Friday 29 April 2011

Dilemma...

Assalamualaikum....
Aku kini dalam dilemma, untuk apa aku menulis blog ni. ?? Terkadang aku keliru. Persoalannya, aku tulis blog ini sebagai untuk peringatan diri, catatan diri aku, diary aku ataupun untuk log kehidupan aku???Atau aku menulis blog ni untuk menarik perhatian org membaca... Tujuan asal untuk yang persoalan yg pertama tetapi kekadang kita nak juga org tau pasal kewujudan blog kita....

Oh ya kekadang aku berfikir apa yg org akan fikir bila membaca tulisan aku?? Aku tak sensisitifkah kepada reality sebenarnya atau aku sekadar meluahkan pandangan , tanpa pedulikan apa org nak kata??

Sepanjang aku meninjau dan melewati blog2 org aku melihat pelbagai jenis watak, perwatakan diri mereka yg mengundang pelbagai persoalan terhadap penulisan dan penulis blog masing. Tetapi sekadar itu sahaja kerana aku sentiasa tidak mahu membuat andaian/ atau tanggapan , jauh sekali untuk membuat judgement terhadap empunya.

Moto aku kalau nak komen komen terhadap idea dan penulisan dan bukan komen terhadap empunya. Challenge the IDEA and not the OWNER. Aku sekadar mencari ilmu utk hidup dan kehidupan. Mati dan kematian.

Bab kata pepatah aku “” tepuk dada Tanya akal, masakan yg baharu boleh sempurna”

Dan untuk ini aku akan terus membiarkan dilemma aku berterusan.

Thursday 28 April 2011

Orang Melayu suka mengikut, terikut dan kena angkut????



Assalamualaikum my blog... and blogger. Boleh ke bagi salam kat blog.??? hahaha.
Ok sebelum aku post entry yang aku rasa agak panas ni .( cewah) aku nak tanya sapa tau blog tu apa dia...dari mana asal nye...ooo semua tau kan..

Ala senang punya soalan lagi mau tanya??? yang tak tau jawapannya ada di bawah.

Senang saja maaaa..ala kita kawtim saja lorrr..cincai lorr... .boleh aa tokeyyy???

Ok,, nindia ... betitik tolak dari soalan-soalan poyo di atas,

yang ada "maaa"... "lorrr" dsbgnya..inilah entry aku:
____________________________________________________

Org Melayu suka meniru dan mengikut. ooppss ada yang tak setuju, bagus boleh bangkang, Tengok macam perbualan kat atas tu.Apasal kita ikut dialek Cina bila bercakap dgn org cina Malaysia?? Sebab 1Malaysia?? Aih sebelum ni 1Malaysia wujud pun dah macam tu..dlm citer P Ramlee rasanya dah gak kot...

Kalau dalam perkataan lain kita ni "accomadative".

Ok la macam tapi cuba bayang dialog ini:
" you jalan terus sana, sampai situ simpang aaaa,, u kona sama itu kanan... belakang kalu u nampak itu kuil aaa.... kemdian u nampak itu kedai mamak kan..sebelah dia jugak ada . Senang juga maaaaaaa"
( nota penulis: Ayat tu mungkin aku exxagerate, tapi harap korang semua dpat idea dan hujah aku)

Tak ka haru orng melayu cakap kat org india macam tu,, Nasib baik tak geleng kepala sekali. Mungkin unik perwatakan Melayu ni. Mungkin pengajian Melayu kat UM ke boleh buat kajian tentang ni.

Kenapa, kenapa, kenapa kita macam tu. Awat tak cakap bahasa Melayu seperti kita dok cakap dgn kawan kita. Tak kira la longat daerah ke apa, sekurang-kurang bahasa perbualan kita. Ni tidak kita pulak kena convert slang macam org Cina dan India cakap bahasa MElayu.. Ok dah bab bahasa..korang nak komen ke dipersilakan...

