Tuesday 26 January 2021

Ada stamina ke tak ni..

Jogging dan berlari?
Memang sesuatu yang aku tak minat. Tapi lately aku aku start jogging, sebab tak ada sukan yang boleh main sepanjang pkp kali ni.
PKP V.2 bermula 12 Januari dan dijangka berakhir 26 Januari, hari ni tetapi disambung hingga 4 Februari.

So aku start jogging. boleh kata everyday. at least 3 km. tengok macam mana stamina dan momentum.
Cuba dulu. Dan tengok samada aku berjaya kurangkan berat badan. huhu

Wednesday 20 January 2021

Sepatutnya bla bla...TETAPI, arghhh tetapi lagi..


Agak kelakar tetapi menyulitkan… Dan ianya menunjukkan level of service di Malaysia. Menarik juga peristiwa ni..

Dalam coretan kali ini..ada perkataan “tapi” lagi..

Bukan cerita hantu kat hotel (link), tetapi ketika hantar kereta servis.

Waktu lunch semalam pi hantaq kereta. Nak tinggal untuk service.

Sebelum tu service center ni buatkan appointment dan peringatkan. Bagus..aku pun lupa sebab tak drive sangat. Ye lah PKP kan.

So lebih kurang 12.30 sampailah. Dekat ja dengan rumah. Dalam 20 minit perjalanan..

Aku terus ke kaunter, scan dan check suhu.

Setelah check buku rekod kat depan entrance, rekod menunjukkan dah ada set appointment. Cantikk..

Sesampainya ke kaunter, buku service pun diserahkan.

Service advisor pun tengok,

“Oh encik, first service kan”

“Ya” sambil berdiri tepi kaunter dan ber s.o.p penjarakkan social.

 

“Jap ye” sambil dia ambik detail dan belek2 buku..

“Encik. Untuk service pertama memang dapat free service tetapi..”

Wahh.. perkataan” tetapi” muncul kembali.

Apakah tetapi ni untuk apa pula. Teringat tetapi kat hotel shore tempohari hahahaha.

“Tetapi… system kami down”

Dia sambung lagi :”Sistem SAP. Satu Malaysia P****** down“

Ok system S.A.P satu msia. Ada kaitan kah..?

Sebelum aku cakap..”so”..

 dia sambung:,” Jadi tak boleh check encik dapat free service ke tak.”

Aku “pause”  biar dia habiskan apa solusi dia nak bagi.. jeng jeng jeng..

Dia sambung cenggini:”Jadi encik kena bayar dulu kemudian bila system ok dan kita check encik entitled untuk free service, kita refund.”

Ermm.. sound legit kan..

“Jumlahnya RM243.00” sambil tulis kat kertas contengan dia.

Setelah sekian lama pause, sejak  tadi aku mempersediakan diri, untuk mendengar sambungan “tetapi” dia tadi, aku pun jawab.

“Tetapi, (guna tapi juga tu) memang dah clear kan packacge dia free kan.”

Ye encik, Cuma kami tak boleh check. X50 ni ada yang tak dapat ada yang dapat. Hanya 30,000 booking pertama saja dapat”

Ermm itu satu statement! Ok fair la kan. Ada yang dapat ,ada yang tak dapat free service. Logik logic.

Aku menlogik kan pendapat aku kat dia>Oh ya ka. Hermm

“Cik  sorry, gini lsh  kalau first 30,000 booking, sure saya entitled sebab book first day soft launch.” Cuba menrasionalkan hujah  bagi dia paham dan jelas yang benda ni tak dak isu pun.

Maybe dalam 3 atau 4 ribu kot kalau yang booking awal masa tu.

“Yang keduanya takkan dah deliver 30,000 kereta. Kan ada issue production..rasanya baru 5 atau 6k kot keluat. Ok lah the most 10k atau 20k, still sure saya dalam jumlah yang layak.’

