Thursday 27 June 2013

Berphoto dalam jerebu? Malam pulak tu

Assalamualaikum bloggers and readers..


 Ada hati nak amik photo memalam lagi walaupun jerebu...

Hasilnya macam jerebu lah jugak..

Walaupun ada perarakan floria dengan bot tapi  tak berapa ada mood untuk shoot. Lagipun agak jauh dari tempat berhenti..

Malam esok lusa cuba lagi..
 Malam tu juga ada supermoon.. Tapi dari jarak ni tak nampak super pun..

 Gambar diatas jambatan..
 Supermoon???

Antara fav picta malam tu... 
masih  belajo lagi..
..kena belajo lagi

Tuesday 25 June 2013

Indon most wanted yoooo!!!

Assalamualaikum bloggers and readers.

Tetiba posting status dalam FB berbunyi:

"Shah Alam hujan, Alhamdullillah..."

" Hujan lebat turun... best"

Trendingnya pasal hujan, hujan dan hujan.

Rasanya sebelum ni ramai yang tak ambil pot kalau hujan. Malahan ada yang mengeluh banyak aktiviti tak boleh dibuat.
Itulah rencah manusia, bila ada musibah baru lah teringat kepadaNya. Kalau Allah turunkan hujan pada masa-mas biasa tak sapa yang ( tak ramai), termasuk aku yang bersyukur. Padahal semua tahu hujan tu rahmat. Bila lemas dek jerebu asap ( acrid smoke) barulah mengerti, tersadar dari lamunan.

Tu baru jerebu. Bayangkan kalau masa depan bumi dah gersang, berbahang, berdebu, dimana setiap hari perlu beli topeng untuk memungkinkan kita bernafas. Macam topeng  perang biologi tu... dan kena beli kalau tak tak leh bernafas sebab udara dah toksik..

BAru tau masa tu betapa nikmat udara yang free.. tak ternilai..


Mentari kita semakin merah
Biarlah bulan berbicara sendiri
Seantero Malaysia berasa marah
Akibat jiran pentingkan diri.


ANyway...

TAdi aku balik kerja dari Seromban... Rembau most wanted yoo!!!
Minggu ni aku berulang ke Seremban.
Syarikat nak bagi hotel utk aku stay sana.. herm.. aku memilih untuk berulang.. LAyan anak2 lagi best dari dok kat hotel sorang-sorang... Layan mak?  tu cerita lain.

Balik tadi, pukul 6. Dengar berita ada solat minta hujan di Masjud Negara.. Mungkin lepas zohor tadi..

Sampai Nilai tetiba gelap segelapnya.. Jeling jam di dashboard baru pukul 6.20. Huh makin hebat jerebu ni..
Tetiba aircond terasa makin sejuk. Daun daun pokok berterbangan.. Angin bertiup kencang.. dan sekejap tu juga hujan..

Hujan?
dalam panas berbahang..hujan.. tetiba.
Itulah kuasa Allah..
Masihkah kita mendustai????

Friday 21 June 2013

Tercantik di dunia,

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sesuai dengan gelarannya yang telah dinobatkan sebagai kuda tercantik di dunia, kuda yang berasal dari Turki ini memiliki otot yang menawan, kulit yang bewarna seakan emas berkilau dan bulu yang sangat cantik!

Warna sepertinya sangat sukar ditemui. 

-Bernama-

Thursday 13 June 2013

“You say best , when you say nothing at all”

Assalamualaikum bloggers and readers..




“You say best , when you say nothing at all”

Adalah ungkapan yang tepat bila memikirkan aku tak “bersuara “ di blog akhir akhir ni.
Merentasi batas waktu yang sentiasa terbatas mungkin salah satu sebab.
“Mengkala” (manakala) sebab yang kedua pula ialah nak menaip ni memerlukan mood dan kesinambungan pun baru menjadi.

Dalm aku dok sibuk membuat survey ( meng-survey) kereta, yang aku masih belum dapat ilham lagi nak pilih yang mana. Aku teringat perbualan perbualan sebegini:

“ Aku bukan tak mampu pakai kereta xxxxx tapi aku tak nak “
Aku tak tau alasan samada tu betul ke tak,, Tapi kalau ada “tapi tapi” masudnya tak mampu lah.
Senang cerita..
Aku bukan tak nak kereta BMW macam Beatifulnara tu tapi tak mampu,,,kan senang.
( Kesian blogger Nara kereta kena samun/rompak)

. Bahaya tau sekarang ni. Aku rasa berita macam gini dah jadi biasa dah. Mati kena tembak dah jadi bacaan lumrah. Peliknya dah tak gempar. Kenapakah agaknya…
Dan soalan seterusnya bila luar biasa jadi biasa, tahap manakah pula yang luar biasa.
Kita akan merasainya bila sedar mara atau adik beradik kita terkena musibah, kalau tidak , ianya menjadi sekadar berita.. yang kita baca dan kita dengar.Setakat tu saja

Mungkin sudah hilang “ berat mata memandang”, yang tinggal hanyalah "berat bahu memikul." Mungkin kerana zaman ini orang yang memandang sudah tidak ambil berat. Alangkah elok jika masyarakat boleh menjadi perihatin seperti masyarakat kampung . Ambillah sikap tersebut, walaupun itu adalah asal dari orang kampung kerana ianya adalah elok.

Oh!  melaut aku… maaf.

 Pasal kereta yang harga turun yang tak turun pun aku pening jugak ni. Bila terbaca  akhbar tersebut aku pun  cuak. Betul ka??  Sudah turun rega..sama yang announce??

Salesman yang aku jumpa pun mengeluh sbb susah mau jual, katanya. Jadi persoalan negara ni aku biar kerana negarawan. Dan aku yang marhaen ni nak bagi nasihat, cewah…

” The bussiness of the leader is to lead the people” .
“The bussiness of government is to govern the nation”
Jangan dok melahu kearah lain pulak…

Politik 24 jam ? Ahli politik memang kerja mereka dok berpolitik. Tiada yang pelik dalam hal. Lantak pi  lah mereka nak berpolitik siang malam esok lusa tulat. That’s their bussines!!!
Mari kita mainkan peranan memasing. Apa yang susahnya  dalam hal ni..

Kalau org mainkan peranan sebaiknya,, dah jadi hebat negaraku.. Percayalah..


Akhir sekali.. ni ha sajak aku mainkan dalam minda aku pagi tadi..mungkin elok  aku catatkan disini..

Kesatlah air matamu,
Berlarilah.
Berjalanlah di bumi ini..
Biar angin bayu menyapu pipimu
Biar panas terik keringkan air matamu

Jangan menjeruk rasa..
Kerana ia menjadi cuka mencengkam jiwa
Kerana ia menjadi tuba merosak kalbu

Berjalanlah
Lihat keindahan alam
Pecatkan sepatu mu
Biar kaki merasa bumi
Menyentuh lembutnya rumput.
Menyedarkan kekuasaanNya..

Keadaan ditentukan begitu
Terimalah..
Namun kamu juga berhak merobahnya
Kerana DIA tidak akan mengubahkan, jika kamu tidak berusaha..

Bangkitlah..
Bangkit dari kekecewaan dan nestapa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...