Thursday 23 April 2020

Ingatlah jangan bongkak dan takbur: Humanity being brought to lowest level by tiny little virus

Mungkin kita tak sedar,, Nature atau alam semulajadi ni ada caranya untuk mengubati diri. 

Ketika ini kalau korang semua perasan, langit nampak lebih biru. Udara lebih segar.

Dan yang masuk dalam news, ada penyu yang tak pernah mendarat di kawasan pantai peranginan di Koh Phanga ( tempat aku nak pi tuh, dalam perancangan), tetiba datang mendarat dan bertelur.

Burung-burung makin banyak mengunjungi pantai-pantai di Peru.

Bayangkan betapa singkatnya nature mengimbangi ketidakseimbangan yang dimusnahkan oleh manusia.

Ikan di sungai tak lagi dapat dipancing sewenang-wenang, contohnya. Entah berapa banyak species membiak dan bertelur tanpa gangguan.  Mungkin selepas ini akan ada hasil melimpah ruah. Hanya dengan manusia duduk di rumah!!


Blessing in disguise.

Sebenarnya ini adalah perancangan Allah. Di sebalik kejadian ada Rahmat-Nya. Manusia hanya mampu merancang setakat yang terfikir oleh akal yang dijadikan Allah.

Bayang kanlah..Today, Humanity being brought down to earth ( lowest level) by a tiny species(virus).

Dulu, bukan main Ketua-ketua negara  ( presiden dan perdana menteri ) buat meeting (summit) on global warming, macam mana nak selamat dunia, nak elak pencemaran . Banyak toksik dari kilang .

Meeting nak elak kehabisan minyak ( depleted oil reserve).

Tak jumpa solusi.

Hari ni, kilang tutup, kereta tak jalan, Kapalterbang  parking kat bay kat airport. 
Solusi dipaksakan keatas kita semua.
Buat. Tak ikut mati. tak ikut , kena jangkitan, masuk wad , masuk icu.

Baru takut. BAru nak ikut bagai. ( oh memang ada juga yang degil, tapi sikit).
Yang pastinya yang besar-besar ikut. Kilang ikut. Pengangkutan ikut.
Mau nya tak ikut. Kena sita kilang dan denda,, tak ke naya.

Manusia ni kalau ada penguatkusaan baru takut. Hilang nyawa ( virus sebabnya) . Hilang harta/duit akibat denda memang tak boleh. Nak tak nak kena ikut.
Tapi itu adalah kaedah.

Yang sebabnya jadi macam ni( kerosakan) adalah kerana tangan2 manusia sendiri. Banyak dah kerosakan dibuat.

Allah nak pulihkan.. 
sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. 

...dan caranya adalah cara yang tak tersangka oleh manusia

Wednesday 8 April 2020

Majukah kita??

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ada ruang dan masa untuk menulis lagi..

The future is now..

Bayangkan dulu dok pikir bila lah nak sampai tahun 2020 ni.
Dengan imiginasi bahawa kita dah maju, dan teknlogi canggih. Bila sampai, macam ni je??

Hmmm, secara relatifnya, dulu pun dah hebat. Tak percaya? Dari tak de kereta tetiba Henry Ford cipta kereta. Uishh maju gila baq hang..


Kemudian Tv. telefon, satelit, manusia pergi bulan, umangai..tak maju lagi cenggitu. Kira hebat la kan.

Jadi setiap fasa atau rantaian waktu manusia menciptakan sesuatu dan bila sampai zamna tersebut memang itulah yang hebat.

Dan seterusnya, seterusnya....dengan telefon pintar, eletric car dan satelit etc etc.

Jadi secara relatif manusia akan merasakan kemajuan pada fasa kehidupannya. Cuma loncatan capaian kemajuan agak berbeza ,

Daan mungkin terhenti akibat perang dan penyakit..Nauzubillah

wallahualam..

