Saturday 29 August 2015

Hujung minggu yang panjanggggg..

Long weekend..
Dimulai dengan jogging and brisk walk sambil ditemani anak2.
Lurvy berkursus..hmm masa ni lah pulak.
Anak2 dari pagian dah ajak abah depa lah. Ajak teman jogging..basikal dan roller blade.
Layannnn..
Kalau tak tentu bermalasan kat umah.
Bagus juga exercise sbb mlm tadi miss sessi badminton..
Add caption

Syukur..

Syukur..Malaysia masih aman.
Nan pergi cari bendera hari ni..
Yang ada kat umah habis rosak..
Dah lama..Bawa tengok bola la

Happy merdeka utk semua..
Doakan yang terbaik..

Banyak dah yang jatuh..
Kapal terbang.
Ringgit..

Ayuh Malaysia..terbang tinggi semula..
Tiada istilah putus asa
"Patah sayap bertongkat paruh"

Thursday 27 August 2015

Piala Malaysia 2015 : Keputusan Undian Peringkat Kumpulan

Assalamualaikum bloggers and readers..


Keputusan undian piala Malaysia 2015 sudah diketahui.

Undian ini adalah undian yang baik, menarik dan seimbang bagi semua pasukan. Peluang untuk menjadi juara kumpulan adalah sama, setaraf dengan kedudukan masing-masing yang dianggap “favourite” dalam keputusan liga super (dan  liga perdana). Nampaknya pasukan pilihan boleh menepati ramalan dengan hasil undian sebegini.. Apa pun dalam bolasepak macam macam boleh berlaku.

Dalam kumpulan A, nampaknya LIONXII adalah pasukan pilihan aku untuk menjuarai pada peringkat ini. Terengganu mempunyai kekuatan yang seimbang tapi keutuhan strategi menjadi penentu. Kedah mungkin boleh potong tang kona tapi belum cukup kekuatan sepasukan untuk memberikan keputusan yang baik. Mungkin kedah boleh buat upset beberapa perlawanan ditempat sendiri tapi itu sahaja lah kot pasukan Lang Merah. JDTII mungkin agak jauh prestasi mereka berbanding yang lain.

Kumpulan B bakal menyaksi pertembungan 2 pasukan pilihan, JDT dan Perak. Nampaknya baki pasukan yang ada kurang mampu untuk bersaing, berdasarkan prestasi semasa.

Selangor Sengit.

Cuma nampak sengit dalam kumpulan C, yang terdiri daripada pasukan Selangor, Felda United, Kelantan dan T-Team.
Selangor yang berada di tempat ketiga liga (pot satu) terpaksa berdepan dengan pasukan Felda yang menampakan kebangkitan akhir akhir ini. Dan juga Kelantan yang juga sejarahnya boleh menyengat dalam Aksi Piala Malaysia.

Dalam kumpulan D, Pahang sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengutip mata penuh atau meninggalkan pasukan lain dengan langkah selebar gajah. Lain-lain pasukan agak seimbang dan mungkin Pulau Pinang boleh mebuat kejutan disamping PKNS yang boleh menggugat . PDRM menghadapi tugas yg agak berat dalm kancah Piala Malaysia kali ini

Berikut adalah keputusan penuh undian:




Jangkaan aku pada peringkat kumpulan adalah seperti berikut:


Kumpulan A:

Johan: Lion XII
Cuba nak jadi johan: Terengganu
Mungkin boleh mencelah: Kedah.
Terus berharap: JDTII

Kumpulan B:
Dijangka Johan: JDT
Cuba nak jadi johan: Perak
Mungkin boleh mencelah: ATM
Terus berharap: Sarawak

Kumpulan  C:
Johan: Selangor
Cuba nak jadi johan: Felda United
Mungkin boleh mencelah : Kelantan
Terus berharap: T-Team

Kumpulan D:
Johan: Pahang
Cuba nak jadi johan: Pualau Pinang
Mungkin boleh mencelah: PKNS
Terus berharap: PDRM









Jadual perlawan adalah seperti berikut:

Wednesday 26 August 2015

Bijak kewangan 1 :Penetapan matlamat.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Jom kita bercerita pasal kewangan.

Seperti mana dalam apa-apa projek atau program yang kita lakukan atau akan lakukan, mesti berasaskan matlamat atau niat.

Bab kata omputih  “Starts with end in mind”.


Maknanya : “Mulakan dengan kesudahan dalam apa apa  sahajaa wawasan kita.”
 Aduh, apa punya bahasa aku ni. Lagi susah nak paham dari bahasa Inggeris .

Dalam bahasa mudah: Mulakan sesuatu dengan matlamat akhir kita. Ataupun mulakan sesuatu tindakan dengan niat apakah yang kita ingin capai.

Wowoo.. Niat atau azam ni “very the powerful”.

