Monday 24 October 2016

Tahniah .....

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sabtu berpagian lagi bangun dan bersiap. Aku dengan songkok siap. Aduyai.. mestilah bersongkok kan.. Dah majlisnya begitu. Etikanya berkehendakkan begitu. Kita kena lah ikut. Karang tak tertunai pulak impian..Hehehehe..

Aku ada pilihan baju Melayu atau pun baju formal ja,, Tapi kena bersongkok.. Pergh

Hari sabtu kot. Tapi hari ni special bagi aku dan Lurvy. Kad jemputan pun dah settle. Lurvy sangat teruja. Aku lagi la kan..

Pukul 7.00 sudah kena sampai. Nanti ada banyak masalah. Mungkin.

Dalam kereta " Konvo jugak ye , Yang..."

Lurvy: "Eh, mesti lah!, kenapa dengan jugak tu.."

Alamak salah sebut...
Aku nak puji .
Patutnya straight tu the point " Tahniah yang  , berjaya dapat Masters"

Ayat  jugak tu maknanya, berjaya lah dia dengan perih jerih. Dengan tak de pembantu , Dengan kelola hal rumahtangga dengan perangai anak2, makan minum depa nak uruskan. Dengan perangai aku..

Dengan ada break lebih kurang 1 semester semasa pergi menunaikan haji.
Dengan kekadang semangat belaiu hilang, muak, jemu tengok thesis, yang mana aku nak bantu pun aku jenis Masters yang tak dak thesis. Kurang la boleh bantu.. Boleh la tolong translate sikit-sikit ..Hehehe nak tumpang jugak

Makanya bertungkus lumus lah dia memalam mengadap laptop.

Perghh, memang nampak agak impossible. Tapi Lurvy berjaya!
Aku kagum la,, 




Maka aku pun menemani ke majlis konvo untuk sessi pertama. Para graduan bakal dianugerahi oleh Yang Mulia Chancellor Sultan Selangor.


....Tu yang kena bersongkok ..
namun , hermm ada separuh kot tetamu lelaki tak ikut protokol. Entah lah...

Lama juga tak jadi jurufoto bebas ni maka disebabkan Lurvy yang konvo maka kamera DSLR kembali beraksi..

Lurvy: " Beria-ia pulak bergambar konvo kali ni ye"
Aku:" Lantak ler..lepas ni nak kena PHD la pulak kot. Kalau sanggup..."

Ada berani?

Dua dua diam..

Apapun.. tahniah my dear wife. I am proud of you..coz i know i was very tough.







1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...