Friday 26 February 2016

Kapal Terbang TUDM terhempas: Berkorban untuk menyelamatkan anggota TUDM

Assalamualaikum bloggers and readers..

AlFatihah ..
salam takziah kepada keluarga Abdul Hasan Abdul Latiff..seorang pencari kerang yang terkorban ketika cuba meyelamatkan anak kapal terbang TUDm yang terhempas di Pokok Asam..

Antara kematian syahid adalah akibat lemas

Semoga mendapat bahagian beliau.


Photo dan kata kata hari ni





Thursday 25 February 2016

Kereta Tolak punya cerita...

Penat..
penat membaca dan nak delete..

Kenapalah semua grup wassap  kecuali satu grup.. grup ofis aku. yang lain ada yang post..sampai 2 ..3 kali.

Kisah bergambar..tentang guru,, yang kononnya merotan anak .. Cikgu yang kononnya cun melecun..

Adoi tak sabaq nak komen aihhh..

Sabaq..sabaq..

Kemudian bagi multiple answer.. A B C dan D.. Sesuai dgn tema sekolah


Jawapannya lebih kurang

A, nak marah anak.
jawapan b entah apa tak. ada kot report polis dan ada jawapan pasal meminang cikgu..
Sejujurnya aku tak ingat jawapan A B C dan D tu..
Tak penting..

tapi aku heran kenapa dia viral.. kenapa dok suka hantaq gambar lagu tu...??
 Apa motif?

 Tak dak benda lain ka nak tanya dan cetuskan pemikiran.. Asyik2 gambaq yang seangkatan dengannya..
kalau hari isnin malam jumaat lagi la..aduyai.
Boleh buat lawak pulak..

Tatau la awat la benda2 macam ni suka sangat di post..
nak kata lawak tak lawak..
Tak dak benda lain nak buat kan..

Aku nak komen pun benda kecik tapi bila dah seluloi jadi besar juga..

Sabar je lah.. Sapa paham pahamlah ni cerita pasal apa.. Aku taktau grup wassap pompuan sama jugak ka..

Maaf cikgu ka arits dlm gambaq tu.. bukan pasai cikgu ya.. pasal sikap kita ni. Entah mungkin isu kecik kot..


Ok sambung balik.. dari aku meraban tak ketahuan hala..

Pasal benda kecik atau besar.. aku nak story.. Story lagi..

Ada satu kilang... kat mana tak tau..sekadar analogi

Ada sorang pekerja rencam ni ,, ala y ang cuci,, kemas kemas ..selenggara kawasan.

Satu petang dia bawa kereta tolak ..di atas kereta tolak tu ada kotak..

Bila mana lalu pintu guard,, sebagai S.O.P-nya . Pengawal tahan dah tanya bawa apa dalam kotak tu..
Pekerja pun cakap bawa keluar sampah, serbuk serbuk kayu yang di sapu untuk dibuang.
Pengawal tu pun buka kotak, memang ada sampah, kertas dan serbuk kayu hasil by produk perabut.

Ok jalan.. jumpa lagi ya..

Dan pekerja tersebut pun tolak keretatolak bawa keluar kotak tu.

Esok pun peristiwa sama berlaku. Pengawal yang jujur tetap tahan dan periksa dan di lepaskan pergi setelah tgk dia bawa sampah keluar.

lusa pun sama..

Selepas beberepa harinya pengawal tu terdetik dan sememangnya dia syak mesti ada sesuatu yang tak kena. Mesti ada benda yang pekerja ni curi tapi bila check memang sampah dalam kotak tu.

Akhirnya pengawal tu kecewa tak dapat tangkap ,, tapi dia tak puas. Sudah seminggu dia check tak jumpa apa2..

Setelah periksa kotak tu pengawal pun tanya..
" Aku tau ada yang tak betul ni bial lately kau asyik bawa keluar kotak sampah setiap petang. Aku syak aku ada curi sesuatu. Tolonglah bagitau,, aku janji tak akan report"
Macam mintak tolong dari hati ke hati..
" tolong bagitau sbb aku memang syak, tapi aku tak jumpa.. Apa sebenarnya kau curi ni"

Pekerja tu menjawab: "aku curi KERETA TOLAK..."


#APABILA KITA TERLALU MEMERHATIKAN PERKARA YANG KECIL KITA TERLUPA MELIHAT PERKARA YANG BESAR#



Wednesday 24 February 2016

Cerita pasal FOREX... berhati hatilah

" Bro, macam mana investment property"

"Eh, salam tidak, apa tidak terus straight tu bisness. Ala bro, macam tu la"

"Aku dah ada alternative investment la ni tau"

Oook . Menarik ni. > Aku nak tau jugak, Mamat ni banyak nor investment, atau baru nak mencuba2 itu dan ini.