Cerita 1.
Tentu korang tau cerita seorang lelaki di India menebuk bukit untuk buat laluan. Aku tak ingat detail tapi dia buat kerja tu dalam 20 tahun. Dia tebuk bukit guna tulang empat kerat. Mengangkut tanah untuk membelah bukit supaya boleh buat jalan shortcut.

Sebab apa dia boleh? Sebab dia kata dia boleh. Dia visualize yang dia akan siapkan jalan tu. Sebab susah org kampong nak pi town atau spital, kena pusing bukit tu. JAdi dia kata  nak buat dan dia buat. 

20 tahun tuu, dan dia ada kerja lain juga nak sara keluarga. KAlau tak silap dia mula awal pagi kemudian pi kerja kemudian petang sambung. Semua org kata kerja gila tapi dia boleh.

Itu dia India la kan. Macam2 story ..
Kita ambik pengajaran setakat mana boleh ya..

( Date:17/9/15 ..Edited with the photo from facebook . Source https://www.facebook.com/aliffchannel/photos/pcb.898392346882810/898392230216155/?type=1&theater)







Cerita 2
Kita terbang semula ke tanah air…
Di Malaysia, pernah dengar tak ?pakcik , atuk tua yang simpan seringgit sehari nak pi haji. Seringgit habag hang.. Boleh ka.. Telah terbukti boleh. Tak caya cuba buat.

Ada lagi cerita ada org simpan duit sampai dapat 24 juta. Mungkin boleh. Hampa semua cuba buat, entah2 boleh!
Lagi pun cerita tu pun tak disahkan, Cuma kabar angin. So tak boleh jadi contoh.
Kita guna contoh dua tu cukuplah. Cerita 24 juta tu kita abaikan ye

Jom jom buat kiraan:
Kita guna contoh  orang tekad dan nekad nak pi haji tu dan simpan waima seringgit sehari. Cuba kita kira:

RM1 x30hari x 12 bulan=360.00
Kos haji sekarang ialah RM9,888
Berapa tahun kena simpan?
 RM9,888/RM360 = 27 tahun.

(Alamak 27 tahun lamanya.. Eh kakak kakak , abang abang, cuba pi daftar haji sekarang, berapa puluh tahun kena tunggu. Belum daftar? Baik pergi segera...lajuuuu)

Kena ingat kiraan diatas ialah kalau wang serinngit sehari itu tidak disimpan di bank/institusi kewangan. Ianya disimpan dalam gobok atau bantal dirumah yang tak menjana pulangan ataupun tak di “compound”..

Meh kita kira kalau wang seringgit tu disimpan di tempat yang menjana dividen ( atau bonus) dengan kadar 5% setahun (untuk mudahkan kiraan)

Setelah tekan calculator..heheh …Ianya hanya ambil masa 16 tahun untuk dapat lebih RM10,000.
Pointnya  sini ialah kalau ada matlamat dan kita berdisiplin betul-betul dan  bertekad,!!!
 maka apa yang akan diimpikan akan tercapai

Berbalik kepada bijak kewangan, kita perlu merancang dan set target. Untuk apa penyimpanan atau tabungan kita?
Berikut adalah target2 yg specific:

1.       Untuk pergi haji/umrah
2.       Untuk bayar hutang
3.       Untuk ibu bapa
4.       Untuk pembiayaann pelajaran
5.       Untuk persaraan
6.       Untuk liburan/percutian
7.       Untuk membeli rumah
8.       Untuk berkahwin dan lain2

Ataupun matlamat kita yang umumnya boleh juga kita buat seperti:

a.  nak jadi billionair pada umur 40 tahun.
b. Nak bersara nak berjalan pusing dunia pada umur 50 tahun..


Banyak nya  target nak capai.. MAcam mana ni? Jangan panic. Takpe.. mulakan  sahaja. Step by step..
Just do it!

Menyimpan lah walau seringgit sehari..!!


Tuesday 25 August 2015

Mengambil gambar waktu malam

Assalamualaikum bloggers and readers..
 Lama dah tak amik gambar landscape atau gambar pemandangan waktu malam.
Hari t u kebetulan kamera ada dlm kereta, maka terpanggil utk praktis amali .

Lagi pun lama juga tak outing mengambil gambar. Sibuk bangat kot. Sibuk apa pun tatau lah.


 Yang bestnya amik 4 shots sahaja,  Lampu jambatan kebetulan boleh amik 3 warna

Satu test shot. tak pakai tripod. Jadi blur lah
 gambar malam mesti slow shutter. kena guna tripod lah.

