Monday 26 October 2015

Photo: Pakistan and Afghanistan rocked by earthquake 7,5. ..At least 70 dead in Afghanistan and Pakistan - reports

Assalamualaikum bloggers and readers..



Latest:


AFP is reporting the following deaths:
  • 12 schoolgirls were trampled to death in the northern Afghan province of Taluqan city. “The students rushed to escape the school building, triggering a stampede. Twelve students, all minors, were killed and 35 others were injured.” Takhar education department chief Enayat Naweed told AFP.
  • Six people were killed in Afghanistan’s Nangarhar province, with 69 others injured, Najeeb Kamawal, head of the local public hospital told AFP.
  • 28 people were killed in Pakistan’s northern tribal areas, 20 in the northwest, three in Gilgit-Baltistan and one in Pakistani Kashmir, various officials told AFP. Eight children were known to be among the dead in Pakistan.


While BBC reports that:

A powerful earthquake has killed at least 328 people and wounded hundreds more in Pakistan's remote south-west province of Balochistan.
The 7.7-magnitude quake struck on Tuesday afternoon at a depth of 20km (13 miles) north-east of Awaran, the US Geological Survey said.
Many houses were flattened and thousands of people have spent the night in the open.
After the quake, an island appeared off the coast near the port of Gwadar.
Map locator
People gathered on the beach to see the new island, which is reported to be about 200m (656ft) long, 100m wide and 20m high, and scientists have been sent to survey it.
Officials say such land masses have appeared before in the area, and usually disappear again over time.
Tuesday's quake was so powerful it was felt as far away as India's capital, Delhi, and Dubai. Workers in Karachi had to evacuate their offices because of the strong tremors.
Balochistan is Pakistan's largest but least populated province.
The military has a heavy presence in the area because it is fighting a long-running separatist Baloch insurgency, and so its troops were among the first to respond to the crisis.


More than 300,000 people have been affected over a total of six districts - Awaran, Kech, Gwadar, Panjgur, Chaghi and Khuzdar - Balochistan government spokesman Jan Muhammad Buledi said

A powerful earthquake has killed at least 328 people and wounded hundreds more in Pakistan's remote south-west province of Balochistan.
The 7.7-magnitude quake struck on Tuesday afternoon at a depth of 20km (13 miles) north-east of Awaran, the US Geological Survey said.
Many houses were flattened and thousands of people have spent the night in the open.
After the quake, an island appeared off the coast near the port of Gwadar.
Map locator
People gathered on the beach to see the new island, which is reported to be about 200m (656ft) long, 100m wide and 20m high, and scientists have been sent to survey it.
Officials say such land masses have appeared before in the area, and usually disappear again over time.
Tuesday's quake was so powerful it was felt as far away as India's capital, Delhi, and Dubai. Workers in Karachi had to evacuate their offices because of the strong tremors.
Balochistan is Pakistan's largest but least populated province.
The military has a heavy presence in the area because it is fighting a long-running separatist Baloch insurgency, and so its troops were among the first to respond to the crisis.


Photo: REUTERS


.Mud houses

He told BBC Urdu that the death toll currently stood at 328 - 160 in Awaran town, 125 in other areas of Awaran district and 43 in Kech.
It is feared the death toll could rise once other areas are reached. The number of wounded is reportedly more than 440.
Awaran local government official Abdul Rasheed Baluch said about 90% of houses in the district had been destroyed.
Some 250 houses collapsed in the village of Dalbedi and villagers were clawing through debris for possessions, an AFP photographer at the scene said.
"We have lost everything, even our food is now buried under mud and water from underground channels is now undrinkable because of excessive mud in it due to the earthquake," 45-year-old farmer Noor Ahmed told the AFP.

Maal Hijrah - Foto

As Salam..
Dalam suasan jerebu dan tak jerebu hari tu maka aku dan rerakan sepejabat menyertai perarakan Maal Hijrah.

Setelah lama dan join kali ni terpanggil untuk join..


Dengan moto besar pun berhijrah sekali sempena hari tersebut.
Agak ramai la org..
Memang ramai..



Thursday 22 October 2015

Alkisah....

Assalamualaikum bloggers and readers..


Di Jepun, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan . Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan . . 

Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya , agar tidak membebankan kehidupan anak - anaknya . . .

Pada suatu hari , ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan . Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk .. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya . 

