Sunday, 22 March 2015

Membeli rumah lelong: Cubaan kali pertama

Kali pertama masuk lelongan rumah.

PAda mula-mula kau tak pasti samada hendak masuk menyertai lelongan rumah atau tidak. Sementelah ekonomi pun tak berapa menentu. Tapi minit-minit terakhir dapat emel pemberitahuan dari website tentang rumah kat Puchong. Puchong Utama to be exact. Aku  memang noltalgia dengan tempat ni dan paham market kat situ.

Ye lah beberapa tahun menetap disitu

Kali pertama nak masuk lelong rumah. Harga reserve yang begitu murah. RM60,000.
 Memang sangat-sangat murah. Aku dapat bercakap dengan PegawaiSyarikat lelong, katanya masih boleh daftar. Last minit pun boleh, sampai pukul 10.15am hari lelongan.

BIasanya dalam keadaan lelong ni kita perlu deposit 5% dari harga reserve. Jadinya kena buat bank draf RM3000. Selalunya atas nama pembiayalah. Kalau nama bank,  bank lah.
 Kalau nama pelelong kita buat bank draf atas nama pelelong.

Persedian awal yang last minit.

Aku pun buat bank draf pada pukul 4.00 pm . Dalam pada masa di bank staff lelongan call , tanya confirm tak datang lelong. Tartanya2 juga kenapa begitu sekali dia nak aku datang. Umah tu teruk sangat ke. Hanya t apak yang tinggal ke? Tapi apartment. Mungkin uzur sangat keadaan rumah tu. Haish aspen ni. Kan aku terbeli buat rugi sahaja.
Aku tanya lebih kurang. Antara maklumat yang aku dapat ialah kalau ramai bidder kenaikan bid ialah RM2000. Ramai tu dalam 5 orang lebih. Bergantung pada harga. KAlau ratus ratus kenaikan dia besar lagi
Kalau 2 atau 3 orang kenaikkan harga seribu seribu shj..
OOO gitu rupanya.
TErus aku tanya, ramai ke umah ni. Dia check lebih kurang lebih dari 5 orang.
Walaupun sebelum ni sudah 3 kali dah lelongan.
Persoalan di benak:
1.Kenapa tetiba ramai pula orang berminat dengan rumah tu.
2. Kenapa sudah sampai 3 kali tak laku laku.

Terus nerves, tertanya-tanya semuatu, antara yang ada dalam fikiran.

Esoknya nak ke kl kebetulanyan . Nak check Lurvy yangbatuk2 dan selsema. Sudah lama. So kena la check.. Tak lah decide sepenuhnya nak ke lelong. Kalau jadi kami pergi
SO boleh la singgah tempat lelong sambil sambil belajar macam mana lelongan rumah.

Hari lelongan

Hari lelongan. Jadi!
 Yess ..jadi pergi lelongan tu.


 Aku pergi awal. 9.30 dah sampai. Breakfast dulu, Tengah breakfast. Nampak orang lain bawa kad bida. Uik orang dah register dah. Aku pun bergegas pergi register. Sambil beratur aku call Sally, staff yang dok call aku semalam. Very helful   dia ni.
Hanya sekeping form yang perlu diisi.Isi detail nama kita ,, alamat detail ic bagai. Seterunya isi lot yang kita nak bid dan bank draf number.
Dia simpan semua dokumen termasuk kad pengenalan. Cuak juga nak tinggalkan  kad pengenalan. Salyy kata diorang akan photostat tapi disimpannya original. Aduh..tawakkal je lah.

 
Nombor pembida aku 111

Teruja juga bila diberi no pembida, Aku dapat no 1111. Cantik nombor ni. Ada chance ni. Nombor dah cantik. Selisih dengan sally lagi. Ha.. dah boleh masuk dewan lelong. Aku dengan Lurvy dengan cuaknya masuk. Jam lebih kurang 10,10 Rupanya dah ramai orang
Semua kerusi hampir dipenuhi .
Oh  ya. Syarat nak bida ni kita mesti tahu keadaan rumah. Kat mana. Siapa punya. Owner masih ada ke. Kenapa dia nak lelong. BErhantu ke. Ada org kena bunuh ke dalam rumah tu.. Serious!! Jangan gelak ok. Itu semua terngiang2 di kepala ku. Tak lah aku sebut kat Lurvy, kalau sebut tentu  kansel la pergi ke tempat lelongan tu. Terus pergi check batuk dia sajalah.

Periksa rumah dulu.

So pepagi hari lelongan tu jugak aku pi tengok rumah. Pukul 8 aku dah sampai depan rumah yang nak dilelong tu. Kena pergi check habaq hang. Eh nak beli mesti lah tengok dulu. Aku nak tau serba sedikit.. Ketuk pintu jiran. India ...\Dia panggil anak dia.\Sangat2 friendly jiran ni. Anak dia story yang ni kali ke3 lelong. Lelong hari ni kan bang. Dia nampaknya aware dengan kejiranan.
Sini ok la bang. Tenang, tak bising.
Keadaan rumah nak bagitau . Memang tersangat teruk.
Syiling semua out.
Pintu out.
Tingkap out. Aku intai. KEmudian pintu boleh dibuka. Aku tanya jiran boleh tengok dalam.
“Tengoklah bang.. “ Kata remaja India tu.
HAri tu orang cina datang ukur semua. Dia masuk juga bang .