Jambatan Putrajaya

Mungkin ada dust kot  kat lens menyebabkan langit tu nampak bintik dan tak sharp. Ermm..lens pun lamaa tak servis

Friday 21 August 2015

Solekan paling cantik.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Nak cerita pasal make-up pulak. Tapi bukan make-up artis ke apabenda. Eh apahal aku lelaki sibuk nak cerita pasal make-up lak ni.
Dan bukan nak cerita pasal boleh ke tak boleh produck itu ini. Tak tak…Tidak sama sekali.
Tapi aku nak  bagi tau solekan yang macam mana paling cantik.


Tapi sebelum tu , nak bercerita…

Dulu, ddulu la kan..aku ada pergi member kawin. Ye lah majlis kahwin kenkawan entah tahun bila.
Tengok bersanding bagai , makan dan balik. LEpas tu pi la ziarah umah dia tolong-tolong kemas. Tengok bini dia dah tak kenal. Gila punya beza…tak kenal beb. Power of make up!!!
Bukan apa , aku takut sedara sendiri pun mai tanya . Mana pengantin pompuannya. Sbb dah tak kenal. Beza sangat!!

Sama lah sekarang ni bila dlm facebook tengok picta pengantin yg siap bersolek. “Sebelum” dan selepas. !! Biasanya jurumake up atau mak andam yg upkan photo photo sebegini. Samada dengan izin pengantin atau tak tak pasti lah
Aduyai..

Kekadang juru make –up  pengantin ni pun, bila nak up kan make up servis diorang,, gambar “sebelum” tu yang diambil macam tak boleh blah!  Korang imagine la sendiri. Macam mana nak cakap ea.. ok lah direct saja.
Gambar sebelum dengan serabainya, dengan angle yang tah hapa hapa.. dengan zoom jerawat sebesar-besarnya.
Aku kesian la depa yang janji mangsa keadaan. Betol betol kesian. Diorang pun tak pernah postkan gamabr diorang sebegini rupa. Tapi senang2 mak andam naikkan gambar..

Eish.. apa sebenarnya point kat sini.
1.       Bersederhana lah dalam semua keadaan. Jadilah diri sendiri. Kalau jadi org lain suami bukan nak org lain.
2.       Jangan biarkan gambar kita lain sangat dari reality, sama ada masa seserabainya, ataupun selepas bersolek/disolek.
3.       Solekan untuk suami patut melebihi segalanya. Jangan biarkan sangat jurumakeup over kat muka anda. Kerana hanya sehari tu saja dan bukannya utk suami lak, utk pengunjung umum.
4.       Sederhana kan molek….

Entry ni juga terpanggil hasil dari cerita dan berita sebegini yang korang mungkin dah baca. Zaman sekarang mungkin suami/bakal  dah kenal so tak lah surprise beruk kalau make-up bini dah dibuangkan. Cuma sedara saja kot yang  hairan. So biarlah muka kita hamper sama saja semasa makeup atau pun tak de up. Jgn sampai jadi lain sangat naaa. Bukan tak bg bermekap langsung!

Niha cerita dalam paper cutting ni.. tapi ni kes yg ekstrem:



 


Kesimpulannya,, solekan yang paling cantik ialah yg sederhana..

Be yourself. be confident.
Kun ANta



Wednesday 19 August 2015

Wednesday Photo: Winter time..

.Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah ..

Sebenarnya sangat teruja..
External hard disk dah jumpa.
Tempat yang dicari berkali kali tu.. disebabkan keadaan yag terbalik dan berrwarna hitam,sama dengan background laci, maka terlepas pandang walaupun 3 atau 4 kali di cari disitu.

Jadinya bila belek belek salah satu folder, adalah pic yang ni. Rasanya belum di postkan gambar ni walaupun dah tulis story pasal ni sekian lama dulu.kat  sini

Apapun sbb teruja jumpa balik external disk ni makanya nak kongsilah few lagi photo yang rasanya ok juga kot..
Dan masa ni tengah bersemangat nak amik gambar, semua nak di "snap"

Cuma, abaikan lah orang dalam pic yang last..





Tuesday 18 August 2015

Photo and video : Bangkok Blast - Letupan Di Bangkok semalam (Isnin 17 August 2015).

27 orang terkorban
4 foreigner - 2 Malaysians
Letupan yang dipasang di motosikal
Sad day for our neigbour




MAngsa dikejarkan untuk mendapat rawatan

Saat letupan di rakam di cctv

Pegawai penyiasat sedang mencari clue dan bukti
..and the video here




Monday 17 August 2015

Survey nak buat iklan.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Aktiviti hari minggu, mengemas rumah la jawabnya. Ada rancangan nak berkebun kecilan kat tanah sekangkang kera.Pendek kata,nak  kemas  luaran, dalaman dan persekitaran.
Tiba2 di datangi seorang lelaki siap backpack. Terperanjat juga sebab masa tu kat dry yard.
Opps ingat salesman ke apa..