Friday 3 April 2020

Peka dan perihatin dengan kesulitan orang dan jangan cemburu kemewahan org lain



Hari ni  dan semalam:

1.Refund booking homestay in full amount kepada mereka yang booking.Tanpa mereka minta. Bukan kehendak sesiapa sebab tak dapat datang. Bukan saja saja depa  tak  check in. Jadi adalah eloknya, semua dipulangkan. Homestay tu pun bukan tujuan profit oriented semata.Tujuan sebenarnya nak memudahkan urusan orang, menjimatkan kos travelling orang dan menyahut Islamic Hosptality konsep.Win win konsep.

Jadi mereka tentu ada keperluan dari segi kewangan di saat genting ini.

2. Postpone sewaan ke bulan depan . Ada penyewa bayar semampunya sahaja. No problem. 

In sya Allah, kami sentiasa memahami. Lurvy pun ok ja rumah dia. Sebab boleh cover maintenance charges dan lain-lain caj sudah. Yang penting ketika ini ada insan yang memerlukan cash melebihi keperluan kita.

Biar ditulis untuk menjadi dorongan orang lain. Bukan saja-saja tulis, sebab aku bukan gila glamer.
Aku menulis bukan kerana nama.

Kita perlu menolong. 
Tiada pilihan lain. 
Bayangkan ada yang tiada sumber kewangan ketika gawat sebegini. Nak perlu mencari rezeki pun tak boleh.
 Nak harap moratorium? Pinjaman pun tak ada.
Nak keluar EPF. pun tak ada

Nak keluar ambil upah potong rumput. Tak boleh.

Nak pergi memancing cari lauk sendiri. Tak boleh

Nak keluar jual nasi lemak, kuih . Tak boleh.

Ketidakbolehan mereka ( dan kita ) keluar  kerana MCO ini, adalah untuk manfaat semua orang. Supaya tiada jangkitan yang merebak.

Jadi macam mana nak hidup kalau tiada sumber rezeki. Atau rezeki tertangguh.
Tiada duit, atau ada sikit tapi nak kena bayar itu ini.

Jangan sampai jiran kita kebulur. Jangan biarkan saudara kita menderita. 

Jangan sampai sahabat kita tak cukup makan. Kita cuba lah  peka dalam wassap grup keluarga kita, dalam fb kenkawan. 

Tanya kabar saudara kita yang kita tahu sebelum ni pun cukup sesak dari segi kewangan, apatah lagi saat mencabar ini.

 Jangan dok tunjuk bab makan sedap2 sangat. Ada org yang hanya mampu tengok sahaja. Jadi berpada lah.


Oh ya, digress sikit.  ..

ada org mintak maaf sehingga menangis. Sapa terasa dengan nukilan dia atau live fb atau insta dia, maafkan lah. Tak dak sesiapa nak buat salah.

Aku pun tau juga cerita ayam “itik” ni. Kalau ada fakta yang benar aku akan tulis my view, so far semua masih kelabu asap lagi.

Aku kena pastikan all fact baru nak ulas atau tulis..

Dan malangnya ketika itu, mungkin isu ni org dah tak minat , sebab semua mungkin dah buat konklusi memasing..

But what the heck. I would better say nothing if I got nothing good to say..(as for now)

p.s. Cuma sekarang I would like to say one word....EXACTLY!!!

Thursday 2 April 2020

Apa korang buat masa PKP?


Ceritaku , sebab aku pergi kerja demi untuk Malaysia:

Aku memandu macam biasa. Nak kena tahan dengan dia ni  atau tak ni.

Hari tu aku lalu lorong sebelah kiri, tengok macam kosong saja laluan tu. Cuma ada sebuah kereta ja yang ikut situ. Berdesup dia ikut situ .

 Aku pun follow. Sebab situ kosong.  Aku ni kinda not following the crowd.

Contohnya, Macam kat pondok tol. Aku hairan kekadang satu lorong tu 5 bijik kereta dok queue .Ni ejaan Q yang betol, punya lah pelik kan Bahasa Enggeris ni. E U E u dok ulang buat apa..Cess.. Baik BM senang..wohahahah

Ok kat mana aku.?

Ohh. kan.. kekadang orang main follow sahaja apa kat depan . Padahal tool booth sebelah tu kosong sahaja.  Kita kena lah alert dan perati. Jangan main follow sahaja.