Ok ni bab artis la pulak.. Mungkin bukan zaman aku tapi isunya kenapa ikut cara org raikan artis depa? MAcam ni lah, nak minat tu memang boleh, lantaklah. Tapi awat nya buat poster macam budak-budak gedik kat US tuh.. ( mau blog aku ni kena pelangkung kata gediks, Sapa terasa sorry... sapa mau komen dipersilakan).

Banner berbagi bentuk pulak tu:::Marry me!! Marry us...!!! dan berbagai lagi... main tulis saja...syok nye ayat-ayat dia.. Tak pk ke masa tulis apa maksudnya. Atau suka mengikut??? Kan tajuk dia Melayu suka ikut.... Entah lah.

Lagi satu yg pi konsert yang tiket ratusan ringgit tu ramai gak org Melayu. Teruja la kannnn boleh pergi konsert.. (Eh boleh pi, ikut suka la,,, duit memasing.kata mereka)

Tapi cuba renung andaian aku ni. Pendapatan perkapita org Melayu mungkin separuh dari kaum lain, tapi yang sanggup spend kat hiburan maybe org melayu kot ramai.

Contoh pulak kat Pavillion yg dok beli barang kat butik ramai org bukan Melayu kot Tapi nak juga kita ke Pavillion,,, buat apa??? tengok wayang ..huh teruja tuh!!! Tu aja yang mampu..Nak tengok wayang boleh tapi nak hebat sangat tempatnya..

Ok2 aku banyak membebel pulak.. aku ada "disclaimer" lah.. Tak semua la nak hiburan semata.. Ramai Melayu ni banyak duit jugak.. Perbincangan aku ni secara ilmiah dan ingin mencetus pemikiran di kalangan khalayak.

Ni belum lagi tiru artis,, tiru fesyen...lagu

Ada jugak yg tak setuju kot dgn "statement" >>ramai Melayu suka terikut2, mengikut dan ramai jugak kena angkut....

Pesanan aku satu saja kalau nak beli barang ke aper ke dgn bukan Melayu apa salahnya ckp bahasa Melayu seperti kita dok ckp dgn kawan.. ( ekk..asal nak beli barang je dekat bukan Melayu)

Biarlah kita jgn mengikut tetapi jadilah sebagai contoh yg diikuti...

ok aku stop dulu..
Assalamualaikum,,,,,, maaf kalau terkasar bahasa, terusik minda, terguris jiwa...

p.s
Oh ya blog berasal dari Web Log. (Weblog)..maka jadilah "blog"

p.s II
Kawan aku ada kata: dah la Tanah Melayu tak dak, jadi Malaysia pastu jadi pulak 1Malaysia

Monday 25 April 2011

Kedah kalah..dan bergaduh...apa?? gaduh????

Aku tak beli paper hari ni....,,erm semalam..ahad 24/4/2011.. tengok berita pun tak..tapi terjumpa pulak kat blog kes kdh bergaduh...lwn harimau muda A

pulak dahhhh!!!! kenapa yer.. Kalau bergaduh berpunca dari kedah, tu taraf kedah E la...
mana boleh,,main bola main dah ler... gaduh2 tak pro la beb...walau pun negeri aku...
Aih ..hampa ni tak boleh kalah ker..kalau gaduh menang ok la..ni kalah dgn budak2 muda lak tu..wat malu beb..


apa pun main dgn semangat kesukanan...winning is not everything..."""
Aku terjumpa kat sini

Sunday 24 April 2011

Photo collection : Alam Impian , Outdoor to Indoor

Hari ni ke Alam Impian. Mengemas apa yang patut. Rumah bakal pindah milik tak lama lagi. Sentimental tak? memang la syahdu..banyak jugak kenangan kat rumah tu.. Anak-anak pun cukup suka kalau ke sana..
Tapi kekedang emosi tu tu kena letak sebelah. Yang penting objektifnya....


Oh ya...kalu pergi situ yang seronoknya anak2 yang nak pergi tasik... Nak main skate board..ODw ke rumah singgah tasik dulu.

Jadi aku pun mengambil kesempatan untuk buat outdoor shooting.