Dia approach katanya nak mintak permission nak ssurvey dan nak proposed kat production dia nak sewa rumah dan sekitarnya untuk iklan kereta VW.

Katanya area situ macam ala English dan western sikit..Sesuai untuk iklan kereta.
Tugas dia tgh riki area yang sesuai untuk shoot. So aku pikir kejap dan decide, oklah survey saja dan kalau apa-apa pahal email lah.

Yang bagusnya dia inform aku dan minta permission bukan macam sesetengah production house main terjah je kawasan kejiranan dan shoot. Tak jumpa pun “penghulu” kawasan. 
Sebenarnya ramai juga buat shooting kat area kami. Shot film la.. Tugasan dan Assignment university la.
Dan dah ada beberapa iklan yang berlatarkan kejiranan di situ.

Apapun privasi nak kena jaga juga..

Dan aku pun kena inofrm dan update persatuan kejiranan ..
So dia pun snap lah photo rumah aku dari luar saja...dalam memang tak "photogenic" . Hahahaha.


blog2shout.blogspot.com

blog2shout.blogspot.com

 Aku macam nak keluarkan kamera aku nak  snap dia tgh beraksi. Tapi tengok kamera dia full frame bagai.Lens wide angle baeek punya.
 Tak jadi la. 
Aku guna Samsung aku je lah. Dia snap rumah aku aku snap gambar dia..lol.
Apapun dia sebenarnya bukan nya confim pun lagi ..Cuma survey.

Sebagai langkah berhati-hati aku pun amik detail  ic dia, amik gambar dia dan detail lain lain.. Ok la kan.

Tapi kalau production house nak sewa memang agak ngeri kan. Sesetengahnya tak beretika dan main belasah je rumah org. Entahlah.. 

Friday 14 August 2015

Sudah mencapai RM4.00 ,,lelong lelong

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ringgit akhirnya mencecah Rm4.00 vs USD1.00.

Anak pun tanya masa nak pi tusyen:" duit kita jatuh ke abah? Sbb ekonomi ke?"

Huh macam mana nak ulas ni nak bagi depa paham,

Macam-macam sebab ..
sebab ekonomi pun ya.
Sebab politik pun ya
Sbb faktor luar pun juga




 Cina "devalue" Yuan

Faktor yang menambah kepada keadaan RM jatuh ni ialah apabila China menilai semula matawang iaitu dengan menurun kan nilai Yuan berbanding USD.
Ini ialah kerana China mengharapkan exportnya meningkat dengan andaian negara lain akan membeli barangnya dengan harga nurah. Ini dibuat kerana mungkin menjangkakan ekonomi negaranya akan menjadi perlahan dalam masa akan datang. Naiknya jumlah eksport menyebabkan permintaan meningkat seterusnya meningkatkan lagi industri perkilangan ( barang untuk dijual ke negara lain).

Namun disebalik kejatuhan nilai RM, ada juga kebaikan atau advantage kepada negara kita atau industri tertentu  antaranya:

1. Perlancongan.
Dengan rendahnya nilai RM menyebabkan kos melancong di Malaysia menjadi murah.Contohnya dengan USD10,000 pelancong Amerika yang datang ke sini boleh mendapat RM40,000.00.
 Sebulan mereka boleh duduk hotel. Berbanding kalau kita nak pi US, RM10,000 dapat USD2,500.00 shj. Duduk 2 hari kena balik.. duit habis.

2. Eksport.
Seperti negara China yang mengharapkan export mereka naik, Malaysia juga mendapat kelebihan apabaila export menjadi lebih murah.

3. Industri perkapalan
industri perkapalan dijangka mendapat kelebihan apabila kos nya dlam Ringgit tetapi mendapat pulangan dalam USD.

3. Getah
Industri getah dan berkaitan juga dijangkakan mendapat manfaat hasil tukaran asing yang menguntungkan

KEBURUKAN
Seperti mana dalam perkara lain yang berpasangan,..kejatuhan nilai ringgit secarai umumnya memeberi persepsi yang tak baik, ianya lebih berfokus kepada bidang2 dibawah

1. Auto.
Seperti biasa harga kereta yang banyak di import akan meningkat selaras dengan kenaikan dollar.

Pengagnkutan udara.
2. Bila mana kos urusniaga diinvois dalam USD, ianya pasti meningkat.e.g harga petrol.

3. Telekomunikasi kerana dianggarkan banyak kos terdedah dalam USD terutama kos capital expenditure. Dan juga nilai payabale atau credit dalam USD.

Apa yang perlu kita buat..
1. Belanja berhemah. Pilih barangan tempatan.
2. Reserve cash utk masa depan. Sbb kemungkinan "inflation pressure" akan menyebabkan barangan naik harga, walaupun barangan tempatan. Ini adalah tekanan harga luaran yang meningkat.
3. Tangguhkan dulu rancangan  ke luar negara, kalau bukan urgent, belian currency asing memberi tekanan lagi kepada ringgit, walaupun bagi kita hanya RM3,000 tapi kalau 100,00 rakyat keluar dan menukarkan ke USD bermakna RM 300,000,000 mengalir keluar.



