Saturday 31 December 2016

Aku tak akan daki Bukit Broga lagi.... Inilah yang terakhir!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..



Kali terakhir daki Broga..

Memang benar aku tak akan mendaki Broga lagi.. Itulah kali terakhir. Tadi ..pukul 8 pagi ..


Syok tengok dua beradik berborak

Peneman yang aktif



Gaduh pun kuat juga..sembang kemain

Balik dari Broga aku terus ke hospital buat Physioterhapy. Tangan aku masih lagi tak baik. Punya lah kena pulas dan diurut, ditekan-tekan bahu aku.
Telah berbulan stop main badminton dan squash. Doktor suruh rehat lagi  6 minggu. Dia beri last warning yang terakhir last week.  6 minggu. Yeazza , maknanya minggu ni tinggal lagi 5 minggu. Pergh membilang hari tu..

Berbalik kepada Broga.

Memang tak mau panjat dah..sebabnya:

                Ramai orang. Sampah banyak
Dengan ramai orang, dengan sekarang dikenakan caj. 
Atas tu sampah dibuang.  Banyak sampah terutama botol botol air.

Sudah dikenakan caj?

Oh ya caj seringgit sorang pendaki juga dikenakan sekarang ini. Ramai mengeluh . Entah tetiba ada tol kata sukarelawan. Sebabnya ada org beli tanah sedikit yang menjadi laluan pendakian. Singgit ja bro.. haiyaa. Kalau aku sefamily.
Entah dia hak dan kebenaran sapa la pulak.

  End of 2016

Riadah aku lately hanya dengan mendaki, sebab tangan injured. 
Berakhir tahun 2016 dengan sakit dan sakit. Tak pernah2 MC tahun ni tetiba kena denggi. Bukan nak mendabik dada tak MC, semua tu anugerah Allah. 

Tetapi kalau tak sakit taklah kita akan merasai nikmat sihat. Maka aku diuji ( sebab Allah sayang hambaNya) dengan demam denggi. 

 Bak kata Shamsul “ Kau ingat kau siapa?”. Terus MC berhari hari!!

Tiada yang boleh merancang sebaik-baik Allah. Maka hujung-hujung tahun aku sakit muscle tangan . Kena MRI dan kena jumpa physioteraphist. Udayai dia rengkuh tangan macam betulkan wayar yang bereselirat agaknya.
Mana tempat dia sentuh aku sakit. Sakit bukan kepalang oiiii. Aku tahan je sakit tu , lagi dia kuatkan lagi. Terangkat terangkat juga kaki.

 Ingat aku tak sakit kot. 

Terfikir juga dalam hati, Adakah aku perlu menjerit baru dia tahu aku sakit?  Tahan je lah. Aku memang camtu, tak tunjuk emosi walaupun nak menitik air mata menahan kesakitan.
Denggi 10 hari aku cuti. Kesan masih terasa. Badan masih lemah. So nak kembalikan fitness cara mudah, hiking Broga.

Dan memang aku takkan daki Gunung Broga lagi TAHUN 2016 ini. Akan diteruskan lagi masa depan 2017. Kalau umur panjang..

Orang sangat ramai?

Memang best kalau orang ramai.. lagi la meriah. Membuat anak2 bersemangat.

Caj?

Mana ada free dah zaman materialistic ni kan. Kena la bayar. Parking dan caj masuk. Semua orang nak niaga juga. So kena hadapi lah.
Dikala entry ini ditaip pun dapat message minyak naik 15sen seliter untuk ron95. So  inilah dunia kita hidup zaman la ni.

Banyak sampah.?
Boleh la. Tapi mentality rakyat Malaysia akan berubah. Seyesly ada hope di sini. Hari tu aku tengok ada 2 orang dok kutip sampah bawa turun.
Tadi aku pun buat.. setakat muat beg galas kecik aku.N nanti aku harap orang lain terutama anak2 aku pun ikut aku buat . Orang lain tu maksud aku budak budak muda yang buang botol depa sebelah aku!!!

