Saturday 31 December 2011

Blackburn menang lawan MU...Sapa? Blackburn?


Dalam banyak banyak entry yang last tahun 2011 ini.. aku pilih perlawanan MU v Blackburn.
Itulah bola sepak... Aku balik ceramah ja on TV ..bukan on.. tukar chanel... Blackburn leading 3-2!!! Biaq betuiiii..

Sampai ke sut MU tak leh cari gol penyamaan. Gol yang memberi signifikasi yang penting kepada pasukan dan moral.
1. Yang pertamanya birthday SAF.
2. Keduanya.. Gol tersebut akan melonjakkan MU ke tangga teratas pada tahun ini. What a best way to close a curtain on 2011.

Tetapi malangnya , pasukan tercorot berjaya mengalahkan MU. Siapa tersangka...!!!

Aku welcome the result coz Mcity will remain on top..yeahhhh... Keep on fighting u both team...

Selamat meraikan tahun baru..rai apa pun tak tau.. Kami sekeluarga dah nak tidoq....

P.s Aku burn- burn ada kaitan sebab badan aku kena banyak sunburn!!
p.s 2- "Sampai ke sut" bahasa Kedah ertinya ' sampai ke sudah...."
P.s 3- teringin juga nak amik gambar bunga api tapi malas nak galakkan anak-anak celebrate new year ni..baik tidoq......ado malammmmm , bak kata Osbon

Cuti-Cuti Sabah: Day 2- The Journey Continue @ Poring

Sarapan dan mkn tgh hari (brunch) di Kundasang




Yessss.. the journey continues indeed... Selepas dari Gunung Kinabalu kami bergerak untuk bersarapan di Kundasang . Hari pun dah dekat 10.30. Aisya dan Yasmin kat Tok Wan depa. Better cepat, nak tapau makanan bawa balik kat depa . Sup Sabah memang lazat...!!!
Juga kami pekena sayap.. Nampak mengiurkan. Agak besar sayapnya.. Kita (KL) panggil kepak.. Sabah sebut sayap. Kedah pun panggil sayap ...rasanya lah.
Kemudian kami bergerak ke Poring, Kolam mata air panas. Lebih kurang 45 minit dari Kundasang.. Mandi lebih kurang... Yang lebihnya anak-anak. Yang kurangnya aku lah. Oh ya bayaran masuknya menggunakan tiket Taman Kinabalu tadi. Sama ja tiket untuk dua tempat ni.
Kat sini aku ambil kesempatan untuk pergi ke sungai. Aku tak pasti tempat tersebut kah air terjun Kapungit tu.. Jauh juga dari tempat air panas tu, walaupun tanda arah kata 400 meter.
Jalan punya jalan sampai lah ke sungai. Aku terjatuh 2 kali. Licin sebab hujan. Tujuan pergi nak ambil photo. Hasilnya kat header dan dekat bawah. Edit lebih kurang ja..
Anak-anak punya syok mandi sampai kena pujuk nak pergi tempat lain....

Air Panas Poring yang tak 'boring'



Tempat yang boleh di lawati di Poring Hot Spring



Ni baru sampai.. Dari tempat yang agak sejuk ke air panas



Pergi riki air terjun Kipungit. Minmin asyik nak turun sg saja..nak amik picta pun susah. Nampak beg tu..? Pengganti tripod aku. Shutter speed 1/4s.. self-timer...hasilnya:

Tempat yang sama , angle lain sikit

BoBoi Oh Boboi...

Maharaja Lawak Mega

Penyudah yang dramatic ...Dramatic kerana yang menangnya ialah Osbon..
Aku rasa Boboi boleh diibaratkan maca Brazillah kot... Main bagus pusingan awal, main cantik, week in week out...dan favourite tapi kalah final. Tu lah kan, yang pentingnya ialah penyudah.. penyudah mesti climax tapi Osbon pukul last minit. Kalau lumba motor, Boboi kena potong kat last kona....

Tahniah Osbon... komedi pompuan nak bersalin is da best.. Itu yang 'killer' final tadi...

Thursday 29 December 2011

Cuti-cuti Malaysia Sabah: Day 2- Pendakian berakhir

Kalaulah boleh dikatakan pendakian....
Setelah puas bergambar dan yang lainnya kepenatan, kami sampai ke Pintu Timpohon semula... Masa turun selisih dgn ramai org yang baru nak memulakan penaklukan Gunung Kinabalu.. satu grup Singapura seramai 13 orang.. Ada yang masih sekolah rendah lagi..