Si Ibu yang kelihatan tak berdaya , berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui . Sesampai di dalam hutan yang tebal , si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya . Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang . . . . . Dalam senyumnya , dia berkata , '

'Anakku , Ibu sangat menyayangimu . Sejak kau kecil sampai dewasa , Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku . Bahkan sampai hari ini , rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun . Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu . Ibu takut kau tersesat . 

Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah '' . Setelah mendengar kata-kata tersebut , si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu . Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah . Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal . Sahabatku semua . . renung2kanlah . .

'' Orangtua '' bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya . Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam susah , hanya ''orangtua'' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah .
''orangtua'' mereka tidak pernah meninggalkan kita ,macammanapun keadaan kita .. Walaupun kita pernah melawan atau meninggi suara kepada orangtua namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita ....
Kasihi dan sayangi la orangtua kita selagi mereka masih hidup..

Tuesday 20 October 2015

Peliklah..!!!

Terasa pelik sesangat bilamana kapal perang US akan mendekati pulau yang tak berpenghuni waima seorang umat manusia pun di tengah Laut China Selatan yang dibina landasan dan rumah oleh api oleh China, sedangkan tiada kecaman pun ke atas Israel yang menumpang, merampas , menghalau penduduk asal serta membina tembok2 sekeliling Palestin sejak puluhan tahun lalu.

P.s . Posting satu ayat saja..

Lumrah media sosial...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Yup betul jaga urusan kamu sendiri...!!
Namun, penulisan, atau  pem"foto"an untuk khalayak mendatangkan persepsi tersendiri.
Tak ramai nak jaga urusan org lain..sbb urusan sendiri pun dah banyak
Tak ramai yang mmpu nasihatkan org lain..
tak ramai yang nak dengar nasihat org..

Lumrah,
Namun, setiap yg di khalayakkan pasti ada org yg menegur,,
 tersentuh hati untuk berkata..
Terpacul soalan untuk ditanya
terdetik hati org untuk mendoakan.
.tidak dapat tidak!

Biar Tuhan yang jugde?
Maybe kita boleh bersarakan semua hakim2?

P.s .Amannya Malaysia tanpa judge..kalau ikut logik seperti itu



"

A; Jom pergi demo kat Kedutaan Indon.
B: Pasal jerubu ke ni?
A: Apalagi.. jerebu la ..sesak dan menyesakkan.
B: Tak boleh demo??!
A: Kenapa tak boleh? Kan diorang sikit-sikit demo
B: Tak boleh.. tak digalakkan berada dikawasan kedutaan.
A: Kenapa lak..apasal tak boleh??????
B: Sebab jerebu.......

Monday 19 October 2015

Aku pernah sesali...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Untuk sekian kalinya kali sekolah ditutup.
Musibah angkara tangan-tangan manusia..
Telah dinyatakan bahawa tangan tangan manusialah yang akan merosakkan muka bumi
Indonesia tak pernah dan akan peduli,
Tunggulah kita tahun2 mendatang akan ditimpa musibah ini..

Jiran nak tolong pun ditolaknya.
Baru baru ini terima juga
Setakat melepas batuk di tangga agaknya.
orang nak tolong ..boleh laaaa

"""

Kereta mewah yang amat disayangi.
Pantang kotor segera dia basuh...
tidak dilap sendiri, kedai carwash dia kunjungi.
tersalah cuci? Atau rendah peribadi beliau??..mamat bangla dia belasah.
Arghh aku berduit... dia buat salah..apa salahnya aku tibai.

Bangla kot..kuang hajar!! Herdik susuk yang kepalang ajar..
kereta mahal kot...


Aku pernah menyesali sampai kini..
bila mana marah anak terdelete / terformat gambar dalam digital kamera..
sungguh! Amat meneyesal..
kerena aku tak pasti aku dok tengok gambar tu pun..aku tak ingat pun detik yg terakam..
tapi aku pernah marah..sangat2..
kononnya gambar tu tak boleh dirakam kembali..
arghhh..gambar apa??..adakah aku peduli sekarang..aku pun tak pasti ..
tak ada nilai kot...
Yang pasti sikap marah akan disesali....
Ada jiwayang berharga dari benda yang hilang atau terpadam..

''''''''

Friday 16 October 2015

Statistik Blog jadi "Undefined"

Assalamualaikum bloggers and readers..
 Cemas seketika..tetiba statistik blog menjadi kosong

Sudah la sebelum ni pun tak banyak stats tu.