Kesimpulan > MEMANG KALI TERAKHIR AKU PANJAT BROGA DAN TAKKAN PANJAT LAGI DAH..untuk tahun 2016. Last tahun ni sebab nanti dah masuk 2017.. wohahaha

Physio tu memang dah buat appointment. Outward rotation bahu dan lengan aku yang terhad dan stiff muscle buat kan pergerakan aku ada sedikit masalah...dan kena lupakan badminton dan squash untuk beberapa waktu.
..... Kena sabar, kan separuh dari imannn

Jumpa lagi di tahun 2017.



7 hari ke tahun baru #7

Assalamualaikum bloggers and readers..


Untuk hujung tahun ni inilah rangkuman dalam blog bermula 25 Disember hingga #1 Disember

Masa ni nak habis pusing  Eropah mengikut plan aku,sebelum sampai ke Airport di Belgium untuk ke UK..Ni kira driver dah lemah dan lesu..  penat tetapi masih teruja. Tengok ni tangan pun kena ditarik ketika duduk dan nak berehat. Lurvy kata jom jom bergerak...
Cool la yang....




No 7:

Luxemburg

Aku perlu berehat...

Friday 30 December 2016

7 hari ke tahun baru #6

Assalamualaikum bloggers and readers



No 6

Lupa nama tempat
:)
Please name this place!!!


P.s Sebenarnya ku tahu..setelah tengok catatan


Sepatutnya turun dekat Grinderwald ( nama macam watak  filem Lord Of The Ring)
Tapi terturun dekat Grund..
GRUND RAILWAY STATION >>SWISS


PIC NO:

#No 1

#No 2

#No 3


#No 4

#No 5



..
Jalan jalan dululah Ala ala Dilwale
Luvthis pic

Thursday 29 December 2016

7 hari ke tahun baru #5

Assalamualaikum bloggers and readers..


NO 5

TOP of Europe
Jungfraujoch
 Switzerland
#Dingintapitetapmembara



# No 1

# No 2

# No 3

# No 4

7 hari ke tahun baru #4

Assalamualaikum bloggers and readers..

Memandu dan mencari perkampungan antara dua jurang. Dimana air terjunan melungsuri dari celahan batu.
Akhir nya ketemu di sini:



No 4
Lauterbrunnen, Swiss



#bawalahkupergikemanasaja










 #NO 1

#NO 2

#NO  3



Me and my dream machine..(p.s kereta sewa toqqq)

Wednesday 28 December 2016

7 hari ke tahun baru #3

Assalamualaikum bloggers and readers..

NO. 3

Neuschwanstein Castle
Schwangau, Germany


#selamanya mencintaimu

Tuesday 27 December 2016

Monday 26 December 2016

7 hari ke tahun baru #1

Assalamualaikum bloggers and readers..
Aku rangkumkan blog ni untuk ni dengan gambar yang aku cuba tiru gaya seorang blogger dan photographer lain. ( tak ingat namanya)

Dalam trip aku ke Europe aku cuba snap gaya sebegini dan nak "share"
tangan aku sahaja yang nampak dalam photo-photo sebegini.


No 1.

Good Morning Paris!!
#Selamanyacinta




P.s god nite all. now 2 am. Bila buka blog tak hengat..terus update untuk 7 hari ..pic gaya sama.. different location



Sunday 25 December 2016

Mendaki Broga kesekian kalinya

Assalamualaikum bloggers and readers..


Kembali beriadah selepas diserang demam denggi dan terlantar lebih kurang 10 hari.

Nampaknya badan masih lagi lemah.. Sebab "MRI" semalam ke apa pun tak pasti.

Namun oleh kerana Bukit Broga ni agak rendah dan sesuai untuk riadah yang ringan maka boleh a sampai kepuncak.

