Wednesday 26 August 2015

Bijak kewangan 1 :Penetapan matlamat.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Jom kita bercerita pasal kewangan.

Seperti mana dalam apa-apa projek atau program yang kita lakukan atau akan lakukan, mesti berasaskan matlamat atau niat.

Bab kata omputih  “Starts with end in mind”.


Maknanya : “Mulakan dengan kesudahan dalam apa apa  sahajaa wawasan kita.”
 Aduh, apa punya bahasa aku ni. Lagi susah nak paham dari bahasa Inggeris .

Dalam bahasa mudah: Mulakan sesuatu dengan matlamat akhir kita. Ataupun mulakan sesuatu tindakan dengan niat apakah yang kita ingin capai.

Wowoo.. Niat atau azam ni “very the powerful”.

Cerita 1.
Tentu korang tau cerita seorang lelaki di India menebuk bukit untuk buat laluan. Aku tak ingat detail tapi dia buat kerja tu dalam 20 tahun. Dia tebuk bukit guna tulang empat kerat. Mengangkut tanah untuk membelah bukit supaya boleh buat jalan shortcut.

Sebab apa dia boleh? Sebab dia kata dia boleh. Dia visualize yang dia akan siapkan jalan tu. Sebab susah org kampong nak pi town atau spital, kena pusing bukit tu. JAdi dia kata  nak buat dan dia buat. 

20 tahun tuu, dan dia ada kerja lain juga nak sara keluarga. KAlau tak silap dia mula awal pagi kemudian pi kerja kemudian petang sambung. Semua org kata kerja gila tapi dia boleh.

Itu dia India la kan. Macam2 story ..
Kita ambik pengajaran setakat mana boleh ya..

( Date:17/9/15 ..Edited with the photo from facebook . Source https://www.facebook.com/aliffchannel/photos/pcb.898392346882810/898392230216155/?type=1&theater)







Cerita 2
Kita terbang semula ke tanah air…
Di Malaysia, pernah dengar tak ?pakcik , atuk tua yang simpan seringgit sehari nak pi haji. Seringgit habag hang.. Boleh ka.. Telah terbukti boleh. Tak caya cuba buat.

Ada lagi cerita ada org simpan duit sampai dapat 24 juta. Mungkin boleh. Hampa semua cuba buat, entah2 boleh!
Lagi pun cerita tu pun tak disahkan, Cuma kabar angin. So tak boleh jadi contoh.
Kita guna contoh dua tu cukuplah. Cerita 24 juta tu kita abaikan ye

Jom jom buat kiraan:
Kita guna contoh  orang tekad dan nekad nak pi haji tu dan simpan waima seringgit sehari. Cuba kita kira:

RM1 x30hari x 12 bulan=360.00
Kos haji sekarang ialah RM9,888
Berapa tahun kena simpan?
 RM9,888/RM360 = 27 tahun.

(Alamak 27 tahun lamanya.. Eh kakak kakak , abang abang, cuba pi daftar haji sekarang, berapa puluh tahun kena tunggu. Belum daftar? Baik pergi segera...lajuuuu)

Kena ingat kiraan diatas ialah kalau wang serinngit sehari itu tidak disimpan di bank/institusi kewangan. Ianya disimpan dalam gobok atau bantal dirumah yang tak menjana pulangan ataupun tak di “compound”..

Meh kita kira kalau wang seringgit tu disimpan di tempat yang menjana dividen ( atau bonus) dengan kadar 5% setahun (untuk mudahkan kiraan)

Setelah tekan calculator..heheh …Ianya hanya ambil masa 16 tahun untuk dapat lebih RM10,000.
Pointnya  sini ialah kalau ada matlamat dan kita berdisiplin betul-betul dan  bertekad,!!!
 maka apa yang akan diimpikan akan tercapai

Berbalik kepada bijak kewangan, kita perlu merancang dan set target. Untuk apa penyimpanan atau tabungan kita?
Berikut adalah target2 yg specific:

1.       Untuk pergi haji/umrah
2.       Untuk bayar hutang
3.       Untuk ibu bapa
4.       Untuk pembiayaann pelajaran
5.       Untuk persaraan
6.       Untuk liburan/percutian
7.       Untuk membeli rumah
8.       Untuk berkahwin dan lain2

Ataupun matlamat kita yang umumnya boleh juga kita buat seperti:

a.  nak jadi billionair pada umur 40 tahun.
b. Nak bersara nak berjalan pusing dunia pada umur 50 tahun..


Banyak nya  target nak capai.. MAcam mana ni? Jangan panic. Takpe.. mulakan  sahaja. Step by step..
Just do it!

Menyimpan lah walau seringgit sehari..!!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...