Tapi kan
dalam tak peduli statistik,, kekadang tengok juga..
buat motivasi diri menulis
Nukilan atau cerita..

Satu hari hilang ia entah pi mana..

Sampaikan page view kat blog pun jadi "undefined"
Tapi kini kembali seperti asalnya..

p.s. sebab blog ni underperform ke...


Thursday 15 October 2015

Kecewa di hari pertama

Assalamualaikum bloggers and readers..

Baru hari pertama hari ni..
Hari pertama kerja dalam tahun baru Hijrah.
Oh ya .. Salam Maal Hijrah untuk semua.
Tapi aku betol- betol rasa kecewa.
Betul betul kecewa..

Begini kah kebajikan kepada org marhein. 
Aku pasal harga makan mahal ke apa tak kisah sangat.
Kalau naik harga ke apa itu pilihan memasing.
Penjual dan pengguna..

Memasing boleh memilih dan membuat pilihan yang tepat.
Kalau tempat makan..kekadang yang pergi tu sbb environment..ambience dia.
Pasal layout..pasal service..

Ok sebenarnya ni pasal tol
Tamau bebel pasal lain.
Kang panjang pulak aku  menulis..

Tak reti ke naik sen sen sekarang..
Sekali henjut ringgit ringgit.
Tak main kupang kupang dah.

Bukan tak boleh naik..
Berniaga ada nak untung.
Stakeholder nak untung juga dari tahun ke tahun..

Tapi agak agak lah...
Kesian rakyat marhein ni...
Tak pernah kan selusuri kehidupan rakyat kebanyakan ni.

tau lah hampa semua golongan macam mana..

Haihhh..

Paham tak? 
naik tol berpada-pada boleh dak
buat baik pun org suruh berpada pada tahu tak..

 naik tol ni bukanlah terbaik utk rakyat pun
Jadi berpada-padalah.
Paham ke tak
berpada pada..


Panda betol lah!!!..


Saturday 10 October 2015

Sehingga RM1000. itulah kadar fi maksima penggantian mykad jika kehilangan akibat cuai

Assalamualaikum bloggers and reader..



Kadar fi bagi penggantian kad pengenalan yang hilang akibat kecuaian akan dinaikkan bermula 15 Oktober ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman.

Beliau berkata fi bagi kehilangan kali pertama kekal pada kadar RM100, manakala kehilangan kali kedua dinaikkan dari RM200 kepada RM300 dan bagi kehilangan kali ke-3 dan seterusnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000.

Bagaimanapun, katanya pengecualian kadar fi diberikan kepada orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kadar-fi-ganti-mykad-hilang-akibat-cuai-dinaikkan-bermula-15-oktober#sthash.MT5b4zea.dpuf..

p.s jaga mykad anda molek2 dee.
ramai yg nak jadi rakyat msia


Thursday 8 October 2015

Menarik.....

Assalamualaikum bloggers and readers.. 


Advice from an 80 year old man............
1. Have a firm handshake.
2. Look people in the eye.
3. Sing in the shower.
4. Own a great stereo system.
5. If in a fight, hit first and hit hard.
6. Keep secrets.
7. Never give up on anybody. Miracles happen everyday.
8. Always accept an outstretched hand.
9. Be brave. Even if you're not, pretend to be. No one can tell the difference.
10. Whistle.
11. Avoid sarcastic remarks.
12. Choose your life's mate carefully. From this one decision will come 90 per cent of all your happiness or misery.
13. Make it a habit to do nice things for people who will never find out.
14. Lend only those books you never care to see again.
15. Never deprive someone of hope; it might be all that they have.
16. When playing games with children, let them win.
17. Give people a second chance, but not a third.
18. Be romantic.
19. Become the most positive and enthusiastic person you know.
20. Loosen up. Relax. Except for rare life-and-death matters, nothing is as important as it first seems.
21. Don't allow the phone to interrupt important moments. It's there for our convenience, not the caller's.
22. Be a good loser.
23. Be a good winner.
24. Think twice before burdening a friend with a secret.
25. When someone hugs you, let them be the first to let go.
26. Be modest. A lot was accomplished before you were born.
27. Keep it simple.
28. Beware of the person who has nothing to lose.
29. Don't burn bridges. You'll be surprised how many times you have to cross the same river.
30. Live your life so that your epitaph could read, No Regrets
31. Be bold and courageous. When you look back on life, you'll regret the things you didn't do more than the ones you did.
32. Never waste an opportunity to tell someone you love them.
33. Remember no one makes it alone. Have a grateful heart and be quick to acknowledge those who helped you.
34. Take charge of your attitude. Don't let someone else choose it for you.
35. Visit friends and relatives when they are in hospital; you need only stay a few minutes.
36. Begin each day with some of your favourite music.
37. Once in a while, take the scenic route.
38. Send a lot of cards. Sign them, 'Someone who thinks you're terrific.'
39. Answer the phone with enthusiasm and energy in your voice.
40. Keep a note pad and pencil on your bed-side table. Million-dollar ideas sometimes strike at 3 a.m.
41. Show respect for everyone who works for a living, regardless of how trivial their job.
42. Send your loved ones flowers. Think of a reason later.
43. Make someone's day by paying the toll for the person in the car behind you.
44. Become someone's hero.
45. Marry only for love.
46. Count your blessings.
47. Compliment the meal when you're a guest in someone's home.
48. Wave at the children on a school bus.
49. Remember that 80 per cent of the success in any job is based on your ability to deal with people.
50. Don't expect life to be fair