Orang makin ramai dan meriah. Parking macam ada pertambahan lot-lotnya.
Gerai pun ada 2 atau 3 dekat pintu masuk.
Dan kejutannya ada bayaran untuk naik ke Broga. Tak pasti siapa yang ada autoriti untuk mengutip bayaran, tuan tanah atau persatuan alam sekitar ka apa nama tah.

Kadarnya RM1.00 seorang dan maybe hujung  minggu mencecah RM2000 atau lebih. Aku tak pasti siapa mereka namun harapnya orang yang berhak kutip dan digunakan untuk kebaikan dan penambahbaikkan persekitaran Bukit Broga.


Satu riadah yang best dan badan makin segar selepas mendaki..

Kena repeat nih...

Gambar sekitar pendakian ( wuh, macam la daki Kinabalu atau Everest lagaknya tulis blog ni)

Ada tali disediakan sekarang ini seperti photo dibawah. Makin mudah pendakian


My treking buddy,. Awat hari ni pakai baju Chelsea..adoiii

Anak-anak yang lain sampai dulu

Selisih dengan Aisya yang nak turun dah..panassss katanya




  Menuruni Bukit Broga...

Saturday 24 December 2016

7 hari ke ke hujung tahun

Assalamualaikum bloggers and readers..
1

Undergo some procedures today.


update (setelah melaui MRI procedure):

Sebenarnya aku kena buat MRI atau Magnetic Resonance Imaging,
Satu procedure yang tak pernah aku lalui dan tak pernah terfikir akan lalui.

Pengalaman:
Ala...senang ja .. Salin baju ,baring dan masuk dalam kebuk tu: fikir ku

Memang senang, Macam tu la prosedure nya. Tetapi aku rasa lain macam bila berada dalam tu.
Sangat sempit...melengkung dan 6 inci ja atas kepala. 

Okay, memang macam ni la keadaannya, aku menenangkan fikiran. 
Layan je lah...

Bab nak baring dalam tu kacang je..dengan selimut elok, econ pun rasa nyaman ja.

Tetapi,,,
Bunyi masa scan tu yang ..Ya Allah tak dapat dibayangkan
Amat menjengkel kan.bunyinya
Aku pun cabar diri aku takkan bunyi macam ni reaksi badan aku pelik. Macam bingit dan tak tertahan.
Adakah aku kaluastrofobic ( ketakutan dalam tempat sempit)? Rasanya tak.
Aku boleh ja layan kesempitan dalam tu.

Tapi dengan keadaan kita tak boleh bergerak.. Atau aku disuruh tahan pergerakan buat aku keliru , confius dan rasa mual.
.serius!

Sat dan dua scanning yang pertama aku ok..then bila last part yng bunyi tu aku gelisah.
Bunyinya buat aku tak tahan.. amcam ada refleks otot bila bunyi yang last tu.

Aduyai..aku tak leh control..rasa rimas dan ada flich pada otot yang hendak di "MRI" tu.
So fail lah sbb ada pergerakkan.
Sampai 3 kali baru berjaya...


Lesson learned:
Tu baru ruang sempit macam tu.
kalau lubang kubur..
Ya ..kat headfon dipasang ayat dari surah al Quran..
Memang baik sangat, boleh kita bayangkan dalam kubur.
Dengarnya setengah tempat depa pasang lagu Opiq..
Dengan sempit dan tak boleh bergerak,,,

Apatah lagi kalau himpitan yang merapatkan kedua tulang rusuk.



Shout to myself: Adakah sudah bersedia?

Thursday 22 December 2016

Pasal ASB: Sedikit maklumat untuk dibaca

Assalamualaikum bloggers and readers..

Pulangan atasi kadar inflasi

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya dan pasti ketika ini ramai ternanti-nanti jumlah agihan pendapatan yang akan diumumkan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Dengan jumlah pelabur sekitar 8 juta orang, sebanyak 26 peratus rakyat Malaysia melabur dalam ASB.