Kemudian ada juga pekerja yang angkat tong gas. Selamba juga..
Apapun puas la aku snap gambar. Seperti biasa kalau ada tripod lebih bagus la kan.. Sbb hutan, shutter speed kena low.. Ada yang terpaksa delete sebab gegar...
Tapi kalau Aizad tentu dia suka kasi ggegarrrrr... kalau photo tak boleh dan "fail"-lah kalau gegar..

Dari jauh Alif amik pic aku...



Menuruni pendakian




Sempat snap kat air terjun.. ala kat belakang tu..





Pekerja angkat tong gas ke Laban Rata...dalam 3 jam mendaki, bagi dia...






Lagi gambar air terjun














p.s background gelap... photo pun gelap ...hurmmm layan je lah








Wednesday 28 December 2011

Cuti-cuti Malaysia Sabah: Day 2- Pendakian sampai di sini.......

Daki punya daki, punya daki, punya daki.Huh! macam la tinggi sangat . Maka sampai lah Pondok Kandis. First Pit Stop agaknya dalam perjalan ke puncak. Nama dia Pondok Kandis. Cuih.. rendah gila... , hahaha. Org lain jogging 15 minit kot sampai sini.. entah lah,,,
Tapi kami sampai juga la. Untuk melihat-lihat suasana. Org makin ramai mendaki. Padahal kami yang first tunggu kat Pondok Timpohon, org lain sampai dulu kat Pondok Kandis ( nama sejenis buah).

Kat sini aku sempat borak dgn Guide. Oshin nama dia. Seminggu 3 kali dia sampai puncak. Selamba saja... (Aku sampai kat sini pun kecoh...eh, kecoh ke? Tak kan...saja tulis blog saja kan...)

Aku pun blur-blur tanya” Berapa jam sampai atas?”
“Bergantung dengan speed seseorg lah. Kalau laju dia berjalan/mendaki, cepat lah sampai”
Betul juga kata dia... apa punya soalan daaaaa...
“Errmm ..kalau org yang amatur macam kami ni”
“Lapan jam...”

Pastu aku tanya macam2 lagi pasal nak panjat gunung tuh..Oshin pun melayan aku..
Laban Rata jaraknya 6km pendakian.Biasanya kalau nak mendaki kalau bertolak pukul 10 atau tgh hari bolehlah sampai Laban Rata pukul 6 atau 7 mlm. Pendaki perlu bermalam disana sebelum memulakan pendakian pada pagi esoknya , seawal 2 atau 3 pagi.
So... early hours bertolak tujuannya supaya sampai puncak pukul 6 pagi. Boleh ada kat atas selama sejam.. Boleh la nak piknik ke apa ke kat atas tu ( Eh aku pandai2 je ni). Lepas t uterus turun ke bawah. Tak ada bermalam2 lagi.. Turun aku rasa quite tough tau.. Boleh gigil kepala lutut.. Seriuos! Tak main main..

Bab balik ni ada yang amik masa 12 jam , 10 jam . Bergantung kepada masing-masing. Malam pun masih ada kat atas nun. Sejuk gila la kan....
Kalau ada injury boleh ada rescue .. Aku tak sure macam mana kaedahnya.
Tapi Oshin bagi tau, kalau tak larat tu taklah di rescue. Cuma ada “teksi”. Maksudnya ada guide guna stretcher angkat pendaki tu. Empat org akan usung turun ke bawa.. Dan , kata Oshin lagi, dah pun namanya teksi tentu ada tambangnya. Satu km upahnya RM250. So kira berapa km nak org tolong angkat.. Kalau rasa poket lagi sakit dari badan, larat-laratkan diri anda untuk menapak turun. Kalau 4 km maknanya RM1000 kena bayar upah. Tapi kalau tak tak larat betul kenalah amik teksi gunung.



Bersama Oshin




Punyalah tak tinggi..tengok anak panah tu berbanding puncak...hahahahah






Photo time!!!







Ok dah Danish nak turun dah...' Jom Abah....Dah abah, cukup lah amik gambar tu.. '




Najmi: 'Abah janji tau, turun terussss .. tak mo berenti amik gambar tau'




Ok Ok ..janji!..jalan dulu...sat abah nak amik gambar jap..




"Abahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!'












Cuti-cuti Malaysia Sabah : Day 2 - Terus Mendaki

Oh.. Day 2,, Hari Selasa.. 20 December 2011
Dalam Bahasa Dusun ialah" Koduo".. Masih lagi cerita mendaki..

Kami terus mendaki, tak tau nak stop sampai mana.. Kaki masih mampu melangkah..ye lah baru berapa ratus meter memanjatnya... hahah
Tapi rasa macam jauh saja. First punya tempat rehat pun belum sampai lagi..

