi Dr Musa dan dimaklumkan bahawa dia tidak dibenarkan masuk ke Malaysia dan terpaksa dihantar pulang. Bagaimanapun dia perlu dihantar ke negara lain disebabkan negaranya Libya masih bergolak.
Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kononnya keputusan pihak Imigresen sudah muktamad. Dr Musa kononnya dihantar ke London menerusi penerbangan pada waktu malam.



3 April 2011:
Dr Musa memaklumkan bahawa dia kini di London. Dia dibantu oleh seseorang kerana dia tidak mempunyai sebarang wang. Malangnya, selepas itu dia dan ‘kenalan baru’nya ditahan oleh pihak polis dan dihantar ke kem pelarian. Dr Musa merayu agar membantu membebaskannya dengan menggunakan wang miliknya dalam dua bagasi.
Saya tidak dapat membantunya lagi kerana banyak wang sudah dibelanjakan. Wang simpanan sudah habis dan banyak yang dipinjam daripada rakan-rakan. Saya cuba jalan terakhir untuk membuat pinjaman bank meskipun berisiko. Saya fikir, semuanya pasti dapat dibayar balik selepas saya mendapatkan wang semula dari bagasi Dr Musa.




17 April 2011:
Saya, George dan Richard masing-masing bersetuju berkongsi membeli cecair kimia bagi mencuci wang kertas milik Dr Musa. Bahagian saya adalah RM60,000. Saya bayar tunai kepada Richard.




18 April 2011:
Saya menunggu Richard membawa dua bagasi berkenaan manakala George dengan botol cecair kimia. Bagaimanapun Richard dikatakan ditahan oleh pihak polis dalam perjalanannya untuk berjumpa kami. Saya menghubungi George dan Siti tetapi gagal.




25 April 2011:
Saya dapat menghubungi George selepas beberapa kali dalam tempoh seminggu. Saya meminta untuk berjumpa dengannya kerana selama ini hanya bersemuka dengan Siti dan Richard. Namun George enggan dan memberi amaran agar tidak campur tangan. Jika tidak, saya akan menanggung kesannya seperti yang dialami oleh Richard. Saya berasa terancam. Saya menghubungi Siti tetapi gagal beberapa kali sejak minggu lalu.




26 April 2011:
Ditemani oleh seorang rakan baik, saya ke Pejabat Imigresen KLIA untuk mencari Siti. Namun Siti yang dicari sebenarnya tidak wujud. Saya menjelaskan tentang perkara sebenar kepada Pengarah Imigresen KLIA, Mohd Zulfikar Ahmad.
Saya dimaklumkan bahawa saya adalah mangsa penipuan bersindiket. Mohd Zulfikar menasihatkan agar saya melaporkan kejadian yang berlaku kepada pihak polis. Siapa Siti sebenarnya? Saya berasa tertipu dengan permainan Siti, Richard, Dr Musa dan George kerana sudah kehilangan RM122,400.

Wednesday 8 June 2011

Dot dot bukan sebarang dot....


...tapi ianya keriang dot.

ha... sapa pernah dengar? Keriang Dot? Bukan sebarang buah. eh ye ker?

Sebelum tu koramg pernah dengar tak buah keriang? Pronounce macam ni, ghe-yi-ang kalau ejaan aku tu beetul la.

Last year mula berbuah balik pokok depan rumah ayah aku.Dah lama tak berbuah.. Last ssekali sebelum last year tu aku rasa dah lebih sepuluh tahun. memang susah nak cari sekarang. Sekurang-kurangnya kat tempat aku la.

Dulu masa pi nat, masa aku kecik-kecik, satu tin dua kupang. Last aku ingat jumpa org jual satu tin 3 ringgit...tu pun sepuluh tahun lepas...agaknya

( Nat= pasar sehari/pagi. Bahasa kedah / pengelih dan kawasan sewaktu dengannya. Biasanya seminggu sekali)

Rasa.
Rasa manis-manis kelat. Kalau nak manis tu mesti betul-betul ranum. Oleh kerana warnanya hitam sukar juga nak tentukan yang ranum betul. Kecuali yang muda berwarna hijau kemudian merah dan seterusnya masa berwarna hitam

Warna kat dalam warna purple. Sampaikan lidah pun bertukar jadi warna purple kalau makan.