Justeru, sudah pasti agihan pendapatan ASB menjadi antara pengumuman yang amat dinantikan pelabur.

Sebagai pelabur, kita mengharapkan ASB memberi pulangan tinggi sama seperti tahun sebelum ini atau ketika era 90-an apabila dividen ASB sekitar sembilan hingga 10 peratus setahun.

Namun, sebelum berbicara lanjut mengenai pulangan ASB dan unjuran pulangannya tahun ini, lebih baik kita mengenali apa itu ASB dan sejarah penubuhannya?

ASB adalah unit amanah namun kerana cirinya yang unik seperti ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit dan pelabur boleh melabur dan mengeluarkan wang pada bila-bila masa, ramai melihatnya seperti simpanan dalam bank.

Oleh kerana keupayaannya memberi pulangan purata sekitar lapan peratus sejak dilancarkan pada 1990, ASB dilihat mempunyai keupayaan luar biasa untuk memberi pulangan sedemikian setiap tahun kepada pelabur.

Namun di sebalik pulangan kompetitif setiap tahun, sebagai sebuah tabung unit amanah, prestasi dan pulangan tahunan yang diberikan ASB kepada pelabur pastinya menerima kesan daripada prestasi pasaran saham dan persekitaran ekonomi dalam dan luar negara.

Oleh kerana ASB berada dalam kategori tabung ekuiti, ia melaburkan kira-kira 70 peratus daripadanya dananya dalam pasaran saham dan sehubungan itu, sebagai pemegang unit amanah ASB, kita sewajarnya mengharapkan pulangan yang selari dengan prestasi pasaran saham dan persekitaran ekonomi negara pada tahun ini.

Namun, tahukah anda, ASB dan unit amanah harga tetap lain yang ditawarkan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah unit amanah yang tidak ditawarkan di mana-mana negara lain.

Seorang penasihat kewangan yang dihubungi berkata, masyarakat Bumiputera amat bertuah adanya ASB dan sewajarnya menggunakan peluang pelaburan itu untuk membina kekayaan dalam tempoh jangka panjang.

Seperti yang dinyatakan tadi, perkara paling menarik mengenai unit amanah harga tetap ini ialah modal pelabur kekal pada RM1 seunit berbanding unit amanah biasa yang harganya berubah setiap hari.

“Ini bermakna apabila melabur dalam ASB, pelabur menanggung risiko yang rendah kerana mereka tidak akan kehilangan modal pelaburan. Kehilangan modal pelaburan adalah risiko yang perlu ditanggung dalam semua pelaburan lain termasuk unit amanah harga berubah, pasaran saham dan emas.

“Pada masa sama, pelabur menerima agihan pendapatan yang boleh dikatakan tinggi berbanding instrumen lain yang sama cirinya seperti deposit tetap atau simpanan bank yang memberi pulangan antara satu hingga empat peratus,” katanya.

Pulangan ASB sentiasa mengatasi kadar inflasi semasa dan ia pasti membantu pelabur melindungi nilai wang mereka.

Pulangan ASB juga selari dengan kadar pinjaman bank (BR) yang ketika ini berada pada kadar purata 6.6 peratus.

Dengan kadar agihan pendapatan yang diterima setakat ini, pelabur sewajarnya mengekalkan pelaburan untuk jangka panjang dan melaburkan semula agihan pendapatan yang diterima untuk menggandakan pelaburan dengan lebih pantas.

Beliau berkata, mengeluarkan agihan pendapatan yang diterima tanpa sebarang keperluan mendesak menyebabkan pelaburan tidak berkembang sebaiknya.

Oleh kerana pelabur hanya menanggung risiko rendah apabila melabur dengan ASB, seharusnya matlamat jangka panjang seperti membina tabung persaraan menjadi pegangan pelabur.


