Monday 30 May 2011

Nasib baik..... Messi is Argentinian...



Banyak topic yang nak aku update dalam blog . Happening jugak minggu lepas. Dan yang paling menarik of all Messi dan geng won Champion League. I watched the 2nd half of the performance, dan malam nya layan lagi repeat. It really near perfect performance. MU got chance bangkit kalau ubah strategi . Atleast apa yang boleh dibuat oleh Alex Ferguson (AF) ialah stop Messi dan Xavi. Man to man marking atau apa term yang sesuai. Get organize before the ball reach Messi feet. But he is to good to admit that. The same strategy is employed after watching Barca wrecking havoc thru Messi in the 1st half and still nothing much changed in the tactic.

At least u can ask three lung PJS to ikat Messi. Old fashion , maybe but u enter the final to win the cup.Well Barca is not all about Messi but at least u can do something about that little Diego. Kalau world cup hanya dalam pusingan awal saja kita oleh expect persembahan macam tu. Dalam pusingan kalah mati biasanya agak boring.



As a Argentina supporter I would say,
thank God,
“ Messi is Argentinian and not Brazilian or Spanish!!!
If not..Damn! Especially kalau Spain…

Wohooooooo...anda berani?

Dah kalau anak-anak pun berani...
kita kena join depa


kena layan jugak la kan.....


Aku naik ...
dan naik lagi salah satu roller coaster di Universal Studio.. 
cemassss!!

Sunday 29 May 2011

Maharaja Lawak Minggu 9 : Full

Siapa tersingkir???
Sebelum layan youtube, tengok dulu sapa terkeluar....





Jambu






R2



Sepah:




Balas:




Nabil:




Jozan:




Jambu:


Barca near perfect!!


Barca...
Barca...
Barca...

How on earth they manage to play like this on the final... absolutely special!!!
Toying araound MU players....and than score!!!

Guano mu!!!
Viva Messi!!!

Tuesday 24 May 2011

OK, pompuan ni nak mencuba ye......



Ooooo, nak mencuba untuk menjadikan aku mangsa FB yer..

seperti yang diwar-warkan..Dalam paper dan media massa....meh kita tengok macam mana dia nak umpan aku..heheheheh


Dulu ada jutawan dari Zimbabwe ke Timbuktu ke mana hala tah. Yang banyak emas nak seludup keluar dari negara dia nak gunakan aku..

Ingat muka aku ni muka seludup ke. Tgk IC la wei, kalau nak kena kan org pun. Tapi best aku layan.
Mola2 dia nak copy passport aku. Aku memang dah tau dah benda-benda too good to be true biasanya jarang2 yang true. Kalau yang ni pulak memang la, jenis anak raja ka jutawan dari Afrika ni,

Aku layan jugak nak test dia punya kelentong. Sampai kata dia nak samapi KLIA nak serah emas kat aku...
Aku layan lagi, ...tetiba dia call aku. YEss aku bagi no phone, aku ingat nak trap saja, tapi susah jugak nak membuktikan. Aku niat nak sakitkan hati dia saja.

Ingat senang ke nak tipu aku..hahaha..
ok ok aku tak mo riak....

Dia call masa dia kat KLIA.. apa barang call dari Lembah KL keluar no dari Johor.. alangkah bangangnya..aku cakap ok aku datang tapi haram aku tak pi... Entah sendiket apa ntah.


OK geng... kali ni aku nak layan dia ni pulak> bukan layan lain tau.. oh no!.
Aku nak tengok trick dia macam mana modus operandi dia nak tipu rakyat Malaysia ni..

No worry aku tak akan terperangkap . Aku juz nak paparkan cara dia orng ni nak menipu.

Aku harap minah ni tak rajin baca blog aku. KAlau tak tak menjadi la rancangan aku..


Ni dia email kedua dari dia setelah dia contact aku kat FB.

Aku f********* kan nama dia supaya korang tak cari pulak dia kat FB. Nanti rosak program aku..

Tgk tu.... anak org kayaaaaaaaaaaaaa.Bacalah email dia... ada yang ke3 nanti aku post lagi...

"Am so happy to hear back from you. I am a very kind hearted woman. I am very laid back and do not respond to big stuff unless, the time requires it, I work hard and play harder. I am not materialistic,because I think its what you have inside that shines through the outside that makes me stand out, however I take care of myself very well. I love to laugh and make others laugh as well, and I love being around children of all ages, they are a true blessing from Allah and a joy to be around." My full name are *********, I am mixed Malaysian ,my father is Malaysia and my mother is from England...I speak very very little Malay...lol i was born here and lived in London all my life...lol...i am so looking forward to visit Malaysia very soon ..omg.. I have never been there...i feel so happy am coming to my father's land...haaaa...U want to know me better....am single...28 years old....I live in regent street. I am a professional system analyst...that I studied in college....but you see....my parents are so rich...they are company shareholders here...living in old Trafford....they bought so many bank shares for me that pays me now so much...awaiting your email... salam"

Siap bagi salam...waalaikumsalam... heheheh
oohhh duduk old trafford...apa dia ingat semua org Malaysia dengar old trafford dah mimpi Theather of Dream ke atau mimpi main bola Rooney..kah kah kah.. ooppss... tak per kita layannnnn. Banyak la dia punya lol..tolol betul!