.saspen ni. Dengan ada gambar bercorak keIndiaan.Aku amibil gamba.
Aku rasa Cina tu mesti nak masuk lelong.
AKu terfikir dan mencongak. Ruamh ni dariRM60,000 boleh di “bid” setakat RM85,000 sahaja. Kos pembaikan dalam 20 hinggan 25 000. Menjadikan jumlah keseluruhan 105,00 hingga 110,000.
Kerana itu lah harga market sekarang. Aku pun teringat yang aku di offer RM100,000 tahun lepas dimana aku ingat terlalu mahal. Aku  mintak RM95,000 tak diberi. Tahun ni market dah 110k hingga 120k.
Tetiba hari ni nak masuk lelong pulak. Itu lah kan...

Ok berbalik ke dewan lelong.

Orang makin memenuhi.
10.30 pagi.
Masih tiada apa apa.
10.40. aku masih menunggu dengan nerves.
Kemudian terdengar brader kat sebelah dok rancak cerita tentang lelongan ni. Nampaknya dia begitu expert. DIa berminat nak beli apartment/kondo yang reserve price RM45,000. Aku layan cerita dia. Begitu teruja dia dok cerita. Seronok dengar...

!0.50.. Melangkah masuk jurulelong. Wahhh.. this is for real.. hahahah.

Dengan kotnya.. dia memang ada style.
Dia mula dengan keterangan ringkas proses lelong.
Ayat dia yang best
“Kepada yang regular minta tolong diam. NAk bagi penawar pertama dengar elok-elok peraturan lelong. Yang regular tentu dah paham, minta kerjasama untuk yg kali pertama”

Eh eh
Eh eh  no 1 :macam tau saja yang aku nak dengar syarat2 bagai..
Eh eh no 2 .:Huish ramai ke yang regular kat sini. Amatur sangat nampaknya aku.

Lelongan dimulakan dengan hartanah yang ada banyak menerima pembida.

Dimulakan dengan rumah yang ada  lebih 10 orang yang berminat.

Ok...
Suspen..

Bermula dengan hartanah kat ampang. Harga RM250k. Start dengan harga RM260. Sekali naik 2ribu.
Ok 262
264
266k
268
Tak sampai seminit sampai 4ook. Wau.. dekat double, Hush. Dahsyatnya.
Best juga tengok org dok angkat kad bida masing masing.
Nerves.

Ada property dari  Rm80k nak sampai RM170k
Memang harga naik gila-gila.

Dari satu lot tu dari harga 90k tetiba mamat ni angkat mintak RM110k. Hemm tak payah bid 2k 2k.


dalam masa yang singkat..Sudah 5 atau 6 rumah dilelong. Tapi memang cepat. Patut la brader tadi kata kejap je satu satu rumah.


Seminit sahaja pun dah boleh setlle lelongan satu property.

Aku agak rumah yang aku nak lelong lambat lagi sebab mungkin orang tak minat. Ye lah rumah teruk sangat.
Tetiba. Seterusnya rumah pUchong Utama. Lot ni pun penawar nya lebih 10 org jadi kita teruskan dengan lot ni.
Waw. Wahh//. Lebih 10 org??? Tak sangka aku. Nanti kat bawah aku postkan gambar. Dulu lelong 3 kali tak jual. Sekarang lebih 10 orang.. Antara property yang hot..
Aku tengok Lurvy.. Dia senyum ja. Seolah-olah ingat kan aku limit yang set. 85k
Jangan dok tebiang lebih. Hahahaha.

Rolling time..MAsa untuk membida dah tiba.

Mula dengan harga RM62,000. NAik seribu seribu.. aku cool tak angkat lagi. Orang lain dok lawan. Aku kononnya macam pro. Sampai 76k aku angkat. Tak sempat nak blink, harganya terus ditawar dan dibida sehingga 90k. Waooau.huyooo.


Dah lebih limit yang aku set.

Sampai 95k aku angkat lagi. Lurvy sound:” dah tu bang....”
Aku relek dulu.. terus naik lagi 100k. Huish,,,
Sampai 104k.
Aku tak tahan.. Aku angkat untuk beli 105k. Hahahahahah
Pastu ada sorang lagi angkat untuk beli RM106k. Aku rasa dia punya limit 110k. Mungkin dia kontraktor yang India tu cakap pergi pergi ukur rumah tu.
Mungkin dia boleh baiki dengan kos yang rendah
.Mungkin mungkin mungkin....

Phewww.. sib baik!!
  Kalau tak, aku beli harga pasaran (termasuk harga repair yang aku jangka). Buat apa masuk lelong kan..
Tujuan masuk lelong sbb nak beli harga murah dari pasarakann.. Itu yang utamanya..
Aku tak dapat tapi puas!!!!

Kalah bermaruah!!
 Tapi kalau dapatrumah tu , aku tak berapa cerdik... Ada pulak macam tu.
Apapun pengalaman tu yang penting


Tunggu bila lah lelongan nak mula
Orang ramai memenuhi dewan lelongan

7 comments:

  1. oo..macam best je pergi tengok lelong2 ni...

    ReplyDelete
  2. Salam..klu nak pi tgk.blh pi trus ari lelongan tu ke?nak daftar kt mana2 ke?tp blum nak beli.bru nak tgk2 suasana lelongan rumah.😊

    ReplyDelete
  3. Salam..klu nak pi tgk.blh pi trus ari lelongan tu ke?nak daftar kt mana2 ke?tp blum nak beli.bru nak tgk2 suasana lelongan rumah.😊

    ReplyDelete
  4. Membaca setiap baris dgn debaran. Hihi. Bestla experience ni!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...