Tuesday 29 November 2022

Pause then move on..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sebenarnya aku agak letih dan lelah dua tiga minggu ni. 
Election fatigue maybe.. Malaysia takkan habis berpolitik. Hahah
Lots of thinking.
Lot of everything.
World cup.
Shocker jap Argentina kalah.

Semua lah,,

Hanya Tuhan sahaja yang memberi kekuatan untuk bangkit.
Kita tak akan kalah kecuali kita yang merasa kalah.

Terkadang kita perlu mengalah.
Melangkah kebelakang untuk melonjak lebih jauh.
Berhenti sekejap untuk melepas lelah.

What would we do now?
Reflect. pause. and keep moving.
Life is not about us.
Earth keep rotating,..
Life is a journey.
Everything  is a journey.. till your draw your last breath.
Till world become blank .. in your eyes.
then you stop.. or correctly u are stopped.
You are dead..kaku..
Ketika ini lah kau tak perlu berjuang.
Tak perlu bergerak..
Hmm.. tak perlu mengeluh.. keluh kesah, atau Buntu.
Be the best of you..
With the one you love..




Monday 21 November 2022

Catatan ku pasal PRU 15 dan kemelut terkini: Sebuah anologi sipi-sipi

Catatan 11.31 am

 21November2022.

 

Terpanggil untuk mengomen dan mencatat apa yang tebuku / tersurat utk rujukan masa depan.

 For the first time reader. 

Ahlan wa sahlan. 

Welcome to my blog. Yang kekadang rajin aku tulis kekadang sunyi sepi.

 

“Live” sekarang pada Ketika ini, jika aku membaca dan menoleh dari masa depan, adalah kemelut untuk membentuk kerajaan pasca PRU ke 15 2022.

 

Satu keputusan PRU yang menarik dan mengejutkan namun bukanlah tidak terjangka. Untuk result penuh tak perlu aku tulis , aku dan readers boleh google waima 10 tahun lagi.

Dan , bila kita embrace demokrasi kita kena menerimanya. Redha dengan keputusan? Tak redho? Bukan boleh buat apa2 dah. Bila system demokrasi dipilih ada yang menang ada yang kalah. menang tapi tak sampai "tagan" pun ada

Pembaca sekelian:

Akan ada naratif atau pertanyaan:

Org parti A kata : awat lah depa ni masih adad  sokong parti B.?

 

Org parti B kata: awat lah depa ni masih ada sokong parti C.?

 

Org parti C kata : awat lah depa ni masih ada  sokong parti B.?

Org parti A dan C kata : awat lah depa ni masih adad ok sokong parti B.?

Org parti B dan C kata : awat lah depa ni masih adad ok sokong parti A.?

 Dan seterusnya….tak perlu dicatatkan pertanyaan demi pertanyaan?

 

JAwapan kepada "awat" tu ialah: Ya akan ada dan terus akan ada. 

Janagn Ingat semua orang berfikiran sama dengan kita. 

Awat ingat semua org mempunyai prinsip sama semuanya.


Awat semua org memegang falsafah yang sama dalam memilih parti.???

 oleh kerana  tak sama. 


Akan ada orang yang pilih parti lain.

Gaduh lah  sampai kucing bertanduk pun tak selesai.

 

 Ok setel bab tu.

 Kemelut sekarang.. aku bagi satu analogi:

 

19 Nov ada tiga bala tentera yang besaq bertembung. 

Dan selain  pertembungan, tu ada juga satu gabungan di timur ufuk berperang dan menang. Total nya 4 la kan secara nak mudahnya.

 Berperanglah mereka semua. senjata media serta hamburan serta kutukan serta “fitnah” ( sila baca: sudut pandang mana yang kata fitnah namun sudut satu lagi kata ok) serta lain lain senjata maya dan ceramah mega.

Peperangan hebat dan kesimpulan telah diketahui usai pagi 20/November/2022. Ada yang menang, tak luka sikit pun. Ada yang menang tapi luka parah. Yang kalah, yang lunyai. 

Yang tak sangka menang, kalah.

Yang yakin menang, kalah.

 

Jadi 4 gerombolan atau bala tentera ni pun re-group, lick the wound. Org putih kata : after the dust settle, barulah terima kenyataan ( dan ada juga yang tak boleh terima kenyataan) biasalah.

 side note: Kalau Brazil kalah dengan Jerman world cup 2014 dengan jaringan 7 0 pun ramai tak percaya. Tapi it is what it is. Brazil move on. Jerman move on. Life like that..