Pada masa sama, pelabur juga boleh merealisasikan matlamat jangka sederhana seperti perkahwinan, membeli rumah, membesarkan perniagaan dan pendidikan anak dengan mengeluarkan jumlah yang diperlukan saja.

* bukan nukilan empunya blog. 
copy pasted...

Thursday 17 November 2016

Mengalah

Aku akhirnya mengalah.  Tidak tertahan lagi
Setelah seminggu cuba dan mencuba...  Utk stay strong!
 Kemudian minggu ni beri masa utk keadaan makin elok..
Nampaknya makin parah.  Its fails me..  Aku cuba presevere.. Tapi akhirnya aku mengalah...
Tiada daya melawan ketentuanNya..
Tidur pun susah.. Bawa kereta menahan kepedihan..  Namun amanah tetap cuba dipikul.

Hari aku terbaring di klinik.  Kesakitannya terlalu kuat.  Bahu ku mcm nak tercabut..
Mengangkat kertas untuk sign pun dan semak pun is a task.

Sakittt sangat...  Sampai demam!  Menggigil badan.  Doktor bagi ubat tahan sakit... Siap cucuk!  Wohhh..
 Aku rasa tahan toleransi terhadap sakit agak tinggi, tapi aku mengalah...
Yess  i quit.  I need to refer to specilist.

No 2 ways about it.

Tuesday 15 November 2016

After you...

Time shows 12.09 midnight.
The battery of this laptop could hold about 15 minutes the most.
Maybe i ll let it die like my hope is dying


I looked like an idiot this evening. Twice.

.Waiting for uncertainty, that was one.
.being kept waiting. but  I persevered.. 
Everybody waiting for something/ someone in life.

It might  comes on the right time..i might not on the right time
Or it might just came and went by,, the two  paths were just crossed and continued their own journey..
..., somewhere in time..
But you should feel happy  it came and passed through your life.
even though..
sometimes(again)
Let  us wish that the crossing point stops there..


 ...(oh the idiotness).and another one telling something shouldn't have told, and being laughed at. Yes..  by "kid." Come on. 
Hey ..just kidding 

Take it easy..!!

Sometimes ..something should be kept by myself.
Idiot.. Why let it out.?
It was not relevant...

If that was a game,, i lost.!!
oh by the way , i am willing to lose if it makes  the world happy.
.
.why not...
But if that was the game?... must it to have a winner and loser.?
and..More pertinent question..was it a game? Oh my.. i dont thik so

However, u can also be winner when losing.. Yes.
Take a loss honorably..a hope for the best.. in whatever circumstances..

Telling from the heart that matters. 
Your mind want to block it out. 
But your never can lie to your heart..

And i let it out.. 
out not so loud but it clear,..
Nothing more clearer than that..






p.s  what i was mumbling about..  let just keep  reading..











Friday 11 November 2016

Manchester !!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari ni terfikir nak tukar header blog setelah sekian lama tak tukar dan setia pada header yang sama...Hahaha

Alang-alang meminati Manchester City elok abadikan kat blog ye  tak..?  Kat header je pun


Oh ya ..belum post lagi perjalanan di Manchester..

Tapi enjoy the pics dulu ya..









Aku adalah peminat Manchester  City but not Pep.. hahahaha.. 

tapi tengok dulu macam mana dia manage team..
setakat ni team selections dan game plan agak kelam kabut.. dia rested sesetengah player yang patut main.. 

Tak boleh bertahan dengan gol atau gol-gol yang telah dijaringkan.. 

Kekadang 3 mata hilang macam tu saja..walaupun menguasai malah mendahului..e.g lawan West Brom..

Rasanya  philosophy Manuel Pelegrini lagi best...

Apapun beri masa dia dulu.. moga Manchester City boleh juara EPL ..

dan ya Manchester is Blue!!






Dalam pada begitu aku menjengah juga Theater of Dream at Old Trafford. home of MU. 

