Saturday 29 January 2022

Turning point kita.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Apa yang kita tempuhi dan lalui dan seterusnya memangkinkanp perubahan, tentu ada titik alih atau turning point.

Wah macam berat ja topik ni..

Bila mana kahwin dengan org berdarah jawa, mula lah aku makan tempe. Serious.

Lagi satu bila anak² dok hostel dan kolej belah Nogori , Segamat and Jasin nun. Mulalah berjinak² pula dengan masakan salai. Perghh terbaik la.

 Wohhaha..ok ok . Turning point pasal makanan rupanya.

Lurvy pula, punya lah hairan org kedah makan pulut durian dengan santan kena ada gula. Aku pulak naik heran pasaipa dia hairan. Memang la makan pulut durian kena ada gula.

Pasai tu org Kedah maneh². 





Aku makan budu bila berkawan dengan Faizul ..ore Kelate..

Tu la kan makanan..tak cuba tak tau kan.

Korang pula, bila start makan makanan yg mula² memang tak tau atau tak suka?



Wednesday 26 January 2022

Giveaway bernilai RM500 untuk follower ( and subscriber)!!! . Penginapan percuma kat airbnb condo KL KLCC view !!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Nota awal: 
( Posting ni akan di " pin" di atas dari masa ke semasa. Scroll utk membaca latest posting. Terima kasih)


Alhamdulillah.
Good news ..

Bagi yang tak tahu ..kita orang ada buat bnb kat KL ni, tu la kan. 
Aku ni memacam mencuba.

Tapi kalau yang kenal aku,  dari dulu lagi aku minat property.

Tu pun secara tak sengaja.( Itu cerita lain ataupun aku dah cerita dalam blog ni).

Makanya bila ada property tu mula lah nak monitize. Seeloknya macam tu lah kan

Takkan hold je , terperap dan capital stuck kat situ. Sambil2 own the property, kita boleh buat duit.

Asalkan kita usaha dan terus berusaha mencari jalan yang terbaik.

So baru-baru ni kami dianugerahi Superhost oleh airbnb.. Wahhh cepatnya. Terbaiklah.

Memang airbnb ni strict juga dalam hal ni...

Alhamdulillah.


Baru start listing Disember aritu. 
Tapi memang kami jaga level quality servicenya, penting ooo, kebersihan, kekemasan bilik dan lokasi pun menarik.

Kena sanitasi lagi..pergh..quality memang terbaik. Eh puji sendiri pulak

Kami treat guest sebagai mana kami nak merasa kalau stay tempat orang. Higher expectation bring higher quality


So here we go....

As Superhost banyak la exposure  dalam apps dan benefit lain lain lagi.

Oh ya,  sebagai meraikannya , maka kami nak bagi giveaway.. 




First time aku buat ni giveaway ni.

Anyway yang ni kami akan buat juga as kesyukuran dan sharing the happiness..

(Cemas juga kalau tak de sambutan.. tapi kalau tak buat tak tahu. Org putih kata " afraid of rejection..wohahahaha. Memang sifat aku agak introvert sikit-sikit. 
Tu yang nak melamar pun ghisau ya amat!! eh .tiber)

Giveaway ni memang nak bagi kepada follower /commentor dan subscriber  youtube.

Boleh je komen macam mana the best untuk pilih pemenang. Asasnya kami akan pilih secara random.

Setakat ni seorang lah ya pemenangnya..mana tahu kot ada tambahan

Oh apa giveaway nya.. ?

Penginapan at condo facing KLCC worth RM388 plus. 

Condo ni 3 bilik..

ya.. tempat airbnb yang kami dapat taraf Superhost tu. 
Ada swimming pool and gym etc. 
Takpa la kan giveaway ni. Se adanya la kan.

Takmo la tulis gempak-gempak sangat kemudahan nya. Yang penting bersyukur

Nanti aku post gambar..

Syaratnya..eh kena ada syarat ke? 

Aku ni jenis nak bagi,  bagi je kan. tapi kena juga kot ada syaratnya.sorry ya.

 So kena bagi syarat juga lah ya. Tapi mudah je iaitu: 


1. Follow blog ni dan tulis link/komen apa-apa saja yg murni dlm posting ni..


2. Subscribe channel youtube:  # Family Factor

3. Buat simple entry kat blog anda,  tampalkan banner kat blog anda dan link kan ke posting ni.


4. Optional (tak buat tak apa) Teka aku asal dari negeri mana ( kalau anda menang giveaway, kami akan tambah cash RM100 kalau tekaan tepat. Boleh buat makan makan at Kg Baru)



ok ..banyak ke syaratnya,,??  
Tak kot. 
So please join ya dan share.