Tapi punya la payah. Banyak kekangan nak amik photo kanak kanak ni.. Tak duduk diam.. nak nak abah sendiri yg jadi photographer..

dah lama mentari makin meninggi.. Dan aku tau masa ni bukan optimal untuk berfoto di luar.. Ketinggian matahari menyebabkan banyak bayang....dan aku pun berpeluh-peluh. apa pun hentam je lah labu. Lagi pun,,,Aku dah siap tripod, reflector DIY... maka percubaan dan latihan diteruskan....





Macam exposure terlebih nih..tapi ok jugak






F.A





Edited....




Susahnya nak suruh pose...







mana dia orang pergi ni....






Farah kepanasan...pergi duduk bawah pokok







berskate board..(crop)






berpeluh-peluh








berehat dalam rumah.... peace!



Mengenai aku dan blog...





Tepat 1.00 pagi. Tadi aku post satu photo sekadar menghilangkan keboringan kat Luguk ( oh ya Luguk adalh blog aku satu lagi) . Kemudian aku rasa nak tidor.. Lately memanjang aku tido kat depan tv.
Dan selalunya TV tengok aku. Sebab apa, sebab aku malas nak angkat anak2 masuk bilik...so dengan aku2 tido kat bawah. Lurvy complain pulak...
Ok, sebenarnya aku nak hampir nak shut-down laptop ni. Tetiba teringat nak check sejak bila aku on blog ni. Ah‘a ye aku pun tak pasti sbb ianya bukanlah satu tarikh yang penting untuk aku ingat. Banyak lagi benda yg aku rasa aku perlu ingat esp birthday sebanyak-banyak. Ramai tau...

So aku pun back to past , tengok balik first posting.. Tarikh nya 26/4/2010.. huh hampir satu tahun blog ni wujud, punya lah lama. Masa tu ianya sekadar diary je kot..suka2. Hanya 3 posting("entry") dalam bulan April 2010, kemudian May sebanyak 6 "entry"..

Selepas tu melangkau hingga bulan October, itupun 1 entry. Yang aku mula galak (boleh ke guna galak) menulis dalam bulan November dan Disember. Masing2 19 dan 26 "entry".

Total 2010 hanyalah 55 "entry" sahaja....Tahun ini saja baru bulan April dah 127 entry.

Apapun hampir setahun blog aku diputerakan.. Tapi aku rasa aku aktif berblog baru 6 bulan kot... sejak November lepas... aku tak tau kenapa turning point aku minat blog ni......

Dan masalahnya time2 macm ni aku baru boleh menulis..huh 1.30 pagi dah..... i need to sleep..!!!!
JUmpa lagi posting seterusnya....

Saturday 23 April 2011

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011


Poster dari PNB website. Sila click poster untuk maklumat lanjut


Jom beramai-ramai ke Stadium Indra Mulia untuk " Minggu Saham Amanah Malaysia 2011" yang sedang berlangsung..
Org Tambun ke. Cemor ke Kuale Kangsor ke.. moh kiter....

Jgn bako le pulak yerr......




cari kawan teman kat saner...Abe Yob Man.... tentu dia boleh nolong ape yang patut..




tak pun sesiapa bertugas kat sana,, semua sentiasa membantu..




Jgn lupa tambah pelaburan yerrr.


Banyak maklumat berguna untuk semua..tak lupa hadiah menarik

Gym, Maju Highway dan Follower.

Gym

Pergi ke gym lagi sekali, dah siap2 dengan beg yang lengkap. Anak letak reket dia orang sekali. Kah kah sampai 4 batang raket. Macam apa jer. Patut la berat. Kira kalini siap satu persalinan la.. Jadi berjaya meningkat prestasi spt yg diinginkan. Jarak 2,5 km.. ok la tu kan, kalau 10% improve baru 2.2km.. ni dah 25%. ..


satu beg penuh....
memang screen treadmill ni blur..ada plastik aper taktau




Maju Highway..