Monday 23 May 2011

Futsal punya story part 1

Huh penat main futsal beransur nak hilang... LAwan team yang muda belia. Nasib baik ada dua kategory Junior and Masters.
Kami masuk masters... lawan sama2 otai..
Rupanya batch aku yang paling otai...

mana pi senior senior lain.... aduyaiii

so kena lawan yang muda jugak laaa...

aku janji nak post gambar kan.. memang bawak kamera sbb nak mengelat dan nak bagi org main dulu..tapi kena main juga..

So guys kalau nak layan photo semua kat sini... sory nak upload banyak and take longer time

oh ya u all kena log in to Facebook dulu. This is the link PHOTO FUTSAL 2011

Sunday 22 May 2011

Dedikasi kepada mangsa tragedi

foto: MI

Semalam...tengah golek2 dgn anak2 sambil tengok tak tengok hindustan..Fana, ada crawler TV3 pasal kes tanah runtuh. Tersentap jiwa sekejap. Tak sabar nak tunggu berita. Tapi petang pergi angkat barang sampai pukul 11 malam baru settle.
Hari Ahad tak belii paper. Tadi pergi layan kawan- kawan main futsal sehinggalah malam tadi menonton berita.

Setelah berlaku macam-macam teori keluar. Aku taknak tuduh menuduh sbb hati aku lebih kepada mangsa dan keluarga dan pihak yang terbabit. Tahniah kepada semua yg membantu dan Setinggi - tinggi TAKZIAH kepada yang terkorban.. Sedih dan sedih. Aku tak pikir perlu untuk buat entry tapi hati agak tersentuh dan sedih dengan kejadian.

Alfatihah...

Anak-anak yatim...
Sabarlah dalam keperitan
Ya aku tahu berat mata memandang berat lagi
Bahu memikul
Keadaan mu mengusik jiwa semasa
Kewujudan dan kesusahan baru kini kami rasa
Tapi dengan kaedah yang tak terjangka
Nun dihujung sana terkumpul satu jemaah yg meneruskan sisa kehidupan
Malang atau rahmatkah kamu ditimpa petaka
Hanya Yang Maha Esa yang menentukan..


Pengetua dan guru
Iltizam hanya satu
Membentuk sahsiah membantu insan yang teraniaya
Jangan putus harap jangan hilang semangat
Kini ramai yang mengerti namum ramai mahu mereka sahaja yang dierti
Jika niat mu suci InsyaAllah ganjaran tetap menanti.

Adik-adikku yang tewas dalam tragedi
Semoga dirimu aman disana
Disisi Maha Pecinta dan Pencipta

Al fatihah.....

Menulis di waktu hujan

Hujan sekarang di kawasan aku. Menyejukkan udara yang begitu panas akhir-akhir ini. TErdengar rintikan hujan yang jatuh di bumbung seterusnya berkumpul di longkang. Aku suka bila awal-awal hujan yang menimpa tanah yang kering yang menyerlah satu aroma yang sukar digambar. Lebih-lebih lagi setelah cuaca sehari yang panas. Oh nikmat nya..





Sambil mendengar terjahan hujan yang menimpa pelbagai objek kat depan dan belakang rumah, aku meninjau gambar dalam kamera .




Oh ya.. ni ambil semalam. Aku suka gambar ni dengan lensa aku. Ye lah dah gambar aku mesti lah suka. Ok la kan..kalau readers suka juga lagi lah best. Anyway sahaja ingin berkongsi dalam blog ini... Ini lanjutan dari cerita dua beradik yang selang setahun dan dah sama besar sekarang. Bahkan badan adik dah melebihi kakak yang maintain comei.


Yasmin , adik (kiri) dan Aisya




Pose jangan tak pose...pandai la pulak tanpa kena suruh kali ni ,, mood ok kot






Yasmin....








Kakak ..lagi satu snap...

Lagi gambar kat sini...

Interbatch Futsal..

hari ini futsal interbatch kat subang... need to go..lurvy kinda bored. Should i go? yess .. as i promised and i needed by my team..hhahahaha..

Actually this the time to get to know the fellow ex-starians....

Rose-up! Rose-up!

Bangunlah wahai teman-teman ku... (terngiang2 lagu sekolah).

will post pict later..

gtg..yeahhhhhh

Saturday 21 May 2011

Annivesary, high tea and kemas rumah

arghhh..keletihan. Mengemas rumah sambil di ganggu oleh anak2. Lurvy ada Hitea untuk meraikan pengetua sekolah yang akan bertukar.

Dia suspen macam mana agaknya pengetua tyang baru. Sbb dia kata dia very confortable dengan pengetua sekarang. Biasa lah kalau pengetua ok tu selalu tak lama. mesti naik pangkat dan kena bertukar masuk ofis. Dah jadi pegawai kat sana. HOD la kot. So dia siap sound kalau nak minta tukar boleh la jumpa dia...