Wednesday 12 August 2015

Celcom oh Celcom: DIGI pulak kelam kabut offer package baru.

Assalamualaikum bloggers and readers..



Sambung lagik,, erm, bila nak habis bab celcom ni.. ari tu cerita dah dapat sim card.

Actually tak de ilham nak coretkan apa so sambung cerita ni lagi la
Dapat SIM card hari isnin.. ingat mlm nak guna la kan.. tapi balik umah hantar ambik anak tusyen bagai.. tanya Lurvy hp kat mana.. kat bawah kot..erm malas nak turun amik maka sampilah selasa, semalam.

Sesampai saja rumah, dalam hujna lebat terus amik hp Lurvy, buka ,, patah SIM card, amik yang makro saja.. slot dalam HP. Tengok tak de line..loh.

Rupanya ada lagi satu step DIGI kena reactivate ke apa tah..Makanya selagi DIGI tak tutup kami tak boleh guna lagi la...

OOO begitu proses switchingnya..

( Nota: ketika cerita ni ditulis Lurvy dah msg kata Celcom dah boleh digunakan...)

Smlm juga sambil minum2 teh waktu petang  dalam bunyi hujan dan ribut kat rumah, sambil menunggu nasi masak, Lurvy kata tadi dalam pukul 4 DIGI ada telefon. Offer package baru!!

Ermm tu lah depa bila kita switch ke operator lain baru nak appreciate.. Baru nak offer itu la ini la.
Agakya baru dapat notification dari celcom, aku rasa.
.
Dah habis contract punya lama sapa pun tak peduli...
Kita ni sampai email SKMM pasal Celcom ni... baru selesai.
( dan boleh buat entry dalam blog hehehe)

Ok lah chiooo ,,bye


1. Akhirnya Aku complain 

2.Complain yang tiada respon

Tuesday 11 August 2015

RM merosot? Kena tangguuh la nak pi Maldives

Assalamualaikum bloggers and readers..

YEszzaa.. Permulaan baik bagi Man City..

Man City 3 West Brom 0.

Ok ok bukan nak cerita apasal bola tetapi pasal hartanah. Ada pembaca nak aku tulis pasal hartanah especially pasal rumah. opss bukan pembaca tapi kawan "persembangan".

Ok lah disebabkan aku "pakar"lah kononnya. Eh, kita mesti "condifen" dengan diri kita .

 Kalau nak jumpa doktor pun kalau sebut pakar mesti cepat sembuh walaupun ubatnya sama. Namun bila kita bayar lebih dan dia pakar maka secara saikologi nya ada kesan.. Eh, melalut pulak.. Doktor pakar memang pakar. No question about it!! Depa belajar bukan main teruk lagi.


Ok berbalik kepada isu pokok,,cewah. Kalau korang tengok blog ni dari dulu,, Huhu ,,macam lah ada pengikut setia..

Anyway ,, dari dulu sesekali sekala aku ada postkan pasal property iaitu beli rumah baru, amik kunci rumah yang dah siap dan cubaan membeli rumah lelong. tapi tak lah serius nak cerita pasal pelaburan hartanah,

Dalam internet pun banyak cerita pasal ni namun sebagai org yang involve hands-on dari dulu mungkin perkongsian ni banyak manfaat.

AKu nak  banyak fokus kan pasal pelaburan hartanah disamping cerita-cerita yang lain yang merapu merapan..
Stay tune!!!

Sebelum tu lets digress sikit.. pasal ekonomi hari ni...
Satu statement sahaja untuk difikirkan

"Awalnya di alkisahkan cerita pasal hilang Rm42 biliun ( sngaja dieja sebegitu). Banyak kosong kosong kosong.. senangnya tulis 42 biliun.. kini, kita dok sibuk pasal RM2.6 biliun shaja??  Dah lupa ke yg 42 biliun tu?. Takkan dah tinggal isu 2.6 biliun shj..

Fikir-fikirkan..

Ni bukan pasal politik ya.. pasal ekonomi dan keadaan sekarang. Kita jgn lupa pasal 42 biluin yg ditimbulkan dulu ..jgn mudah lupa.. Jangan dok fokus pasal 2.6 biliun shj.. Apapun yang tengah dok siasat teruskan.. ada pihak telah dipertanggungjawabkan. Dont jump the gun..kata org kodiang.

Moga siasatan dapat pencerahan dan org ramai akan paham.