Kalau kita tak amik permit boleh daki sampai 4km jauhnya dari Timpohon Gate. Laban Rata sejauh 6 km.. Jarak mendaki kalau nak ke puncak ialah 8 km.. hurmm ada berani??.. hehehe







p.s.. stop sat tengok Arsenal berlawan..score sekarang 1-1 . against Wolves



Monday 26 December 2011

Cuti-cuti Malaysia Sabah: Mendaki Gunung Kinabalu

Aku nekad akan kembali ke Gunung Kinabalu. Aku ingin cuba mendaki setakat mana yang mampu. Pepagi lagi, ermm.. dalam pukul 5 pg dah bangun. Almaklumlah subuh di Sabah memang la awal. Pukul 6 dah gerak. Tinggalkan Yasmin dan Aisya dengan Tok Wan depa...
Sampai saja pintu Gate Timpohon pun tak bukak lagi. Aduh panic jap.. Tutup ke hari ni.. suspen...

Rupanya buka pukul 8.. Untuk mendaki, ada caj, mungkin untuk pemeliharaan alam sekitar. Dewasa RM5. Kanak-kanak RM2...
Tapi kami yang dewasa saja yang kena caj.. entah kenapa.. Kanak2 free..

Kita boleh mendaki sampai atas, kalau ada permit. Kalau tak ada, setakat 4 km sahaja.. Kalau larat.. nak tau aku daki sampai mana tunggu entry seterusnya... Adakah sampai setengah ketinggian Kinabalu..???









First impression..wahh cun...boleh amik photo banyak....... ye lah, tak penah sampai kan..







Tak kira.. nak interframe jugak.. bila masa aku nak masuk gambar kalau idak tak ada chance ler.. Gambar org lain yang banyak









Bila mendaki ke atas, lihatlah org dibawah.......










Setinggi mana pun InsyaAllah akan tercapai juga cecita.... usaha dan tawakkal..




Aku slow saja sbb dok klik-klik foto. Sampai Danish mengomel.

."abah ni kejap-kejap amik gambar. Cepatlahhhh"




Ok semua org tengok siniiiiii................


" Abah ni, nak amik gambar lagi... cepat lah......"




Sebenarnya ni tak jauh pun dari pintu masuk tadi..hehehehe




Flora yang sempat aku rakam....
Ini juga



Menuju ke puncak...errr...puncak jauh lagi sebenarnya.. Aku dah survey cara-cara nak mendaki hingga puncak..nanti aku cer cerita... next entry... huh ni nak upload photo pun lama...
Angah jaga Danish...Abah? Abah jaga semua....termasuk kamera..hehehe
Macam cantik saja nak pose kat sini..tapi agak curam...



With my Luvly wife.... target next five year sampai ke puncak pulak....we will be back.. ohh pecah rahsia.. tak sampai ke puncak kali ni



Flora lagik
Air banyak tu pun rasa berat sangat.. belum lagi bawa beg..
Dah hampir ke Pit Stop no 1...... tapi masa ni rasa jauh lagi..sbb tak tau!!!.








Ok k ..patutnya tajuk kat atas ialah "mendaki kaki gunung kinabalu....."








TIPS:




1.Travel light. Kasut mestilah sesuai untuk memanjat... Masa mendaki seeloknya awal kecuali kalau nak sampai laban rata mungkin ada yang bertolak pukul 1 atau 2 petang. Itu cerita lain sebab depa nak kepuncak.




2.Bring kamera!!!!


Happy Birthday Angah... from all of us..






20 December 2011


Happy Birthday Angah...

Kat sini tak sempat nak celebrate. Dah buat in advance bersama-sama dengan Yasmin tempoh hari. Angah celebrate birthday kat kaki gunung...

Dulu birthday angah sama dengan Tun Dr M tapi birthday Dr M dah tukar daaaa

Cuti-cuti Malaysia Sabah : Day 1- Gersang di Kundasang



View dari Homestay. Nampak ada 2 ekor burung tuh...


Malam pertama kat Sabah.. Uh malam pertama tuh... hahaha. Stay kat homestay. Tengok bilik lebih kurang... boleh la.. just nak tidor saja..semua keletihan. If awal lagi mungkin aku survey tempat lain. But ok la....After a quick meal. Had a rest, then tak tahan sejuk.
Malam-malam kat Kundasang memang gersang dengan aktiviti. Pukul 6 dah lengang. Sik ada apa-apa.
Rebus jagung yg di beli kat Tamparuli.Ermm fresh but not as sweet as i want to..
Can't wait to return to Gunung Kinabalu next day. Yep nak pergi lagi sekali dan nak mendaki..( setakat yang mampu)

Cuti-cuti Malaysia Sabah : Day 1 Timpohon Gate

Di Timpohon Gate








Masih lagi entry pasal cuti-cuti Malaysia. Mungkin aku tak ada idea nak buat entry lain. Sabar je lah.. Keep on reading guys ok. Lagipun banyak gambar yg diambil.