“Wa bukan tak ada duit. Wa banyak duit. Lu buka dulu..."

Assalamualaikum bloggers and readers..



Viral hari ini : Satu ulasan.

Ada satu video berkenaan dua orang lelaki yang bersikap kurang sopan ( biadap) bila berdepan dengan penguatkuasa undang-undang.

Kejadian yang berlaku di pulau Pinang itu menjadi viral dan aku terpanggil untuk ulas.
Sudah lah sikap yang tak menunjukkan budi bahasa yang baik yang kononnya rakyat Malaysia berbudi pekerti, namun mencampakkan duit adalah sesuatu yang agk menghina.
Bukan pegawai tersebut "pau" duit, tadi peraturan mengkehendakinya bertindak mengunci kenderaan.

Tapi yang menjadi pelik apabila dia menarik balik lapuran polis yang dibuat beliau terhadap 2 orang pemuda tersebut. Sepatutnya siasatn perlu diteruskan kerana tindakan pemuda adalah terhadap institusi pihak berkuasa tempatan dan bukan terhadap individu.
 Harap tiada unsur ugutan hingga tarik balik laporan polis..

P.s Oh Malaysiaku..makin menjadi-jadi sikap

update: Dua mamat ni ditangkap dan didakwa...

Wednesday 7 October 2015

Sudah tentu ada kehidupan dan hutan rimba di Marikh!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Air ditemukan di Marikh.

BAru baru ini dikatakan air dipercayai terdapat di planet Marikh. Atau terdapat bukti kukuh bahawa ada unsur atau petanda bahawa terdapat adanya air di planet merah tersebut.
Aku tak pasti kenapa sungguh-sungguh nak teroka sampai belanja billion-billion dollar pegi ke sana. Tapi bila memikir US yang nak spend duit tersebut  biar saja lah. Nak harap depa bantu umat manusia yang kelaparan ni jgn harap sangat. NAk amik pelarian Syria dan lain-lain pun depa masih berkira.
Keutamaan ialah mencari bukti kehidupan di Marikh, atas nama sains.

Yang aku hairan, kalau dah ada air kenapa tak nampak binatang atau alien dipermukaan planet.
Mana teori Darwin yang mengatakan haiwan berevolusi dari satu sel hingga menjadi sebagak-bagaknya haiwan. Hellooo.. kalau ada air mesti ada organism kan? Air tu pulak mesti berzaman zaman dah ada.. Berbillion tahun kot palnet Marikh wujud...

Makna kata haiwan satu sel tu dah boleh berkembang jadi haiwan yang berenang,,kemudian ada kaki…kemudian terbang..ada pokok dsbgnya..
Kan kan..Bukankah evolusi amik masa yang lama.. bila ada pokok boleh la sustain kitaran air dan hujan dan dah tentulah marikh ada pokok hijau rimba alam dan mosty forest dan lain..
Oh tak boleh sebab dekat matahari.. Takkan sel tu tak boleh berevolusi jadi binatang hang tahan radioaktif dan pancaran UV? Kan teori evolusi mengatakan burung pun ada paruh panjang sbb nak sedut madu yang jauhnya kedalam..
Kan kan?

Jadinya kat sini bukannya tak percaya adanya air. Dengan adanya air di marikh dengan sendiri mematahkan hujan teori evolusi Darwin..