...dan skarang ni risau pasal RM jatuh. Rakyat segenap seantero negara pun risau. Jatuh?? ish ish teruknya. Walaupun beli gula harga sama.. beli minyak harga sama. Tapi semua risau. Patut tak kita risau dan sebab apa??

HAri ni RM3.97 = 1USD.

kesan dia kepada kita orang marhaen.. Kalau nak pi oversea, kalau anak belajar luar negara, kalau nak beli barang import, kereta import...dan suasana tak menentu..
apa guna duit berbiliun kalau hati keluh kisah.. ye tak.

..sapa nak pi oversea pikir berbanyak2 kali kot.. so marilah kita pakat cuti-cuti Malaysia.
Nak pi Maldives kena hold dulu ok..




Pasaran saham pun jatuh. Ada kesan terhadap ringgit..
Bila mana pelabur asing jual saham2 kat Msia.. dapat dalam ringgit.. lepas tu beli USD.. jual ringgit, seolah tanak RM, bila ramai org tukar kepada matawang asing dgn jual RM lagilah beri tekanan pada ringgit

.kalau semua org taknak kira makin murah lah Rm tu..

Tu saja catatan santai hari ni.. nanti kita sambung pasal property..



Monday 10 August 2015

Celcom oh Celcom: Selesai satu part, dah dapat SIm card


Berbalik kepada masalah Celcom aku..
Ok ok terus ke kejadian hari ni lah yaa..
Hari ni si Celcom menghantar SIM card ke ofis.. terima kasih bebanyak.

Aku cuba try test tanya sang penghantar tu.

"Kenapa sampai jadi macam ni..lama sangat?".
Jawapan schema dia: Tak tau la encik.. tu kena telefon Si polan dan polan.

Aku dah agak jawapan macam tu, saja la nak bermesra, org dah hantar sampai ke ofis kan..koranghado?

Flash back sikit.. Hari Jumaat si polan telefon mengatakan aduan diterima dari SKMM .
sbb tu lah mereka bertindak.
Abis tu email aku panjang berjela kena delete ke..

Detail resit dan laporan pun baru dapat dari SK.. (blue cube jalan ampang,) tu pun setelah dtg aduan dari SKMM..

Ropanya email aku dan lapuran aku kat jln ampang tak bergerak pun,, dipendam entah kemana..huhuhuh.
Sib baik aku email ke SKMM..
Yg katanya org Celcom mintak no aku dari Nuffnang pun sonyap sepi jugak..

Apapun org dah selesaikan masalah waima lambat, kita ucapkanlah terima kasih..
tp jgn la buat lagi..


P.s Device tu jangan lupa lak Celcom..
 katanya lepas aku activate nombor , baru dapat device,, tatau la berapa lama pulak..



Cerita pasal Celcom ni:

1. Akhirnya Aku complain 

2.Complain yang tiada respon


Friday 7 August 2015

Apa kata kalau telur kita pecah??

Assalamualaikum bloggers and readers..

Pecah akibat anak- anak....atau diri sendiri ..atau isteri?

Wahai suami-suami.. tentu pernah berlaku bukan..
Telur ditangan, yang milik kita atau bakal milik kita pecah.
Pecah pula akibat kecuaian kita. Kita yang tak pandai menjaga.. Adakah nak membabitkan isteri atau orang.

Apakah tindakan kita.. Sila baca artikel ini

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Kisah suami isteri sanggup beli telur pecah
Suami Isteri Sanggup Beli Telur Pecah, Hukum Tukar Barang Yang Kita Rosakkan Sendiri Di Kedai Adalah Haram

