Saturday 31 October 2020

Putraya Makan kat Mana? Warung Mengopi Ayer8

Assalamualaikum bloggers and readers..


Petang hari Sabtu. Agak malas nak jogging, suasana pun hujan, sofa memanggil manggil untuk aku rebahkan badan. Tapi takkan nak memerap kat rumah ja kan. Ajak Lurvy pergi mengopi lah.

Sesambil meronda Ayer 8. Hendak "menapau" Nasi Royal Kedah, yeahhh , pulun Kedah pulun,..erm lama tak balik kampung. 
Agak lama tak kena Nasi Royal ni. Ada beberapa orang kat rumah satu taste dgn abah..
 Lurvy? Kari kari dia kureng..hahahah.

Oh, ada tempat baru, agaknye lah. Atau dah lama , cuma aku tak pi ke sana agak lama, Nama restoran ni Warung Mengopi.(Gambar depan kedai tak ambil)

Wahh agak menarik konsep kedai ni. Ambient yang menarik untuk kami teroka. Lurvy ok ja, nak teman aku makan rungan-ringan sambil dating. Ye lah awal lagi kot untuk dinner. Sat lagi nak pekena nasi royal lagi.

 So kami terjah!!

Oleh kerana nak santai2 saja dan tak berapa lapar, kami nak order kudap-kudapan ringan. Walaupun teringin nak makan mee bandung johor, kami memilih Cucur Udang (RM6.00) dan tauhu bergedil.(RM4.50)

Itu makanan yg di order,, yang utama nak mengopi, so tempat ni sesuai nak mengopi. Dicadangkan oleh waiteress,, kopi Muar 434 dan kopi Vietnam.(Harga RM 5.40 setiap satu)
Sambil menunggu tgk la pintu2 dan tingkap lama yang dilekat di dinding.



...ketika lagu Shidee berkumandang , kopi


pun sampai. Meminum kopi Vietnam, ternostalgia pulak masa dok ulang beli kopi Vietnam kat HCM city. Mungkin sama sedap kot , entahlah, tapi memang ada rasa kopi vietnam la..

Kopi Muar 434 Lurvy order pun sedap...!!!

Hmm dengan suasana yang sebegitu, sempoi juga restoran ni , hati teruja nak tunggu makanan sampai

..menunggu cucur udang dan bergedil agak lama, mungkin akan dimasak setelah di order kot. Ok lah, perut pun tak lapar jadi boleh lah menunggu.

Ketika melayan lagu Gadis dan Bunga, makanan pun sampai.
Tetapi, ermm tetapi cucur udangnya kurang menarik,. Kuahnya bukan kuah kacang dan biasa2 ja. 
Tang cucur udang yang tebal, tepung tak rangup dan rasa so so.  Bergedil Lurvy ok la. Boleh la.

Cucur udang mengecewakan. Mungkin bukan signature dish depa, so kena bagi benefit of doubt. Sangka baik

= : "Tak pa nanti kita mai order Mee Bandung( RM13+) , mungkin sedap" aku tengok Lurvy kureng teruja dengan cucur ydang aku..hahaha

+: "Entah lah. Tak kot... Tak tentu nak mai lagi" balas Lurvy.

=: "Oklah Yang, kita mai minum kopi je lah next time. Kopi dia ok kan"

+:" Tengoklah."

Nota:  kekadang bila kita lapar, nasi dengan telur dadar pun sedap. Bila kenyang lain reaksi nya kan. So mungkin aku kenyang tadi. ..nak minum ja.

So that's wrap my experience today. Really wish aku order something yang sedap untuk membuat aku tersenyum , namun may be aku tersalah order. 

Ps. Man city lawan malam harap boleh membuatkan aku tersenyum.
Update: Man City menang!! Yezza..

Wednesday 28 October 2020

Selamat bersara Khabib

Kecik-kecik dia dok bergomol dengan beruang
asal dari Dagestan, salah satu wilayah di Rusia.
Dipandang enteng oleh musuh yang angkuh
Kini dia gelar dirinya Eagle,
Meredah gelanggang menjadi juara.


Sifat beliau amat terpuji, 
Berjuang bertarung bukan kerana wang
kerana ingin jadi juara
kerana ingin membanggakan keluarga
Selamat Bersara Khabib.


Thursday 8 October 2020

Cabaran banyak tapi kita boleh hadapi

Assalamualaikum bloggers and readers..

Really?
 Quite long time since i wrote here.. argghh masa begitu cepat berlalu.

Last nite Lurvy had a last laugh..
Borak2 sefamily, bila aku panggil Angah brief mama dia tentang dia pergi interview kat office aku utk programme MTrainee. 

Aku pun bukak sejarah silam zaman bila aku pun join MT dulu.
 Dan aku antara a few bunch of local grads yang dapat. Mostly from US and Uk uni.

Farah kinda hairan, ye ke banyak oversea grad masa abah. Yup abah 3 orang ja local grad. ( dan aku tetap yakin dengan keputusan aku stay dan belajaq kat Msia, itu cerita lain)

Aku pun layan la sembang dengan anak2. Yang kenkawan dapat masuk tempat kerja masa tu banyaklah story dari US. Ye lah sebab study sana.
 Then masuk bab depa dok cerita pasal grup musik, cerita pasal Gun n Roses, Nirvana la etc.

Lurvy mencelah : Abah Lefthanded..! Abah tentuu dok cerita pasal Lefthanded, Search, May. Yantzen
Then dia bantai gelak..

Orang rock group dari US , kita rock Malaysian ja.

Ehhh.... Ok apa Malaysian group. 
In fact yang foreign pun aku layan juga tapi tak lah macam experience kat sana.

Itu lah kenangan bila masuk satu grup reramai join Management Trainee.

__________________......__________________

Covid naik balik. Tapi dalam environment yang boleh kita "contain" kot, harap tak lah kita alpa.

Kesian juga small bisness nak mula naik balik kalau kena lockdown naya kita semua.

FEw days, masalah air berlaku lagi. Kalau it happens again and again, memang ada masalah dalam pengurusan. Tu saja nak habaq.
Kalau sekali dua ok lah kan. Mana ada perfect. Kita kan manusia. Tapi kalau berulang kali, nampak sangat incompetence dan timbul trust issue, whether depa boleh buat kerja ka dak.

Walaupun aku tak terjejas tapi aku tulis bukan sebab aku ja.. aku tulis sbb sebab masalh ni tak patut berterusan. Sian budak sekolah, peniaga yang keputusan bekalan air. Alah, benda tu pun takkan tak tau. Cari la jalan penyelesaian yg unggul dan sepenuhnya. Bukan jadi solution macam ahli bomba terima laporan, ada terbakar terus bertindak. Itu memang tak plan sebab musibah. Ni kena ada plan kontigency dan sebagainya.

Cakap pasal bomba, teringat pulak keterbelaan arwah adib. Apa cerita la ni. Senyap la pulak. Kes durian raub, tanak haram///adus covid2 juga. Keadilan kena ditunaikan, betol tak?

Banyak cabaran masa kini, dan cabaran akan sentiasa ada. dimasa hadapan tak tahu macam mana. Kita mampu dan boleh menghadapinya.
"Ta Tahzan"..Allah kan ada.

Namun kita tak boleh tidak melakukan apa2 , Salah jikalau kita dok diam dan  dengan berharap semua masalah selesai dengan sendiri. Kena usaha. Ikut SOP dan sebagainya..
Baru lah kita menang!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...