All the best..

 Tarikh tutup    28 February 2022.


Ni link condo airbnb kalau korang nak tengok gambarnya.... 

Dalam video..---》》》House tour



P.s Mendoakan anda semua berada dalam keberkatan dan lindungan Allah senantiasa. Semoga tahun baru lebih baik dari tahun lama. 

Staysafe guyss!!


P.s2. Ni gambar guest kami semasa mereka stay nak sambut tahun baru, tapi nya takde bunga api. Sebab covid pandemik dan sama meratapi kesan banjir. So tak molek gomen nak buat show bunga api lah kan..











and the 
teaser..





















Tuesday 25 January 2022

Kitchen kabinet Ikea susah tak nak pasang?

Assalamualaikum bloggers and readers..
Sapa pernah beli set kabinet dapur  Ikea.?. Agak rumit kah atau mudah sahaja.?

Tadi plan nak masuk barangan dalam chartd an nak order online bersama few things tapi macam mana nak install nanti .. 

contohnya, nanti kena tebuk untuk sinki atau siap siap tebuk.

Nampaknya macam tak boleh order sendiri tanpa consultation staf Ikea ni..
kena diskuss dan minta khidmat nasihat apakah barangan yang perlu.

Depa kan pakar...

So postpone kejap aktiviti nak order cabinet dapur. 
Rancangannya seronok nak install dengan anak-anak. 
More fun dan menjana creativity juga pasang-pasang barangan Ikea ni


JAdi bab-bab kabinet dapur ni , kena proper planning dan tanya kepada pakar yg berpengalaman.

Barangan lain kena tunggu juga sebab nak hantar sekali lah senang kan..





Monday 24 January 2022

Menghantar anak ke Uniten - Campus life

Hari Sabtu.
Menghantar anak bujang sorang ni ni masuk kolej..
Buat foundation .
Accountancy

NUn jauh di tengah tengah negeri Pahang.
Melalui Kuala Pilah.
Memandu tengok tempat orang
Sehinggalah Bandar Muazzam



First time kami sampai ke Uniten ataupun Bandar Muazzam ni

Akmal pulak,,,.
Merasai campus life.


Semoga terus berjaya


Uniten ni penginapan macam apartment.
BUkan macam lagi..memang apartment oun


Ada yang 4 orang .
Ada yang 6 orang.


So far bersih dan kemas kemas jugak la. Cuma dah tak ada student sebelum ni..
Kena la sapu dan    mop..
Be indipendent .
Sepatutnya no problem sebab dok asrama sebelum ni.

Isnin kelas start, 
Dah fizikal kelas dah.
No more online class.








Friday 21 January 2022

Amazing KLCC: Petronas Twin Tower

We are here tonite.

 Me and Lurvy.. Just to check and ensure everything sparkling clean for our guest. And chill out. 

Its raining drizzly, however the view still amazing.
Can't ask for more.

May be I could spend time here to write more and read more. Kalau rajin..tu lah. Berkalau pulak.


Oh ya..the giveaway is on going..and the video link is here

https://youtu.be/xOwPQJMUClg





Tuesday 18 January 2022

Tahniah Alif Najmi. MUET Band 4. Jalan terus..buat degree pulak

Assalamualaikum bloggers and readers..
Alhamdulillah..
 Najmi dah semak result haritu dan dapat band 4. Cool!

Dia memang jenis relaks sentiasa. Last minit beli buku MUET.. then puas suruh study.

Dia tenang ja. Apa pun dah boleh prepare utk buat degree.. setelah missed MUET exam dan kena kena amik lambat sedikit. 

PKp , covid dan lain-lain. 


Kini boleh teruskan misi mencari ilmu pengetahuan...



Saturday 15 January 2022

Ke hospital hari ni... bukan reason tak nak pi wedding tau.

Tadi.. 
Selepas doctor dapat beberapa maklumat , 
dia akhiri dengan soalan:

"Atau kita warded encik terus untuk buat test cardio, scan heart chamber etc"

Aku pun lupa detail lain. Dengar wad pun dah cemas!!

"Ya ka . Saya ingat test kat sini ja..ECG ka"Aku pun yang memandai suggest

 "Boleh..tapi  buat limited test kat sini." Dr tu bagitau.

Dan sambung..:( kalau dr  tak  sambung mesti dia ni memandai jawab..wohahah)

"Kalau nak detail jumpa you boleh jumpa spealist lah"

Ok you pun tak ada simptom. ( yg ni aku lega rasanya)

HR you ok..
Tak de pening²
Tak de sesak nafas.
Takde lenguh² bahu.

