"Kini aku mengerti, manusia akan lupa apa yang telah diucapkan, juga akan lupa apa yang telah mereka lakukan, tetapi tidak akan pernah sesekali lupa bagaimana anda menyentuh hati dan perasaan mereka"
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Sentuhlah hati mereka
dengan penuh keikhlasan ,,
dengan penuh kasih sayang.
Kerana ianya:
Mampu menggerak halangan yang terbesar dalam kehidupan.
Mampu membasahi hati yang kontang..
Mampu menjernihkan jiwa yang lara..
Mampu menghembuskan nafas yang terluka.
Mampu menghela keyakinan yang patah
Mampu mencantum remukan naluri yang berkecai.
Mampu mencairkan batu yang pejal..
Mampu menghidupkan cinta yang mati..
Mampu menyuluh mengenal diri
Sentuhlah hati-hati mereka..
Dari kejauhan atau dipinggir diri
Dari belakang atau berhadapan..
Sentuhan hati datang dari hati yang luhur.
Tidak bisa hati yang kecamuk memegang erat hati yang lain..
Sentuhlah..
Sentuhlah ketika masa di pihak anda..
Sebelum masa melangkah pergi..
Sebelum jasad tiada isinya..
.ns 12.10.2016
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again