Sebagai peminat bola,kena appreciate musuh tradisi atau rival yang bukan sikit kejayaan mereka..


Tentang Pokemon, Chia Seed, Donald Trump dan ...

Bismillah...



  1. Akhir-akhir ini dok cerita pasal Chia seed(?). Sekurang-kurangnya adalah dua tiga kali muncul kat FB la, nak jual la , cerita pasal khasiat la.
  2. Ermmm,,,dulu dok meletop pasal daun rerama, khasiatnya serta harga sepokok dan lain-lain. Ramai ..seyes, ramai yang cari.
  3. Entah apa pulak akan timbul selepas ini yang mungkin ada khasiat itu dan ini.
  4. Mungkin perkara perkara ni timbul sebab kita manusia tak kira bangsa nak penyelesaian atau kesembuhan yang segera, dan tak mahu bersusah payah berubat. Semua mahu cepat.
  5. Kalau dengar benda ni boleh sembuhkan penyakit, tanpa soal selidik terus viral atau terus beli.
  6. Bukan salah ye, usaha cari kesembuhan atau cari ubatan, tapi masalah timbulnya hanya seketika.  Tiada dibuat ujian secara medikal atau saintific.Ketika panas dan meriah orang sibuk , semua dok cari lepas tu makan pun idak. Itu masalahnya.
  7. Takkan makan sekali atau seminggu terus baik. Kena lah istiqamah dan bersederhana, Makan makanan baik baik yang kita dok makan sehari-hari dan makanlah makanan tambahan spt  madu dan amalkan secara sederhana.. should be fine.
  8. Waima ubatan doktor pun yang jelas arahannya pun orang nak "skip". Ingat makan sekali dua dah baik. Follow up pun tak pergi . Macam mana doktor nak tolong.Kalau kita tak tolong diri sendiri..Senaman dan riadah ada tak kita amalkan?
  9. Pokemon pun sama..sudah pupus ka???
  10. Pavlova? Durian crepe? Daun jarum mas? Jus mengkudu? 

Trump Triumphant
  1. Akhirnya semua dah berakhir... dan Trump telah menang.
  2. Bagi aku, keputusan tak lah diluar jangkaan sebab ada dua kemungkinan sahaja siapa yang menang..ye lah 2 saje pun calonnya..dan peratus sokongan pun dari survey awal asyik bertukar-tukar ataupun tiada trend yang menjurus siapa yang pasti menang.
  3. Cumanya pihak-pihak liberal dan media yang asyik momokkan dan begitu yakin Clinton akan menang. Mungkin sebab dia seorang wanita dan ramai yang menyuarakan keterujaan "Wanita" akan menang dan Amerika akan mendapat Lelaki Pertama ( First Gentleman = Bill ) setelah Hillary jadi President. Hahahaa ha..
  4. Semua underestimated Donald Trump... sebab dengan skandal berbagai. Tapi persoalannya akan American begitu perihatin tentang isu moral ni? Man mungkin kan...
  5. Isu moral telah diatasi dengan  isu-isu pekerja, cukai, kebajikan dan "kekitaan" yang cuba diekspolaitasi oleh Republikan. Contohnya menghalang imigran dan Muslim masuk Amerika serta deportation orang Mexico.
  6. Pola  kempen adalah seperti Amerika untuk America sahaja dan agak tertutup dan ianya berhasil!!. Tentu pengkritik berasa pelik kan...dalam ke"terbuka"an rakyat Amerika, mereka memilih isu isu  yang seolah-olah "menutup" era globilasi , samada dari segi ekonomi atau pun pergerakan secara bebas  (freedom of movement) manusia. ( i.e isu imigran).
  7. Tetapi percaya lah semua akan ok.. sebab itu isu Amerika. Yang kononnya akan jadi "Great Again" dan keadaan stock market  yang jatuh dan naik pun adalah reaksi manusia...sama seperti Chia Seed di atas..Chia chia chia!!!