Korang tau kan Maju highway ( ke Expressway tah) kat mana? Dengan adanya Maju ni senang sikit aku sampai destinasi ke tempat kerja. DUlu ada satu saja laluan Smarttag (ST). Sampaikan lorong “Touch n Go” dan tunai macam lagi laju saja. Lepas tu dipasang nya dua lorong ST. So sepaptutnya macam la kot sbb ramai dah ada ST. Tapi hari Selasa baru ni, satu lorong ST sudah rosak. Memang bahana kalau satu lorong saja gagal memang haru biru kat pondok tol Salak Selatan tu. Bagi aku memang biasa la rosak, benda ciptaan manusia mana ada perfect. Hari rabu tak baiki lagi... ok..
Hari Khamis pun sama. Uik dah 3 hari tak dibaiki. Spare part import Jepun ka?? Sbb tsunami tak -- boleh produce..? Mcm mana ni.. Pondok toll huru- hara jugak.
Hari Jumaat pun sama...La, dah 4 hari ST down. Tak boleh baiki-baiki lagi. Nak kata apa lagi, tulis blog je lah.. Sbb agak melebihi had la kot.
Tapi sambil lalu aku sempat sound ” macam mana ni dah 4 hari.. dengar tengah apply Sirim ISO (9001 :2008).??
Boleh lepas ke ISO ni.. kalau lepas jugak tak tau ler....








Sesak!!..








Follower.

Dah seratus lebih. Tak perasan dah sampai jumlah ni. Yg mendadaknya 2 3 hari ni. So thanks kerana sudi follow dan kalau berfaedah boleh dikongsi bersama. Kalau yang kureng menarik tu lupakan je. Jgn serik untuk meninjau kat sini lagi.. Thanks all......

Wednesday 20 April 2011

Alhamdulillah, dah dapat RM5,000.

Assalamualaikum….Setelah beberapa lama aku dah dapat mengumpulkan wang yang aku target. Yer.. sebanyak RM5,000 telah berjaya dicapai. Ini adalah hasil usaha kenalan dan rakan taulan dan mereka2 yang perihatin. Aku tak penah buat cerita atau makluman kat mana-mana pun . Hanya memberitahu dan bercerita keadaan sebenarnya. Kali ini aku nak beri peluang kepada semua pembaca untuk join the crowd atau coloni ataupun lebih tepatnya ukhwah ini.


Apa sebenarnya ye nih.. Korang konfius? Maaf yer. Kalau tak mau baca pun tak per. Diingatkan, ni pasal derma tau. Kalau nak baca teruskan, kalau tak nak pun tak pa….
(Nota: Yang RM5,000 tu dah sampai sasarannya.. aku bagi melalui abg aku,, aku suruh ckp ada org kl bagi. )

Mukadimahnya:>
Aku budak kampung , masa budak la 30 tahun dulu, sekarang dah bukan budak lagi, jgn silap,, dah beranak pinak pun. Tapi kan ... aku tetap org kampung.
Kampung aku ada satu surau. Surau papan…
Yelah kan takkan dua tiga surau pula. Surau tu memang uzur lagi daif, tapi cukup untuk memenuhi keperluan kampung aku la. Tapi kalau ramai-ramai balik kampong masa raya takut juga kot-kot terbolos. Tapi kalau meninggal pun masa solat, ok apa..

Ni gambar dia… surau tempat aku mula mengaji sampai lah la ni, ada improve sikit ja








inilah surau..yang tingkat atas tu.. yang bawah tu rumah org, tuan punya yg wakafkan untuk surau..depan tanah kosong tu tapak surau baru..

ni pandangan sisi


Oh cerita ni ker..?… kalau korang tanak baca pun tak apa,,, yg nak baca teruskan ok..

Masih membaca… ok k..ni bukan about BE or wat ever.. Aku promise dgn diri aku setelah berjaya kumpul dan sedekahkan RM5000, aku nak teruskan dengan idea ni… idea yg aku buat sekarang




Janji aku...

Janji aku, kalaulah org nak derma//sedekah kat surau tersebut aku doublekan jumlah kutipan tersebut dan sama-sama kita sedekahkan. Kira macam top up la. Maaf yer, bukan niat nak riak ke apa. Ini juz nak tumpang sedekah lagi. Tu aja.
Masih membaca? Ni pasal sedekah jariah ni. Masih minat. Ok k.,Nampaknya anda ingin membaca dan ingin menderma..Alhamdulillah.