Cara makan pula boleh makan begitu saja. Kalau nak best gaul dengan garam dan sedikit gula.

Sekian adanya....

Maharaja Lawak Minggu 10 : Full



Minggu yang padat. Maklumlah cuti sekolah. Ni baru boleh layan maharaja lawak.. Sambil2 tu aku buat la entry kot2 sapa baru nak layan jugak....

Sepah










Jozan









Jambu







R2







Nabil





Friday 3 June 2011

Bacalah.... dan blog pilihan aku.


Aku baru mengeluh dekat seseorang yang rapat dengan aku:
“Dah sebulan aku tak membaca buku.”

Aku rasa ni yang paling lama aku tak habiskan buku atau memegang buku untuk aku habiskan. Walaupun kat tangan aku ada dua buah buku yang menggedik2 suruh aku habiskan ...

Juga agak lama aku tak habiskan masa kat library.
Dan lebih lama aku tak bawa anak-anak pergi library.

Dan malam tadi aku cakap Lurvy:
“Lepas Maghrib bawa anak-anak pergi kedai buku. Belilah buku untuk anak-anak. Lagipun Akmal nak buku kat USS hari tu tak beli sbb kat sini pun boleh dapat” dan lagi murah..

Wohoo. Aku yang tak baca buku, aku suruh beli buku untuk anak. Apa kejadahnya !!!!
Lepas maghrib semalam dari ofis, aku pun singgah kat shopping kompleks dan berdinner la sekeluarga kat luar.

Aku pun tanya:,
“ mana buku yang dibeli:”
Lurvy tunjuk:
“tu ha..dari tadi tak lepas2, sampai nak makan pun dok baca”

Aku tengok.. buku kanak-kanak,, tajuk lebih kurang Ikhtiar hidup zaman dinasour ke purba entah.. Hentam sajalah labu…asal minat….

Itulah hakikat membaca,… Ayat pertama diturunkan..”Bacalah ….

jadi membacalah, menuntut ilmu, berguru dan sebagainya…sendiri mau ingat! Eh tak boleh..kena ingat mengingat….

At least aku sedar diri yang aku tak membaca lately ... (oopss ni dah riak ni) Yang lain-lain macam mana. ?? Aku ada buah buku stand by nih…Kalau aku start pegang dunia lain aku tak peduli sangat. Especially buku John Grisham. Tapi dah habis dah collection dia kau baca, Tu cerita lama… Sekarang ni nak baca biography dan financial .

Dalam pada pada dok nak tulis entry pasal buku ni, aku terpikir dah lama aku tak layan blog Kereta Mayat. Tentu korang semua kenal kan.. Wajib baca blog dial ah, pada pendapat aku…

Sambil baca malu lah pulak kat diri sendiri. Banyaknya ilmu penulis ni. Dan banyak rujukan

Aku baca entry dia yang sekian lama aku tak jengok, ada la entry pasal… mambaca ni…kalau tak silap gaji pertama beli apa..
Oh ya ada member kata gaji pertama nak belanja aku… sampai sekarang pun tak belanja lagi ….Huhuhuu…ok ok..aku gurau ja..malulah wehh tuntut org belanja… jadi ..sebagai gantinya… GAJI pertama tu belilah buku..wokehhhhhh??? tak yah belanja pun tak perr...

ni ha link ke BLOG KERETA MAYAT

Pergilah baca sebelum kita naik kereta mayat…

Tak nak baca blog ni pun tak per..tapi bacalah blog dia..
tapi kalau nak ulang pi mai pi mai kat blog ni..kecil tapak tangan, google earth aku tadahkan ..…wassalam!

Wednesday 1 June 2011

Coretan kunjungan ke Universal Studio




@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Assalamualaikum...
Sudah agak lama tak update dgn coretan. Kekadang update photo-photo yang tak diedit. adakah malas, sibuk atau tak ada idea nak menulis.Entahlah

Time dah larut malam. Biasanya time ni belum tidor lagi. Tadi petang minum-minum jumpa kawan pasal project dan peluang untuk menambah return, bolehla pulak layan budak-budak polis 2 orang. Yep, masih budak lagik kot, baru lepas training kot. Sementara nak tunggu kawan layan dua org ni dulu. Lagipun dua2 org Chemor, adalah sikit persamaan sbb aku sekolah kat Perak.

