Friday, 14 August 2015

Sudah mencapai RM4.00 ,,lelong lelong

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ringgit akhirnya mencecah Rm4.00 vs USD1.00.

Anak pun tanya masa nak pi tusyen:" duit kita jatuh ke abah? Sbb ekonomi ke?"

Huh macam mana nak ulas ni nak bagi depa paham,

Macam-macam sebab ..
sebab ekonomi pun ya.
Sebab politik pun ya
Sbb faktor luar pun juga




 Cina "devalue" Yuan

Faktor yang menambah kepada keadaan RM jatuh ni ialah apabila China menilai semula matawang iaitu dengan menurun kan nilai Yuan berbanding USD.
Ini ialah kerana China mengharapkan exportnya meningkat dengan andaian negara lain akan membeli barangnya dengan harga nurah. Ini dibuat kerana mungkin menjangkakan ekonomi negaranya akan menjadi perlahan dalam masa akan datang. Naiknya jumlah eksport menyebabkan permintaan meningkat seterusnya meningkatkan lagi industri perkilangan ( barang untuk dijual ke negara lain).

Namun disebalik kejatuhan nilai RM, ada juga kebaikan atau advantage kepada negara kita atau industri tertentu  antaranya:

1. Perlancongan.
Dengan rendahnya nilai RM menyebabkan kos melancong di Malaysia menjadi murah.Contohnya dengan USD10,000 pelancong Amerika yang datang ke sini boleh mendapat RM40,000.00.
 Sebulan mereka boleh duduk hotel. Berbanding kalau kita nak pi US, RM10,000 dapat USD2,500.00 shj. Duduk 2 hari kena balik.. duit habis.

2. Eksport.
Seperti negara China yang mengharapkan export mereka naik, Malaysia juga mendapat kelebihan apabaila export menjadi lebih murah.

3. Industri perkapalan
industri perkapalan dijangka mendapat kelebihan apabila kos nya dlam Ringgit tetapi mendapat pulangan dalam USD.

3. Getah
Industri getah dan berkaitan juga dijangkakan mendapat manfaat hasil tukaran asing yang menguntungkan

KEBURUKAN
Seperti mana dalam perkara lain yang berpasangan,..kejatuhan nilai ringgit secarai umumnya memeberi persepsi yang tak baik, ianya lebih berfokus kepada bidang2 dibawah

1. Auto.
Seperti biasa harga kereta yang banyak di import akan meningkat selaras dengan kenaikan dollar.

Pengagnkutan udara.
2. Bila mana kos urusniaga diinvois dalam USD, ianya pasti meningkat.e.g harga petrol.

3. Telekomunikasi kerana dianggarkan banyak kos terdedah dalam USD terutama kos capital expenditure. Dan juga nilai payabale atau credit dalam USD.

Apa yang perlu kita buat..
1. Belanja berhemah. Pilih barangan tempatan.
2. Reserve cash utk masa depan. Sbb kemungkinan "inflation pressure" akan menyebabkan barangan naik harga, walaupun barangan tempatan. Ini adalah tekanan harga luaran yang meningkat.
3. Tangguhkan dulu rancangan  ke luar negara, kalau bukan urgent, belian currency asing memberi tekanan lagi kepada ringgit, walaupun bagi kita hanya RM3,000 tapi kalau 100,00 rakyat keluar dan menukarkan ke USD bermakna RM 300,000,000 mengalir keluar.



8 comments:

  1. smoga keadaan di Malaysia akn kembali pulih mcm dlu2..

    tp pastinya setiap y blaku ade hikmahnya

    ReplyDelete
  2. Thnks for sharing. Masa2 begini lagi lah kena rancang perbelanjaan btul2, perlu bijak berbelanja. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu perancangan kewangan juga penting dlam menghadapi kegawatan atau masa masa sukar sebegini

      Delete
  3. Semoga matawang negara segera kembali pulih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beringat.. 7 tahun subur dan 7 tahun bersedia untuk kemarau.. itu lah pusingan ekonomi

      Delete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...