Masih lagi berterabur barang sikit-sikit... Penat dan mau rehat kejap....
Oh ya today is our 16 annivesary... semalam aku keluar dan balik agak lewat. Ada sahabat hadiahkan telekung untuk my wife,, kebetulan la kot. Aku dah siap2 beli hadiah dan Lurvy dah tau pun.. Anyway our annivesary happens after Maghrib.. So aku waiting for the right timing untuk wish Lurvy.

Tapi last-last takut dia tertunggu-tunggu sampai high tea pun tak lalu makan aku sms dulu.. Karang dia kata aku tak ingat lak.... Memang dia terlupa..heheh. Sebab biasalah dua ttiga hari lepas ingat tapi bila sampai hari ni dia boleh lupa... Sib baik..kalau dia wish dulu..tak best aaa...

Maharaja Lawak Minggu ke 8

Man terkeluar...
Sampai sini saja pentas Man Raja Lawak dalam pentas Maharaja Lawak. Belum ada rezeki untuk sampai tahap Maharaja.. Anyway good job Man...





Bagaiamana dengan persembahan lain-lain. Layannnnn....

Nabil:




untuk yang lain lain peserta sila klik sini

Friday 20 May 2011

Yasmin, Aisya dan Danish serta pindah barang


Dua beradik dulu-dulu ( tahun 2009)


-photo tahun lepas.-

Layan Yasmin dan Danish makan nasi. Makan kali kedua si Dansih. Yang Yasmin pula baru nak makan. Tadi tak nak .. Asyik main saja. Aisya dah makan. Tapi badan dia tak naik naik. Comei saja(dibaca). Adik mungkin dah sama berat dgn kakak dia.

Aku kalau balik kerja. Penat jalan jem akan hilang penat kalau diorang ni serbu.Kekadang tiga-tiga nak suruh dukung serentak.adus.... layan jelah..

Yang besar2 entah kemana pergi . Naik basikal lah tu. Biarlah mereka bermain sementara masih kecik. Nanti tak puas pulak main. Macam aku ni kekadang layan PS2 lawan anak2. Tapi tak menang jugak.. Terer .. terer main game ler. Kalau belajar kena suruh 14 kali baru bergerak.

Sekarang ni ada la pulak term Mat Sikal. Dah mula dahhh.. Kesian pulak peminat2 basikal ni. Macam Mat Rempit la, semua dibelasah dalam satu golongan. Kalau ada lah motor yang betul2 terbabas masuk longkang mungkin reaksi pertama; Mat rempit, memang padan lah. Padahal kawan tu betul2 terbabas sebab jalan berlubang ke apa ke..

Balik pasal anak2 aku..

Si Yasmin ni kira manja gak ngan aku. Dia kecik-kecik la suka bergaya. Siang malam, nak pakai baju pilihan dia saja. Nak yang cantik2 saja. Kemudian suka suruh mama dia ikat rambut..

Danish... petang tadi nak makan gpreng pisang. Lurvy cerita lah. Dia siap minta mama nak makan goreng pisang, masa kat kedai tadi. Tapi tak nak beli mama, nak mama goreng.




Hmmm dalam ramai-ramai anak kami yang seramai tujuh orang tu rasanya Danish ni lah yang susah nak berenggang. Tapi tak taulah , tunggu masa menentukan.. oh ya, dia masuk tadika pun bulan 3. sebelum ni tak nak. Tapi dia sendiri pressure kot budak 5 tahun semua dah masuk tadika, last-last dia sendiri yang minta nak pergi sekolah.

Lurvy.
Kepenatan... dah tidur. Masa aku sampai tadi tengah masak. Sebelum tu siap pergi bank la apa la. Aku on blog ni tadi sambil layan dia masak. Now aku in charge jadi Home Minister. Kena la kemas apa yang patut.



Adik dan anak anaknya


Esok lori datang angkat barang.

Esok mau angkat barang dari rumah aku kat shah alam. Mungkin satu lori dah cukup. Nasib baik barang sikit saja beli sementelah rumah tu untuk untuk hujung minggu dan investment. Syukur ada rezeki, untuk pembelajaran anak-anak seramai tujuh orang. Tapi komitmen pun agak besar sekarang...

Photo collection: Kapal

Gambar yang "highly saturated" kot...

MU ke Barcelona..

PAgi-pagi ditegur atau ditanya oleh seorang teman yang merupakan penyokong tegar Chelsea.

Kau pilih Mu ke Barca.
Oh, aku pilih Barca . ( Bukan apa , aku kalau team tu ramai player Argentina aku mmg ada tendency untuk sokong club tu)
Thnks bro sbb tak sokong MU, biar dia org kalah..

Hahahahaha... ini org sama banyak kot. Penyokong Chelsea 49%, MU hater 51%.hahaha

..tapi MU mungkin jadi juara tahun ini. Pada pemerhatian aku MU boleh beat semua team kalau strategi mengena. Walaupun head to head player memang Barca lebih. Tetapi colectively as a team MU look very the solid one...


Tahun depan mungkin aku ada team yg aku nak support...Manchester...

Man City...amacam ..boleh?

Ke mana mau bercuti...