Macam bagus la pulak siap pesan kat dia org supaya keja elok2.

Oraito..habis intro....ni cerita pi Sentosa Island,, ataupun lebih specifik Universal Studio Singapora serta, cerita pemandu bas Singapore yang kureng hajar..ataupun bodoh atau pun apa pun tak tau.. Eh kasar lak bahasa aku..

Cenggini, aku pg landing kat JB, stay kat JB, kemudian ambil bas Transtar ke Sentosa. Dah plan awal-awal lagi. Siap beli tiket awal. Padahal memang boleh beli dalam bas. Ok yang ni kena tipu dek cashier Transtar kat JB sentral kot. Dia jual semua tiket adult.

Aku enquire la, ada tak tiket kanak-kanak. Yelah anak semua kecik2 lagi 5 org. Katanya tak ada , semua bas ni adult je.. Ok lah sebab nak seat semua aku ambil adult. Tak kisal sangat la pun RM5 je pun dari JB tetapi,,ada tapi ooo,, dari kota singa, SGD 5. Tiket transport saja kalau tak silap RM121 from JB-Sentosa-JB. Bukanlah masalah kalau memang itu harganya. Padahal ada child punya tiket..hampeh betul.Tetapi aku berjaya dapat refund kat SG... kira profesional la diorang kat sana setelah aku complain...

Ok, itu bab lain . Aku nak cerita bab pemandu coaster syarikat transtar yang memang cokia lah,, macam sual dan dot dot dot. Dari JB dia angkut penumpang walaupun berdiri. After CIQ SINGApore, dah, katanya tak leh berdiri. Kesian brother tu. Aku memang nasib baik dah settle cop passport cepat kot, sbb queue aku macam laju la jugak. Bayangkanlah kalau aku kena, dgn 7 org anak memang aku tak puas hati . Dia, brother tu dan beberapa org lagi kena turun kat CIQ Singapore sbb overcapacity kononnya .

Kena suruh turun oleh pemandu coaster tu. Ayoyo..padahal tadi dia yang benarkan org lain naik. Yess.. brother ni naik dari Kotaraya lagi dan org yang squeeze in kat JB sentral amik tempat duduk. Dah yang lain-lain jadi huru hara.. Ini kiasu punya manusia la ni..tahulah geng mana kan..

Boleh anaiya orang macam tu...ini org pun ada! kalau aku kena memang aku mengamuk dalm bas tu. Silap2 driver tu kena tumbuk..seyesss.. Naya brother tu yang naik awal2. Aku cuba bela dia and sound sapa yang memang ada seat dari awal duduk tempat masing2. Tapi jenis kiasu ni, buat dek saja. Aku pun tak perasan sapa yang buat hal, so tak leh pinpoint. Dah org Melayu ni memang terkenal dgn sikap mengalah...malas nak bising2. Aku tatau dia dapat bas ke tak. MUngkin banyak kot bus plying from JB to Sg.

Kejadian ni sedikit mengganggu aku punya mental yang nak pergi bersukaria. Walaupun bukan aku yang kena. Oh sebenarnya nak bawak anak2 pergi, sejak last year punya plan.

So,,, fast forward, sampai Universal Studio (USS) about 10 am.. setelah lebih kurang sejam 20 minit dalam bus yang bernombor PA 9167Z ( aku kena tgk pic untuk confirm number).

Dan hari tersebut adalah Grand Opening. yes 28 Mei 2011 berlangsung pembukaan rasmi kot grand opening. Masa upacara tu aku malas nak berasak2 . Kang hilang pulak dua tiga org anak.. huh!

Fast forward lagi sekali, secara keseluruhannya menarik..yang penting anak-anak enjoy,. Biar kita letih pun tak apa..

niat nak mangambil photo dan shot menarik agak kurang berjaya kerana merisaukan anak2 merayau jauh dari pandangan, end up amik jugak la photo yg mana sempat. Oh ya, aku hampir ketiadaan Memory kad. Kerana aku letak dalam lap top!!! dan tak bawa laptop. Tetapi nak menyelamatkan aku ialah aku bawa sekeping SD memory card yang kononnya backup kalau memory utama penuh. Hasilnya aku set photo ber-resolusi rendah. supaya dapat aku meng-optima-kan SD kad 512 MB aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...