Thursday, 13 June 2013

“You say best , when you say nothing at all”

Assalamualaikum bloggers and readers..




“You say best , when you say nothing at all”

Adalah ungkapan yang tepat bila memikirkan aku tak “bersuara “ di blog akhir akhir ni.
Merentasi batas waktu yang sentiasa terbatas mungkin salah satu sebab.
“Mengkala” (manakala) sebab yang kedua pula ialah nak menaip ni memerlukan mood dan kesinambungan pun baru menjadi.

Dalm aku dok sibuk membuat survey ( meng-survey) kereta, yang aku masih belum dapat ilham lagi nak pilih yang mana. Aku teringat perbualan perbualan sebegini:

“ Aku bukan tak mampu pakai kereta xxxxx tapi aku tak nak “
Aku tak tau alasan samada tu betul ke tak,, Tapi kalau ada “tapi tapi” masudnya tak mampu lah.
Senang cerita..
Aku bukan tak nak kereta BMW macam Beatifulnara tu tapi tak mampu,,,kan senang.
( Kesian blogger Nara kereta kena samun/rompak)

. Bahaya tau sekarang ni. Aku rasa berita macam gini dah jadi biasa dah. Mati kena tembak dah jadi bacaan lumrah. Peliknya dah tak gempar. Kenapakah agaknya…
Dan soalan seterusnya bila luar biasa jadi biasa, tahap manakah pula yang luar biasa.
Kita akan merasainya bila sedar mara atau adik beradik kita terkena musibah, kalau tidak , ianya menjadi sekadar berita.. yang kita baca dan kita dengar.Setakat tu saja

Mungkin sudah hilang “ berat mata memandang”, yang tinggal hanyalah "berat bahu memikul." Mungkin kerana zaman ini orang yang memandang sudah tidak ambil berat. Alangkah elok jika masyarakat boleh menjadi perihatin seperti masyarakat kampung . Ambillah sikap tersebut, walaupun itu adalah asal dari orang kampung kerana ianya adalah elok.

Oh!  melaut aku… maaf.

 Pasal kereta yang harga turun yang tak turun pun aku pening jugak ni. Bila terbaca  akhbar tersebut aku pun  cuak. Betul ka??  Sudah turun rega..sama yang announce??

Salesman yang aku jumpa pun mengeluh sbb susah mau jual, katanya. Jadi persoalan negara ni aku biar kerana negarawan. Dan aku yang marhaen ni nak bagi nasihat, cewah…

” The bussiness of the leader is to lead the people” .
“The bussiness of government is to govern the nation”
Jangan dok melahu kearah lain pulak…

Politik 24 jam ? Ahli politik memang kerja mereka dok berpolitik. Tiada yang pelik dalam hal. Lantak pi  lah mereka nak berpolitik siang malam esok lusa tulat. That’s their bussines!!!
Mari kita mainkan peranan memasing. Apa yang susahnya  dalam hal ni..

Kalau org mainkan peranan sebaiknya,, dah jadi hebat negaraku.. Percayalah..


Akhir sekali.. ni ha sajak aku mainkan dalam minda aku pagi tadi..mungkin elok  aku catatkan disini..

Kesatlah air matamu,
Berlarilah.
Berjalanlah di bumi ini..
Biar angin bayu menyapu pipimu
Biar panas terik keringkan air matamu

Jangan menjeruk rasa..
Kerana ia menjadi cuka mencengkam jiwa
Kerana ia menjadi tuba merosak kalbu

Berjalanlah
Lihat keindahan alam
Pecatkan sepatu mu
Biar kaki merasa bumi
Menyentuh lembutnya rumput.
Menyedarkan kekuasaanNya..

Keadaan ditentukan begitu
Terimalah..
Namun kamu juga berhak merobahnya
Kerana DIA tidak akan mengubahkan, jika kamu tidak berusaha..

Bangkitlah..
Bangkit dari kekecewaan dan nestapa..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...