Kemana cuti sekolah ni? Grrr... macam macam hal menyebabkan aku tak boleh planning betul betul. Macam mana nih... Semua deserve a good break. Memasing teruja nak pergi mana-mana. Hari tu dah confirm pergi sabah, sebab ada yang tak pergi tempoh hari. So kali ni dah siap-siap bayar deposit. Last last kepala rombongan kata kansel. Huh. camner ni???? gagal la pulak. Postpone ke bulan 12.. Layan saja lah.

So tukar plan... tapi kemana dan bila...arghhhh


last last bercuti di kampung halaman agaknya...... sebab mungkin perlu sangat-sangat ke kampung. Hmmm... mungkin nada kecewa akan kedengaran lagi.....

sabar ok.....

Oh ya sebelum terlupa..Buat guru-guru esp guru-guru aku dan juga Lurvy, cikgu Prinsip Akaun,, SELAMAT HARI GURU......

Thursday 19 May 2011

Beratus orang minum air mayat!!!


Salam. Sudah agak lama tak update blog secara berkala,, huh... asyik tak sempat saja. last week dgn annual dinner, dgn family day dan entah apa lagi activiti. Asyik tak sempat.
Jadi semalam aku terbaca dalam NST tentang dua kejadian terminum air mayat nih.. Seriuos. Aku lunsuri dari blog ke blog tadi tak jumpa pulak pasal ni. so aku nak berstory pasal tu. Kisah benar ni...

Cerita pertama pasal:
Air berbuih membawa kepada penemuan mayat amah ( Foamy water leads to maid's body)

Ni kes kat singapore. Penduduk di satu flat mengadu kepada pihak berkuasa tentang bekalan air kekuningan dan berbuih.
eyewwww..

kemudian mayat dijumpai dalam tangki air...


Cerita kedua:
Mengerikan. Mayat dijumpai dalam tangki air.
Ni kat johor pulak. Lebih kurang 150 org penduduk flat terlibat. Apa yang mereka minum dan gunakan pada hujung minggu merupakan air mayat yang terendam selama 2 atau 3 hari dalam tangki yg membekal air kerumah2 mereka..

hmmmm.... itulah yang berlaku kat Singapore dan johor..
mengerikan / menggelikan?? entahlah...

Monday 16 May 2011

Maharaja Lawak Minggu ke 7












"Treasure hunt" punya cerita

Sambung la coretan aku . Masih lagi yang pasal mungkin minggu lepas. Oh ya minggu lepas blogger down agak lama, baru aku ingat. Tu yang tak update sama..

Ok lah geng, hanya untuk suka-suka ni salah satu soalan yang aku buat yang agak best bagi la. Ada dua tiga soalan yang aku rasa ok dan patut berjaya dijwb tapi ni agak menarik..

Q:"LIMA DALAM SATU... PENINGLAH"

tahu tak apa jawapan nya.. sapa sapa master kat sini memang tak ada masalah la kan..

ni ha jawapannya....



oklah tu saja untuk soalan, kalau ada yang berminat pasal treasure hunt aku akan buat entry lagi.

Ada sesuatu yang melucukan berlaku apabila jawapan atau papan tanda satu kedai telah ditukar, mungkin saat saat akhir. Aku pun panic bila "sweep" untuk kali terakhir, jawapan aku tak ade..hahahaha.. boleh pulak dalam banyak2 kedai , kedai tu pulak ditukar sign boardnya.

Sapa ada lori...?

Sudah agak lama aku tak update blog. LAst sekali semasa siap soalan treasure untuk family day aku. Alhamdulillah semu aberjalan lancar. Sepeti biasa ada manis ada pahit ada kelat. Terpulang kepada kita untuk adapt. Adaptation is key to survival. Tapi jangan dok adapt sampai tergadai prinsip. wokeh. Adjust boleh tapi prinsip mesti pertahan.

Nanti aku akan update balik. Sementelah ada masa untuk update ni.

Banyak jugak benda nak kena buat ni.. Minggu ni anak ada periksa. Nak kemas rumah kat S A. MAu angkut itu barang-barang... Lori pulak call tak respon lagi nih.. Tak mau bisnes ke.. Sapa ada lori yang servis dan harga baik??

Tuesday 10 May 2011

Soalan sudah settle.....

Hari ini.. eh , semalam, aku berjaya selesaikan beberapa tugasan. Aku berjaya siapkan soalan treasure hunt dalam masa yang agak terhad. Yang utamanya, mula-mula aku ke Trendak .Hantar Nabila, sampai pukul 5.50 . Kemudian bertolak ke PD ikut jalan pantai untuk set soalan. Macam event organiser gitu. Sampai lebih kurang pukul 7.30 mcm tu.

Ajak Lurvy pg cari ikan bakar kat pekan PD tapi sebab tak pasti dan tak nak buang masa pergi makan kat dekat pejabat kastam, jeti?. Entah lah sbb dah gelap tak tau la pulak. Ada banyak gerai kat situ, duduk saja kat mana terasa nak duduk. Order nasi ayam, soto, mee claypot dan char kuewtiou. Danish, Ameera yasmin dan Aisya tak berapa nak makan...