 - Sepasang suami isteri sedang membeli belah bersama seorang anak mereka. Mereka membeli satu tray telur. Si suami mengambil telur dan meletakkan ke dalam troli. Anak mereka yang baru berumur 2 tahun telah memecahkan sebiji telur ayam tanpa sengaja. "Yang, letak balik lah tray telur ini, ambil yang lain. Yang tak pecah. Kalau ambil yang ini, rugilah. Lagipun bukannya orang nampak," beritahu si suami kepada isterinya.
"Harga satu tray telur ni RM9.00. Ada 30 biji. Maknanya satu biji harganya RM0.30. Kalau sebiji pecah maka cuma rugi RM0.30 je," si isteri menjawab. "RM0.30 pun duit juga yang," si suami pantas menjawab. Si isteri kemudian bercerita kepada suaminya. Saya pernah dengar ustaz ada cerita mengenai hisab. Kesalahan paling kecil akan di adili selama 40 tahun. Itu 40 tahun akhirat. Satu hari di akhirat bersamaan 1,000 tahun di dunia. Bayangkan berapa lamanya hisab jika kesalahan lebih besar. Teringat juga kisah seorang alim. Pada suatu hari ada seorang tua yang memikul seikat kayu api. Orang tua ini menyerahkan kayu apinya kepada si alim untuk di jaga sekejap kerana beliau ada hal lain. Orang alim itu menjaga kayu api tersebut. Kemudian beliau merasa ada sisa makanan melekat di giginya. Orang alim itu mengambil serpihan kayu api yang dijaganya untuk mencungkil giginya. Setelah orang alim ini mati. Kawan beliau bermimpi yang beliau diseksa di alam barzakh. Kawannya bermimpi mengenai perkara tersebut beberapa hari. Kawannya bertanya "kenapa kau di seksa, sedangkan kau seorang yang alim". Orang alim itu menjawab "aku telah mengambil serpihan kayu api dari seorang tua, tetapi aku terlupa untuk minta halal. Kau tolong jumpa orang tua ini dan minta halal kayu apinya bagi pihak aku". Kawan orang alim ini berjumpa orang tua yang dimaksudkan dan meminta halal bagi pihak si alim. Sejak hari itu beliau tidak lagi bermimpi yang si alim ini diseksa. "Jika kita meletakkan telur yang pecah ini dan ambil yang baru, sedangkan anak kita yang memecahkannya berapa pula nilai yang kita perlu bayar di akhirat kelak. Sedangkan harganya di dunia cuma tiga puluh sen," si isteri menasihati suaminya. "Betul kata awak tu, apa sangatlah RM0.30 di dunia ini. Kalau kita tukar telur lain, tak pasal-pasal kena seksa di akhirat." Pasangan suami-isteri itu pulang ke rumah dengan membeli satu tray telur. Sebiji telur dari tray itu sudah pecah. Mereka akur dengan nilai sebiji telur. Sila share jika bermanfaat.

Tarikh- tarikh Peperiksaan SPM, UPSR dan PT3,Tahun 2015

Assalamualaikum bloggers and readers..


Aku ni kena simpan tarikh penting ni.. Sebab kalau nak plan apa mesti kena google tarikh peperiksaan yang penting.

Kalau nak buat aktiviti ofis ke outing ke, nak plan cuti kena refer tarikh2 sebegini untuk perancangan:



Peperiksaan
Kaedah
Tarikh
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)Bertulis
8 - 11 Jun 2015 (Dah LEPAS)
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)Bertulis
8 - 10 September 2015
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Pelbagai Instrumen
Geografi: 21 Jun - 3 Julai 2015
Sejarah: 5 - 16 Julai 2015
Lisan

Bertutur: 4 - 28 Ogos 2015
Mendengar (BM): 11 Ogos 2015
Mendengar (BI): 12 Ogos 2015
Bertulis
12, 13 & 15 Oktober 2015
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Lisan
27 - 30 Julai 2015 dan
3 - 6 Ogos 2015
Bertulis
19 - 21 Oktober 2015 dan
26 - 27 Oktober 2015
Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV)Bertulis 
12, 13 & 15 Oktober 2015
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Bertulis 
2 November - 8 Disember 2015
Tertakluk kepada pindaan oleh  Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wednesday 5 August 2015

Setelah mencari..aku mula panik.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Aku dah mula panik...kalau ada panic button macam kat bank tu memang aku dah tekan.
Tapi cuba men cool kan diri juga.
Kerana aku rasa ianya tidak hilang dan masih berada disekitar aku.
Mungkin salah letak ,,mungkin anak main
Mungkin juga aku simpan dan tak hengat..almaklum ..faktor usia. huhuhu

tapi aku pasrah.
Kalau hilang memang tak berganti.. 
tapi kalau itu tertulis aku redha.
Sesuatu benda tak tak ada nilai bagi org lain tapi bagi kami..

Aku telah back-up semua gambar dalam external hard disk.
Jenis Western Digital 500GB.. 
Baru ja last week..
Kemana pulak letaknya

Aku , bila tengok photo2 lama terusik dek kenangan.
Oh macam ni rupa Aisya masa kecik. Yasmin.
Danish, Akmal, Najmi. Angah Along.

dan aku baru juga wassap gambar2 anak2 masa kecil kat Lurvy.
Juga dibebel dek Lurvy. Print la gambar2 tu.
dan aku nak print la ni bila perasan HDD tak de.

Lebih malang nya HDD tu ada password.

Hanya kerana nak menjaga aurat keluarga kalau org lain terjumpa
Kalaulah ditakdirkan jatuh, org lain tak leh bukak dan cari owner. Hermm
Ada masalah kat situ.

Tapi insya Allah, aku akan jumpa. 

Gambar last dalam tu folder hari raya..

Ni pun amik dari FB sendiri


Ps Selamat hari raya semua


Tuesday 4 August 2015

Celcom oh Celcom: "Complain" yang tak mengundang respon

Assalamualaikum bloggers and readers..

Celcom oh Celcom..