" Investment apa lak, macam macam la ko" tanya aku

"Forex" sambil letakkan mulut kat bibir.. Shhh diam2 tau.

Loh apa cer lak ni .. detik hatiku.

Terus dia bersemangat bercerita sambil tangan kat mulut lagi. Cakap macam dalam kelambu lak apasal.

" Yang ni return dia 12% gerenti...."

Wah wah ni sudah cukup baik...Dalam hati: macam tak logik saja

"Umak ai.. Tinggi tu bro. Bior betui..." curiosity aku sudah meninggikan antena.


Ni jenis bagi 50% komisen..Kalau kau trade ko dapat komisen . Agent share dengan ko. Kan hari-hari trillion2 trade forex ni kan. Jadi banyak lah komisen broker/agen dapat. Dia share dengan kita.

Eh tetiba keluaq "kita".

So dari situ la dapat return guaranteed 12% kat kita. Kita lagi. Cepatnya aku jadi rakan kongsi.

"Sat sat..
jgn dok guna "kita" boleh dak. Hang cerita dulu hang punya pengalaman"

Ok..dia sambung" aku dah masuk lebih setahun.. setakat ni modal dah dapat dan aku laburkan semula. Kira pasif income. Sebulan2 aku dapat RM4k macam tu. Ko diam2 tau . Aku share dengan ko je ni"

Toink..!!!!
 1. KAlau benda2 ni sulit2 ni macam tak berapa syok nak dengar. Nak berahsia kenapa??
2. Amboi bertuahnya aku di share rahsia jutawan.
3. Senangnya buat duit.

Itu tanda-tandanya tak berapa nak bagusssss!!!! Something fishy.

But knowing me.. Mesti bagi benefit of doubt dan nak explore..

Ringkasnya,, kena ringkas la kot.. aku pulak sekolahkan dia dalam dia tak sedar sbb dia masih teruja.

Kalau investment mana ada guaranti dapat sekian sekian. Salah ooo
Dalam Islam pun tak boleh jamin..
Takkan melabur dok kadar yang sama saja pulangan. Mesti ada naik ada turun.
Mana boleh jual benda / barang yang kita tak ada. Forex mana boleh kita short position diaman kita jual dan beli kemudian..

Hati hati kawan.. Tu saja.. bukan pasal jeles return 4 atau 5 ribu sebulan ko.. takut nanti ko kena bayar hutang margin call ke bagai dengan jumlah yang sama selama bertahun tahun.

Dengan modal modal kau entah kemana. Duit boleh dicari tp pening tu tak berbaloi. Biar lah aku kerja keras dengan seadanya. Nak cepat2 kaya ni kenapa. Ko dah kenapa??

OK.. be careful.. If too good to be true...better run.

Wallah hua'lam..




Monday 22 February 2016

London! Paris!.. aku datang

Step pertama ..done..

Plan nak pi..

Bila tu dan berapa lama..tengah usha..
Tiket flight ada tak promo baik ?

Setakat ni masih jauhhh,,nak nak currency tak berapa pulih..


Moga dipermudahkan. Kembara di bumi milikNya , In sha Allah..





p.s ..bila agaknya?



Friday 19 February 2016

saya dah ada banyak masalah..cukuplahhh

Assalamualaikum bloggers and readers..


Leader..
Sepatutnya bring out the best of its people.
Boss pun sama..

Erm tak nak la bebel specific. Nanti kena diri sendiri. Cuma kita tak boleh dok kata kat orang .
Boss yang teruk ka. Yang tak aware ka? Yang nak kawan dengan kita ka..Layan saja lah.

Attitude orang kita tak boleh ubah .  Cuma boleh mintak doa agar lembut la sikit..

Yang penting problem dia tak jadi problem kita.


Bertitik tolak bab problem ni aku nak cerita satu story.

Ada prank kat luar negara.

ideanya: Jual aiskrim harga $6.50  , bila orang  beli dan bayar lebih, jangan pulangkan baki.
Ada la pembeli tunggu selepas bayar...cahsier tu kata dah pulangkan dah..
Ada yang bertengkar
ada yang nak bergaduh
Ada yang maki..

Dan duit ynag dibayar dalam $10 atau $7.00 macam tu ja


kemudian datang seorang pemuda yang hensem lagi bergaya walaupun tak pakai formal.
Beli aiskrim
Bayar seratus dollar..

Ambik aiskrim..
Tunggu depan cashier... dan menunggu dan menunggu dengan tenang

+YEs sir can i help you..( cashier tu buat buat sibuk sambil lap kounter)
* Saya tunggu baki ( uik cakap melayu semula)
+ Saya dah pulangkan tadi
* oh ok  .. sambil berlalu pergi


Kemudian crew prank pun kejar dan panggil...
Dia pun terkejut dan berenti..