Settle makan, segera mencari soalan.oopss .. sebenarnya cari jawapan, soalan buat kemudian. Nak buat soalan yang pening tu. Tadi aku siapkan lebih separuh dari soalan . Rasanya ok kot sbb idea tengah mencurah-curah walaupun penat. Ada 16 soalan tapi nak kena review balik tahap kesukarannya..

oh ya sampai rumah pukul 11 mlm....3 org tu kepenatan. terus tido tapi kena kejut makan ubat jugak...

Monday 9 May 2011

Macam ni la...

Baru depa ada akai. Ni tak, selalu saja terlepas.. Masuk negaraku bawak kereta mcm pelesit.Motor pun sama, bila tergolek dog barulah tau betapa lajunya depa bawak. Keluar sempadan tak kena apa-apa saman. Yang dok kalut settle saman golongan marhain jugak ( bukan sokong buat salah yer). Sekarang, nak test higgway Malaysia???, boleh seehhh, nak keluar, bayar dulu.. Jangan kerek seyyyy...

Bayar saman sebelum balik - Kenderaan asing perlu jelas kompaun trafik elak ditahan
KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan asing yang melanggar peraturan jalan raya di negara ini perlu menyelesaikan semua saman dan kompaun, sebelum mereka dibenarkan keluar daripada negara ini.
Sebagai permulaan, semua kenderaan dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia yang masuk buat pertama kali diwajib mendaftar dengan sistem pendaftaran kenderaan di pintu masuk negara.
Menerusi pendaftaran itu yang dikendalikan pejabat kawalan sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), butiran kenderaan akan disimpan dalam pangkalan data dan jika pemandu melanggar undang-undang serta peraturan lalu lintas di negara ini, sekatan keluar masuk dapat dilakukan di sempadan.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kerajaan akan memasang sistem pengesan kenderaan automatik (AVSS) untuk mengesan secara elektronik pesalah trafik kenderaan asing mulai akhir tahun ini.
“Kuasa ini diperuntukkan mengikut Seksyen 66 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh menyekat pesalah trafik sehingga mereka menyelesaikan saman melalui pembayaran kompaun atau cara lain.
“Dengan penguatkuasaan itu, kita dapat memberikan kesaksamaan dan keadilan sewajarnya bukan saja kepada kenderaan rakyat tempatan tetapi juga tindakan sama kepada kenderaan asing yang kadang-kala melanggar peraturan di negara kita seperti memandu laju dan menyebabkan kemalangan, ” katanya kepada Berita Harian di sini.
Abdul Rahim berkata, usaha kerajaan itu sebagai amalan timbal balas kerana kenderaan negara ini yang masuk ke negara jiran juga dikenakan peraturan yang sama selain mengawal kegiatan kenderaan curi.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan menambah tenaga kerja di pintu sempadan bagi memastikan pelaksanaan itu kelak berjalan lancar.
Mengenai kos pemasangan AVSS, katanya, kosnya ditanggung pengendali yang dilantik dengan perolehan diterima daripada hasil kutipan saman.
“Buat masa ini, sistem ini sedang dibangunkan dan menjelang akhir tahun ia akan dilaksanakan,” katanya

Mengkagumi tak semesti menyokong...



Suasana kedai makan kalau ada "big game"

.


Glory glory MU. Lagu berkumandang di "theater of dream". Yep. MU menewaskan Chelsea 2-1.




TAdi aku keluar sekejap membeli roti tadi sambil lalu dan usha kedai mamak. Sempat tapau burger pulak. Dihujung sana kelihatan penyokong chelsea duduk atas moto sambil memerhati dari jauh. Aku snap ( sempat lagi tuh) dua tiga gambar kat kedai tersebut. Ramai jugak yg toleh tengok apa la dia dok ambil picta. Mesti penyokong MU. Aku? mungkin tidak.. mengkagumi tak semesti menyokong.








Sambil balik pekena burger kat rumah, dan masa pun tinggal masa +4 jer. Kemudian muktamadlah juara BPL kali ke 19. Satu melebihi Liverpool...








Congrats MU...

Sunday 8 May 2011

Terkini : Man United 1- Chelsea O


Tu dia MU dah score sebijik!! Tapi aku tak tau sapa score tadi sebb layan badminton Malaysian Open. Aku alih channel minit ke4 dah gol.. Sapa score yer....?? Berapa kesudahannya... Kita tunggu.
Nak kena pergi beli roti.. Nanti aku tinjau suasana kat stadium astro ;" theater of mamak " yer...
Tengah seronoknya penyokong MU. Kalau menang malam ni "duaronok" ler..

Apapun kita layan game dulu...

(update/Tambahan..)
Semasa rehat separuh masa MU 2 -0 Chelsea...

Selamat Hari Ibu

yang ni pun demam..

dah tak ade "mood" semalam lagi tu...


Seperti dijangka Aisya Qistina dan Ameera demam. Pepagi lagi bagi Yasmin makan ubat demam. Kemudian bergerak ke klinik. Nasib baik orang tak ramai. Danish yang batuk2 dan Lurvy juga selsema pun ambil ubat jugak.

Selesai terus balik rumah.Sempena HARI IBU Aku ingat nak masak hari ini. Lauk dah suruh Along keluarkan tetapi sudah kelaparan dalam kereta tu. Akhirnya cakap Lurvy kita pergi beli lauk kat gerai berhampiran round-about Puchong Perdana. Ramai jugak org kat situ . Mula-Mula risau kot2 tutup hujung minggu.

