Wednesday 7 October 2015

AWAS: 10 jenis jual beli hartanah berisiko

Assalamualaikum bloggers and readers 

Apabila kita ingin membeli hartanah perkara-perkara berikut perlu diambil kira dan seelok-elok bertanya atau menggunakan khidmat mereka yang pakar dalam bidang.

Ini adalah kerana proses membeli hartanah boleh menjadi menjadi agak teknikal pada ketika tertentu dan pembeli perlulah peka dengan keadaan tersebut sebelum  meneruskan urusniaga.
..





>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

HartaGuam ingin menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam setiap urusniaga jual beli hartanah yang dikategorikan berisiko.

Di antara urusniaga jual beli hartanah yang berisiko tetapi sering dilakukan oleh masyarakat kita adalah seperti berikut:



1. Membeli rumah daripada pemaju yang tidak mempunyai lesen pemajuan perumahan yang sah daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

2. Membeli tanah lot yang belum ada geran individu yang berasingan.

3. Membeli tanah pertanian yang mana pemilik asalnya meninggal dunia dan belum diturun milik kepada waris.

4. Membeli rumah strata yang belum ada hakmilik strata sedangkan pemajunya digulungkan (wound-up).

5. Membeli rumah sub-sale daripada pemilik yang mana rumah tersebut dalam proses tindakan lelongan oleh pihak bank.

6. Membeli hartanah di bawah skim yang pelik-pelik yang mensyaratkan pembeli menjelaskan bayaran secara tunai dan syarat lain yang berkaitan.

7. Membeli hartanah tanpa menggunakan khidmat peguam sedangkan hartanah tersebut masih tidak bebas daripada bebanan (not free from all encumbrances), misalnya hartanah tersebut masih digadaikan kepada bank.

8. Membeli hartanah lelong yang ada kaveat di atasnya.

9. Membeli tanah felda atau tanah berkelompok yang mempunyai sekatan kepentingan tanpa mendapat kebenaran pindah milik secara bertulis daripada pihak berkuasa negeri.

10. Membeli hartanah secara sambung bayar pinjaman bank pemilik tanpa membuat  pindahmilik kepada pembeli. – 7 Oktober, 2015.



Dipetik daripada ruangan rencana Malaysian Insider hasil tulisan:


* Salkukhairi Abd Sukor - Presiden, Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).



1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...