Divert sikit ..

Dan rumah aku ....terkini dah siap.. boleh amik kunci ..Alhamdulillah.




Saturday 5 November 2016

Sudah nampak bunganya...

Assalamualaikum bloggers and readers..
Pepagi melayan dan meninjau ninjau pokok dan yeayyyy..
Dah berbunga dan dah ade buah..
Alhamdulillah..

Layan pokok boleh juga tenangkan fikiran dan elok utk mata..

Wednesday 2 November 2016

Denda di China akibat silaukan mata orang

Assalamualaikum bloggers and readers..

Akibat suka suka hati pasang "high beam"
Pemandu di china didenda tenung lampu selama seminit.
Baru ada akai..
good,,,
Especially yang kereta yang pakai lampu  terang gilos..
Dah la kereta mahal..lampu amat terang..apakah buta ke..

Sampai orang pun naik berpinau menahan panahan lampu kereta mereka..



Ni "ubat" dia

Monday 31 October 2016

Tahniah Kedah!! Cuba lagi Selangor! ( cuba ja tau, jangan sampai menang)

Assalamualaikum bloggers and readers..



  1. Aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kedah dan juga Selangor yang mempamerkan permainan yang menarik dalam perlawanan akhir semalam.
  2. Bukanlah game terbaik dalam Super League ka Piala Malaysia ka , tapi kalau level final tu kira ok la, menarik la jugak.
  3. Sebabnya kedua dua pasukan tak terlalu merencanakan tektikal dan strategi yang nak menang ja, sebaliknya main secara terbuka dan masing masing terus berusaha mencari gol.
  4. Walaupun Kedah mendahului tetapi tidak sampai bertahan sampai bosan,
  5. Selangor dengan "pengalaman dan laman" (tempat sendiri di Stadium Shah Alam), tak berupaya mendapat manfaat dari kelebihan tersebut. Gerakan serangan Selangor nampak tajam walaupun Kedah banyak menguasai. Tu yang cemas..
  6. Cuma tahun ini tahun Kedah untuk jadi juara dan kegembiraan untuk penyokong yang dok jauh mai ke Shah Alam. Dengan lori bagai.
  7. Tapi depa ni kalah pun tak ralat sangat walaupun kecewa, menang kira bonus,,sbb kalau dah minat tu sokong jugak lagu mana pun.. Thorbaek!!!... la Penyokong Kedah.
  8. Hampa teruskan sokongan nooo.. Kalah menang tetap setia
  9. Awat aku dok koi tulis bahasa Kedah.. Heheh sebab aku orang Kedah, Anak anak semua ic tengah nombot 10. rakyat selangor depa semua.  Tapi sokong macam abah..
  10. Biar jasa jadi kenangan nooooo. Jangan dok gaduh pulun habuan pulakkkk.. jemmm la penyokong kalau ada isu gaji la , tak puas hati la, Raikan kemenangan elok elok naaa,
Sekian..
Hampa cuti, aku kerja juga...


Gambar dari FB Kedah FA dll dan google..satu gambar pun aku tak snap!!

Piala Malaysia 2016 (Medal)









Wednesday 26 October 2016

Nak habag mai, semua orang ada masalah..

Assalamualaikum blogger

1. Dari petang berviral berkenaan seorang lelaki Melayu Islam bunuh diri terjun jambatan Pulau Pinang(Jambatan ke2)

2.Nauzubillah.. moga tak benar. Dan moga kita semua dijauhi dengan perbuatan sebegini.

3.Kalaulah benar,kalau..

4. Aku masih terpempan dengan kewajaran dan solusi serta cara beliau bertindak mendepani  masalah yang dihadapi.

5. Kalaulah betul, adakah sebegitu senang cara selesaikan masalah.???
Ya ya...masalah dia di dunia mungkin selesai, tapi di "sana" macam mana nak jawab.