Last2 dapat tau akak tu org kedah.... Patut cara bercakap macam familiar sahaja. Memang gulai dia sempoiii...

So plan nak masak off lagi today.......



P.s Salam al_fatihah untuk emak, Halimah bt Ahmad.

Saturday 7 May 2011

Makan-makan: Ayam Penyet Sempena Hari Ibu

Esok Mother Day kan abah. Hari ni kan..
tak lah esok lah..But jum kita keluar hari ni. Besok banyak benda nak buat. Along dah balik asrama Monday. ( Esok ada badminton.hoki.. . live heheh)
Lagipun esok mesti tempat makan crowded .

Maka berangkat lah semua ke IOI. Plan nak beli hadiah untuk mum ( aka Lurvy) juga.


Along, Angah ketua memilih menu.. Boleh ke ni abah. Mama mesti boleh masuk punya. Ada darah Jawa tuh .


Restoran kat IOI. Dulu Manhattan Fish.. tp dulu pun tak penah masuk.


Menu.


Muka yang jarang-jarang bergambar. Alif



Gado-gado


THe AYAM PENYET..bukan hidung penyet yerr


Choc blended.. hmmm dah la Aisya dan Yasmin macam nak demam..Ais la pulak


Cepat pergi usha hadiah untuk mama..!!!

@Kinrara dan Selamat Hari Ibu

Happy mother day untuk my wife...mcm pelik ja ucapan tu. Tetapi she deserved much much more wishes..... From 7 chilldren of us.. woha!

1.Pepagi hari ni.. plan pelbagai la...konon-kononnya..
2.Some spring cleaning.. yolah seminggu sekali kena buat...depan poch bagai. Bagus gak tak ade bibik ni..kena paksa rela buat. Baru ada exercise sikit.
3. Pergi tengok progress rumah..melawat kawasan la . selalu pergi hari ahad boleh tinjau dari jauh ja
4. Pergi bawak anak-anak belanja Lurvy. Esok mesti pack dgn org. Bagi duit untuk diorang beli hadiah untuk mama sempena mother day. Dad juga yang sponsor thru anak2..
5.Oh how i miss my mum. Alfatihah...


Ruang tamuu..dah berkunci.. tak boleh masuk.





jalan belum siap

baru pukul 10..tp panasnya sekarang





enggineer? architect?






Photo collection : Cheese Tart (Blueberry)





Nak kuar to celebrate mother day today..:) A day earlier!!!
Sebenarnya tiap2 hari adalah hari ibu.....

Siapa tersingkir? Maharaja Lawak Minggu ke-6.

Ermm..Siapa yang tersingkir? Siapa yang menonjol dan siapa tertonjol keluar nih???
Aku pun tengah cari result kat blog-blog ni.. Yang aku tau kedah kalah 0-2 ditangan kelantan..Aduyaiiii.. LAgi satu Malaysia kalah ditangan Australia 1-2 walaupun dah mendahului ...Cuba lagi ok

Apapun kita layan Jozzannn dulu ok:



Kalau anda ingin tahu semua keputusan dan menyaksikan persembahan semua peserta.. sila klik SINI

Friday 6 May 2011

Plat bermula dengan huruf G







Plat negara mana nih...??

tengah-tengah layan lagu kat radio, tetiba kereta ni ciluk masuk..


tengok plate number familiar..dari segi design dan font...


terfikir boleh ke GIM digunakan sebagai huruf depan... kenapa huruf "I" boleh pakai nih...



Dalam dok pikir2 ..eh ..yg depan dia "G".. laaaa baru perasan..


Sapa tau tau dari negara mana nih....


Ghana ke...sbb ramai pak hitam kat sini ni..



:)




sapa tau tolong bagi tau ..thnksss

Thursday 5 May 2011

Kursus, pantun dan bank punya cerdik

Ok selesai kursus 3 hari. Org dok kalut dgn ISO kita dok pi kursus. Esok kena pulun review semua balik sebelum diodit.

Six Sigma nama kursus. Aku bukan main lama kenal Six Sigma. Kenal sikit-sikit saja lah. Sejak 2002 2003 lagi aku dok follow and membaca tentang six sigma ni, tapi tak dak la kursus formal macam ni. Anyway it is a good approach to quality. Akhirnya aku ada value added dalam module ataupun kaedah Six Sigma ni.

Oh ya masa pantun quality dolu-dulo ( eh aku ada masuk pantun la..tak caya???.. jadi naib johan tu), aku ada bantai bagi soklan pasal six sigma kat opponent aku,, tapi jawapannya menepis la. Aku rasa aku kalah sebb supporter dari dept aku kurang kot. Sangat2 kurang... Ok ok , sentimen aside, maybe there are good but sumtime u do really need a morale support...( uh..rintihan org dapat tempat kedua)

Dept musuh aku, main hentam jawab ja, supporter depa tepuk naik rak..
hermmm, tak apa lah, " i did my part" .

Aku masuk medan dan bertarung..thats me. Just mengharap sokongan shj. Sumtime this kind of memories keep coming up to you.. Anyway.. been there done that!!!!

