Tuesday, 4 February 2020

Simple dan kos yang murah. Cubaan pertama aku untuk buat house make over...Beli rumah yang macam tongkang pecah dan kemudian...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari ni nak post apa yang aku telah buat ( renovate) kepada apartment yang aku beli ni.

Perasan macam "home make-over " lah. Kan ada kat tv, channel Nat Geo People ke apa tah, pasal depa yang dok buat "home make over" ni kan.

So aku pun berangan la. Dengan budget yang ciput, ku tanam impian nak reno rumah apartment.
Bermula dengan "house hunt", maka terjumpa satu rumah ni kat Presint 9.

Dan aku dah cerita dulu yang mula2 nak beli yang lain tapi owner tak jadi jual walau dah bayar earnest money kat agent.  (earnest money: di mana agent dah tak leh offer kat orang lain sbb aku dah chup). HArga RM240K, dengan dah ada tile. Saiz 1kaki x 1 kaki. Macam ok lah. Tak payah buat tile. Tapi dia pula tak jadi jual,,,

Pendekkan cerita,  dapat tahu ada unit lain dan tuan yang ni sempoi, terus on!

Mungkin dia pun nak balik kampung dan nak letgo apartment dia kat Putrajaya ni. Senang saja urusan jual beli dengan dia. 
Proses yang lain lain tu kena juga lah lalui sperti urusan loan bank dan dengan lawyer.

Kalau korang tengok keadaan rumah ni mula-mula, sure kensel tak jadi beli. Sebab orang bujang trang- tang-tang duduk. Tahu lah kang macam mana keadaannya.

Namun, aku tengok ada value kat sini. Aku dapat harga yang murahlah ( berbanding unit2 sepadan dan tahap penjagaan yang sama. Dibaca: tahap tak jaga, woahahaha). Tuannya pula sewakan dan mungkin tak sempat la nak check keadaan rumah dan perghhh, memang agak teruk!!

Aku anggap ni macam la tanah kosong. berlumpur, selut. So tinggal nak tambah tanah dan buat rumah. Bila naik rumah nanti tentulah nampak lain dan cantik. Cewah, analogi nya macam tu. 

Ye lah, nak explain kat wife bukan senang,  nak beli rumah dalam keadaan rumah cenggini: ( nota: tak sanggup tengok jgn click photo..wohahahah)






Ni pun setelah "clear" kan barang-barang. Adus punya lah banyak barang org bujang yang tak tepakai, tanya sapa punya depa tak mengaku, ye lah dah jadi sampah sarap sapa nak mengaku kan.

Owner asal yang bertindak kosongkan sebab aku dan pesan. Kami nak rumah tu dalam keadaan kosong. Kalau korang tengol gambar masa barangan orng bujang tu  ada, lagi la. 
Berdebu, melekit dan macam- macam lah. 
Owner asal suruh bangla kosongkan rumah dan ada barang yang boleh salvage, bangla tu la amik. Ok selesai satu masalah. 
Rumah dah kosong seperti diatas. Ianya seperti tanah yang tanah yang tak rata , berparit dan berair. cewahh...


Harga rumah ni dibeli pada RM218k. Market price RM240k hingga RM250k .Aku ada lebih kurang RM20k  penjimatan dan akan digunakan utk reno rumah ni. Dan kalau aku nak spent jumlah ni, keadaan nya mestilah lebih baik dari rumah yang "elok" dikejiranan yang sama.
 Ok set. All done, Apa tu expect. Berapa banyak boleh spend. 

Dan yang paling penting, mesti jadi lebih baik dari unit yang mula-mula kami nak beli at RM240k 
( geram, sebab owner tak jadi jual). 

Tak ada banyak yang boleh diubah pun. Interior saja lah. Rumah apartment kan.

Yang pasti.. semua akan di pasang "tile". Keseluruhan unit.
Keduanya, buat table top.
Ketiga, bilik air dan tandas semua tile juga sekelilingnya.
Tandas cangkung ditukar kepada tandas duduk.
Cat baru.

Ermm, tu ja kan.