Aku telah email complain aku kan  . Namum takdak respon pun!!!
Huish ni tahap over ni. Tak sensitip langsung..Call Celcom pun tak leh settle.. Pergi counter dan mintak settlekan pun tak jalan.
Email pun tak jalan.
Hebat betul Celcom ni. Memang dahsyat ni.. Buat perangai degil depa.. ke jenis buat dek je. Lantak la nak complain pun complain lah .. Tak luak pun customer. Agaknya lah.

Sedikit progress.

Cuma setelah aku postkan complain aku  dalam blog ni. Next day ataupun selang sehari kot. Nuffnang call.
Kata staff Nuff tu Celcom mintak phone number aku. Hah???  ( Macam mana Nuffnang masuk ini filem)
Sebab kata Mr Jason, celcom baca komplen aku dah mintak no contact. Huyo celcom boleh pusing satu round mintak nomboraku  kat Nuff padahal aku ada kot email detail aku kat depa.
Yang bagusnya Nuff mintak permission aku. Aku ok saja asalkan boleh settle.
Nak juga aku beri no account bank  aku ,,kot kot la derma RM 2.6billion tu juga boleh masuk sikit, Tapi Nuff tak mintak pula..Tak pa tak pa duit setakat ni cukup atas rezeki Allah.
Namun hingga ke saat ni.. tiada call pun dari celcom.. Mungkin tengah bukak kertas siasatan. Jangan sampai ke sampai sisatan diraja sudah.  Ni Cuma kes RM167.48 ( termasuk GST). Rounding adjustment RM0.02 menjadikan jumlah RM167.50 sahajaaaaaa.

Progress ke2
Oh ya. CFM  dengan taq line mereka 'Hak Anda, Keutamaan Kami' telah membalas email aduan aku semalam 3.8.2015.
CFM ialah Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia (CFM).:
Kami ingin mengucapkan terima kasih atas aduan tuan/puan melalui Portal Aduan CFM berhubung isu 'Kualiti Perkhidmatan / Poor Service'.

Untuk makluman tuan/puan, aduan tersebut telah dirujukkan kepada penyedia perkhidmatan yang berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut. Pihak penyedia perkhidmatan bertanggungjawab untuk memberi maklumbalas dalam masa 7 hari dari tarikh aduan dibuat dan maklumat yang diperlukan diterima.

Sekiranya tiada maklumbalas diterima dari Celcom, sila maklumkan kepada kami. Aduan ini juga boleh disemak melalui Portal Aduan CFM di complaint.cfm.org.my.

Terima kasih CFM

Respon Celcom? Tarak.
Taktau kenapa? Mungkin tak de line..huhuhu

Kita tunggu saja..
Alang- alang  report kan, ( dan dah tulis blog ni, nyesal pulak masuk blog)  aku akan  proceed to the next step and next step..
Nest stop tribunal pengguna mungkin. Ye lah bila lagi kita nak belajar masuk tribunal ni kannn



See how lah…

Monday 3 August 2015

Sempadan paling pelik dalam dunia.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sempadan paling pelik dalam dunia.

Negara A dalam Negara B dalam Negara A dalam Negara B.

Macam nak explain pun memang mengelirukan. Tapi inilah satu-satunya situasi yang pelik. Dan ianya pun telah berakhir.
Benda ni berlaku di mana lagi.... kalau bukan berlaku di India dan negara bersempadannya, Bangladesh..

Namun
Keunikkan ni berakhir sudah.

Ianya digelar “3rd order enclave”. Dan Negara yang terlibat adalah Bangladesh dan India.
Ringkas nya begini . dalam Negara Bangladesh ( ish apasal la aku story pasal Bangla ni)..anyway,,ulang semula, dalam Negara Bangladesh ada  tanah milik daerah Negara India. Dalam  daerah tu pula ada pulak Tanah Bangladesh ( Negara Bangladesh). Dan, yang bestnya dalam tu ada pulak  tanah India (Negara India).. Tudia…




Ataupun macam ni..
 ada satu tanah India dikelilingi oleh Negara Bangladesh yang mana terletak didalam Negara India yang terletak dalam Negara Bangladesh.. MAcam ada ala-ala cerita Hindustan atau cerita Tamil atau cerita urdu sikit..
Kisah benar ni..Apapun telah diselesaikan kemelut ni setelah 70 tahun. Maka tamatnya 3rd order enclave yang satu-satunya dlm dunia..
NAk cerita pun takut korang pening... dan salin dua tiga pasang baju ( macam cerita Hindustan) pun mungkin tak habis cerita pasal ni.

 Korang google la "3 order Enclave" atau "Dahala Khagrabari".

Sekian.


P.s. Negara India dalam Bangladesh dalam India dalam Bangladesh memang pelik tapi aku tak risau. Risau kot2 ada  Bangladesh dalam Malaysia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...