Encik,, encik tahu  dak ni prank  bla bla..
Oh ya ka? Saya tatau pun.

Duit encik tadi yang paling besar..$100.
Dan encik sorang saja , yang dia kata dah pulangkan encik berlalu pergi macam saja.. kenapa?

OH!.. saya pun rasa dia tak bayar..
Tapi saya dah ada banyak problem untuk saya pikir..ccukuplah
Dan saya taknak bab $100 ni menambahkan problem saya..cukuplah. Dia kata dah bayar.. dah la. So saya berjalan pergi sambil menikmati aiskrim ni.. Saya beli sbb nak menikmati bukan nak bergaduh.


oooooohh...:)

Peminat bola kita,

Assalamualaikum bloggers and readers..

Pagi day 1

+Bagus betulla sepakan Nazmi Faiz"
=Nazmi Faiz ?
+Ko tak tengok ker..
= Game mana ea. Super league  malam tadi
+A'aa  Malam tadi..
= Aku tak tengok la tidor awal penat. Ngko bila pula minat bola ni. Bukan dok kecam Liga Malaysia ke? KEdah menang dak?
+Nazmi Faiz terbaik.. kedah menang rasanya
= Yang pemain Selangor tu kan . Yang main kat Spain dulu.
+ Ha budak tu la.. Aku dah agak dah dia memang bagus.. Selangor player tu.. (dengan nada juah).
=Ooo ok k nanti aku cari kat youtube. Patut la dengar org sebut Faiz Faiz tadi..


#minatbolalasangat


Wednesday 17 February 2016

Faiz Subri's Wonder Goal. Amazing betollll!!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Seriuosly aku terpempan dengan aksi ini. How on earth....?
Gol Faiz Subri, budak kedah, pemain Penang dalam MSL ( nak jugak tu..) is really a wonder goal!!!.


Daily Mirro siap buat survey dan tak mengejutkan sekarang tengah leading dalam survey tu berbanding Roberto Carlos.. Hebat.
Bukan hebat survey tu bagi aku,, hebat dalam sepakan dia tu. Defy gravity,, bend lain macam .. gilos punya sepakan.
Bagi aku terbaik setakat ni , dalam tahun dan mungkin boleh jadi finalist Puskas award, nak menang tu tak tau lah..


Free kick yang mana lebih baik.. survey setakat ini oleh daily mirro uk:



juga masuk news di Australia:

http://www.smh.com.au/sport/soccer/pulau-pinangs-faiz-subri-strikes-unbelievable-curling-free-kick-in-malaysian-super-league-20160216-gmvypn.html

dan juga the independent uk:

http://www.independent.co.uk/sport/football/news-and-comment/outrageous-free-kick-scored-in-malaysian-super-league-an-immediate-contender-for-2016-puskas-award-a6877746.html

Tuesday 16 February 2016

3D punya bebelan..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Keep on writing sebab ada saja benda nak ditulis tapi kekadang dok tunggu tunggu nak tulis. Sebenarnya kalau idea tengah lancar amik masa 5 minit saja nak update blog..

3D? Mula-mula ingatkan apa sebenarnya ringkasan 3D tu.. apanama..? dangerous, dirty dan lagi satu aku pun tak ingat tapi pastinya bukan doktorlah.

Aku ni dari kecik lagi buat kerja macam tu. Ye lah duduk sawah . Pergi bendang, tarik semai, kaut padi. meracun, membaja ..menajak sikit sikit, sikit saja sebab ayah tak bagi guna tajak sangat.. PErghh tajam siut..
LAgi satu ubah kapaq,,hermm mau jerami masam yang tereandam..

Ok ok aku admit sebab apa aku buat kerja tu, sebab orang kampung, miskin dan nak tolong orang tua walaupun masa tu  meyebai bila kena suruh.

Sekarang aku duduk bandar... ada dua kerja pendatang dengan izin aku buat. Yang pertama potong rambut dan kedua potong rumput.

Seriuosly... aku buat kerja tu. Bukan kerana tak boleh upah orang.. senang cakap bangla atau acheh. Tapi kerana kerja tu senang. Basuh kereta pun aku layan sendiri dengan anak2. Seronok apa. Kerja 3Dpertama , potong rumput, aku buat sendiri.