KAlau hampa percaya juga teori ni.. semua makhluk akan pupus!.. Tak akan ada langsung manusia ,, binatang dan lain2 keran semua akan berubah jadi bentuk lain..evolusi lah kan..
Ala dulu semua bentuk monyet…cehhh!
Wohahahaha..ekekekeke,,,hahahaha,,,huhuhuh.

 simpan la gambar tok nek utk pass kepada generasi terkemudian yang rupa bentuk akan jadi lain dimasa depan .
P.s air di Marikh tiada mustahil. Teori Darwin tu saja yang mencabar adanya Tuhan dan kekuasaan Tuhan. Adakah Tuhan hanya boleh mencipta satu sel sahaja??

Allah hu Akbar..
Kun Fayakun…




Ok lah .. nak tidur .
nak lena diulit mimpi ke bulan

AWAS: 10 jenis jual beli hartanah berisiko

Assalamualaikum bloggers and readers 

Apabila kita ingin membeli hartanah perkara-perkara berikut perlu diambil kira dan seelok-elok bertanya atau menggunakan khidmat mereka yang pakar dalam bidang.

Ini adalah kerana proses membeli hartanah boleh menjadi menjadi agak teknikal pada ketika tertentu dan pembeli perlulah peka dengan keadaan tersebut sebelum  meneruskan urusniaga.
..





>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

HartaGuam ingin menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam setiap urusniaga jual beli hartanah yang dikategorikan berisiko.

Di antara urusniaga jual beli hartanah yang berisiko tetapi sering dilakukan oleh masyarakat kita adalah seperti berikut:



1. Membeli rumah daripada pemaju yang tidak mempunyai lesen pemajuan perumahan yang sah daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

2. Membeli tanah lot yang belum ada geran individu yang berasingan.

3. Membeli tanah pertanian yang mana pemilik asalnya meninggal dunia dan belum diturun milik kepada waris.

4. Membeli rumah strata yang belum ada hakmilik strata sedangkan pemajunya digulungkan (wound-up).

5. Membeli rumah sub-sale daripada pemilik yang mana rumah tersebut dalam proses tindakan lelongan oleh pihak bank.

6. Membeli hartanah di bawah skim yang pelik-pelik yang mensyaratkan pembeli menjelaskan bayaran secara tunai dan syarat lain yang berkaitan.

7. Membeli hartanah tanpa menggunakan khidmat peguam sedangkan hartanah tersebut masih tidak bebas daripada bebanan (not free from all encumbrances), misalnya hartanah tersebut masih digadaikan kepada bank.

8. Membeli hartanah lelong yang ada kaveat di atasnya.

9. Membeli tanah felda atau tanah berkelompok yang mempunyai sekatan kepentingan tanpa mendapat kebenaran pindah milik secara bertulis daripada pihak berkuasa negeri.

10. Membeli hartanah secara sambung bayar pinjaman bank pemilik tanpa membuat  pindahmilik kepada pembeli. – 7 Oktober, 2015.



Dipetik daripada ruangan rencana Malaysian Insider hasil tulisan:


* Salkukhairi Abd Sukor - Presiden, Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).



Tuesday 6 October 2015

Shout info: Bijak Wang - Penjelasan tentang 'RULE of 78"

Assalamualaikum bloggers and readers..


 Rule of 78.

Acapkali kita mendengar tentang Rule 78 ni terutamanya apabila kita ingin membeli kereta, menjual kereta terpakai dan “trade in”. Ianya berkenaan dengan pinjaman dan keadah pengiraan faedah ataupun profit.  Rule 78 ni amatlah penting difahami ketika kita ingin membuat penyelesaian awal terhadap pinjaman dengan institusi kewangan terutamanya pinjaman peribadi atau pinjaman kenderaan.

Selalunya kita mendengar perbualan mengatakan :
”tak payah lah buat settlement sebab kereta kau ada berapa bulan saja lagi.”
“Apasal pulak?”
“Tak banyak rebat kau dapat sebab RULE of 78 . Aku tak sure macam mana tapi rugi kalau settle takkala hutang kau tinggal sikit“

Yang bagi nasihat pun tak pasti apakah RULE of 78 ni  tapi pastinya nasihat tu agak betul .

Apakah sebenarnya makhluk RULE of 78 ni.?

Yang pastinya dia bukannya makhluk. Tetapi direka cipta kaedah oleh bank-bank bila mana mereka akan memaksimakan keuntungan faedah yang dikenakan.