So far encik ok..


Wokay..4 point positive..tak de symtom heart attack la tu. Alhmadulillah.

Sekarang tengah tunggu result ECG dan test darah..
2 jam ambik masa.









Apa yg berlaku sampai aku pi check??


Camni..
Dalam 5.40 ka.. aku terjaga sbb aku rasa heart rate aku naik.
Ok..tenangkan diri..
Jangan terus bangun mendadak.

Dup dup dup dup.
Boleh rasa jantung berdegup laju.

Ok slowly ke bilik air..basuh muka.
Nak solat sekali.

Tapi rasa kencang sangat jantung ni.
Ok..cool ok cool.
Jangan kelam kabut.bawak tenang..

Nak kejut Lurvy pun kesian pulak awai lagi, bukan boleh solat pun.

Tapi tak leh jadi ..
"Yang, smart  watch Yang ada kat mana. Nak ukur heart rate.."
Dalam mamai dia raba side table bagi aku jam dia. Jam aku kat bawah.

160
Heart rate.
Oh..happen again.
Tinggi ni..resting time 60 atau 77 je.
Ni waktu tidor kot.
Aku relax². Tarik nafas .

Abang teringat apa rate naik ni.
Eh buat lawak. Nanti naik lagi degupan kang

Abang solat dulu. Buka je lampu tu.

Ok.lepas tu ukuran 124.
Ok dan turun.
Sela 5 minit
Check lagi
 178...

Pulak!   

Yang,, masa tanya doc  hari tu..last month. Dia kalau jadi kena pi check terus. Ari tu kan abang tanya view doc tu kebetulan masa amik ubat Danish.

"Nak pi sekarang ka?" "Siap la" ..Lurvy ajak.

Eh jap2 .Aku kata tunggu jap 10 minit. Tengok lagu mana.

 Pulakkk...

Check lagi

Hate rate 84.

.ok getting lower and tak rasa dup dap duk dap dah..

"Shud be ok now" ( tengok tu! Memandai ok kan diri sendiri)

Terus aku comfort kan Lurvy..:
"Tapi abang nak pi hospital hari ni gak dalam pukul 10.00. Better check lah kan"

Benda ni (heart rate naik mendadak) dah beberapa kali aku rasa.

Sebelum tu sebulan lepas.
Sebelum tu dalam 6 bulan lepas.
Sebelum tu 3 tahun lepas rasa cam ni.( masa ni kat ofis..terus check dan result pun ok)

Eh makin kerap la pulak frekuensi jadinya..

Apapun kita pi mkn dulu.. sat g hospital call. 

Chill ok..

update 




2.00pm
Jumpa doctor.semula.

Result blood test ok .

Indicator otot jantung so far ok.
Urine ok.
Buah pinggang ok.
Tyroid pun ok..
Macam macam indicator lain pun ok
Looks fine.
ECG pun ok.

But doctor kata:" I suggest you jumpa specialist. Takut i miss apa²."

"Kalau palpitation ( ha ni term dia), 170 180 tak bagus untuk jantung. Jantung boleh berenti".

Ok doc! 

As you said..nanti saya buat appoinment.

Thank you thank you. 
Have a nice week end.




Friday 14 January 2022

Dilemma betul..esok .

Minat bola ni kau org rasa kos dia tinggi tak.?
. Minat team EPL maksud aku.
Ada orang spent tshirt setiap musim. Ada yang beli merchendise la..

Aku beli juga. Tapi tak banyak. Tapi kebetulan tu pergi la juga stadium. 
Tapi tak boleh lawan kos yang ni:

Memang kos tinggi kes ni sebab baru baru ni. 3  minggu lepas:

Lurvy " Kawan sekolah message ajak kenduri wedding anak la"
Aku" Kawan mana satu?"
Lurvy " Ingat tak kawan yang makan dengan kita wedding Pn A semalam"

Eh ..awat semalam tak info pun. Dok sebelah ja

Lurvy" Mungkin tak ingat kot. Balik baru ingat nak jemput. Nak kena RSVP ni"

Ohh OK,, " Bila weddingnya?"

" 15 January"

Aku" OK lah..orang jemput kita pi lah.. Tapi kawan Yang kan. Abang tak biasanya . Just berteman-teman ja"


Esok 15 haribulan kan..


Kita patah balik seminggu sudah.

Aku tengok jadual EPL. Alamakkk.
Macam mana boleh miss ni.