Sebenarnya aku tak pernah buat macam ni. Nak minta derma Jogathon ke Bacathon sekolah anak2 aku pun kadang-kadang sangat aku bawa pi ofis. Boleh di kira la.
Tapi bab surau ni aku nak cuba jugak cara ni… tak kira.Mungkin tak pernah dibuat org cara mintak sedekah macam ni..

Kita digress sikit ye…,
Kampung aku memang daif. Ye la kat ceruk mana hala kat Kedah tu. Kalau nak cerita pasal tempat tumpah darah memang banyak kan. Korang pun banyak cerita. Kalau aku kata “ ce citer, ce citer” memang tak habis kan.



So nanti la aku karang cerita aku dan kampung kalau masa mengizinkan.. Oh jauh menyimpang ni..

Masa aku kecik2 aku berazam 2 benda untuk sumbangan aku kat kampong aku. Aku nak buat surau dan nak buat jalan tar. Lawak tak pasal jalan tu. Ada ka aku nak buat jalan.Memang dari kecik jalan kampung aku teruk sangat. Bila aku sampai pekan naik moto ayah aku aku tengok jalan elok aja.. Jadi sbg budak kecik, aku geram dan berazam la nak buat jalan. hahahaha..
Mcm tak dak kerajaan.. Ada kerajaan, tapi jalan kg aku diturap tar pada tahun 2007. Terkejut aku bila balik kampong.. ye lah setelah 50 merdeka baru dapat jalan tar.. 50 tahun tu bro..!!!!Sikit lagi jalan tu masuk muzium..sib baik di tar kan..


Huh menyimpang lagi.. ok ok bab surau semula…

Macam ni , kalau korang nak derma dgn satu syarat. Eh ada syarat pulak. Syarat nya kena masuk akaun aku dan jumlah mestilah berakhir dgn sebelas sen..contohnya RM1.11 sen. 3.11 sen gitu. Betul, sumpah, sen-sen aku terima, tak tipu punya.Eh kenapa pulak aku nak tolak , bukan untuk aku..

Ni kalau korang ada akaun maybank la…sebab sen sen senang aku nak monitor. Tau lah yg tu derma/sedekah dari blogger sini…


Susah ke syarat tu?…arghhh kalau susah, ikut suka korang nak masuk berapa amount sbb aku dah kosongkan akaun aku....jadi sen sen pun diterima. Bukan lah selalu duit masuk dalam akaun aku. Mcm lah aku tak leh beza kan..cuma kalaulah esok lusa aku telah tiada..huhuhu


Apa salahnya lunch hari ni dari beli MCD set 10.90 tu ditukar ke nasi ayam ke RM5-RM6,.. balance dia sedekah la. Eh pandai lak aku mengajar..
Eh korang masih baca ke ni???? Entah-enatah tak der sapa teruskan bacaan dah..
Anyway aku terus type jugak…

Ni part yang last ok sikit ja lagi… Aku promise aku akan doublekan jumlah kutipan dan sedekahkan kepada surau tersebut. Tapi jumlah aku nak doublekan ada limit la…cuak jugak kalau tetiba RM ratus ribu masuk. Tak perlu aku bgtau kan jumlah aku nak double kan. Nanti bila aku dapat aku kutip aku cerita lagi berapa banyak aku nak sedekah.Entahlah macam pelik pulak ye aku announce jumlah aku sedekah. Tak pe lah di macam cabaran kat diri aku la.. tapi kan.. Kena ada limit la jumlah aku, suspen jugak walaupun aku rasa tak ramai yg teruskan bacaan…

Eh, boleh ke aku dapat collect cara ni. Bukan riak kan,, tak tak !!!!
Entah la aku cuma mencuba, dan bukan untuk diri aku… sapa yang kenal aku tau lah...

p.s
korang nak tau sbb apa hujung dia RM x.11?? kalaulah ada org masukkan...

Sebab, senang kalau duit tu dok masuk kalau aku telah tiada,.. (insafkan…kan kan) .Betul ni, manalah tahu kan,.. kena beringat beb.