6. Kalau lah benar, ...Apakah dengan tindakan beliau boleh selesai masalah anak, isteri dan keluarga??. Tidakkah rasa sedikit kasihan dan terfikirkah kesan kepada mereka yg di"tinggalkan".

7. Jika itulah pertimbangan kewajaran tindakan beliau, aku bimbang orang lain menjustifikasikan bahawa itulah caranya nak selesai masalah. Nauzubillah..!

8.Kita boleh mengaitkan dan mengikat semua benda lain ke dalam masalah kita kalau kita mahu. Nanti terdengar ada orang merompak sebab masalah Palestin?
Logik ka?
Memang politik , ekonomi Malaysia ada masalah , secara mikro ka makro, perception ka dll. Memang masalah haru biru tapi jangan bawa masuk hal masalah kita ( eg masalah rokok seludup, ye lah kan, dah buat salah orang tangkap la) 

9..Rungkaikan masalah kita diperingkat sepatutnya. Jika masalah A..cari lah solusi utk A. Berbincanglah...sbb semua orang ada masalah. Orang kaya pun mungkin banyak lagi masalah.

9. Nanti hal dunia pun jadi "point" atau sebab orang lain nak buat salah.

10.Masih berharap tak betul...huhuhuhu. oh dunia dunia








Monday 24 October 2016

Tahniah .....

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sabtu berpagian lagi bangun dan bersiap. Aku dengan songkok siap. Aduyai.. mestilah bersongkok kan.. Dah majlisnya begitu. Etikanya berkehendakkan begitu. Kita kena lah ikut. Karang tak tertunai pulak impian..Hehehehe..

Aku ada pilihan baju Melayu atau pun baju formal ja,, Tapi kena bersongkok.. Pergh

Hari sabtu kot. Tapi hari ni special bagi aku dan Lurvy. Kad jemputan pun dah settle. Lurvy sangat teruja. Aku lagi la kan..

Pukul 7.00 sudah kena sampai. Nanti ada banyak masalah. Mungkin.

Dalam kereta " Konvo jugak ye , Yang..."

Lurvy: "Eh, mesti lah!, kenapa dengan jugak tu.."

Alamak salah sebut...
Aku nak puji .
Patutnya straight tu the point " Tahniah yang  , berjaya dapat Masters"

Ayat  jugak tu maknanya, berjaya lah dia dengan perih jerih. Dengan tak de pembantu , Dengan kelola hal rumahtangga dengan perangai anak2, makan minum depa nak uruskan. Dengan perangai aku..

Dengan ada break lebih kurang 1 semester semasa pergi menunaikan haji.
Dengan kekadang semangat belaiu hilang, muak, jemu tengok thesis, yang mana aku nak bantu pun aku jenis Masters yang tak dak thesis. Kurang la boleh bantu.. Boleh la tolong translate sikit-sikit ..Hehehe nak tumpang jugak

Makanya bertungkus lumus lah dia memalam mengadap laptop.

Perghh, memang nampak agak impossible. Tapi Lurvy berjaya!
Aku kagum la,, 




Maka aku pun menemani ke majlis konvo untuk sessi pertama. Para graduan bakal dianugerahi oleh Yang Mulia Chancellor Sultan Selangor.


....Tu yang kena bersongkok ..
namun , hermm ada separuh kot tetamu lelaki tak ikut protokol. Entah lah...

Lama juga tak jadi jurufoto bebas ni maka disebabkan Lurvy yang konvo maka kamera DSLR kembali beraksi..

Lurvy: " Beria-ia pulak bergambar konvo kali ni ye"
Aku:" Lantak ler..lepas ni nak kena PHD la pulak kot. Kalau sanggup..."

Ada berani?

Dua dua diam..

Apapun.. tahniah my dear wife. I am proud of you..coz i know i was very tough.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...