Ianya lebih kepada cara kaaedah pengiraan pulangan lebihan (“refund”) faedah  yang akan dipotong (rebat) apabila kita nak buat bayaran penyelesaian awal.

Refund adalah perlu kerana interest tidak dibahagikan samarata mengikut frekuensi “installment”.
Yang pastinya kita tidak mendapat rebat seperti mana yang kita jangkakan.

Pengiraan berikut mungkin boleh menjelaskan lagi pemahaman anda.
Contohnya anda membuat pinjaman selama setahun dengan bayaran installment RM1,000.00
Anda perlu membayar selama 12 bulan.( bulan 1 hingga bulan 12)

Step pertama campur jumalah bulah bulan iaitu 1+2+3 +4……10+11+12) menjadikan jumlahnya 78. Mungkin disini terma Rule of  78 terjelma!! Walaupun bukan semua temppoh pinjaman adalah 12 bulan…

Sekarang jom kira jumlah interest yang telah dicaj dan perlu ( atau telah) dibayar dalam bulan pertama.
Caranya ialah ambil bulan yang terakhir dan bahagi 78 dan didarab nilai instalment.
Bulan pertama: (12/78)x RM1000.00 = RM 153.85 faedah ( pokok RM846.15)
Bulan kedua:      (11/78) x 1000.00 = RM141.02

Nampak disitu, nilai faedah yang diambil pada setiap installment  adalah tidak seragam walaupun installment yang seragam.
 ( Perlu dingat jumlah instalment adalah berdasarkan kadar interest yang dirunding dan jumlah pinjaman)

Ianya tidak menjadi masalah jika peminjam membayar dengan berkala dengan berdisiplin dan menghabiskan term hutang tersebut. Makna kata, pada peringkat awal peminjam tersebut  kena interest banyak dan hujungnya kena sikit. Ok,, fair deal!

Jadi apa masalahnya.. ?
Apakah kesannya terhadap  peminjam yang nak buat early settlement. Jikalau RULE of 78 ni digunakan?

Kesannya ialah banyak mana rebat yang kita akan dapat..

Mari kita tengok contoh ini..


Katakan pinjaman RM12,000
Interest 10%
Pinjaman setahun.
Interest chargeable 10% x 10,000 = Rm1,200
Jumlah yang kena bayar plus interest ialah RM13,200
Installment 13,200/12bulan= RM1,100

Pada mata kasar setiap RM1,100 ini ada unsur principal iaitu  RM1,000 dan interest RM100. Simple dan staright forward.
Sekarang katakana pada bulan ke-3 peminjam ingin buat penyelesaian awal (early settlement). Berapa rebat yang beliau dapat??

Perlu diingat lagi banyak rebat lagi menguntungkan..
( *Rebat interest  = jumlah interest- interest telah dibayar)

Pada pengiraan biasa:
Interest 2 bulan x 100 =RM 200
Rebat : RM1200 – 200 =RM1000


Dengan Rule of 78
Interest yang telah dibayar ialah
Bulan Pertama>>> 12/78 x 1200 = 184.62
Bulan kedua             11/78 x 1200=  169.23
Jumalah interest telah dicaj   =   RM353.85

Rebat : 1200- 353.85 = RM846.15

Dengan Rule of 78 , rebat yang diterima menjadi sedikit. 


Sudah ada perbezaan RM154.00  (iaitu RM1000 – 846.15).

Sekian. Harap membantu persoalan kewangan anda
Moga bermanafaat.

Monday 5 October 2015

Shopping Bar-Stool, Berkenan Garden Chair ni pulak...



Salah satu checklist yang akan dibeli namun terjumpa dengan harga yang berpatutan di Ikea.
Kerusi dan meja taman Tarno from Ikea

Yang bestnya tak perlu dipasang ..
Kan selalunya barang ikea kita kena pasang sendiri.
Yang ni dah siap ! Boleh saja lah..
Macam sesuai letak diluar rumah..

Kemasan kayu dang harga kerusi dalm RM40 sebuah
Meja Rm59.


Oh ya.. kerusi Ingolf sudah dapat,,akhirnya





Ni lah handyman selalu tolong , namun kali ni dia tak perlu pasang..
Frust dia
Posing sat dgn adik dia...

...

