Wednesday, 1 June 2011
Coretan kunjungan ke Universal Studio
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Assalamualaikum...
Sudah agak lama tak update dgn coretan. Kekadang update photo-photo yang tak diedit. adakah malas, sibuk atau tak ada idea nak menulis.Entahlah
Time dah larut malam. Biasanya time ni belum tidor lagi. Tadi petang minum-minum jumpa kawan pasal project dan peluang untuk menambah return, bolehla pulak layan budak-budak polis 2 orang. Yep, masih budak lagik kot, baru lepas training kot. Sementara nak tunggu kawan layan dua org ni dulu. Lagipun dua2 org Chemor, adalah sikit persamaan sbb aku sekolah kat Perak.
Macam bagus la pulak siap pesan kat dia org supaya keja elok2.
Oraito..habis intro....ni cerita pi Sentosa Island,, ataupun lebih specifik Universal Studio Singapora serta, cerita pemandu bas Singapore yang kureng hajar..ataupun bodoh atau pun apa pun tak tau.. Eh kasar lak bahasa aku..
Cenggini, aku pg landing kat JB, stay kat JB, kemudian ambil bas Transtar ke Sentosa. Dah plan awal-awal lagi. Siap beli tiket awal. Padahal memang boleh beli dalam bas. Ok yang ni kena tipu dek cashier Transtar kat JB sentral kot. Dia jual semua tiket adult.
Aku enquire la, ada tak tiket kanak-kanak. Yelah anak semua kecik2 lagi 5 org. Katanya tak ada , semua bas ni adult je.. Ok lah sebab nak seat semua aku ambil adult. Tak kisal sangat la pun RM5 je pun dari JB tetapi,,ada tapi ooo,, dari kota singa, SGD 5. Tiket transport saja kalau tak silap RM121 from JB-Sentosa-JB. Bukanlah masalah kalau memang itu harganya. Padahal ada child punya tiket..hampeh betul.Tetapi aku berjaya dapat refund kat SG... kira profesional la diorang kat sana setelah aku complain...
Ok, itu bab lain . Aku nak cerita bab pemandu coaster syarikat transtar yang memang cokia lah,, macam sual dan dot dot dot. Dari JB dia angkut penumpang walaupun berdiri. After CIQ SINGApore, dah, katanya tak leh berdiri. Kesian brother tu. Aku memang nasib baik dah settle cop passport cepat kot, sbb queue aku macam laju la jugak. Bayangkanlah kalau aku kena, dgn 7 org anak memang aku tak puas hati . Dia, brother tu dan beberapa org lagi kena turun kat CIQ Singapore sbb overcapacity kononnya .
Kena suruh turun oleh pemandu coaster tu. Ayoyo..padahal tadi dia yang benarkan org lain naik. Yess.. brother ni naik dari Kotaraya lagi dan org yang squeeze in kat JB sentral amik tempat duduk. Dah yang lain-lain jadi huru hara.. Ini kiasu punya manusia la ni..tahulah geng mana kan..
Boleh anaiya orang macam tu...ini org pun ada! kalau aku kena memang aku mengamuk dalm bas tu. Silap2 driver tu kena tumbuk..seyesss.. Naya brother tu yang naik awal2. Aku cuba bela dia and sound sapa yang memang ada seat dari awal duduk tempat masing2. Tapi jenis kiasu ni, buat dek saja. Aku pun tak perasan sapa yang buat hal, so tak leh pinpoint. Dah org Melayu ni memang terkenal dgn sikap mengalah...malas nak bising2. Aku tatau dia dapat bas ke tak. MUngkin banyak kot bus plying from JB to Sg.
Kejadian ni sedikit mengganggu aku punya mental yang nak pergi bersukaria. Walaupun bukan aku yang kena. Oh sebenarnya nak bawak anak2 pergi, sejak last year punya plan.
So,,, fast forward, sampai Universal Studio (USS) about 10 am.. setelah lebih kurang sejam 20 minit dalam bus yang bernombor PA 9167Z ( aku kena tgk pic untuk confirm number).
Dan hari tersebut adalah Grand Opening. yes 28 Mei 2011 berlangsung pembukaan rasmi kot grand opening. Masa upacara tu aku malas nak berasak2 . Kang hilang pulak dua tiga org anak.. huh!
Fast forward lagi sekali, secara keseluruhannya menarik..yang penting anak-anak enjoy,. Biar kita letih pun tak apa..
niat nak mangambil photo dan shot menarik agak kurang berjaya kerana merisaukan anak2 merayau jauh dari pandangan, end up amik jugak la photo yg mana sempat. Oh ya, aku hampir ketiadaan Memory kad. Kerana aku letak dalam lap top!!! dan tak bawa laptop. Tetapi nak menyelamatkan aku ialah aku bawa sekeping SD memory card yang kononnya backup kalau memory utama penuh. Hasilnya aku set photo ber-resolusi rendah. supaya dapat aku meng-optima-kan SD kad 512 MB aku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again