 

Now kembali kepada PRU....analogi nya begini pulak:

Bila berkumpul dan regroup. Ada 2 bala tentera yang menang paling banyak, yang luka tapi menang, yang parah tapi menang ,,naik lah bus (atau bot atau apa saja analogi kenderaan ) untuk memasuki wilayah berwarna kuning utk menuntut kemenangan.

Namun syarat untuk masuk ialah bas ni mesti penuh seramai 112 org  atau lebih. Lebih tak pa.

 kurang dari 112 tak boleh. Kalau tak penuh bas tak boleh jalan.. itu rule dia.

Hang belemuih ka. Kotor ka. Baju suci bersih ka. Boleh naik bas tu. Mula2  dua dua bas kata hat bersih elok ja boleh naik, La ni nak penuhi syarat kena bagi penuh 112 org atau lebih, belemoih pun belemoih lahhh

Maka naiklah dua bas…. dua-dua plet P. Satu bas plet PH seramai 82 orang dan satu lagi bas PN 71. Bas ni saja nampaknya boleh penuh. Kalau nak penuh pun. Salah satu akan bergerak, Nampaknya setakat ni. Boleh juga tak bergerak-gerak. Mungkin..

Makanya kena jemput lah yang lain yang menang naik untuk nak bagi penuh. 

(Ni mcm teksi Mercedes bagak aku naik nak pi Yit Foong Ipoh dari taman cempaka.  Tak penuh tak jalan. .. tu dulu..tunggu la berjam)

 Macam tu lah bus ni pun. 

( Macam syarat carpool kat Jakarta yang kata nak masuk bandar kereta kena penuh atau ada penumpang kalau tak silap)

Depa kutip orang Jalan kaki kat Tanah Abang atau pinggir2 kota utk naik supaya boleh masuk kota Jakarta.


Ok berbalik  pasca PRU15 malaysia:

Bas masih tak penuh..

 Plet PH tak penuh, plet PN tak penuh.

Nak penuh kena ajak tentera yang menang di kalangan satu pihak yang bernama BN.

Sebelum perang macam depa dok kata kat “hang aku.” Kata dan tuduh memacam. Semua pihak. Bukan satu ja. Sebab ayat adalah senjata. (Bab betoi ka dak, kita sebagai org Islam kena tahu ada balasannya nanti.)

  Hatnu kotoq ..hat nu keruh,

hat liberal, hat nu belit,

hat nu fitnah. Hat kominis,

hat Taliban.  Hat rasuah , hat nepotisme.

Hat anak beranak, hat tua bangka, Hat muda.

Hat mundur. hat lbgttq.

Hat penunggang agama, hat tunggang belakang.

Hat bodoh . hat banngang

Hat lebai, hat sakau

Uishh banyak..banyak tuan2 kata depa dok kata masa kempen. Kalau tengok balik ntah ntah depa pun malu

 Kalau aku nak senaraikan semua memang banyak. Namun kata-kata itulah merupakan bullet atau senjata semasa perang. MAcam aku kata tadi. akan ada balasan kalau fakta tak benar. Akhirat nanti

BN pulak being labelled as  rasuah dan penyakau  atau penyamun by both PH dan PN.  Bullet paling ampuh. Ya salah satu bullet ..dan itulah perang PRU. 

dann..

Rakyat telah memilih.

Dan ramai lah yang kalah dari gerombolan BN. Tinggai 30 org yang selamat

 

Ketua BN ni kawan dengan drebar bas plet PH.

Ada yang mau naik bas PH namun ada yang tak mau.

La ni hat org dok kata sakau nil ah yang kena “mot”  (muat atau di jemput naik ) dalam bas. Dua dua bus! Yang mana BN akan dipilih?

Yang blok ufuk timur dari Borneo awai-awai lagi naik bas plet PN.

Adakah BN naik bas PH.

Atau naik bas PN.

Atau separuh separuh???

Adakah bila BN naik bas PH, blok Borneo ni turun bas PN dan naik bas PH.

 Kenkawan, macam macam boleh berlaku. Tunggu sajalah.

 

Sehingga takat ni kata muktamad dah diberi supaya masuk wilayah kuning sebelum pukul 2pm dan mestila penuh dengan 112 atau lebih.

Apapun satu bas akan penuh dan akan bergerak..Sabarrr..

Apa yang berlaku.

Set kito jgn pecah.


HP wasap boleh pecah tapi persaudaraan jgn putus.

Kita tunggu saja..

 

“Kita boleh merancang. strategies.plot twist, namun ingatlah sesungguhnya Allah Maha Perancang”

 

NBS. Putrajaya. 12.11 pm.

p.s Lagi 2 jam bas nak jalan


Update:
Bus or flight or boat delayed to next day..
Please keep your ticket and follow instruction to claim your hotel accomadation. Tq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...