 
Man Cuty lwn Chelsea.. Big game ni.
Aduyai wedding dah confirm. Wedding pun malam juga

Game tak leh miss.

Kau ghase??? 
Poning tak///??


Solution masih dicari....
Jenis wedding yang siap table..dan itenari. Bukan jenis boleh pi makan
Risau. 
Ni betol-betol costly ni kalau tak dak solution.

Macam nak pilih "live". PErgi tu tetap pergi. Dan jawab confirm datang.

Lurvy kena pi with anak? Compromise..?ok dak..
Tak tau Lurvy ok ke dak. Harap tak perang sivil


Tuesday 11 January 2022

Wohaha..Youtube channel dah up

Assalamualaikum bloggers and readers..

Tahun baru satu lagi benda aku buat.. Belajar buat youtube channel..

hah..menjadik..!! 

hehehehe

Berjaya set channel pun kira boleh happy kan... parok. Orang dah lama buat. Jangan kemalasan menguasai diri boleh tak

Ye lah selain dari mencoret kat sini..kita explore lagi yang boleh kita isikan masa lapang.

sambil santai-santai gunakan technology dan apps yang ada.

Boleh juga tengok balik bila2 free.. 

lagipun kena transfer lah file dan video-video dari hand phone.
Penuh memori hp. 

Itulah sebab nya channel ni di buat. Nak transfer video-video yang nak di delete sayang..

tapi tak guna sangat video tu kat phone kan

.makanya eloklah kita transfer kat google  drive atau youtube..biar diorang simpankan..

Tak gitu.
bijak tak?

Ni ha ni link ke youtube: Family Factor  jgn kata abg tak payung!!

p.s
Ghisau juga aku ni semua nak cuba..wohahahha. nanti tik tok lak..
adoi! Tik tok?

Sunday 9 January 2022

First time trying White Water Rafting

Assalamualaikum ,,


TAk papsti aktiviti ini merupakan antara list yang aku nak buat atau pun boleh letgo je.

Ya setiap kita ada memacam activiti yang nak dilakukan,, sekurang-sekurangnya sekali. Aktiviti-aktiviti nbukan yang biasa biasa.. contohnya.. buggy jumping, mendaki gunung Merapi atau scuba diving atau white water rafting..

Yang last last aku tak pasti aktiviti lasak ke tak? Mungkin tengok sungai dan jeram kot.. tapi kalau nama pun white-water , tentu lah lasak kan, Dapat nama white tu bila air laju menuruni jeram. Air deras maka jadi lah air tu puti dengan buih-buihnya.

ok lah aku teringin na buat sampai anak buat cadangan. Ok lah.

"Nak pi mana?" Sebab tempatnya banyak. Kuala kubu, gopeng , ranau dan Selama antaranya.

" Kita kan nak ke Ipoh so kita pergi Gopeng punya abah" Najmi memberi cadangan.

"Ok set. Kau arrange." Arrange tu setakat arrange lah ye, lain2 abah uruskan.

Cemas juga sebelum aktiviti. Tahap cemas tu kurang bila sampai Gopeng Rock Camping kerana instructor tu kata:
"Ni air surut la ni. Ok je untuk family"

Cantik! untuk first timer macam kami ni sure nak yang santai-santai kan.
Sib depa kata ada insuran bagai.. Ghisau la kan.

Tapi every thing has its first time kan. So layan je lah.

Ramai hari tu .. 10 rakit.
Ramai makanya kami kena tunggu lama lah kan. Sbb tungu nak start serentak. Dan bukannya semua tepat. Kami punya lah rushing ke meeting point . Sbb memang tak suka orang menunggu. Kami bukan VVIP pun.

Eh memang VVIP kat Malaysia ni orang kena tunggu ke..Jeng jeng jeng.. Satu habit yang tak bagus kan.
Sendiri mau ingat..


So kami dibahagi 2 raft./rakit/bot. 5 each plus satu kapten .. total 6 org satu bot,

Bermula di kem Razila.
Sebelum tu kami bertolak dari meeting point ke kem Razila menaiki lori. MEnaiki lori melalui jalan bengkang bengkok pun dah trill.

Ok pendekkan cerita. 
Memang best white-water rafting ni. 
Walaupun check list dah ditanda, kalau ada kesempatan boleh cuba lagi dan kawan pun dah ajak ke Kuala Kubu baru (KKB). dengarnya kat sini lagi mencabar..

Sedikit catatan.. kami stay di Gopeng ni di Hajau @ gopeng.. Nanti aku buat posting pasal ni ya,,

 Anyway ni link dalam youtube;
Klik link.di bawah


Enjoy the pic..and the trill within..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...