 

Dia diam. Berfikir apa la dia nak jawab kot. “Kalau macam tu encik tak perlu service lagi la hari ni. Balik dulu lepas tu kita check dulu layak ke tak”

Aduyai…

“ Cik, kalau macam ni solution kenapa masa cik call nak suruh saya dating service ,tak habaq kata ada issue ni, ni dah datang musim2 PKP ni,  suh saya balik . Patut inform awal la kata kalau on saya kena bayar dulu atau, tak payah datang lagi.”

Ni masa dah terbazir.

Dan menariknya (sebenarnya melecehkan), penyelesaiannya customer yang ke suffer.

Aku membalas macam ni walaupun aku tau cara kerja company Malaysia tak akan terima:

“Apakata saya teruskan service dahulu dan kalau you check system (nanti bila system dah ok ), kena bayar, saya buat payment. Terbalik. Dari you mintak payment kat I, you service dulu then I bayar kalau kena. Saya rasa saya tak perlu balik kot dan datang balik untuk benda yang sama. Kang amik masa lagi.

Problem system you all customer yg kena . Tak patut kan..”

Saja test,,

 

Dia diam seketika :”Tak boleh macam tu. Encik kena bayar dulu.”

Aku pun agak memang tak dak cara lain. AKu boleh je bayar.

Cuma aku nak tengok kaedah penyelesaiannya. Aku keluarkan credit card.

“Tapi encik, kena bayar cash.”

Pulak!!. Aku diam. Malas nak layan. Tengok reaksi dia.

 

 Dalam wallet mana ada cash, tak reti buh duit banyak dlm wallet kalau tak plan beli apa2 . Dan aku tak mau ke bank semata nak entertain masalah dia ni

Dia call admin. Bla bla..

Ok boleh encik credit card. Nanti kita refund setelah kitab oleh check.

Aku confident akaa ada refund. Kalau kena caj jugak, memang nak kena….harap tak lah bat hal lagi.

Takpa lah kita bertolak ansur, Cuma aku habaq kat dia, sepatutnya customer tak perlu dissusahkan atas masalah system korang. Dan sah-sah masa marketing nak jual dulu kata free service. Asyik asyik customer kena dahulukan la, korang amik duit. Then refund.

Patut sebaliknya. Layan la as per package. Kalau kena caj, tanggung la. Ala bukan kah macam tu, customer first! Ye tak.

 

Dah la tu. Itulah ceritanya. Kebanyakkan cara kita, syarikat kita. Budaya service kit ani kena improve.

Tak mau susah sikit. Nak susahkan customer. Masa customer. Duit minyak customer suruh pi mai pi mai. Padahal depa yang salah.

Nak amik duit dulu. Tak percaya kat customer.

 So kita tunggu berapa hari nak refund. Entah2 kena bersilat pulak.huhuhu

Tuesday 19 January 2021

The Shore Hotel. Bilik tak siap, saya boleh bagi kalau encik nak masuk ada 4 bilik ni, tapi..(alamak, berhantu kah??)

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ok hari tu janji nak review hotel The Shore Hotel and Residence (Shore) kan..

Kira tak payah kita rate bintang sebab saya pun tak kisah pasal bintang hotel kecuali, dia claim 5 star tapi service tak selari baru lah kita highlight bab bintang ni.

Bangunan Shore ni sekelompok  atau bersebelahan Swiss Garden. Malahan lobby pun sama

Kaunter check in pun sama. Kiranya dua hotel ni , Swiss Garden dan Shore ni operator nya sama.

Aku tempah melalui Agoda, rate dalam RM150 per room. Ambil 4 bilik.

2 hari sebelum check in, call untuk request early check in. Perancangannya, gerak dari rumah pepagi, cari breakfast atau brunch atau early lunch dalam perjalanan, dan sampai hotel pukul satu gitu. Rehat dan petang jalan-jalan ajar sejarah kat anak-anak sekitar Melaka.

Betul, kita amik for granted sejarah jatuhnya Kota Melaka dan kemungkinan jika kita alpa, kita jatuh lagi. Bila tunjuk kota A farmosa , gitu gini, baru lah depa paham. Tapi itu cerita lain. Nanti panjang pulak coretan ini

Balik pasal hotel. Bila call tak dilayan sangat. Waima utk amik note  atau catat ke.  Cakap la ok ..saya ambil maklum. Bukannya aku tau pun..