Macam la kedai makan. Kalau ada org lain ramai Q, kita pun abaikan kedai lain.

Kalau ada wanita bertudung makan di restoran, kita pun anggap halal. Masuk juga.

Kalau ada wanita Indon bertudung serve, pun kita ingat kedai tu halal dan toyyib. Jangan ko...maybe dia di hire oleh kedai yang halalnya diragui..

Ada gantung ayat Quran. Pun assume halal.
 Padahal mungkin non-muslim take over kedai India Muslim tapi tak turunkan semua perhiasan. Sebabnya..jelas kan.
Perangai orang kita.

Tak boleh macam tu!! Kena pastikan dulu..

Kat mana aku ( lagi sekali).

Ok, masa roadblock, aku disebabkan aku lah kan. Mana mau ingat normal konvensyen.

Dah tak dak notis apa, aku pun lalu lah lorong yang kosong, dari Q dengan berpuluh kereta lain.

Sampai je, polis tahan. Alah nak risau apa , semua surat kebenaran dari ofis ada.

“Encik bertugas hospital mana” Abam polis tanya.

Ada rupa doctor ke aku ni. Gaya mungkin ada.. Woahahahaha. Rupa idak le.

“ Err , tak. Saya dari ofis nak balik”

“ Encik, ni laluan frontliners sahaja, Patutnya encik ikut sana, tapi tak pelah”

“Ok terima kasih. Jaga diri encik” jawab aku.

Aku nak je peringat dia pakai dan salin mask tu selalu. Basuh tangan selalu dan jarakkan dengan pemandu, tapi dah aku bukan doktor, aku pun berlalu je lah. lagi pun hero hero kita ni pasti lagi arif.
Untung juga dapat lalu dengan cepat.

Ok, balik kepada ayat di atas sekali..( aku copy sat..)

Aku memandu macam biasa. Nak kena tahan atau tak ni.?

Kereta dihadapan lepas dibiarkan pergi tanpa soal jawab.

Polis tu angkat tangan. Aku berenti.

Dia suruh buka tingkap. Aku bagi tanda isyarat sekejap. 

Tunjuk topeng muka kat sebelah . Nak pakai.

Aku capai topeng N95. Sarung ke muka. Dan buka tingkap.

“Encik, ada eksiden ke kat belakang”
Lah tanya tu pulak.. aku ingat ni Abam polis yang sama kot yg tahan aku ikut laluan salah semalam.

“ Ya ada. Kat sebaris Starbuck, Petronas sebelah kanan tu”

“Teruk ke, Kereta Vios kan” Polis ni dah macam ada info ni. 

Dia tanya lagi., mungkin nak mulakan soklan lain. Atau saja nak bermesra dengan awam ni.

Polis dan masyarakat berpisah tiada>

“ Vios kot, kelabu. Saya kereta-kereta ni saya bukan kenal sangat..”

Ok ok. Boleh Jalan.
Terima kasih.

Aku nak je peringat dia suruh pakai dan salin mask tu selalu . Basuh tangan selalu dan jarakkan dengan pemandu, tapi dah aku bukan doktor, aku pun berlalu je lah.
Ya aku copy yang di atas juga.. Suka ati lah. Aku punya blog

Eh, thanks ya korang membaca sambil tergolek gelantang kat rumah.!! Sedar-sedarlah dah malam kan. 

Apa yang dihabiskan sepanjang PKP ni..ermm. Habis membaca blog ni?Hahaha..

. bagus,

Habis baca buku ..bagus.
Habis baca AlQuran lagi bagus.

Jangan dok habiskan semua makanan udah lah ye..

Choww…

Wednesday 1 April 2020

Corona virus tak salah....

Assalamualaikum bloggers and readers. Panjang sikit catatan aku kali ini. Sebelum korang baca, aku nak bagi  tau aku ni bukan virologist, doctor ka apa. Bahasa atau term aku gunakan mungkin silap tapi aku tulis sebagai layman dan apa yang aku paham.