Kali ni tak perlu pasangkan.. dah ready untuk guna..perhh lega..kalau tak ambil masa juga nak tengok hasil nya

Kalau jerebu shopping online lah ya!!

Assalamualaikum bloggers and readers..


Makin parah keadaan jerebu ni. Sekolah pun ditutup 2 hari..yeaaaa!!
Ada yang suka ada yang mengeluh. Biasalah kan , manakan mungkin satu keputusan sesuai dengan semua orang..

Apa yang penting..Kerjasama!
Apahal pulak kerjasama kerjasama ni..
ye lah kerjasama dalam memadamkan kebakaran.. Indonesia sepatutnya bersetuju untuk berkejasama dan menerima bantuan Malaysia dan Singapura
...
Penting juga kerjasama dalam memadamkan api-api perkauman yang sentiasa terpendam macam gunung berapi Merapi..
eh kona jauh ni..
 pening ke apa ni.?
Pening sikit akibat jerebu..serius!
Ada kesan terhadap diri aku.. pening lain macam weekend baru ni.


Apa pun hari Sabtu dijemput oleh sahabat untuk ke Seri Malaysia Bagan Lalang untuk program Usahawanan anjuran MASMED.
 Langsung diminta jadi panel pembentangan perniagaan online pelajar-pelajar dari Uitm Johor dan Shah Alam.

Aku sebagai lepasan Uitm tentulah peluang untuk beri sumbangan sebegini tak akan  ditolak



Aku belajar banyak benda dalam program tu. Walaupun jadi panel yang diminta beri komen namun mereka (pelajar) yang melalui proses nak buat bisnes tu, teori dan pengalaman berbeza. Aku lebih kearah penggunalah. Kalau nak komen pasal peniaga memang kena bagi yang expert.

Program MASMED dikelolah oleh En Halim Suhaimi dihadiri lebih kurang 30 pelajar. Bagi aku satu pendekatan yang murni dalam menggalakkan pelajar menceburi bidang perniagaan. Buat bisnes , alami, improve dan expand. Kalau itulah yang dihayati oleh pelajar maka mereka boleh pergi jauh.








Pelajar yang bentangkan perniagaan mereka ialah:

1.RuncitOnline.2u.com
Pelajar  ini meyediakan perkhidmatan telecomunikasi, servis memotong rumput, antaranya.


2.AFMB Enterprise
Menjual product kesihatan daripada al Hadda Marketing seperti G-oat,  minuman kesihatanTamar Cocoa, pakaian dan aksesori.

Fyjab
-insta @fyjabs
Menjual tudung labuh dan shawl

Dazara
Menjual pakaian muslimah



Memang pelbagai perniagaan mereka. Ada jual produk kesihatan, top-up service, tudung dan baju. Dan ada menceburi bidang potong rumput. Memang terbaik dan patut dicontohi.



Korang pergilah ke kedai online diorang.. kalau beli barang lagi elok sambil membantu perniagaan dan pengajian diorang.






Friday 2 October 2015

Lokasi Nabil mengerjakan haji ada wanita berseluar pendek?? Kesilapan editor mungkin??

Assalamualaikum bloggers and readers..

Satu kesilapan dalam kapsyen...

Takkan lah ada tempat-tempat macam ni yang merupakan lokasi orang mengerjakan haji..

Bagi aku satu kesilapan lagi oleh kumpulan akhbar  the Star ni. Dalam berita Mstar hari ni 2/10/2015 memaparkan gambar Nabil berselfie di satu lokasi dengan kapsyen "Nabil Ahmad ketika si salah satu lokasi ketika mengerjakan haji". Rujuk screen shot..

Bila perati, manakan mungkin ada org berseluar pendek dan wanita pulak tu ditempat mengerjakan haji..

di belakang Nabil nun di sana ada bangunan yang berkubah  seperti ala-ala masjid. Tapi mungkin di taman tema agaknya. Ala kubah memang banyak menjadi salah satu bentuk binaan. Hotel Palace of Golden Horses pun banyak kubah..

Ada kesilapan teknikal. Mungkin editor tak perasan atau tersalah upload gambar. mungkin gamabr lama Nabil tu..


harap diperbetulkan supaya tidak terkeliru..



 Rujuk Sini>> http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/10/02/haji-nabil/


Thursday 1 October 2015

Jom ..benda simple tapi besar maknanya (No 2)

Assalamualaikum bloggers and readers..


     1. Call an old friend, just to say hi.

2.







Photo for today;



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...