Simply said, encik datang nanti kita bagitau boleh ke tak. Letak phone. ( ringkasannya tau , bukan sebijik macam tu, nanti kira fitnah..just anggap gitu je kaedahnya,, tak yah detail,)

Wahh ,..Mungkin bz.

Ok sesampai nya.. pegi cari parking forth floor. Macam, hotel ni campur dengan residence/owner. Apakah operator lease dari owner dan bahagilan profit kepada onwer. Atau hotel ni beli few floor untuk sewakan as hospitality bisness? Mungkin..
Anyway, banyak konsep macam ni sekarang..dan menarik.

"Check in"

Turun ke lobby, dengan harapan dapat bilik awai..Dalam pukul 1 macam. memang susah la kan nak check in awal. Oleh kerana ambil 4 bilik, dapat 1 bilik pun ok dah sebb boleh hantar barang dulu sementara 3 bilik lagi siap. Boleh la landing sat kemudian keluar pergi bandar.
Dilayan oleh penyambut tetamu yang sempoi dan bagus la..

Dia usaha cari bilik mana kosong then katanya belum ready, tapi, ada satu floor ni..ada empat empat bilik kalau nak masuk boleh sekarang. cuma,,aduyai cuma la pulak. Berhantu ke??

Cuma, fius untuk cabel tv terbakar.. so channel tv tak bagus/cantik. 
Oh ..ingat  tingkat tu berhantu. Suspen saja.
Satu bilik pun tak de siaran ke.
Jap, dia amik walkie talkie..check technician.

Ya encik, satu floor. dan sambung, macam ni lah...saya bagi voucher untuk 8 org breakfast kalau on na masuk bilik ni.

TV?
Breakfast?

Memang sebelum tu tak amik room sekali dengan bfast pun. 
Sbb Melaka kan..mesti mau jalan jalan cari makan. Or bayar je breakfast hotel kat situ, 

So on lah..Asal bukan berhantu. Boleh check awal dan dapat breakfast complementary.

tak silap Rm28 per person kot. kena check balik.

So naik ke bilik dan lepak dulu. Ermm anak2 la ni bukan nya tengok  tv, yg penting, yang talian hayat depa ialah internet.
Netflix semua ada kat gadget. Youtube bla bla. So no problem.

Bilik.

Bilik ok.Just nice. No issue. Bilik air frosted glass. Kalau berdiri tepi dinding nampak figure..
Nak tease partner boleh la hotel hotel cenggini. Ahaks

Oh ya , dalam 4 bilik tu ada 1 yang bilik besar "bagak". Kat corner. Yang ni bilik air pun besar dan ada bathtub. So bagi yang bujang lelaki 3 orang share bilik ni. Ada sofa bed lagi

..lagi 3 tu kira bilik standard. 

Breakfast.

Breakfast macam mana pulak? 

Superb!
Tu ja nak habaq.
Dengan pelbagai makanan dan sedap.

Anak-anak suka yogurt. Dari dulu memang ulang amik benda ni ja kalau ada.

So, berbaloi dok bilik yang tak dak TV..hahahahah.

Yang lain lain lif agak terhad, Tapi memang dijangka. Sebab kalau hujung minggu dan ramai orang travel, memang ada kesesakan. Tak sesak tak best la kan.. Takkan tetiba lengang je lif padahal org ramai. Macam cerita hantu la kan.Ha haha,

Kita ni travel yang syoknya org ramai. masa org tak ramai tak syok travel kan. Sebab tu masa bukan peak tu, hotel kosong.

Adat la..masa kita boleh berjalan orang lain pun macam tu. Tu yang ada peak season dan non peak. Lumrah! Hadap dan take positive.  

So itu saja.. so far hotel ni ok.. no issue. Thanks for reading!!!


gambar sat ya nak upload.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...