Lurvy masih dok kemas(unpack) and check baju2 yang belum selesai kemas. Yo lah, for 7 org .. ..erk 8 org termasuk aku..

"Nanti sampai kak Kinabalu terus ke Timpohon Gate tau. Jgn masuk kat entrance tu saja. Naik terussss" Pesan Haris.




Timpohon Gates adalah last kereta boleh sampai.Lepas ni kereta tak boleh lalu. Bukan saja kereta, org pun kena minta permit. Ianya trail mula-mula untuk panjat dari sebelah sini. Lagi satu dari Mesilau Trail.. Kereta boleh sampai takat sini saja. Kawasan parking sempit.

" Kereta ni boleh sampai tau. Gagah ni . 3 liter. Kalau Myvi saya tak jamin"



Aku tak pasti Urvan tu 3 liter atau tak. Sampai balik aku tak check cc dia.






Lagi gambar-gambar masa mendaki kat SINI

Sunday 25 December 2011

Cuti-cuti Malaysia Sabah : Day 1- Kabus Kinabalu

Hanya kabus dan kabus melitupi puncak



Menara memerhati @ Timpohon


Nak panjat ke tidak?


Posing dulu with Lurvy and Aisya...




Berkabus!





Aisya dan Yasmin


19 December 2011 @3.00 pm...

Dari pekan Nabalu, serta dalam pekatan kabus, kami selamat sampai di Kinabalu National Park. Aku dah berazam untuk bawa satu family ke sini. Akhirnya tercapai..
Setelah kami 4 beranak sampai kat sini 2009.

Alhamdulillah selamat sampai. Kakak aku teruja, umur 50 tahun baru dia sampai ke bumi Sabah. Mungkin bagi kita agak kecil, tapi bagi orang lain amat2 bererti, betapa gembiranya. Aku ambil iktibar disini bahawa, no matter how small your favor, sometime it make big different to others. So lets start giving...

Aku sampai agak petang, mungkin pukul 3 ptg. Rancangannya nak menikmati keindahan gunung Kinabalu tapi kabus mencemburui... dan mungkin Kinabalu agak malu-malu lalu menutupi wajahnya........



Travel infor dan tips:
1. Kena sampai kaki gunung ni pepagi, baru tak ada kabus.
Elakkan musim hujan... huh lagi banyak kabus. Merbahaya juga untuk memandu.
2. Terus pergi ke Timpohon Gate di Kinabalu Park. Lebih kurang 5 km dari pintu masuk.

Cuti-cuti Malaysia Sabah Trip: Day 1 - Tamparuli dan Pekan Nabalu

Jambatan Tamparuli



Aku plan makan tenghari kat Kundasang. Lepas drop Haris aku terus ke arah Tuaran. Isi minyak van dulu. Pecut, (ye ke pecut, hahaha) ke Kundasang.. On the way aku macam guide untuk yang lain terus singgah Tamparuli. Saja bagi diaorg cross jambatan gantung, aku drive over ke sebelah sana. Lurvy yang dah sampai ke sini dulu, malas nak berjalan. Along pulak gayat. Drive saja cross sungai, jalan dia sempit. Satu kereta saja , tak boleh selisih. Sampai seberang tak tahan tengok jagung yang fresh. Beli dulu! Nak masak mcm mana pikir kemudian.


Kemudian drive all the way to Pekan Nabalu.. Amik gambar lebih kurang, hujan la pulak! Tapi gerimis saja. Dari pekan Nabalu nak drive tak berapa nak nampak jalan. Kena berhati-hati. Tetiba saja jarak pandangan terlalu dekat. Aku terpaksa brek mengejut. Kabus menutupi jalan.
So kena hati-hati betul kat sini...

Travel info dan tips:
1.Kalau nak membeli belah sourvenir, baik beli kat Pekan Nabalu, pesan Haris. Aku pun rasa murah kat Pekan Nabalu ni...

2. Kalau drive sendiri, kena berhati-hati betul. DAn jangan rush, bus , lorry dan four-wheel drive dari opposite direction pun agak laju.... Aku pulak nak guna/sewa sekali dgn driver agak risau, takut depa over-confidence. Aku susah nak letak "fate" family aku kat org lain, better aku drive sendiri..Tapi agak penat





Dengan kakak di Pekan Nabalu









Hujan gerimis ...@ Pekan Nabalu . Kabus tebal!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...