Dan sedekah tu dok terus masuk pulak dalam akaun aku. Tahu lah Lurvy atau sahabat aku yg baca ni boleh channel kan duit tu kat mana tempat sepatutnya. Sebab sah-sah bukan duit aku.

Ni gambar progress terkini… masih sempat lagi kalau nak hulur sedekah… banyak lagi perlu duit tu.

alhamdulillah , progress terkini: pandangan dari bendang depan rumah ayah aku...



(progress macam ni setelah dekat 3 tahun kotttt..entah , aku pun tak ingat sbb agak lama)










p.s 2..


my Maybank account no: 5140-5705-1891 Norizan Saleh








Terkini: Kedah 1 Harimau Muda A 0

Sambil2 type new post , layan juga bola.. maklumlah kedah lawan..:)

So result terkini : KEDAH 1 Harimau Muda A 0

Tuesday 19 April 2011

Chup cepat cepat !!


!!!Cepat-cepat!!! Cepat chup nama yg korang nak jadikan email address korang..
Tapi macam mana mekanisme nye .. Atau atomatik kerajaan akan assign mengikut kesukaannya.Atau kena masuk tender macam nombor kereta..
Kena tunggulah ye..

Terkini: Kerajaan akan sediakan satu email address untuk semua penduduk Malaysia. Jadi senang lah kerajaan untuk menghantar notis atau apa – apa yang berkaitan. Harap- harap jgn lah digunakan untuk hantar saman ekor sudahlah. Jadi kalau boleh reserve email address kan bagus. Tapi jgn jadi sasaran spam sudah……..

Untuk mengetahui selanjutnya sila baca disini


Petikan dari StarOnline:
Official email account for each Malaysian adult


Initiative is to allow direct and secure communication between the public and the Government

PUTRAJAYA: All Malaysians who are 18 years old and above will be assigned an email account each in order to receive statements, bills and notices from the Government.

The initiative would allow direct and secure communication between the public and the Government, said Tricubes Bhd chief executive officer Khairun Zainal Mokhtar.

Tricubes Bhd is the company developing the 1Malaysia Email project in collaboration with Microsoft.

Khairun said Tricubes Bhd would also spearhead the development of a web portal which would include social networking services, online bill checking and payments.

Monday 18 April 2011

Kredit kad, beg koyak dan "gym"



Gym

I hit the treadmill today. Small step for me but a big step for my health.. hahahaha. Why i care to post? Coz i want to monitor my progress. I set a small target at the beginning. Actually i dont know where to start. Calorie? distance? Pace? Time? Heart beat? Too many indicator at the machine. letme take distance..next target 10% more at least!

I could not remember when last time i went to the gym. 2 months, 3 months ago..i really couldnt recall...


My achievement as per photo ( i use my hp to capture, pls compromise the quality)

Distance: 2.0 mile or km ( let take it as km)

Time: 20 minute ( 20 min for only 2 km??? i must be walking ,,hahaha)

Heartbeat: 151 pm ( i m not sure about this one)

Pace: 9.05

Calorie:135


Kredit kad.

Alahai, ni kali kedua seumur hidup aku tercicir kredit kad. Aku rasa kat Jusco. Blessing in disguise maybe. Perlu tak aku guna lagi kredit kad?? Atau switch to debit card saja. rasanya tak logic tak guna.


Urgh... aku dah terpikirr dah bahawa credit card ni umpama cash kat petrol pump.. Pantang org jumpa mesti nak utilise kat petrol pump. Ok my fault , sbb leka cuai dan apa bala lgi. Juz kalau boleh kat petrol pump tu kena la enter pin la for safety.. Ooo baru kena baru nak cadang ea???

Hahaha... dah lama pikir tapi masa tu tak actif tulis blog. Now hilang lagi, melayang 200.00. Nasib badan...



Beg koyak.