Cerita bank pulak..

Masa break tadi pergi bank. Just nak print statement dan chop, Confirm the balance.

"Ok encik ,,,,print statement per page RM10.00. "

Wowooo,,, senag nye hampa nak buat duit. Be reasonable ok. (dalm hati jer nih)

Betul ke ni??

"Ye cik per page sepuloh hinggit. Itu compliance cakap dan jadi procedure."
( sat lagi dia cakap mana boleh langgar procedure..betui jugak)

Oraito! that your bank , your system, your printer, you can charge depan, belakang, atas bawah, kiri kanan. Bcoz thats yours. But I am your client. This kind of charges is ridiculous, but i have to respect la, yang jadi mangsa client u jugak. Caj la reasonable sikit, plsss

Then aku pun cakap "ok lah , sat gi i bawak statement from internet banking dan you verify saja kan..boleh kan ""

Dia terkulat-kulat tengok aku..."erm boleh kot."

Pendekkan cerita. Then aku pun bawaklah statement tu pergi kaunter . Customer Service officer bawak pi ke Counter officer. Dia pegang and mata dok lipoq-lipoq ( kamus kedah: lipoq-lipoq maknanya terkebil-kebil) tengok statement aku.

Dia cakap " Eh kita boleh verify statement hanya dari sistem kami sahaja" Huh..bangang ka bengong aku pun tak tau dia ni. Aku dah prepare dah ! Macam mana boleh keluar kata-kata menggelikan tu.

<: hanya dari system kami':>

Aku tanya dengan lemah lembutnya" Kalau statement dari 'internet-banking' bank ini bukan dari system korang ke" (lebih kurang mcm tu la soklan aku)

dalam hati mengomel:..system org lain ke internet banking ni ??... aku punya ka???...hahahahaha. Mestilah KORANG punya system kan.. adoiiii!!!!

Then dia buat-buat sibuk layan telefon balik sampai officer lain sahkan statement aku...

Alahai.... Service oh service..

(But aku save RM 20.00,, jum sapa nak makan Burger Kinggggg)hahahaha..

Wallahualam...

Wednesday 4 May 2011

Bahaya mandi di hutan lipur ketika musim hujan

Tadi tengah tengok-tengok dan membalas komen-komen yg belum dibalas (jika perlu dibalaslah), teringat la pulak kanak-kanak 3 beradik yang hanyut kat sungai semasa mandi. Kejadian detail tak pasti sangat sebab tak sempat baca paper hari ni. Kursus kursus kursus. Tak tau la kenapa banyak la pulak.

W/bagaimanapun, kena beringat lah, kalau boleh jangan mandi sungai semasa musim hujan. Walaupun tempat kita mandi nampak tenang tetapi di hulu sungai tersebut mungkin air dah banyak dan membuak-buak. Ini kerana hujan turun di kawasan tersebut manakala tempat kita tidak hujan.

Hanya tunggu masa dan ketika sahaja air tersebut akan sampai dibahagian yg hilir. Samada banyak atau sikit, perlahan atau deras.
Jadi kenalah beringat dalam kegembiraan....

Tuesday 3 May 2011

Osama (matimu tanpa kubur)

Ben Laden. Osama ben Laden
Satu nama yang aku rasa aku dah lupa untuk sekian waktunya. Tak penting bagi aku akan nama itu, hanya kerana ada ben atau dalam negaraku dipanggil bin. Dan aku ada kawan yang aku panggil ben masa diploma dulu. Tapi itu cerita lain...

Mungkin tak seorang pun kat Malaysia ni kenal Osama ben Laden sehingga peristiwa 911. Beliau dikhabar mengetuai AlQaeda dan bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan keatas serangan di bumi Amerika. Aku simpati dengan semua yang terlibat. Yang menyerang dan diserang. Namun aku kagum dgn keberanian pejuang-pejuang yang sefikiran dgn Osama yang begitu berani menyerang Amerika. Mereka berperang secara sangat berani. Dan mereka terkorban akibat serangan mereka.

Jika itulah yang dibuat oleh pihak Jepun mereka dipanggil tentera kamikaze. Sanggup berkorban untuk apa yang mereka percayai dan junjungi. Mempertahankan apa yang yang mereka pegang dan sanggup berkorban untuk itu, dan mereka disanjung dan dihormati. Keberanian tentera kamikaze terus menjadi dokumentari sejarah.Kerana mereka adalah Jepun dan bukan AlQaeda.

Kekaguman aku terhadap AlQeada sampai disitu. Aku tak pernah menyokong tindakan tersebut tetapi aku paham kenapa mereka bertindak demikian. Memahami tak semestinya bersetuju.

Amerika sebaliknya telah membuat lagi tindakan yang dianggap pengecut, setelah melakukannya kepada Jepun. Akibatnya Hiroshima dan Nagasaki dibom. Sehabis kuat bom tersebut tanpa mengira wanita dan kanak2. Tiada bom yang sekuat itu digunakan sehingga kini walaupun setelah setengah abad. Biadap dan baculnya Amerika.