Misi mencari tile bermula, aku punya plan simple, aku mau pening-pening nak buat decision, asal tile yang bukan kaler atau corak meriah, sudah ok. Bila pasang sure ok punya. Percayalah.
Tapi bila bawa Lurvy kena bincang juga. KDN kan. Mesti mau pilih juga. Of coz la kami kan semuanya bincang bersama.
Kemudian pilih tile bilik air, tile ruang dapur, tile table top.
Bilik air dua kaler ke satu kaler. 
Eh banyak pulak jenis tile nya.Demam aku. Hahah , demam nak decide.
Tapi senang je. konsep aku tak mau serabut-serabut, pilih yang cerah2 dan teori nya bila pasang , sure ok. Wah! konfiden.






Harga pun bukannya yang mahal-mahal punya.Harga sederhana tapi menarik.
 Kekadang kedai tile pun buat sale nak habiskan stock yang tinggal sikit2 tu. 
Ala, apartment pun kecik. tile pun tak banyak diperlukan.

So projek pun berjalan. Suruh tukang Bangla yang buat. Upah je. 
Barang beli sendiri.  Upah pasang tile Rm3.00 sekali. so darab lah dengan keluasan. Tile bilik air kira lain sebab susah sikit nak buat especialy kat dinding.


Dan ini ialah work in progress:








Dan nak bila nak cat , aku pilih Nippon Momento untuk bahagian " feature wall". Itu pun ambil ilham dari rumah ipar. So inilah masanya untuk try dan berexperimentasi.
Dan pekerja mahir ialah Akmal dan aku. 
Sendiri cat woo. Tapi panel tu ja kami cat. 

Bahagian lain biar warna putih ja dan upah pekerja yang cat .






Untuk hiasan dan nak tambah nilai estetikanya, ( betul ke aku tulis ni), kami beli satu lampu yang ada 3 mini spot light. Akan dihalakan ke 'feature wall' tersebut. 
Perghh, idea macam bagus je. 

Ahh tak kisahlah, rumah sendiri, sendiri imagine sendiri buat la kan. Jadi tak jadi belakang kira. Bila lagi nak mencuba, kalau bukan kali ini.

So inilah hasilnya. Suka tak ? suka tak? ( macam kenal tag line ni)










"BEFORE and AFTER"


















20 comments:

  1. Seronoknya dah ada rumah sendiri. Takpelah macam mana pun, yang penting ada rumah sendiri. Semoga saya pun dapat beli rumah sendiri satu hari nanti. InsyaAllah.. Hehe

    ReplyDelete
  2. seronok bila ada rumah sendiri,renovate cantik2...haihh, teringin sangat!

    ReplyDelete
  3. salam tuan, ada contact bangla tu tak?

    ReplyDelete
  4. assamualaikum tuan

    boleh kongsikan no telefon bangla yg pasang tiles tu,

    skrg ni memerlukan bantuan utk pasang tiles yg kembung dan pecah

    saya kat putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAaf ..sangkut di Bangladesh..balik cuti awal bulan 2 sampai sekarang. Moga pandemic ni diangkat dari muka bumi

      Delete
  5. In SyaAllah. Moga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  6. Berapa kos buat tandas/bilik air tu, tuan? termasuk beli tile dan upah pasang? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. .. Semua tiling ,cat satu rumah.. kitchen kabinet, bilik air toilet ..lighting... dalam 20k

      Delete
  7. kalau tandas sahaja berapa ye? tandas tak berapa besar, rumah flat 4 tingkat

    ReplyDelete
  8. Singgah sini.. Tengah mencari tukang untuk renovate bilik air dan ubah kedudukan pintu bilik sekitar kota damansara. Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  9. Salam, boleh saya tahu beli tiles di mana?

    ReplyDelete
  10. Salam, boleh saya tahu tiles beli dimana?

    ReplyDelete
  11. Kalau buat tandas je berapa ye ?

    ReplyDelete
  12. Boleh dapatkan no bangla tu x ?

    ReplyDelete
  13. Boleh dapatkan no bangla tu x ?

    ReplyDelete
  14. dia balik kg tahun lepas, bercuti.., terus sangkut covid lockdown. tak dapat masuk balik etc

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...