Beg sekolah rabak!!!! Dasyat budak sekarang. Jenuh bawa buku nak belajar sampai beg putus dan rabak. Atau kes tak kemas beg ikut jadual??? Beg Najmi koyak teruk, balik mlm tadi dari gym, dpt sms kena singgah beli beg untuk Najmi. Singgah IOI, sempat pergi tanya kalau2 ada kad kredit kat lost n found. Malangnye tak ada. untuk makluman banyak kad maybank dan kad lain2 Jusco simpan. Sapa-sapa hilang boleh la pergi check.....


Jaya-Jusco.

Bila aku pergi tempat lost n found kat Jusco teringat aku macam kat Jepun .. Boleh katakan kat sana semua barang hilang akan diletakkan dekat satu tempat. Bermacam-macam jenis barang ada. Kat jusco tadi duit seringgit2 pun aku tengok dia org susun elok2 dan tulis kat mana dan bila dijumpai.. Good job Jusco!!!

Sunday 17 April 2011

Photo: Kami letih...

Penjaga pagar yang keletihan.........

#semua begitu keletihan setelah tiga hari bertungkus lumus menjaga kounter tiket sehingga penonton berjumlah lebih kurang 167,000. Nampak sangat mereka terjelepuk kat atas jalan.


#Ada yg tersandar.. ada yg terlungkup muka, masing2 begitu letih...


#dalam pic ni pun nampak beratur letih dgn elok dan tertib saja....nice..!!!

Saturday 16 April 2011

Aku masak chilli Crab pulakkkk ( with photo)

Entah macam mana sebelum pukul 6 dah terjaga hari ini. Rupanya aku terlelap kat ruang tamu. Nak jogging ke nak pegi amik gambar?? Last2 dua2 tak buat. Sbb layan espn , tengok org lain yang bersukan.. apa daaa

Then ajak lurvy pg pasar.. Sampai2 saja ternampak ketam. Tak termasuk senarai mulanya.

then beli ikan dan sayur, aku g beli ayam.. Then aku kona beli daging then singgah beli ketam...hahahahhaa.... aku kalau pergi pasar ngan Lurvy memang beli tak hengat,, tu yang dia nak pergi sama dgn aku... Ok apa family besar kan,, dari pegi shopping kompleks membeli tak hengat lagi problem..

Keluar dari pasar lagi aku dah plan nak masak Singapore chilli crab. Tapi kalau aku mesti modified resepi punya..Jadi lah Puchong Chilli Crab yang terkenal tu. Balik pasar aku sound Lurvy aku nak masak today. Dia basuh ikan and ayam dll.. Lama jugak.


Then aku take over dgn satu pesanan dari Lurvy.. " Lepas masak kemas balik" Alah takat nak kemas..... Dia tak tau penangan masakan aku lagi...hehehe Ni hasilnya..yang penting dapat Tumb-up dari semua.. Jum layan picta




dah nak masak


Siappp!

Hasil tangan aku.... sedap? kalau tanya aku mestilah sedapppppp

Friday 15 April 2011

Photo collection: 2011 F1 , again?

salam semua.... aku dah salah post tadi..hahaha

tertype kat blog aku yg lagi satu..Luguk..


dah kena copy paste masuk sini


Sory la kalau korang boring dgn posting gambar2 f1 ni... bukan apa setahun sekali aku boleh amik gambar ni... amik pun banyak... mesti la nak post banyak kan..... cantik tak cantik belakang kira...... Untuk Malaysia, dgr kata hak penganjuran sampai 2015 ja.. alamak, mungkin sambung atau tak? terpulang kepada kabinet, kalau rasa membazir tak de la lagi kat bumi Malaysia. kalau Malaysia opt tak continue, banyak lagi negara2 sudi menyambar peluang...

Maybe Thailand or Indonesia akan join the fray.

Thanks to farsighted leader yg dapatkan right awal2 dulu...


Kalau bazir tak yah lah sambung , ye tak. kalau tak der SIC nak buat apa lak...konsert?

Bagi diaorg la pk? sama diaorg tu ye ..BN ke PR? kuang3


Petronas ( Mercedes)



Lotus Renault

Photo: F1 Pitstop Action II

Thursday 14 April 2011

F1 : Pitstop Action


Ni gambar-gambar yg aku ambil untuk aksi-aksi kat pitstop. Minat yang kaler merah tu.... Menonjol uniform diorang

... Menyerlah

...aku akan post few team dari masa ke semasa...

