Nak cerita pasal make-up pulak. Tapi bukan make-up artis ke
apabenda. Eh apahal aku lelaki sibuk nak cerita pasal make-up lak ni.
Dan bukan nak cerita pasal boleh ke tak boleh produck itu
ini. Tak tak…Tidak sama sekali.
Tapi aku nak bagi tau
solekan yang macam mana paling cantik.
Tapi sebelum tu , nak bercerita…
Dulu, ddulu la kan..aku ada pergi member kawin. Ye lah
majlis kahwin kenkawan entah tahun bila.
Tengok bersanding bagai , makan dan balik. LEpas tu pi la
ziarah umah dia tolong-tolong kemas. Tengok bini dia dah tak kenal. Gila punya
beza…tak kenal beb. Power of make up!!!
Bukan apa , aku takut sedara sendiri pun mai tanya . Mana
pengantin pompuannya. Sbb dah tak kenal. Beza sangat!!
Sama lah sekarang ni bila dlm facebook tengok picta
pengantin yg siap bersolek. “Sebelum” dan selepas. !! Biasanya jurumake up atau
mak andam yg upkan photo photo sebegini. Samada dengan izin pengantin atau tak
tak pasti lah
Aduyai..
Kekadang juru make –up pengantin ni pun, bila nak up kan make up servis
diorang,, gambar “sebelum” tu yang diambil macam tak boleh blah! Korang imagine la sendiri. Macam mana nak
cakap ea.. ok lah direct saja.
Gambar sebelum dengan serabainya, dengan angle yang tah hapa
hapa.. dengan zoom jerawat sebesar-besarnya.
Aku kesian la depa yang janji mangsa keadaan. Betol betol
kesian. Diorang pun tak pernah postkan gamabr diorang sebegini rupa. Tapi
senang2 mak andam naikkan gambar..
Eish.. apa sebenarnya point kat sini.
1.
Bersederhana lah dalam semua keadaan. Jadilah
diri sendiri. Kalau jadi org lain suami bukan nak org lain.
2.
Jangan biarkan gambar kita lain sangat dari reality,
sama ada masa seserabainya, ataupun selepas bersolek/disolek.
3.
Solekan untuk suami patut melebihi segalanya.
Jangan biarkan sangat jurumakeup over kat muka anda. Kerana hanya sehari tu
saja dan bukannya utk suami lak, utk pengunjung umum.
4.
Sederhana kan molek….
Entry ni juga terpanggil hasil dari cerita dan berita
sebegini yang korang mungkin dah baca. Zaman sekarang mungkin suami/bakal dah kenal so tak lah surprise beruk kalau
make-up bini dah dibuangkan. Cuma sedara saja kot yang hairan. So biarlah muka kita hamper sama saja
semasa makeup atau pun tak de up. Jgn sampai jadi lain sangat naaa. Bukan tak
bg bermekap langsung!
Niha cerita dalam paper cutting ni.. tapi ni kes yg ekstrem:
Kesimpulannya,, solekan yang paling cantik ialah yg
sederhana..
Be yourself. be confident.
Kun ANta
adoi ksiannya sampai kena belasah..
ReplyDeletetu la kdg2 mmg x kenal dah the bride.. klu cantik ok lg, ade yg jadi mcm pelik pon ade.. hehehehe