 


Corona Virus tak salah. Ianya tak pernah menyerang manusia. Dia bukannya harimau atau buaya atau gajah yang mengamuk. Ianya bukanlah sejenis haiwan yang memakan manusia. Tidak!
Tidak sama sekali!

Dan dia tak pernah berdendam dengan manusia. Ia tak menggangu sesiapa pun. Ia hanya ingin hidup. Survival of species!

Dan dia ialah makhluk yang memerlukan perumah. Namun dia tak terbang cari perumah. Bila dia melekat atau terlekat pada sesuatu objek , dia kan masuk berlindung dalam perumah tersebut. Kalau ia melekat kepada objek yang bukan sel hidup, ia kan mati. Simple kitaran hidup dia. Kalau dia melekat dalam sel hidup, dia merasa lega ( mungkin happy giler,dan duduklah dia disitu dan membiaklah… atau sel selnya  membuat replikasi.

Dan  tempat di mana dia menumpang berteduh ada juga sistem pertahanan untuk halang dia berteduh di situ. Sel perumah tersebut tak akan berikan pendatang asing datang dan berkembang biak di situ secara senang lenang. Nanti  sel asal akan ada kekangan sumber dan  mungkin menyebabkan perumah tersebut menderita, seterusnya mati (dan sel-sel asal akan mati.)

 Jadi, sistem imun perumah dan antibodi akan bergaduh ataupun berperang  dengan virus yang baru datang tersebut (Corona) . Ia adalah normal dalam kehidupan. Masing-masing diciptakan Allah dengan peranan memasing. Sistem pertahanan badan akan bertahan.

Mana ada virus dapat "passport" dan kebenaran untuk masuk perumah.( Jangan baca seperti pembaris ya)

Bila melekat dia masuk. Itu adalah lumrah semulajadi ( dibaca lumrah ciptaan Allah). Sel dan antibodi dan system imunisasi akan mencetuskan mekanisma untuk menentang habis-habisan pencerobohan dari virus tersebut.

Virus pula ada sistem dan senjata memasing. Malangnya bagi sel perumah ( iaitu tubuh badan manusia), makhluk yang datang ni adalah sejenis “novel” virus . Batallion pertahanan badan tak pernah jumpa musuh sebegini sebelum ni. Buat rujukan dan manual lama-lama pun tak jumpa kaedah untuk menentang virus Corona ni. 
Tak jumpa kelemahan virus ni, jadi macam mana nak  hapuskan. 

Jumpa atau tak jumpa kelemahan, sistem pertahanan badan tak akan duduk diam-diam .  Lawan tetap lawan. Saya ulanggg!


Kerana apa?

Kerana itu lah tugasannya. Ia diciptakan oleh Allah sebagai antibodi manusia dan akan melawan segala virus. Lawan.!!!

Tembak lah mengguna enzim dan apa saja senjata yang ada. Ada yang menang, bagi sesetengah perumah, ada yang kalah. 

Adat berperang tanpa senjata ampuh. Mungkin tembak kena dengan apa yang ada, mungkin tembak tak kena.

Bila perumah kalah dan mudarat dan seterusnya mati, sel dan virus pun hilang tempat berteduh. Virus sebenarnya tak nak perumah musnah, sebab dia sendiri akan mati. 

Dia hanya ingin menumpang teduh sebab virus memerlukan protein dari perumah. Tiada perumah tiadalah virus, jadi kemandirian virus tu tiada.

Ada tempat atau haiwan di mana virus ni boleh hidup tanpa mengganggu atau memudaratkan perumah iaitu dalam sel di dalam tubuh kelawar ( setakat ini andaian para cendikiawan adalah kelawar). 

Mungkin tak semua kelawar. Ada kelawar yang  tak jadi perumah, mungkin. Manalah aku tau semua..wohahahaha

Dan sejak diciptakan virus ini berada dan boleh bergumbira dalam dalam kelawar. 

Happily ever after.

Virus ni tak kacau kelawar, tak ganggu system imunisasi kelawar  dan juga  tak kacau sesiapa antara manusia. 