Aku beli mesin potong rumput Botch rege RM 248 atau 278 kot..
potong rumput 5 6 kali kat rumah dah sama harga mesin.
Exercise boleh , jimat pun jimat.
Betul kat kawasn rumah aku bangla tiap2 hari minggu datang. Sabtu dan Ahad dengar saja Bangla bagi salam.
makna time aku potong rumput..
kalau depa tak approach tu ertinya rumput aku pendek lagi la..heheheh.. boleh sambung bersatai dalam rumah..
Bila depa tanya nak potong ke tak.. sat lagi aku keluar potong.. erk actually next week nya aku potong la..hahaha.

Potong rambut..
Aku satrt potong rambut anak anak sendiri..ala budak budak, masa kecik mana diorang kisah sangat.
Bila dia besar ( yang lelaki sulung), aku siap beli mesin Wahl tu.. Mahal tak patut. Tapi tahan beb.. So boleh la stlye sikit dan kemas. Terus pakai hingga sekarang. 3 orang anak lelaki. dah bertahun.

Aku tak pasti ni kerja 3D yang depa maksudkan tetapi kalau semua orang buat kerja macam ni kurangla sikit pergantungan kepada org luar..

Aih.. senang saja. Patut la depa reramai datang utk kerja macam ni.
Tak percaya.. google la income org yang potong rumput..


lagi satu,
mcm mana tak boleh tak ada ornag Indo ka nepal ka , bangla ka..
mereka nilah yangnak kemas meja.. mop lantai .. kutip sampah
cuci longkang..
pasai apa..
kita makan letak atas meja, takmau letak tempat pinggan kotot.. tray tak pulangkan.
Buang sampah merata, tak pandai nak buang dalam tong sampah
buang dari kereta..macam longkang tu tong sampah..

macam boss mafia semua.. tungu ja orang datang buat kerja "dirty"


longkang sumbat komplain..


Guna tandas pun tak reti.. takpa nanti ada orng cuci.... boss sangatttt.
masuk tandas kena pulak org sebelum tu tak cuci pandai pulak sumpah seranah,!!, marah benor sampai connteng dinding

pastu kalau kena import pekerja asing,, bantah juga..

errrrkk aku melalutkan..
bye

Monday 15 February 2016

Asam pedas daging?

Assalamualaikum bloggers and readers..

Semalam aku cuba memasak menu baru.
MAksudnya menu yang aku belum pernah masak lagi. Masa pergi ambik halia snap gambar, masa ambik serai snap gambar. Yep,, semua tu  tanaman sendiri petik sendiri, Masak sendiri..

Masa masak pun snap. Eishh Lurvy tanya " Nak buat apa. Wassap ka apa ni"

"Nak memblog".. jawab aku.

Jawapan yang tak terkeluar surau:
pertama sebab lama blog ni tak update.
Keduanya untuk rujukan diri sendiri..
Ketiga Kalau banyak resipi nanti boleh compile buat buku.. Hahaha..
Ye lah..senaang ja kan.. masak resipi sendiri. . Kalau menjadi ..Masukkan blog..Bila dah banyak , compile.Oh kalau nak amik resipi dari internet , compile tak original la..

" Hai..kita dok masak hari2 tak masuk blog pun" dia perli manja ke,  nak peringat ke , aku pun tak pasti.

"Erk.. betul jugak.." detik hatiku ( huh macam novel tak bahasa dia)

Tapi nak memblog juga.. Masalahnya disini photo diambil tak molek.
Mungkin tak cukup cahaya..
Plating pun tak buat, untuk diambil gambar.. so tinggal kenangan saja .
MAsakan asam pedas dagingku..

ni gambar "on the way" nak siap


Monday 8 February 2016

Makanan dari Nat

Alhamdulillah..makanan yang menarik di Kedah..
Salah satu aktiviti. pi NAT..
harga menarik rasa menarik..
jom...
Apam Balik
Emping padi dengan Jagung
Roti Benggali fresh

Wednesday 3 February 2016

Lepas ni apa pula?

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sejak posting pasal Zika dulu kini ianya digazetkan sebagai wabak dunia.
Tapi sbg manusia dan sikap manusia ni, sekjap sahaja akan kecoh dan orang amik peduli, risau dan panik serta gelabah. Kemudian lupa, Kemudian hidup seiringan dengan virus.
MAcam denggi. Sekarang ni macam biasa. Bias dengar orang kena dan masuk keluar wad. Namum wabak denggi masaih macam tu..
sebab? sebab dah biasa.

Dulu meledaknya wabak AIDS, punya lah risau. Deadly virus,, macam macam stigma dengan orang yang kena dan macam activiti nak buang stigma..supaya org tak pulau pesakit AIDS
Bukan setakat stigma, dengan dengan kerisauan pun dibuang sekali.
Tatau la statistic AIDS ni macam mana sekarang.
Entah  NGO2 ada lagi ke tak dak....

ebola ..
Pun sama

Lepas ni apa pulak virus yang akan meledak..?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...