Wednesday 13 April 2011

Tuesday 12 April 2011

...dan nama serta komen aku keluar radio


kejap jap.... kawan aku bgtau yang nama aku dan komen being mentioned kat Bernama Radio 24.. Bukan aku kata, kawan aku kata..

Tapi, aku ada disclaimer tau:

IT sounds like my name.
IT sound like my comment.
IT sounds like at the same time/timing...
BUT it not necessarily ME!!!


Hahahahahahahaa
baca juga di sini http://blog2shout.blogspot.com/2011/04/satu-malaya-kecoh-tadirupa-rupanya.html

p.s sebenarnya aku memang suka dengar siaran BERNAMA RADIO 24......

Satu Malaya kecoh tadi...rupa-rupanya...

Tadi aku terlebih rajin pulak check Bernama24.Siap komen pulak isu ikan patin RM13,000 hinggit yang dilaporkan kat media hari ini. Sampai radio pun buat bual bicara. Dari pagi sampai malam. Selepas aku komen spt kat bawah, terus dapat update: pelanggan akui la pulak.. apa cerita??????

Aku komen spt no 1 kat atas. Dijawab.

then aku komen lagi pasal pengadu..@ no 2.

korang nilai lah tahap kecerdikan mereka yg mewatakkan drama ..

1. Samada wartawan dengar betul2 atau tak. Awat tak check dgn restoran..????

2. Pelapor tau tau kira ke tak???? kalau tak tau apa beza 50 ka, 350 ka, atau 13,000 , kenapa bising-bising... sama saja nombornya...

korang pikirlah sendiri........

Aku dah agak dah...memang patut pun RM13,000

Aku baru komen kat page Bernama Radio24... tup2 keluar update terkini::::


Pelanggan Akui Jamuan Patin RM13,000 Berpatutan

TEMERLOH, 12 April (Bernama) -- Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, Selasa mengakui... harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

"Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ianya memang mahal," katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.

Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.

Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.

Peniaga yang namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong dan ikan patin sangkar RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong-- BERNAMA

Monday 11 April 2011

Photo collection: 2011 F1 - The Machine



Red Bull F1



Aku pi SIC dgn niat nak improve kan technic panning aku. Compare dgn last year, this year memuaskan dan memenatkan. Beratus keping aku snap. Yang jadinya dan aku rasa ok boleh dikira dgn jari.Ok bagi aku ler.


Betapa susahnya nak dapat shot yg baik... tapi berbaloi. Yang penting aku happy dgn result!

Photo collection: 2011 F1 - the fan

F1


Semalam tak berapa sihat, selsema. Nak entertain member dari Kuantan pun tak larat..

Tadi dah ok sikit...pegi F1..nak practise shoot..now tgh tengok photo yg diambil..

Dari banyak2 amik hanya beberapa shot saja yang boleh diharap...banyak yg kena delete.


Sunday 3 April 2011

Konon-konon nak jadi photographer terbaekkk

Maka aku pun mem"free" kan diri untuk ke Mid Valley.. Ada galeri menarik.

Ada servis cuci sensor kamera, apa lagi hantar la.

Ada talk oleh pro... komen aku, depa ni ada yg terra amik gambaq saja..

cakap kurang pandai sikit ( mcm aku apa? erkk).

Tengah usha nak nak upgrade ke tak, tetiba semua rush pi kluar..rupanya ada photoshoot model.. hahahha..

dengan kamera aku yg tak bawak lens extra..nampak siku saja lah.

habis saja kat stage, ramai pulak kerumun kat satu booth.. aku dah tau ..ada model 2 org. pasai pa tadi diaorg relax kat situ takdak sapa nak shoot sangat..

aku rasa herd instint kot,, bila sorang start shoot, yg len pun ikut..

gambar aku shoot model ni tenang tanpa ramai ada kat flickr aku



click kalau nak gambar besar...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...