Berpindah randah antara kelawar ke kelawar dan semuanya tenang. Kelawar sihat ja. Kenapa? Memang dicipta begitu !! Kelawar boleh menerima virus Corona.

Mungkin tak semua kelawar ada membawa virus ni, jangan la korang dok buat misi untuk hapuskan kelawar pulak.

Namun makhluk kelawar antara binatang yang boleh  hidup secara simbiosis dengan virus corona. Ecosistem depa mungkin memerlukan satu sama. Tak dak sapa dok kacau. Sejak berkurun lamanya.

Tiba-tiba…

Pada suatu masa dalam bulan Disember 2019, manusia memakan kelawar. Opps.. jenis manusia makan kelawar ni bukanlah  merupakan perkara baru.

Tapi sebenarnya larangan makan kelawar sejak  dari dulu lagi. Ada jenis-jenis yang Allah larang makan, sebab yang halal banyakkkk lagi.  Tahulah kan, jenis yang tak dengar cakap atau….

Depa makan dan makan. Ada yang dimasak ,ada yang mentah binatang-bnatang yang terlarang ni Contohnya ular. Ada yang potong dan ambil darah sahaja, teguk, dibilas dengan minuman, entah2 arak. Contohnya,,,aku agak saja sebab dok tengok documentary dan cerita-cerita kat tv.

Nampak gaya macam tak sedap tapi dengan control machonya buat juga ( minum juga darah ular) sebab exotic konon. Ok itu contoh. Ular.

Kelawar ni, aku tak tau macam mana depa makan. Goreng kot,ke masak lemak..asam pedas
 aku tak mau tahulah!!

Yang aku tahu depa ni manusia yang jenis makan kelawar . Siapa “depa” ni?? Ermm satu dunia dah tahu.

Depa-depa ni adalah manusia yang jenis  lecturer aku kata:

”Depa ni semua yang terbang depa makan kecuali kapalterbang dan helicopter”
“Depa ni semua yang ada kaki depa makan kecuali meja dan kerusi ."

( dan juga manusia kot,; manusia ni aku tambah. Tak tahu lah kalau boleh, manusia pun depa nak try). Na’uzubillah!

Tetapi kenapa baru muncul virus ni.??


Teori 2 sen aku:

Bila kelawar-kelawar  ni  dimakan. Dah habis banyak  pun kelawar depa makan dari dulu . Tangkap lagi dan lagi dan tetiba tertangkap kelawar yang ada virus ni.

 Atau pun memang dok tangkap yang ada virus ni. Cuma sebelum ni cara masaknya betul dan mungkin menyebabkan  virus mati. Tapi nak jadi sebab, ada satu hari,  dalam bulan Disember, tragedy Disember, ada virus Corona ni masih hidup dan masuk ketubuh manusia. Dan seperti coretan aku di atas, virus ni nak terus hidup , maka ber”replikasi”lah dalam tuan “depa” ni. Depa yang berada di Wuhan…

Dan bermulalah penghijrahan virus corona ni dari kelawar ke dalam perumah yang baru…aitu manusia dari US sampailah ke Uganda, dari Italy hinggalah ke India. Singapura ke Spain ,, senang cerita, seantero dunia.
Apa yang berlaku hari ni dan masih berlaku adalah disebabkan manusia itu sendiri dan bukanlah salah virus ini. Dia tak akan menyerang, dia tidak akan melompat keluar dari tubuh orang lain dengan sendirinya seperti “alien”  yang muka ganas giler dan masuk ke dalam orang lain.
Bukan begitu…

Ianya terjadi oleh kerana silap manusia, sesetengah manusia,  ..manusia yang rakus bernafsu nak makan apa sahaja,
maka seluruh dunia terkena tempiasnya.
Dan harga yang perlu dibayar adalah sangat tinggi.

Sedarlah sesungguhnya banyak kemusnahan di dunia ini adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Dan kemusnahan akan terus berlaku.



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
"Ayat dari Surah Ar-Rahman"


Oleh itu, layakkah kita nak salahkan mahkluk lain ???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...