Dan berkali2 kini melakukan tindakan begitu dengan menghantar "drone" tanpa disedari dan terus mengebom perkampungan. Bagi mereka seolah-olah bermain video games. Nyawa yang lain kurang bererti atau bernilai. Ramai yang mati. "Collateral damage" ujar mereka. Argh.. memang boleh berperang dgn hanya berada dibilik kawalan di tengah lautan dan menghantar kapal-kapal terbang tanpa juruterbang untuk mengebom musuh. Jika seperti PS2 atau PS3.. alahai....

Begitu juga dengan iraq, mereka membuat pembohongan dengan ada "weapon of mass destruction" di Iraq. Sebenarnya merekalah yang melakukan "mass destruction" sehingga Iraq tidak aman dan mungkin lebih ramai yang mati sejak Operation Freedom bebrbanding zaman Saddam. Dan.. dimanakah senjata pemusnah sejagat milik Saddam, sehingga sekarang masih tak ketemui. Mungkin disembunyikan di padang pasir dan akan ditemui 3000 tahun lagi seperti mana Firaun dan Qarun ditemui.Mungkin...

Osama atau Obama dan pemimpin Amerika yang lain, tak lupa juga Tony B"liar" mungkin dalam kelompok yang sama. Menghantar bala tentera untuk apa yang mereka percaya. Cuma Osama menghantar pejuangnya secara berdepan dan kamikaze, manakala yg lain memilih jalan pengecut. Osama terus menerus mengakui bertanggungjawab dan nyatakan kenapa berbuat demikian.

Yang lain berusaha pula dengan segala propaganda supaya mereka dipercayai walaupun menipu dan membohongi dunia

Osama, andai kau mati dalam Islam maka aku doakan semoga mendapat keampunan atas segala kesilapan ( jika ada). Jika engkau tersasar hanya Allah yang mampu memberi keampunan. Kerana satu tuntutan untuk org Islam mendoakan saudara seIslam walaupun apa saja kesalahannya.

Adakah hati kehujanan juga...

Baru sampai rumah. KL bila hujan saja memang kacau. Tak pa yang penting jiwa jangan kacau. Biarlah ribut berdentum kat luar tapi hati tetap mau tenang bukan.


Kekadang ada peristiwa tu kalau diikutkan hati memang tak payah cerita, tetapi kekuatan mental perlu untuk menghadapinya.


Kita mungkin boleh mentertawakan kepada mereka yang terikut-ikut dengan emosi. Yang tiada kekuatan untuk melawan segala kenegatifan. Mungkin juga kita simpati, entahlah.


Yang penting jangan diri terbawa2 dalam negatif itu. Empathy dengan mereka.......

Namun dihina jangan kerana merekalah yang lebih mengerti....


oh ya..hujan itu rahmat.

panas itu rahmat.

malam itu rahmat


masakan kita boleh merasakan nikmat sihat, jika tak pernah sakit...

renung-renungkan...

Monday 2 May 2011

Dear PSC




Dear Produa Service Center,

I keep sending myVi to you becoz they said i should maintain my little car properly and you are good at it. Furthermore the make of the car is Produa.

I also sending there because it is still under warranty. If not i would have sent to kedai cina pomen around my place.

I sending there because i believe it will be in a good hand although it is not your car.

I complaining because that the only car ( plus another one) that i could have. If i own Toyota or BMW or Mercedes, i wont send there and i couldn't care to write u a letter. My complain is minor but what the hell, i complain thru my blog.

I know all of u are busy, but have you all thought of opening the door properly.

Let me tell you what i mean properly. Pls pls pls dont hold the key with the same hand that open the door. If you otherwise, there will a scratch on the paint around the handle, believe me. and it is quite "deep". If you dont believe , you do it with your car, everyday, and in such a hurry.

Furthermore you have hundreds of car to attend daily, and if you do that in such a hurry, my car ( and others) will be "damn".

The scracth is not obvious from a far but I could tell, it is becoz of you. I know my car well...

Again, if i dont care i wont be complaining. If i got a tonnes of money i buy another car. But basically, i care because it is my Car and i am sending to you, for servicing and I PAID for the service. Mind you, it is not a complimentary service. Even if it is, you have no right to handle my car like you did!!

Thank you for your kind attention..




P.s

I think it is bcoz of the key and not screw driver..( erk, screw driver??)

I dont complain earlier, think it is small matter, but now i m in the mood to write...wohaaa.. arghhh,, becoz it is my car not yours

Tak kemana mana

Tiga (3) hari cuti tak kemana-mana, menghabiskan masa kat rumah saja. Memang habis kot. Hari Sabtu g tapau nasi arab kat sabak restaurant sbb Along nak balik. Favourite dia makanan arab tu pulak. Tapi bas dia rosak stranded kat Melaka dalam sejam.

Photo collection: Ameera, Nature and Food

ameera.yasmin





pepatung,,,boleh la kot






orkid






lepas practice shoot... pekena dulu.. yg kuning tu nama dia asam limau...



masam tapi ok jugak





noodle soup



sizzling....sssss






the place..





verdict: macam mana nak kata yer..



masa bayar, cashier tanya macam mana makanan



aku try to be polite " ok"



( dalam hati: tak berapa ok)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...