Tuesday 4 August 2015

Celcom oh Celcom: "Complain" yang tak mengundang respon

Assalamualaikum bloggers and readers..

Celcom oh Celcom..


Aku telah email complain aku kan  . Namum takdak respon pun!!!
Huish ni tahap over ni. Tak sensitip langsung..Call Celcom pun tak leh settle.. Pergi counter dan mintak settlekan pun tak jalan.
Email pun tak jalan.
Hebat betul Celcom ni. Memang dahsyat ni.. Buat perangai degil depa.. ke jenis buat dek je. Lantak la nak complain pun complain lah .. Tak luak pun customer. Agaknya lah.

Sedikit progress.

Cuma setelah aku postkan complain aku  dalam blog ni. Next day ataupun selang sehari kot. Nuffnang call.
Kata staff Nuff tu Celcom mintak phone number aku. Hah???  ( Macam mana Nuffnang masuk ini filem)
Sebab kata Mr Jason, celcom baca komplen aku dah mintak no contact. Huyo celcom boleh pusing satu round mintak nomboraku  kat Nuff padahal aku ada kot email detail aku kat depa.
Yang bagusnya Nuff mintak permission aku. Aku ok saja asalkan boleh settle.
Nak juga aku beri no account bank  aku ,,kot kot la derma RM 2.6billion tu juga boleh masuk sikit, Tapi Nuff tak mintak pula..Tak pa tak pa duit setakat ni cukup atas rezeki Allah.
Namun hingga ke saat ni.. tiada call pun dari celcom.. Mungkin tengah bukak kertas siasatan. Jangan sampai ke sampai sisatan diraja sudah.  Ni Cuma kes RM167.48 ( termasuk GST). Rounding adjustment RM0.02 menjadikan jumlah RM167.50 sahajaaaaaa.

Progress ke2
Oh ya. CFM  dengan taq line mereka 'Hak Anda, Keutamaan Kami' telah membalas email aduan aku semalam 3.8.2015.
CFM ialah Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia (CFM).:
Kami ingin mengucapkan terima kasih atas aduan tuan/puan melalui Portal Aduan CFM berhubung isu 'Kualiti Perkhidmatan / Poor Service'.

Untuk makluman tuan/puan, aduan tersebut telah dirujukkan kepada penyedia perkhidmatan yang berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut. Pihak penyedia perkhidmatan bertanggungjawab untuk memberi maklumbalas dalam masa 7 hari dari tarikh aduan dibuat dan maklumat yang diperlukan diterima.

Sekiranya tiada maklumbalas diterima dari Celcom, sila maklumkan kepada kami. Aduan ini juga boleh disemak melalui Portal Aduan CFM di complaint.cfm.org.my.

Terima kasih CFM

Respon Celcom? Tarak.
Taktau kenapa? Mungkin tak de line..huhuhu

Kita tunggu saja..
Alang- alang  report kan, ( dan dah tulis blog ni, nyesal pulak masuk blog)  aku akan  proceed to the next step and next step..
Nest stop tribunal pengguna mungkin. Ye lah bila lagi kita nak belajar masuk tribunal ni kannn



See how lah…

2 comments:

  1. Mudahan cpt2 la dpt respond...patutnya kena btindak lbh pntas la dgn aduan planggan

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...